Thursday, February 5, 2015

Roti Bun Inti Kacang Merah

Assalamualaikum...


Sejak ada breadmaker kerap sungguh yaya buat roti..macam-macam resepi yaya cuba.. tapi ni 1st time nak letak dalam blog.. laku roti bun ni, lepas keluar dari oven tak sabar-sabar si Wazif n Wafiq nak ngap. Sampai tak menyempat ibu nak ambik gambar. Menghembus-hembus sang ibu nak bagi roti cepat sejuk untuk disuapkan pada anak-anak tersayang. Banyak betul budak berdua tu makan. Rasa puas hati sangat, hehe.

yaya buat kecik-kecik comel je.. senang anak-anak nak makan

Bila tengok laju je Wafiq menyuap roti.. saje ibu tanya..

Ibu     : Wafiq, sedap tak roti ?
Wafiq : Sedap...
Ibu     : Pandai tak ibu masak?
Wafiq : Pandai apa kalau masak tengok telefon, guna kertas..
Ibu     :  @*^%@*&%^$#


bertuah sungguh anak sulung haku ni..haha...

Yaya guna resepi cik mat gebu dari my resepi..lama dah resepi..tahun 2007 lagi.. yaya dah edit sikit nak bg senang nak menyukat kalau nak buat lain kali.. yaya gandakan adunan, jadi dapat banyak lah rotinya plus buat kecil-kecil..biar puas makan..tapi tu pun rasa macam tak cukup.

Jom semak resepi :

Roti Bun Inti Kacang Merah
Sumber : CMG
Rujukan : Yaya Azura - Gandakan adunan


Bahan-bahan ( 12 biji ) :-
  • 120 ml air - 240ml
  • 250 g tepung roti  - 500 gm tpg roti
  • 30 g telur - 1 biji telur
  • 10 g susu tepung - 3 sudu besar susu tepung
  • 40 g mentega - 2 sudu besar planta
  • 40 g gula kastor - 5 sudu besar gula
  • 1/2 camca teh garam - 1 susu teh
  • 1 camca teh instant yeast - 2 sudu teh
  • 1/2 camca teh bread improver dan 1/2 camca teh bread softerner (optional)
Bahan-bahan lain :-
  • Inti kacang merah secukupnya
  • Sedikit mentega utk disapu
Cara-cara :-
  1. Masukkan kesemua bahan mengikut turutan kecuali "BAHAN2 LAIN", ke dalam bread maker. Pilih setting utk doh dan on kan. Tunggu sampai siap.
  2. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara. Bahagi 12 dan bulat2kan. Rehatkan 10 minit.
  3. Isi dgn inti kacang merah dan biarkan naik sekali ganda (lebih kurang 35 minit). Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 12 minit. Keluarkan dan sapu mentega pada permukaan roti ketika roti masih panas.





4 comments:

  1. Sebab itulah Yaya ada satu kedai tempat kakak ni yg selalu jual roti sekarang dan tutup sebab ramai ibu-ibu dah buat roti sendiri. Sekarang ada kek aje.

    Wafiq tu saja nak usik ibu ye:)

    ReplyDelete
  2. Memang berbaloi buat sendiri roti2 macam ni..
    Selain confirmed bersih & halal, mmg lebih menjimatkan :)

    ReplyDelete
  3. Sheila suka gak bt roti ni. Tp uli manual lg. Xde BM lagi. Yaya guna BM brand ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang guna bm nie..guna yang cap ayam je..beli kat lazada..

      Delete

terima kasih sudi komen.