Tuesday, March 28, 2017

Acuan Kuih Bakar

Assalamualaikum...

Baru balik dari Pasar Payang. Mencari kain sutera untuk dijadikan hadiah..tp disebabkan belum jam 9.00 belum banyak kedai menjual kain sutera dibuka. Akhirnya beli di Kedai Batik Hungga yang terletak di hadapan pasar. Seronok tengok luaran Pasar Payang. Warna bangunan bewarna-warni..ceria..macam sekolah tadika gitu..haha.. jalan di hadapan stesen bas, jalan kawasan bank-bank semua bertema ceria. Tahun ni tahun melawat terengganu 2017.. sebelum ni renovation sana-sini..so sekarang dah makin cantik...makin ceria...dan makin sesak!

Berbalik cerita atas pasar. Alang-alang dah panjat tangga pasar, teringat kiriman sahabat di kejauhan. Minta cari bekas kuih bakar..kalau boleh nak yang berpenutup katanya. Mujur ada satu kedai barangan tembaga dah buka..jadi tak boleh nak bandingkan harga dengan kedai-kedai yang lain..

Ada acuan kuih bakar berpenutup..yang tembaga punya..tebgok sticker harga rm 165.00..glup glup telan liur terkezut..tanya tuan kedai boleh bagi kurang berapa. Katanya rm 120.00..still akak glup glup...haha..ye lah tembaga mmg mahal la kan...

Dia kata kalau yg putih murah.. tapi tak ada penutup...(silver sebenarnya...asal besi kut ni)...ada 3 saiz.
Saiz 1 saiz paling besar...diikuti size 2 dan 3..harga bermula rm11 hingga rm13..naik singgit2 je..size pun tak beza mana..


Ni la acuan kuih bakar..acuan kuih bahulu pun ye kan..haha..ni bukan yang yaya beli..ni yang kawan yaya hantar gambar minta carikan acuan tu...tp sebiji macam ni lah yg dah dibeli.. beli 2 biji...nanti kita pos ye...




3 comments:

  1. Yelahkan Yaya....kalau buat kuih bakar pakai acuan dia, barulah mcm betul betul kuih bakar.

    Kalau org veteren yg kirim mesti dia nak yg tembaga tu Yaya...

    ReplyDelete
  2. Akk balik baru ni sempat singgah pasar payang, tgk wah seta tu rm20 hengget sekilo, tuuu dia, keropok, nisan kerek semua dah naik harga kan yaya.

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.