Tuesday, March 29, 2016

Lagu Sekolah - Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu

Bismillah
Assalamualaikum


kenapa tiba-tiba entri lagu sekolah?
anak sulung tuan tanah kedaun macam-macam lah ragamnya.
minta carikan lagu sekolah, Sekolah Kebangsaan Seri Budiman
masalahnya bukan lagu sekolah dia, tapi lagu sekolah kawan tempat transit dia..
aduhai anak..nasib lah ibu dulu sekolah kat situ..ingat lagi lagu sekolah..
walaupun dah 22 tahun ibu tinggalkan sekolah rendah
search google..sampai sudah tak jumpa..
nampaknya kena taip jugak kat sini..
nanti ibu print bagi awak..
nyanyi lah dengan penuh perasaan lagu sekolah ibu yang best lagi panjang nih..
muahahhaha..




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Lagu Sekolah : Sekolah Kebangsaan Seri Budiman.
Lokasi : Jalan Budiman, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.


Alam sekelilingnya nyaman
Sekolah Seri Budiman
Letaknya berhampiran pantai
Terengganu yang permai

Alam sekelilingnya nyaman
Sekolah Seri Budiman
Tetap menjadi keagungan
kekal sepanjang zaman

Tempat kami menimba ilmu
Tetap kami kenangi jasa mu
Tekun dan rajin demi dwijaya
Terus berusaha

Alam sekelilingnya nyaman
Sekolah Seri Budiman
Tetap menjadi keagungan
kekal sepanjang zaman

Tempat kami menimba ilmu
tetap kami kenangi jasa mu
Semat di hati
Teguh di kalbu
Cinta sekolah ku

Alam sekelilingnya nyaman
Sekolah Seri Budiman
Tetap menjadi keagungan
Kekal sepanjang zaman





Tuesday, March 22, 2016

Rexona Percuma Dari WOOP.MY

Bismillah.
Assalamualaikum.

Supprise bila dapat parcel.
rasa tak ada shopping online.
masa sign consignment note tu tak tengok pun sape pengirimnya
kita syak suami kita buat suprise..haha
rupa-rupanya dari WOOP.MY
hmmm meleset sungguh jangkaan




















dapat sepasang rexona burst of freshness
one for men and one for women
suka laki akak dapat rexona free
aku sembur lah jugak..dah dapat free kan..
harga RM12.90 jugak ni sebotol
padahal lama sangat dah tak pakai apa2 kat ketiak ni..oopppss..
keje dalam aircond xpe..haha
start mengandungkan Wafiq tak pakai dah.sekarang Wafiq dah darjah 1

macam mana boleh dapat barang free ni?

ok macam ni. rasa ramai dah tahu dan dapat rexona free ni..
untuk yang tak tahu..
sign up di WOOP.MY


Sign Up dan lengkapkan profile..


dah semestinya lah kan kita join untuk dapat barang free..^_^



bukan main mintak2 je barang free yang mana berkenan di hati
kena kumpul point
selesaikan daily missions, big missions
kalau daily missions tu senang je, klik-klik je dapat point..
tapi korang bagi lah opinion betul2 ye..jujurrrr...

yang big missions tu points dia banyak
satu task tu ratus2 points dia
ada kena upload gambar,
upload video, print screen facebook post
bila dorang dah approve task yang korang selesaikan baru dapat point


bila dah kumpul point baru lah boleh redeem barang-barang yang berkenan di hati.
macam aku, point baru seribu lebih.
sebab aku tak rajin mana nak buat big missions tu.haha.
yang dapat rexona spray tu aku tak redeem pun,
main dapat macam tu je.
tu yang terkejut terkulat tu.
mungkin sebab buat big missions rexona.

atas nie antara big mission yang aku dah selesaikan.
simple2 je big mission, atas ada kelapangan dan rajin atau tidak.
submit screenshot pastu tunggu dorang approve untuk dapatkan point.
setakat nie aku tak pernah redeem lagi.
perap lah point tu kat situ dulu..

jadi, kepada penggemar barang-barang free
jangan segan untuk sign up di WOOP.MY







Sunday, March 20, 2016

Wanginya Ku Terima

Bismillah.
Assalamualaikum.

Lumrah kita.
Suka bau-bauan yang harum..
yang wangi...
tapi hidung aku ni sesetengah wangi je dia boleh terima..haha
sensor hidung aku ni sangat tajam
kalau tak kena gaya, korang kata wangi
tapi bila aku hidu..
boleh terbersin sampai tahap membawa ke selsema.
Pedih hidung. Parah.

Kalau terhidu dengan bau wangi yang soft,
alahai..bestnya bau..fresh je..
awak pakai perfume apa ye?
malu lah nak tanya..haha
lagipun aku ni bukan jenis yang wajib kena ada perfume
sebab alah dengan kebanyakan bau wangi tu lah yg tak semangat nak sembur perfume.

tapi kan.
kat ofis last week ada staff bawak sample perfume.
brand De'Xandra
semua orang tahu ni..aku pun tahu..haha
tapi tak ada lah sampai tahap nak mencari..hihi..

aku baca testimoni kat pamphlet
yang tu suka bright crystal inspired by Versace
yang tu pulak suka bombshell inspired by Victoria Secret
yang tu pulak suka moon sparkle inspired by Escada
tapi semua tu tak ada tester..haha camno.
akak dah dekat2 nak terpengaruh dah ni..

ada la lagi satu testimoni..
suka sangat dia dengan bau gucci flora inspired by Gucci
aku pun cari2 lah tester..pun tak de.

botol tester tak ada..tp ada yang macam ni..





jadinya aku ambik yang ni je dulu..kecik je ni..2 ml..
macam size botol minyak atar tu
tak berani lagi nak ambil yang dalam botol besar tu
kena bagi suami bau dulu..
kang aku kata wangi dia bau pesen lain. hihi..





suami pun setuju bau dia best..fresh je..
sembur2 kat tudung, sampai petang tudung aku bau wangi..
hihi..
lagi best boleh bawa solat. Guna tanpa was-was.

terfikir-fikir nak cari yang dalam botol tu
tp kita test pakai yang ni dulu,
kita tengok botol kecik ni aku boleh tahan berapa bulan.
haha.
harap2 istikomah lah.






Friday, March 18, 2016

Belum habis lagi kisah BoboiBoy The Movie

Bismillah.
Assalamualaikum.

Sekarang kan budak-budak belum kebah lagi demam Boboiboy The Movie. Wafiq pun sama. Ada dua tiga kali berbunyi ajak pergi pawagam lagi sebab dia lupa salah satu watak dalam movie tu. Dia sebut Geng Tengkotak tu satu persatu..ada Klamkabot, Kikita, Gaganaz, Yoyo Oo, Borara. Nasib sekarang info hujung jari. Rupa-rupanya watak lagi satu tu namanya Ciciko..hihi..  

Balik transit petang semalam abang Wafiq ajak pergi kedai CD. Aku tanya CD apa dia nak beli slow je dia jawab nak CD citer Boboiboy..takut ibu marah letew.hakhak.

Semalam aku terer handle suasana.hihi.. Aku slowtalk dengan dia terangkan satu persatu. Wafiq ni kalau tak kena gaya boleh tahan rajuknya. Ikut sape ntah perangai tak senonoh tu. haha.

bagi tahu dia

''citer boboiboy ada lagi kat pawagam. kalau dah keluar CD rugi besarlah tokey dia. CD sekali beli boleh tengok banyak kali. Kalau CD keluar awal sape nak tengok wayang''

..tak puas hati dia, kawan dia bagi tau CD dah ada jual.

lagi sekali kena terangkan satu persatu.

''Yang tu gambar tak cantik..gambar senget-senget. Orang tak bertanggungjawab mungkin ambik video dalam panggung. (betul ke penjelasan ni? asal logik sudahlah...) yang ni namanya CD cetak rompak.tak tengok ke iklan kat TV pasal beli barang cetak rompak? nanti kena tangkap dengan polis. tak takut kena tangkap ke?''

..Nampak macam Wafiq dah boleh terima jawapan ibu. Tapi ada lagi soalan.

''dah tu..bila nak stop citer dekat pawagam tu''

''kalau tokey dia dah dapat banyak duit stop lah!'' .. muahaha jawapan jenis apakah ini.

''nanti lepas stop baru kuar CD kan ibu, baru ada kat TV kan?''

erm..hadam jugak awak dengan jawapan ibu. bagus bagus ^___^

Tapi citer tak habis di situ..


Malamnya, selepas hantar abang Wafiq ke kelas taekwondo, aku singgahlah sekejap kedai pasaraya mini. Nampak ada komik Boboiboy. Ada poster Boboiboy The Movie dalam tu. Teringat minggu lepas  abang Wafiq bagi tahu dia nak poster Boboiboy The Movie..dia tanya mana nak dapat poster tu. jadi tanpa ada abang Wafiq di sisi pun laju je aku capai senaskah. alahai aku... ibu macam tu lah kan.

Masuk kereta suami tanya beli apa. Tunjuk komik tu.. ''Teringat kat Wafiq nak poster boboiboy the movie, tu yang beli tu''

''Semalam kat Giant dia dah tunjuk komik ni, tapi saya tak belikan pun'' Eh kejamnya ayah. Anak-anak kalau dengan ayah takut nak merengek. Kalau ibu yang ada masa tu harus mulut abang Wafiq dah muncung tahap boleh sangkut hanger.

otw balik selepas ambil Wafiq, sempat lagi abang Wafiq buat rancangan.

"ibu..esok lepas habis fardhu ain kat masjid boleh tak kita pergi  Giant sekejap''

hmmm...terbayang komik boboilah tu..ayah tak layan, ibu kan ada..ibu tak layan, ayahkan ada..haha. pandai budak-budak nie guna talian hayat.

''Wafiq nak buat apa pergi Giant? baru semalam pergi kan?''

''Wafiq nak beli komik boboiboy....'' suara slow je sebab ayah sedang mendengar..haha

''Boleh pergi Giant tapi kena tutup mata dulu...bilang sampai 10''

Lurus je anak aku ikut arahan.hahaha.tak tanya pun kenapa kena tutup mata..

Perlahan-lahan aku letak komik yang beli tadi atas riba dia..cukup kiraan 10, Wafiq buka mata dan menjerit kesukaan.


''bila ibu beli ni? kat mana ibu beli? macam mana ibu tau Wafiq nak komik ni?'' tu dia...bertalu-talu soalan..

''ibu kan ibu wafiq, wafiq kan anak ibu..mesti lah ibu tau.. tu dah dapat tu tak cakap thank you pun...''

''thank you ibu....''

dan aku rasa...aku sebenarnya lagi happy dari dia sebab mampu gembirakan anak walau hanya dengan senaskah majalah.













Sekolah Tutup Sebab Cuaca Panas Pun Nak Jadi Isu

Bismillah.
Assalamualaikum.


Pekeliling akan dikeluarkan berkenaan penutupan sekolah.
Itu yang aku baca dekat BH Online.
Sekarang ni kan fenomena el nino..panas melampau.
Ada betulnya juga kementerian ambik langkah sewajarnya.

yang aku tak pahamnya.
kenapa mesti ada mak pak yang melatah.
Membazir je katanya sekolah tutup..
anak duk rumah pun keluar merayau main panas..

haih..kita dengar alasan dia pun makin naik suhu badan ni hah
hahaha
eh. anak deme kan. deme jaga lah..kawal..
duk dalam rumah, buat apa patut.
pandai pula bimbang anak sendiri keluar main
cikgu kat sekolah tu agaknya macam mana nak pantau anak murid beratus?
dibuatnya anak deme tu pengsan kena strok haba..
cikgu jugak dipersalahkan..
cikgu jugak kena saman.

sekolah bukan bibik nak jaga anak-anak kita.
kalau perlu cuti..suami isteri cuti lah bergilir-gilir.
kalau tak boleh cuti kena usahakan juga biar ada orang jaga anak kita.
hantar transit kat mana-mana tadika ke?
minta saudara-mara jagakan ke..
tp sekarang mana ada orang suka buat keje free
kalau diorang tak minta upah
pandai2 lah deme hulurkan juga
pandai-pandai lah berbudi di situ walaupun sedara sendiri.
kalau dah menolak ikhlas tak apalah..Alhamdulillah.

kesian anak kita tu..
jangan fikir susah kita je..
kita bekerja duk dalam aircond
anak kat sekolah tu
belajar dalam suasana panas..tak selesa.
duk sekolah sampai petang
sakit kepala.
berlengas muka.

jadi pandangan peribadi aku,
tak ada salahnya tindakan kementerian.

sekian.


































Thursday, March 10, 2016

Melayan Anak-Anak Tonton Boboiboy The Movie

Bismillah.
Assalamualaikum.

Tumbukan berpadu-padu!
Tembakan Pembeku!

^_____^

Keluar saje iklan tentang Boboiboy The Movie anak yaya antara yang tak reti duduk diam. Setiap hari bertanya boleh tak kita pergi tengok wayang cerita Boboiboy ni? Kali pertama dan terakhir Wafiq tengok wayang masa movie Kungfu Panda 2..dah lama, tahun 2011.

Dan kali ni cerita Boboiboy The Movie ni jadi movie first untuk adik Wazif, kali pertama adik masuk panggung. Adik Wazif sangat cool..relek je tengok movie sambil makan popcorn letah celah peha..hihi. Abang Wafiq masa tengok kungfu panda 2 sebelum start movie dah nangis dulu, terkejut bunyi kuat. hihi.

bila lah nak siap panggung wayang di Kuala Terengganu ni. jenuh kami meredah 3 daerah nak sampai ke Kemaman, situ je paling hampir. Kalau boleh yang di Kuala Terengganu ni biarlah TGV..ye lah, alang-alang dah join TGV Movie Club.  

Walaupun ibu dan ayah sememangnya nak bawa anak-anak tengok movie ni tp tak boleh la jujur sangat terus terang dengan budak berdua tu. Macam biasa, nak apa-apa kena usaha..bahaha. Adik Wazif excuse sebab kecik lagi, sampai Abang Wafiq kata adik kena tinggal sebab tak buat apa-apa. hhihi.

ingat sesenang je boleh pergi ? kena cukupkan 100 points dulu. untuk setiap perkara-perkara kebaikan yang mnyenangkan hati ibu dapat 5 points, kasi ibu marah, ibu tolak 5 points. Macam tu lah dalam 2 minggu. 3 4 round jugak markah cukup 100 sbb ibu banyak tolak points. Geram betul budak tu dengan ibu dia ni. hahaha.

Boboiboy The Movie

Beli tiket online. 2hb3 baru ada advance sale. movie release 3hb. Lama tak tengok wayang, harga tiket boleh tahan ek...Dewasa RM 17, kanak-kanak RM9..hmm redho.haha.




Kami pergi 4hb.. penuh panggung weh.
ramai rupa-rupanya ibu bapa senasib dengan kami..hahaha.kena jadi peneman anak-anak ^__^. Aku tak pandai nak review movie kartun ni. tp yang pasti, gambar nya sangat cantik, effect dia memang kebabom. suami pun cakap macam tu. boleh pergi oversea movie ni.ada standard gitu.

sebelum nie boboiboy ada kuasa 3 je..pastu up jadi 5..Wafiq cakap boboiboy dah jadi kuasa 7! ntah masa mana dia up kuasa dia.. ibu lelap kut time tu..haha.kantoi.

hampir seminggu berlalu. 

Abang Wafiq tak banyak mana cakap pasal boboibot the movie ni..ada lah 2 3 kali dia bagi tau kalau boleh nak tengok lagi..tunggu orang share nanti ibu minta ayah tolong download. hihi.. 

tapi.. Adik Wazif lain ceritanya..makin menjadi-jadi. habis semua kuasa boboiboy dia serap!haha..tak adalah nak bertumbuk menyepak ke ape..cuma gaya je lebih..hihi..

*dalam kepala abang wafiq sekarang ni ada movie angry bird dan upin-ipin jeng jeng jeng..dia memang tunggu sangat tu...hurmm..









Wednesday, March 9, 2016

Ada cara lagi mudah untuk difahamkan ?

Bismillah.
Assalamualaikum.



btw itu fb yaya. meh lah berjemaah add friend ^___^

fikir-fikir nak share kat mana.
kang story mory kat IG blog pula bersawang,
upload kat FB, nasiblah ye nanti ada lg cite sama kat blog.
tp di  blog best lagi celotehnya.

berbalik pada landasan.

itu soalan matematik darjah 1.
ada lagi yang advance, bab sempoa (abacus) pun dah ada.
alhamdulillah Wafiq mudah faham soalan-soalan berkaitan abacus
itupun ibu tumpang belajar juga dengan wafiq.haha
sebab ibu tak pernah diwajibkan belajar sempoa.hihi.
mujur juga ada nota-nota dari 'kipas hikmat'
boleh search beliau di facebook.
sila follow sebab tersangatlah banyak ilmu di situ.
terima kasih encik kipas hikmat.

berbalik lagi pada landasan.

yang dalam gambar atas tu.
Ya Allah..
nampak macam soalan operasi tolak tambah yang biasa-biasa je
tapi bila dah pusing-pusing
dibuat pula dalam bentuk ayat
memang ambik masa lah budak umur 7 tahun nak hadam.
kena terangkan satu persatu.
kena bagi contoh soalan banyak-banyak.
biar mahir.

7 kurang 2 daripada ?
? lebih 3 daripada 3

apa nama bentuk soalan macam ni?
nak minta bantuan google ni
kut-kut lah ada ibu ayah atau cikgu-cikgu
yang share cara lagi mudah nak bagi anak faham.









Thursday, March 3, 2016

Gatal Jari Jemari

Bismillah.
Assalamualaikum.

Merenyam  jari  jemari ni gatal-gatal.
bukan gatal berpenyakit.
tapi gatal main tukar header,
tukar layout, tukar template.

kalau sape perasan,
yaya suka kut main mekap-mekap blog ni.
haha..

kali ni kita kasi cat background putih.
font warna kelabu asap.
font size kita besarkan sikit.
header kita main buat cincai-cincai je.
tp bila siap..eh. macam cantik pula.
hah. perasan.
tahan lama kut template yang ni.

cakap pasal background blog.
dulu-dulu masa berblog tahun 2009.
ada terbaca lah..
bagitau kalau background warna putih
blog cepat loading
jadi tak menyusahkan readers lah..
maknenyesaknim blog tak berat lah.

lama tak main ukur-ukur kelajuan blog loading. ^__^

so, kawan-kawan semua,
ok tak suasana baru rumah yaya ni?
hihi ^___^













Wednesday, March 2, 2016

Mac dan Anak-Anak

Bismillah.
Assalamualaikum.

Dah 02.03.16. Banyak hal dalam fikiran ni yang dirancang..tapi itu lah yang tak dirancang pun banyak menjengah setiap hari.. jadi asyik tertunda-tunda saja.. tu tak kira lagi part buat-buat malas.haha.betul, ada hari biar suami je lah yang handle anak-anak. tapi kita ni duk kerling je hujung mata..haih, tak boleh jadi, bab anak-anak segala perancangan ada dalam fikiran yaya je..target nak buat ape sekian-sekian..kalau serah kat suami rasa macam ada bahagian yang tertinggal.haha..so nak tak nak kena gagahkan diri juga.suami ni kena minta tolong, bagi tahu kena buat apa memang laju je dia buat, sebab dia tahu bini dia banyak mende lagi nak kena buat. ^__^

W . A . F . I . Q

Bulan Mac tahun nie agak mencabar untuk abang Wafiq..bulan ni akan ada ujian kat sekolah sebelum cuti penggal pertama nanti..Wafiq kan baru darjah 1, jadi kena persiapkan dia. tak nak lah dia ingat ujian tu macam ujian penilaian macam kat tadika dulu..sesenangnya boleh dapat 24A.hihi.

Alhamduliilah, belajar dia ok. senang faham kalau ajar dia. tapi masalahnya cuai masa jawab soalan. bukannya dia tak tahu tp cuai. benda-benda macam ni lah nak kena bagi perhatian kat dia.. kena peringat time buat latihan.

Akhir bulan Mac ada ujian kenaikan pangkat untuk taekwondo dia. sekarang tali pinggang warna biru (satu). dia kena bersiap sedia untuk taegeuk 5. taegeuk ni macam gerak langkah lah, step2 yang kena ingat. Rasanya tak ada masalah untuk dia ingat taegeuk 5 ni..ada 30+ step jugak yang nak kena ingat. tapi yang masalahnya bukan sekadar kena ingat taegeuk 5, dia kena inat semua taegeuk2 yang dia dah belajar sebelum ni..taegeuk 1 - 4 dia dah ingat-ingat lupa. semalam minta buat dah tercengang2. Nanti time grade dia kena buat random 2  jenis taegeuk lain selain taegeuk 5.. tak ingat fail lah jawabnya.

dah la nak exam..ibu cakne exam, ayah cakne taekwondo..harap-harap abang Wafiq tabah..^__^
ni awal-awal ibu dah bagi reward..lusa kita tengok boboiboy the movie. ^__^


W . A . Z . I . F

ini budak sangat aktif dan sangat berani dan juga rajin. walaupun umur 2 tahun 4 bulan tp kalau suruh laju je buat.pandai simpan mainan, baju letak dalam bakul, simpan buku-buku, pembersih sama macam abang dia..hihi.. 

tapi .. bila ajak baca ABC banyak je helah. Sekarang boleh sebut A sampai F je. A for apple, B for ball bla bla bla sampai F. ABC liat, tp nombor  dan boleh sebut 1-10 dwibahasa..warna-warna pun dah boleh cam dan sebut dwibahasa.

masalahnya, belum free diapers, bukan salah dia tapi salah ibu melahirkan sbb belum ajar..haha..tahun depan dah nak sekolah..pengsan lah mak, nak ajar kenal ABC lagi, nak ajar potty training lagi. sekolah tadika sekarang tahu2 je lah, kita yg kena persiapkan anak kita sebelum hantar tadika. 1st day hantar tu kiranya anak ko dah kena pandai ABC, nombor sekurang-kurangnya 1-10.


Nak kena tumpukan perhatian untuk anak-anak...penat? ye..penat weh.
tapi time dorang kecik-kecik ni je kita penat sikit, 
nanti mereka dah boleh berdikari time tu kita tarik nafas lega-lega ^____^
Yaya ni baru dua anak. Syabas untuk mereka yang ada anak kecil rapat-rapat..