Kenangan SPM Tahun 1999

Bismillah, 
Assalamualaikum.

Hari ni bermula peperiksaan SPM. Selamat maju jaya buat semua calon SPM. Rasanya tiada saudara mara terdekat yang ambil SPM tahun ni.

Mengenang semula ketika yaya ambil SPM tahun 1999.

ye.. yaya ambil SPM tahun 1999. ^_^ . .kira umur kita letew.. haha.

Pantai timur hujung-hujung tahun dah musim tengkujuh. Peperiksaan SPM tahun 1999 jatuh pada bulan Disember.. (tarikh SPM tahun 1999) Musim tengkujuh sedang menggila masa tu. Ada hari exam pergi sekolah pakai selipar..tapi bawa juga kasut sekolah dalam beg, takut pengawas peperiksaan minta pakai kasut. Sudahnya, ambil exam dengan keadaan berkaki ayam, kaki bersila atas kerusi. Sejuuukkkk!!! 

Ada satu hari tu, kelas siap black out..dalam kesamaran  jawab exam. haha..jadi bila suasana tak berapa nak terang tu, dengan hujannya, suasana exam dah tak menjadi ngeri. haha..ramai ambil peluang bertanya jawapan. haha.

bukan saja dugaan musim tengkujuh...tapi masa tu juga bulan puasa. (tarikh Ramadhan tahun 1999).
Bila sejuk perut cepat sungguh berdansa. Itu lah..sape suruh tak bangun sahur..macam nak pecah pintu bilik dorm kakak-kakak kantin asrama kejutkan. Tak juga bangun..semalam dah stay up..memang bercinta lah weh nak bangun sahur. 

ermm..korang ingat lagi tak ambil subjek apa masa SPM? yaya ambil :

1) Bahasa Melayu
2) Bahasa Inggeris
3) Pendidikan Islam
4) Sejarah
5) Matematik
6) Matematik Tambahan
7) Fizik
8) Kimia
9) Biologi
10) Perakaunan

Agak-agak korang lah..dengan mata pelajaran di atas, apa pekerjaan yaya sekarang? 

Ada satu part tak boleh lupa..beberapa bulan sebelum SPM, ada rakan sekelas bersungguh-sungguh minta tukar subjek perakaunan ke tassawur islam. Subjek nak exam kan dah daftar, kalau nak tukar juga kena bayar. tp my classmate ni mmg tegar..tukar subject..pulun tassawur. hihi..

kenangan masa SPM memang tak boleh dilupakan. segala jerit perih hilang sekelip mata bila selesai last paper..masa tu cuma tunggu tak sabar nak raya puasa..haha..













7 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Tinggal memori semuanya Yaya..
    Exam dlm musim banjir ada hikmahnya Yaya boleh bincang-bincang:)

    ReplyDelete
  2. wow semua killer subject tu kak...share lah result sekali.
    spm time wida, paling x leh lupa..paper last BA kena tangguh sebab masa tu Agong (Sultan Selangor) mangkat.

    ReplyDelete
  3. saya spm 1998..hihihi.. saya ada blogshop baru buat, klu sudi, mehla support kita ngan jadi follower.. http://mymodestycloset.blogspot.my/

    tq..

    ReplyDelete
  4. hi, saya datang singgah sambil follow sini :)

    ReplyDelete
  5. hi, saya datang singgah follow sini :)
    salam kenal :)

    ReplyDelete
  6. Wah, kiranya kita berdua nie sebayalah yea, Yaya.. hihihi kenangan tahun 99 memang tak dapat dilupakan dan itulah tahun terakhir untuk exam SPM menjadi SPM terbuka.. Takde lagi pangkat 1, pangkat 2, pangkat 3..

    ReplyDelete
  7. Saya pun asal K. Tranu jugak, sekolah SMK Padang Midin..

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post