About Me

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Penulis di blog www.yayaazura.com

Siapa saya? Tak kenal maka tak cinta. Makanya marilah kita berkenalan. Hihi. Anak kelahiran Kuala Terengganu. Nama diberi ialah Azura Ismail. Yaya pula nama panggilan di kalangan ahli keluarga. Masa zaman sekolah dulu kawan-kawan panggil 'Azura'.  Dipendekkan cerita adalah kawan mendengar perbualan antara Yaya dan mak. Sejak tu penggunaan nama Yaya menjadi semakin meluas di kalangan kawan-kawan. Dorang nak panggil sama macam mak Yaya panggil Yaya. Haha,

Yaya kalau ada orang duk laung panggil guna nama Azura pun tak rasa pun macam orang tu panggil. Lupa nama sendiri. Haha. Seminit dua baru nak tersedar, eh dia pangil aku rupanya.. Jarang-jarang dengar orang panggil Azura jadi gitulah..hahha.

Akhirnya wujudlah gabungan nama Yaya Azura. korang boleh panggil Yaya. Yaya pun selesa guna ganti diri 'Yaya'. 

Blogger separuh masa

Yaya merupkan blogger separuh masa. Belajar dan bekerja dalam bidang perakaunan. Sekarang bekerja di syarikat perunding arkitek dan juruukur bahan. Pernah juga bekerja bekerja bersama pasukan perunding mekanikal, elektrikal, sivil dan struktur. Bidang perakaunan ni skop kerja luas. Mana-mana bidang pun boleh terjah. Skop kerja Yaya lebih kepada menyediakan akaun syarikat, mengendalikan kewangan dan membuat proposal kewangan untuk tender projek.

Yaya mula berblog pada awal tahun 2010. Spesifiknya 16 Januari 2010. Pada tarikh tersebut umur anak Yaya yang sulung genap 6 bulan. Anak sulung Yaya lahir pada 16 Julai 2009. Bila dah cukup enam bulan ni Yaya mula terfikir nak abadikan cerita mengenai anak dalam blog. Godek sendiri cara buat blog, belajar sendiri mengenai blog melalui tutorial bloger-blogger lain. Akhirnya, terciptalah blog diariibuwafiq.blogspot.com. (nama blog pada ketika itu).  Entri pertama dah macam menulis dalam diari. Bertahun lamanya Yaya menulis di blog menceritakan kisah keluarga dan anak-anak. 


Menulis di blog satu kepuasan

Perjalanan menjadi blogger tidaklah indah sepanjang masa. Ada ketikanya diam menyepi kerana kekangan masa. Ada ketikanya mood menulis pula tak ada. 

Namun pada tahun 2019 yaya nekad untuk satu perubahan pada blog bila tengok blogger-blogger lama yang Yaya sering kunjungi dah tak update blog. Ramai yang dah tak aktif. Tak kan nak ikut terkubur layu juga. Haha. Langkah pertama yang di ambil adalah dengan menukar url blog. Nama baru (www.yayaazura.com) membawa semangat yang baru. Masih lagi bergerak sendiri dan tak kenal mana-mana komuniti blogger. 

Niche blog yayaazura.com dahulunya lebih kepada blog peribadi. Banyak mencatatkan tentang anak-anak, Tg Ahmad Wafiq & Tg Ahmad Wazif. Yaya juga banyak berkongsi resepi, tips keibubapaan dan juga info terkini. Bila dah kenal komuniti blogger, yaya terdedah kepada banyak perkara baru mengenai blog. 

Yaya mula belajar mengenai teknik menulis yang betul dan belajar mengenai SEO. Menjadi blogger bukan hanya sekadar menulis. Di entri ini Yaya banyak menceritakan perjalanan Yaya menjadi seorang blogger. Jemput baca ye..


Berkolaborasi dengan jenama besar

Yaya macam tak percaya dengan kemajuan diri sendiri bersama dengan blog ni. Dari menulis sekadar suka-suka, akhirnya dapat bekerjasama dengan jenama-jenama besar sekaligus dapat menjana pendapatan. 

Antaranya kolaborasi bersama Bank Negara Malaysia, Mc Donalds, Lembaga Zakat Selangor, Traveloka, Hansaegee Nature, Pallas, Pusat Pakaian Hari-Hari, Tourism Malaysia, Optom Eyecare, PG Mall, Majlis Agama Islam Selangor  dan banyak lagi.




Untuk review dan kolaborasi boleh hubungi yaya melalui emel : yayaazura82@gmail.com

2 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment