Thursday, April 6, 2017

Marahku Tak Ke Mana

Assalamualaikum,

Akak yaya kau ni berlintas langsung dari foodcourt The Mayang Place...tempat akak lunch hampir setiap hari..boleh update blog sebab akak tak makan. Order air je..hari ni selera makan akak yaya kau ni hilang!

Tadi masa akak nak keluar..kereta kena block..dah la panas..lama akak tunggu siapa gerangan tuan kereta. Sempat jugak akak kau ni tekan hon dua kali..tp batang hidung tuan kereta tak menjelma juga. Akak sabar lagi tunggu...biasa kalau yang block kereta orang ni kan dia tak block lama2..kalau masuk kedai cari barang..cepat2 beli n blah kan..so akak andaikan mcm tu lah..tp ada satu kedai je kat situ..kedai supplement body builder..jenguk2 tak de org...satu lg kedai kad kawen..lot lain semua office dan ada tiga tadika..

Selepas kesabaran akak semakin menipis, akak jenguk kedai kad kawen..tak de org cuna sorang pekerja..akak tanya tau tak nombot plate sekian2 kereta sape..rupanya kereta dia..

Sempat akak membebel..

"Kenapa block kerete tak tinggal no phone atas dashboard..kalau nak tinggal sekejap tak pe la..akak janji dengan orang..lama lah org menunggu akak..lain kali jngan buat macam ni"

Eh..eh..dia buat dono dia je..pergi kat kereta dia..then gerak depan sikit..panas pulak akak kau ni tengok dia mcm tu...kalau dia minta maaf akak rasa tak wujud entri ni..hahaha...

Ni dah sampai foodcourt cepat2 akak order air..sejuuukkkk je rasa dapat teguk air.
Haha 😂😂😂


Chocolate ice blended....nyamannnn...

Akak siap tanya lg model blender dia pakai..😃😃


Ni hah..panasonic blender model PSN-MX900M untuk blend air batu... Nanti Inysa Allah akak nak beli satu..senang nak buat ice blended kat runah. 😃😃😃😃

Sekian bebelan akak..amarah akak tak kemana pun..hahaha.





Tuesday, March 28, 2017

Acuan Kuih Bakar

Assalamualaikum...

Baru balik dari Pasar Payang. Mencari kain sutera untuk dijadikan hadiah..tp disebabkan belum jam 9.00 belum banyak kedai menjual kain sutera dibuka. Akhirnya beli di Kedai Batik Hungga yang terletak di hadapan pasar. Seronok tengok luaran Pasar Payang. Warna bangunan bewarna-warni..ceria..macam sekolah tadika gitu..haha.. jalan di hadapan stesen bas, jalan kawasan bank-bank semua bertema ceria. Tahun ni tahun melawat terengganu 2017.. sebelum ni renovation sana-sini..so sekarang dah makin cantik...makin ceria...dan makin sesak!

Berbalik cerita atas pasar. Alang-alang dah panjat tangga pasar, teringat kiriman sahabat di kejauhan. Minta cari bekas kuih bakar..kalau boleh nak yang berpenutup katanya. Mujur ada satu kedai barangan tembaga dah buka..jadi tak boleh nak bandingkan harga dengan kedai-kedai yang lain..

Ada acuan kuih bakar berpenutup..yang tembaga punya..tebgok sticker harga rm 165.00..glup glup telan liur terkezut..tanya tuan kedai boleh bagi kurang berapa. Katanya rm 120.00..still akak glup glup...haha..ye lah tembaga mmg mahal la kan...

Dia kata kalau yg putih murah.. tapi tak ada penutup...(silver sebenarnya...asal besi kut ni)...ada 3 saiz.
Saiz 1 saiz paling besar...diikuti size 2 dan 3..harga bermula rm11 hingga rm13..naik singgit2 je..size pun tak beza mana..


Ni la acuan kuih bakar..acuan kuih bahulu pun ye kan..haha..ni bukan yang yaya beli..ni yang kawan yaya hantar gambar minta carikan acuan tu...tp sebiji macam ni lah yg dah dibeli.. beli 2 biji...nanti kita pos ye...




Sunday, March 26, 2017

Dah rezeki tertulis ini je....

Assalamualaikum..

Dulu-dulu..tak de la nak update and entry publish time lunch..set auto publish jam 2 lebih kurang..bajet masa rehat sape nak baca blog kan..semua orang nk cari makan..hehe..

Hari nie..sendiri update sendiri baca..tak kisah dah trafik ke apa..syok sorang2 je ni..tp xpe..dari blog ni berhabuk tebal sekurang-kuranya ada lah entri merapu ni..haha..

Hari ni tak keluar lunch..sebab tak berapa lapar..tapi tau sangat dah mainan perut montel ni..sekarang tak lapar..nanti jam 3 jam 4 haha mulalah cari makanan..

Tp perut comel yaya mana boleh skip makan...haha


Susu full cream n cereal di waktu lunch..ada sesiapa menu sama dengan saya tengah hari ni..tak da kan? Haha. 😂



Wednesday, March 22, 2017

Peribahasa Melayu VS English Proverbs

Assalamualaikum,

Susah juga nak convert peribahasa Melayu kepada English. Ni yaya ada jumpa beberapa contoh..tak terfikir pula begitu jadinya setelah ditukar ke English. Haha.

Terima kasih kepada mereka yg sudi buat cantik2 gambar2 dibawah ni. Sangat membantu untuk kegunaan seharian..untuk anak-anak sekolah..InsyaAllah pahala berterusan untuk anda atas segala usaha.










Tuesday, March 21, 2017

Pilihan Sentiasa Ada

Assalamualaikum?

Hidup kita ni sentiasa ada pilihan.
Usah dikesali pada pilihan yang salah.
Usah disoal pada takdir kenapa harus begitu dan begini.
Apa yang terjadi ada hikmahnya...ada pengajarannya...
Terpulang pada diri mahu menilai dari sudut yang mana.
Banyak dugaan..itulah erti hidup sebenar...
Sentiasa betul memilih...tak bererti perlu mendabik senyum..
Perjalanan singkat hidup manusia di dunia tak pernah mudah..
Alhamdulillah..bersyukur ke atas semuanya.

Aku tak memilih..biarpun ada dua pilihan..makan kedua-duanya mungkin lebih baik. ♡😉