Wednesday, January 21, 2015

Puding Biskut 'Cream Cracker' Mudah Tapi Sedap

Assalamualaikum,

Ramai yang menayang, hati pun turut membuak-buak rasa nak mencuba, biasalah kalau di facebook, cepat betul viralnya, seolah rasa tak tertahan-tahan lagi nak membuatnya..haha.. resepi pula agak mudah.

see... cantikkan kejadiannya!(up diri sendiri).. Wafiq agak payah nak makan puding-puding bagai ni.. kategori lembik-lembik macam jeli, agar-agar, yg chewy-chewy memang Wafiq tolak mentah-mentah. Wafiq tak suka makanan lembik-lembik!..katanya lah.. hihi..memang sah anak yaya maskulin tahap 300%.*tetibe...  lembut2 tamo ye..

tapi memang dalam sejarah.. setelah dipaksa-paksa, bonus kejadian puding yang cantik berbelang-belang, bagi tahu warna coklat tu rasa macam milo ais kegemaran dia .. hah.. tergoda you! Akhirnya, makan sampai hirisan terkahir gitu.. biar dia yang habiskan..kang kalau yaya yang habiskan tak naya kalau Wafiq minta lagi..'yellek dah nak..ibu mu dah makan kasi habis'..

nanti-nanti boleh buat lagi puding ni.. very recommended! yaya guna biskut cap ping pong..rasa lemak-lemak masin tu..nyum nyum...


Apa lagi..jom masuk dapur....



Resepi : Puding Cream Cracker
Sumber : Yaya Azura
Rujukan : Page Resepi Ringkas
** gandakan bahan-bahan untuk dapatkan hasil seperti dalam gambar.

Bahan-bahan :

10 keping biskut cream crackers
2 biji telur
1/3 cawan susu pekat manis (+/- ikut selera)
2 sudu besar milo/koko

Cara-cara :

1) Biskut direndam dengan air masak sampai kembang dan lembut. Ketepikan.
2) Pecahkan telur dalam pengisar, masukkan susu pekat dan biskut lembut tadi.
3) Bahagi 2 bahagian. Satu bahagian warna asal, sebahagian lagi letak milo.
4) Kukus dalam 5 minit, tuang lagi adunan milo, kukus. Ulang sampai adunan habis.
5) Lapisan akhir kukus dlm 10 minit.


pesan yaya : kalau gandakan adunan tambahkan masa mengukus setiap lapisan dalam 8 minit atau lebih..bergantung pada size loyang juga ye.. lapisan tebal lebihkan sikit masa tu..nanti kalau tak sempat mengeras adunan bercampur.







.




11 comments:

  1. sedapnya..tapi mood kedaung sgt nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedaung? 1st time dengar tahap mood gini ni.. biasa nun jauh kelaut..hihi..cuba lah buat..mesti waiz & una suka..

      Delete
  2. nak buat gak ah nnt....acuan tu nak beli mana erk..comey

    ReplyDelete
    Replies
    1. loyang tu yaya beli kat kedai sederet pizza hut.. ada kedai plastik kat situ tu kan.. kedai barangan plastik kt jalan pejabat pun ada..RM2.90..

      Delete
  3. sedapnye kak..hantar kat sini skit..kikiki
    jemput singgah blog sy =)

    ReplyDelete
  4. kalau nk guna srbuk lain slain milo boleh ke? contohnya nescafe ..dan utk lapisan milo tu kna buat proses yg sma jgk ke? sma mcm yg biskut cmpur telur dan susu?

    ReplyDelete
  5. Kalau bakar boleh ke

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.