Tuesday, May 31, 2016

Berbagi-bagi rezeki

Bismillah.
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Khamis lepas dapat juga bertentang mata dengan pemilik blog Titisan Nurani, kak Hajah Zakie Purvit bersama suami dan 3 orang puteri. Tak ramai blogger yang aku kenal. Sepanjang berblog selama 7 tahun hanya 3 orang blogger yang aku pernah jumpa. Kak Zakie lah yang ketiga..hihi..selepas Wida dan Cik Dah.Terima kasih kak sebab sudi bayarkan minuman kami suami isteri serta kudapan untuk adik Wazif, segan pula rasanya disitu..hahaha.Semoga kak sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki..amin. Boleh baca catatan perjalanan kak Zakie di sini.

Pagi semalam aku bawa nasi lemak ke ofis. Menjamu rakan sekerja sebab hari ni hari terakhir berkerja salah seorang daripada mereka. Minggu lepas dah buat farewell, tapi makan-makan nasi lemak ni saja je aku nak meraikan adik-adik kat ofis ni, opss aku yang kedua terlebih usia selepas big boss, yang lain semua pangkat adik-adik hingusan. Kak Yaya tau, antara korang ada yang stalk blog akak kan? hai stalker..hahhaha.

Sebenarnya aku kagum dengan staff yang nak berhenti ni. Kak yaya kagum dengan Sollah. Perjuangan Sollah terhenti bersama kami bukan kerana dapat tawaran kerja lagi bagus, gaji lagi besar. Tetapi tekad berhenti kerja untuk tempoh yang belum pasti, mungkin setahun dua.,Pergi menadah kitab, menambah ilmu di dada. Umur pun masih muda, baru 21 tahun, masih jauh perjalanan Sollah, semoga Sollah sentiasa dalam rahmat Allah SWT.










Nasi lemak berlaukkan ikan aye aka ikan tongkol, telur rebus, ikan bilis+kacang tanah goreng, celur kangkung dan timun. Licin nasi lemak akak!
Eh, jangan puji dulu, bukan aku yang masak. tapi aku tempah dengan mak. haha.Nasi dan kuah sambal tu mak yang buat.Yang lain2 tu aku sediakan.hahaha..ingat senang nak goreng bilis bagi rangup?muahahha.nak jugak bahagian masuk bakul angkat sendiri khen?





engineer dan drafter, dua orang director tak munculkan diri lagi, aku pun tak maklumkan pada director2 nak bawa nasi lemak. tu lah, sape suruh main aucak-aucak..kata masuk ofis..hihi.. Sudahnya bersungguh mereka-mereka ini makan. haha. ada seorang lagi staff, pergi klinik chek-up mengandung. tapi semua orang boleh makan berkali-kali kecuali si directors. haha. Director yang sorang tu sempat lah makan menambah masa luch. Yang sorang lagi jeling-jeling bekas kosong jer lah, petang baru masuk ofis..hahhaha



Cuba teka yang mana satu adik Sollah kita? hihihi

Balik kerja singgah kedai runcit. beli roti, beli air 100 plus botol besar, anak-anak ada ambil makanan pilihan masing-masing. Alih-alih masa nak bayar tuan kedai cakap tak perlu bayar. aik?? 
Tuan kedai tinggal selang serumah dengan aku. tu yang tak nak terima bayaran tu. Ni yang buat aku menyegan nak membeli kedai dia, dalam sebulan adalah sekali singah. Beli dengan si suami dia ke, beli dengan si isteri ke, dengan anak-anak mereka ke, mesti tak nak terima bayaran. Paling kurang beli gula sekilo percuma sekilo..tak pun ada je bagi makanan free untuk anak-anak. 
Semoga dipermurahkan lagi rezeki tuan kedai yang dah sentiasa dilimpahi rezeki tu..hahaha..

Masing-masing nak berbagi rezeki.
Alhamdulillah.



hah, ni kisah cheese tart, order minggu lepas, tengah hari semalam baru dapat, ramai betul yang tempah.

sendiri nak makan,
 sendiri beli
konon-konon hadiah untuk suami
atas nama anniversary
^__^

sekelip mata cheese tart 30 biji dingap bersama family.
banyak betul kisah semalam, jadi bukan salah aku entri terpanjang.haha.

terima kasih sudi baca.



Wednesday, May 25, 2016

Kalau dah rasa nak makan...

Bismillah.
Assalamualaikum.

lama sangat dah tak buat kuih ni.
tengok kak hainom buat..Ya Allah, tergoda kemahen
tersedar diri lama tak buat kuih-kuih tradisional ni
muahahaha
ada orang panggil kuih bakar pandan
ada juga panggil bingka pandan
rasa kuih bakar pandan ni lebih kurang sama dengan kuih kukus bawang goreng
resepi ada sikit perbezaan.

kuih ni paling senang nak buat
campak je semua bahan dalam blender
lepas tu bakar
tengok aku gunting2 daun pandan
adik aku minta buat kuih cara manis
eh..tergoda pulak dengar nama cara manis
tapi buat cara manis lambat nak habiskan batter
bukan rajin sangat nak berlama-lamaan petang hari di dapur
hihi.

saja nak buat kuih bakar versi comel
bakar dalam loyang 12 x 12 inci
lepas tu potong guna cutter
comel je kejadiannya..macam brownies pulak.



sayangnya tak ada stok bijan... tak berseri kuih akak.
nampak bahagian atas macam terlebih garing kan?
aku saja tambah masa membakar, guna api atas saja
nak makan kuih bakar krup krap rangup..hihi


yang bawah ni versi lain..aku buat sekali lagi keesokannya
sebab yang atas tu buat kat rumah mak
aku makan nasi untuk berbuka
mampu jamah sekeping dua je kuih bakar
tak puas hati aku buat lagi sekali dekat rumah mertua

walaupun hasil tak sama
tapi ada persamaan dalam gambar atas dan bawah
pinggan corak sama, sebab aku beli satu set letak rumah mak
dan satu set letak rumah mertua.
bukti kasih sayang adil dan saksama
muahahhaha.


bila buat kat rumah mertua,
rupa kuih sangat tak lawa..tapi sangat sedap.
100% pewarna semulajadi dari daun pandan
yang special nya tak ikut resepi..main campak-campak je bahan-bahan
sebab nak bakar dalam pemanggang ajaib yang bulat tu..
so batter tak boleh banyak,
santan pekat tak ada, ambil susu freshmilk dutchlady sekotak kecik.
nak masak kena kreatif
guna je apa ada..ecece macam pro je..hahaha

Resepi : Kuih Bakar Pandan

Bahan-bahan:
1 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan
2 sudu besar mentega
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau
Bijan (untuk ditabur)


Cara Membuat:
1) kisar daun pandan dan ambil patinya sahaja. Asingkan.
2) Masukkan kesemua bahan-bahan didalam mesin pengisar. Kisarkan sehingga sebati.
3) Panaskan ketuhar, grisskan loyang.
4) Bakar selama 1 jam dengan suhu 180c, tambah kan masa membakar 10 minit (guna api atas sahaja).





Tuesday, May 24, 2016

24hb Mei 2016

Bismillah.
Assalamualaikum.


Alhamdulillah.
Hari ni hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke- 8
Doakan kami, semoga sentiasa bersama.
dalam susah dan senang...
jauh lagi perjalanan kami...
Anak pun baru dua
muahahaha. ^_^



semalam tag dia di Ig 
hantar gambar I Love U Lots.
dapat lah like seketul dari dia
tak ada nk bg ayat barang sepatah dua
komen lah 'love u too' ke
haha..



pagi  tadi  hantar gambar direct untuk dia kat IG
saja letak lirik jiwang-jiwang sikit
tapi tak ada response lagi setakat ni
laki aku ni..
nak kata tak romatik, romantik lah jugak
tapi bab bab media sosial ni, dia tak berapa nak layan
application tak berupdate
notification whatsapp  dekat 10 ribu yang tak baca
tak apelah..
asal dia sayang bini dan anak-anak dah lah.
haha.






Hadiah Hari Guru 2016

Bismillah.
Assalamualaikum.

Setahun dua ni, bila nak sambut Hari Guru je,
Aku cuba untuk sediakan hadiah hari guru
Bukan apa, terigat zaman aku sekolah.
dulu-dulu teringinnya nak bagi hadiah kat cikgu-cikgu..
tapi dulu keluarga bukan senang mana pun,
Adik beradik pun ramai,
pendek cerita banyak tahun yang tak ada ada hadiah.
huhu.

Ni bila dah ada anak,
aku qada balik lah perasaan terpendam dulu-dulu.
beli juga hadiah walaupun tak sebesar dan tak segah mana pun.
Bila join group cikgu-cikgu kat facebook..
tau lah aku...cikgu suka sangat kalau dapat hadiah macam
marker, pen merah, kertas A4 pun boleh.

itu yang tahun ni aku beli pen je
dah la tak berbalut..
Sebab aku tengok macam lagi ok bagi macam tu je..
muahaha..

aku beli 15 set pen
sepatutnya..ikut kiraan cikgu-cikgu yang mengajar dia 8 orang je
balance tu boleh la wafiq bagi dekat cikgu-cikgu di tadika tempat dia transit.
aku dah listkan siap-siap nama cikgu.
minta dia cari cikgu-cikgu tu semua dekat bilik guru.
bila jumpa cikgu beri lah satu.
sebelum beri kena buat 3 perkara.
pertama, ucap selamat hari guru.
kedua, ucap terima kasih cikgu
ketiga, sebut saya sayang cikgu.
terkebil-kebil anak aku dengar amanat aku.
hahaha..

Tapi lain pula jadinya.
bila wafiq pergi bilil guru, dia cari guru kelas dulu..
Sambil pegang paper bag yang mengandungi semua pen
Bila cikgu kelas nampak,
Cikgu pun cakap
'Biar cikgu je tolong bagi kat cikgu2 lain ye Wafiq'
amanat aku yang tiga perkara tu sah-sah tak buat.
Tambah lagi cikgu cakap macam tu..haha..
bertambah terkebil lah dia.

Bila jumpa dengan wafiq petang tu,
Cepat-cepat dia bagi tahu, tak ada hadiah untuk cikgu tadika
cikgu kelas dah ambil semua..
muahaha
Tak apa lah cikgu, dah rezeki cikgu-cikgu semua.

Untuk cikgu tadika,
insya Allah, lepas naik cuti sekolah nanti ingatnya nak bagi goodies sikit.
buat cookies banyak-banyak ke..tengok lah nanti
tapi makanan lah..
nak beli barangan macam tak dah,
Mcm tetiba je kan kalau bg hadiah barangan,
Teacher's Day kan dah lepas..
hihihihi....



Monday, May 23, 2016

Makan-makan di The Syrup Vs Soda

Bismillah
Assalamualaikum.

Ni kunjungan kali ke dua ke The Syrup Vs Soda. (SVS)
Aku tau restoran ni lepas tengok Jalan-Jalan Cari Makan.
Padahal tak jauh mana pun, tengah bandar KT ni je.
Kali pertama pergi berdua je dengan suami.
Kali ni ajak abang Wafiq. Pergi lepas balik dari kerja.
Ambil Wafiq dari tempat transit terus ke restoran.
Rasa lain bila tak ada adik Wazif..dalam kecoh-kecok adik Wazif,
gelagat itu lah yang diingat sentiasa.

Sehari sebelum tu, aku ada marah-marah Wafiq,
tu lah buat perangai lagi.
laju je tangan ni babap mulut dia.
dua kali pulak tu..menyesal tak sudah aku..

aku cakap dekat Wafiq,
ibu nak minta maaf sebab babap mulut wafiq..
ibu nak belanja minum air best, Wafiq mesti suka,
suka dia bila aku sebut air best.
tapi lepas makan tu aku tanya lagi sekali,
sebenarnya siapa salah?
ibu atau Wafiq?
tengok lah aku..dengan budak 7 tahun pun tak nak beralah.
hahaha.
bukan apa..aku nak dia sedar dia pun ada buat salah.
nasib dia pun mengaku salah..tau kat mana salah dia.
hihi.

jom tengok apa kami makan dan minum di The Syrup Vs Soda



 Milo Raksasa


Spaghetti Aglio Olio Seafood
  

Chicken Burger

 Rocky Rock


Nemo Fish And Chips


Chocolate Soup


Spaghetti Carbonara


anak ibu ^_^


kat sini bukan semua western..
yang suka makan nasi tak ada hal.
macam-macam ada..
harga?
yang macam aku tunjuk kat atas tu..
minuman dalam RM 5.00 -  RM 8.90, makanan dalam RM 14.90 satu
aku tak ingat exactly price
tapi masih afffordable sbb portion dia banyak
kalau yang jenis kira kalori time nak makan tu
selamat lah korang
work out lah bebanyak.

so aku reccomended lah SVS ni
nak makan-makan sambil celebrate birthday pun boleh


 gambar dari Facebook SVS

 gambar dari Facebook SVS

gambar dari Facebook SVS


The Syrup Vs Soda
Lokasi : Lot 3373 Jalan Batas Baru,20030 Kuala Terengganu
Waktu Perniagaan : 4.30pm - 12am | Setiap hari kecuali JUMAAT TUTUP
Tel : 09 - 622 7669



Thursday, May 19, 2016

Jemputan dari Nuffnang untuk Svenson Haircare Malaysia

Bismillah.
Assalamualaikum.

Macam biasalah..
terpaksa ignore emel-emel dari nuffnang untuk cover event
cuma kali ni rasa macam terajin sikit nak up entri
hahahaha



aku tak pernah turut serta dalam sebarang event,
pertemuan dengan bloger-bloger pun tak pernah
sebab........
aku ni nun jauh di Kuala Terengganu.
jarak memisahkan kita..kikiki
jadi dengan faktor jarak ni lah yang menjadi kekangan buat aku
aku ni dah la bekerja, anak-anak lagi.. suami jangan lupa, haha
mana boleh tinggal semua ni..

jadi
kekal lah aku menjadi blogger yang biasa-biasa
blogger yang seangkatan dengan aku dah tinggi mendaki
tak apa lah..redha dah..muahhaha.

dear nuffnang,
tak ada event ke di Kuala Terengganu ni?
kalau event hari tak bekerja, boleh invite saya..
haha.

*bersyukur dengan iklan-iklan yang datang menari, dapat lah sesen dua...




Sunday, May 15, 2016

Poster Menarik Untuk Anak-Anak

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kalau tampal kat dinding rumah ni..seronok anak-anak..dah macam tadika rupanya nanti.
Hari guru pun dekat..boleh bagi hadiah kat cikgu2..cikgu boleh tampal di tadika..hihi..

○ Size : 20'' x 30''
○ Semua poster ni sangat SPECIAL, susah nak dapat di mana-mana kedai buku sebab versi kartun islamik  yang comel & cute!
○ Pengeposan yang selamat..dibalut dengan paper tube & bubble wrap.
○ Harga : RM 10.00
○ Berminat? WA nombor 013-9343 282











Cara pembungkusan untuk tujuan pengeposan. InsyaAllah poster tiba ke tangan anda dalam keadaan baik.





Wednesday, May 11, 2016

Sarapan Roti Canai Sardin

Bismillah.
Assalamualaikum.

Penangan roti canai sardin best.
Dalam seminggu ada 2, 3 kali aku pergi kedai roti canai ni.
Semua jenis roti canai dia sedap,
rangup, tak tebal dan tak nipis..sedang-sedang elok je..
kuah kari dan kuah dal dia menjadi sangat tau.
perfect!

dulu aku tak suka mana roti sardin ni.
pernah cuba sekali..itu yang pertama kali lah kiranya.
tapi tak sedap..lepas tu terus tak order dah.

aku asalnya tak tau pun kewujudan warung ni
bila tanya budak-budak ofis (hai stalker ^_^) dorang keluar minum kat mana..
dorang peta-peta mulut lokasi warung kat aku..
dorang panggil warung awek purdah.
kadang2 awek tu tolong ayah dia tebar roti..khelass kau!
dan haruslah aku jalan-jalan cari makan keesokannya.
tapi aku tak order roti sardin,
aku ambil roti kosong, suami yang ambik roti sardin,
dia terliur sebab aku bg tahu budak2 ofis kata roti sardin situ sedap..
aku tengok dia makan pun macam sedap..hihi..terliur weh.
mintak secubit..sedap weh!
kunjungan yang seterusnya haruslah order roti sardin..hihi.
lepas tu aku order roti sardin je..ada la kadang2 roti canai kosong,
tapi aku suruh suami order roti sardin, nak jugak merasa sikit.hihi


roti sardin dia sangat kena dengan tekak aku,
sardin tak basah dan tak kering.
aku perasan setiap pagi hampir orang sama datang sarapan.
pagi tadi sarapan pun aku order roti sardin.
aku tak boleh nak habiskan semua..
3 4 keping mesti rezeki suami aku..haha
nie dah dekat pukul 12 tengah hari
masih lagi terasa kenyang.
tabi dah lekat tabiat..
time lunch mesti cari makan..hihi.

lokasi : belakang Sekolah Ladang...kedai paling hujung...masuk lorong sekolah tu..sure akan nampak kedai dia..tapi kalau masuk dari kadai seng heng, akan jumpa simpang 3..warung dia belah kanan mula-mula sekali..orang kuala terengganu tau lah kut lokasi warung ni..hihi..


Monday, May 9, 2016

Bukan Sekadar Sabun Mandi

Bismillah.
Assalamualaikum.

Macam-mana kegunaan sabun mandi.
tengok setara mana kreatif ke tak korang
Ada orang guna sabun mandi untuk bersihkan badan.
alang-alang dah bersihkan badan, terlajak jadi pencuci muka
alang-alang dah sampai muka..
lajak pula ke rambut jadi syampu..
hahaha..korang ke tu yg kreatif sangat tu.
akak sefamily guna lifebuoy..
sah-sah bukan akak yg kreatif bangat tu.haha.

tapi..ada banyak lagi kegunaan sabun mandi ni.
aku tiru kekreatifan yang diviralkan di facebook.
guna sabun mandi untuk cuci pakaian putih.
terutama baju sekolah.
hitam-hitam di leher baju, hujung lengan memang hilang.
tapi tipu lah kalau tak kena gaha (read : sental)
tapi hasilnya mabeles.

aku guna sabun lux yang warna putih.
lepas tu aku parut bagi cantik,
parut macam nak buat biskut sarang semut.
simpan dalam bekas.
nanti nak pakai senang.

Memarut sabun..jadi aktiviti pulak untuk adik Wazif. Seronok dia.



Kalau hari rajin, aku terus basuh baju sekolah.
Kalau rasa dah terlambat mandi, dah nak dekat maghrib, aku rendam jer lah dulu.
letak sabun mandi dalam sesudu dua
mandi subuh esoknya aku basuh.
memang hilang kotoran degil
kesan makanan ke, milo ke,
kesan pensel..memang hilang.

ke korang ada tips yang lagi best.
share lah
aku suka lah kalau ada tips-tips yang menyenangkan kerja harian.
hihi.


Sunday, May 8, 2016

Mango Cheese Cake Sedap Di Lila Wadi

Bismillah.
Assalamualaikum.

Gambar tersorok dalam draft post tanpa tajuk, tanpa isi kandungan
Ada gambar mango cheese cake, terus aku ingat lokasinya.
tapi bila kejadiannya aku serius tak ingat.
Walaupun tarikhnya kulupa tapi keenakan mango cheese cake tu..
haih...terkenang-kenang.
tat tat tat tetiba terliur.
ada review kata tak sedap.
tapi aku makan sedap je.
sedap lah dar mango cheese cake lain yang dah pernah try sebelum tu.
hmm..mungkin faktor buah mangga..tetiba,

sebenarnya ni  nak cite masa pergi makan di Lila Wadi, Kuantan
Nak datang sini ada baiknya booking dulu.
sebab sentiasa ramai orang.

Lokasi :
Lila Wadi Restaurant
A 637, Lorong Selamat 21,
Jalan Teluk Sisek,
25000 Kuantan,
Pahang.
Tel : 012-664 4054
Waktu operasi jam: 5.00 pm - 12.00 am


tak susah nak cari restoran Lila Wadi ni.
satu jalan kalau nak ke Pantai Teluk Chempedak. 
Cari Lorong Selamat 21
memang akan nampak sebab tepi jalan je.
Malam tu kami order Pan BBQ Steambot - Seafood Supreme 
tapi gambar takde.


yang ni mango cheese cake. sesiapa yang 1st time datang harus cuba. memang akan jadi macam aku. terkenang sentiasa keenakannya. kek-kek lain pun ada, tp yang ni paling tersohor.


yang ni air pandan cooler..sedappp..fresh je rasa bila minum. tu mertua aku..air berais kurang..minum air suam je..


baju ni anak-nak aku muat lagi..maknanya tak lama sangat lah aku perap entri ni..ada lah dalam setahun kut..muahaha...


kalau korang pernah dengar kedai kek Kula Cakes, 
pun boleh dapatkan kek dan air pandan cooler tu  kat sini. 
kiranya macam adik beradik lah kedai kek ni dengan Lila Wadi..


Lokasi :
Kula Cakes 
A96, Jalan Besar,
25000 Kuantan
Pahang.
Tel : 017-971 1396
Waktu operasi jam: 1.00 pm - 9.00 am

 
*hmm..tak pasal-pasal rasa nak makan mango cheese cake.



Thursday, May 5, 2016

Resepi Biskut Famous Amos Sedap

Bismillah.
Assalamualaikum.

Weekend baru ni, terajin pula aku nak buat biskut.
Al kisah dah plan dengan anak-anak bujang nanti kita ada projek masak-masak.
suka dorang dengar nak buat cookies.
tapi sampai masa lain jadinya..
ibunya ni hah buat sorang-sorang..
dorang tengok tv citer kartun, panggil tak berganjak..haha
sedar-sedar biskut dah sedia dingap.

disebabkan dah lama sanagt rasa nak makan famous amos
tapi tak terbeli sebab bayar RM10 dapat sikit je.
kali ni buat sendiri
letak walnut dan badam banyak-banyak
choc chip stok ada sikit je..
terpaksa topup dengan chocolate button yg dipatah-patahkan

Resepi diambil dari blog azie kitchen, kak azie pula tengok dari blog cahaya cintaku.
Aku follow tips dari kak azie, letak adunan dalam fridge 30 minit sebelum membakar dan juga in between masa membakar.
tujuannya tak nak bagi adunan mencair, nanti biskut tak cantik, jadi meleper.
Tang resepi aku ada derhaka sikit-sikit je..
gula kaster tak cukup..nak mesin gula pasir jadi gula halus tak berapa rajin
so lebihkan gula perang
minyak jagung tak ade, hentam minyak masak je..
bahan-bahan kekacang tu guna lah apa ada
resepi ni serius biskut sangat sedap.
setanding dengan biskut famous amos yang mahal tu.

buat 1 adunan, so banyakla dapatnya..
puas hati...siap boleh pos ke teluk intan.
bagi anak buah merasa.
sampai abang ABX Express tanya,
'jauhnya nak pos biskut, teluk intan takde ke biskut mcm ni?'
hahahahha.
ini biskut penuh dengan kasih sayang lah, abang apa tau.



 Lima biji terakhir...sayang nak makan ^__^



RESEPI BISKUT FAMOUS AMOUS
Oleh : Yaya Azura
Credit : Azie Kitchen & Cahaya Cintaku

Bahan A
3/4 cawan gula kaster
3/4 cawan gula perang
150 gm buttercup
1 cawan minyak jagung/minyak masak
1 biji telur gred B
1/2 sk garam
1 sb susu segar @ susu tepung
1 sk vanilla extract/essence


Bahan B
4 cawan tepung gandum (di ayak)
2 sb serbuk koko (di ayak)
2 sb tepung jagung (di ayak)
1 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1 sk soda bikarbonat
1 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips


Cara cara:
1) Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.
2) Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
3) Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.
4) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.




Tuesday, May 3, 2016

Potty Training For Wazif

Bismillah.
Assalamualaikum.

Bila teringat Wazif rasa macam kena geletek je hati ni..
mesti dan dan tersenyum teringat keletah dia. Wazif ni 'nakal manja'..panjang akal..
semalam aku nak mengajar lah Alphabet kat Wazif ni..
tapi biasalah budak kecik, fokus tak lama..
lepas tu ake saja lah berdrama cakap dengan dia 'ibu sedih adik tak nak belajar ABC'
tapi jawapan dia tu buat aku lagi 'sedih'..hahaha
'bukan ibu sedih.adik sedih sebab ibu marah adik tak nak belajar ABC'
pandai pusing statement.

Selasa lepas 26/04/16 Terengganu bercuti sempena Keputeraan Sultan.
Ahad pula cuti hari bekerja.
Aku apply cuti Rabu & Khamis.
Cuti berkapit..dapat lah 6 hari bercuti.
Kalau cuti pergi bercuti mmg best lah
tapi ni cuti ada misi.

Wazif dah 2 thn 6 bulan.
Tahun depan dah sekolah
tapi masih belum free diapers.
tak tau lah berjaya ke gagal misi aku  ni,..huhu

♦ Hari Pertama - 'kebocoran' 2 kali..sedang tanya adik nak kencing tak, dia geleng dan kencing..arghh

♦ Hari Kedua - sangat excellent. tiada kebocoran. siap ikut aku pergi ofis sekejap, bila suruh kencing ok je..ada jugak time macam nak kencing, dia cakap nak gi tandas. bila masuk tandas dia cakap ' tak keluar pun'. haha..

♦ Hari Ketiga - sekali bocor, wazif pun tak tersedar, dia duk mencangkung kat laman, cabut rumput. hihi. lepas tu dia tanya ' eh, air apa ni?' .. tapi ada sekali tu muka dia kelat, syak dia nak poo poo..eh, elok pula dia poo poo dalam tandas, tp part ni kena bertabah la, siap ajak main goyang-goyang time aku pegang tangan dia nak poo poo.

♦ Hari Keempat - puas tanya nak kencing ke tak. ajak masuk tandas tak kencing, mungkin sebab Wazif tak menyusu botol mak aku kata, jadi tak kerap nak kencing. tapi air masak banyak je dia minum..

♦ Hari Kelima - terkencing kat lantai sekali. time mencangkung nak ambik kereta mainan bawah meja. Asal kau mencangkung je kau kencing ye adik Wazif..haha.biasa lah dia buat muka terkejut macam eh aku ke yang kencing?

♦ Hari Keenam - Sangat excellent, tiada kebocoran. nak kencing pun pandai dia, cepat2 dia buka seluar, bg tahu nak kencing kat tandas. Ada sekali tu dia kata nak kencing, tp lepas kencing terberak la pulak.

Malam masih lagi pakaikan Pet-Pet. tapi macam dia dah mula segan nak kencing dalam pet-pet tu..
Kalau belum tidur memang dia minta buka bagi tahu adik nak kencing kat tandas.
pagi-pagi check pet-pet ada hari basah macam sekali kencing, ada hari kering tak kencing langsung.

Aku tak banyak tip sangat lah bab potty training ni.
Cuma yang selalu aku buat, kena tanya budak tu setiap15-20 minit
tanya 'nak kencing tak?'
'nak pergi tandas tak?'
kalau lepas minum banyak lagi lah kerap kena tanya.
lagi satu kalau keluar pergi pasaraya,
sampai pasaraya tanya soalan cepu mas tu,
tengah shopping tanya lagi dua tiga kali,
sebelum balik tanya lagi, kang tak pasal kencing dalam kereta.

Selalu jugak aku cakap berbaur ugutan..hihi
'ni adik kencing atas lantai ibu kena bagi tahu teacher ni'
dia jawab...
'jangan lah ibu, nanti teacher marah adik'
(padahal belum sekolah)
hihi..macam-macam lah Wazif ni.
sangat excited nak pergi sekolah,
tak boleh tak nampak depan mata beg sekolah spiderman dia
tapi time ibu nak ajar asyik berdrama jer..huhu

harap-harap mudah lah nak free diapers adik Wazif ni
dan berharap jugak budak banyak cakap ni pelatnya makin kurang.
semoga dipermudahkan semuanya. Amin.