Nak kurus sikit je...

Bismillah.
Assalamualaikum.

Selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan alam maya.
Pagi tadi bersahur ala kadar..nanti nak berbuka pun ala kadar.
Wafiq tak ada masalah ajak bertarawikh dan bangun sahur.
dah bersedia sangat nampaknya anak ibu tahun ni.
En.suami pulak awal-awal dah bagi tahu..nak makan segenggam nasi je
time sahur dan berbuka.
tak nak banyak-banyak..hamboi..kurus lah abang raya nanti yer.
dia tak tau isteri dia ni nak makan 3 sudu nasi je.
muahaha..mampukah?

Kalau dapat turun berat dalam 3 kg jadilah.
aim 50 kg raya ke-7..sekarang 53.5 kg.
Cabaran termasuk hari raya..muahaha lagi.
Ada sape nak join kempen turun berat bulan puasa?
Tapi sendiri berkempenlah..Haha.

dan untuk peringatan kepada diri sendiri..
berat aku akhir ramadhan tahun lepas adalah 47kg.
semalam timbang 53.5kg..patut ar peha bergesel..ahakz.

macam gerun pulak bila teringat penambahan kg pada badan2 ni.
huhu.
dalam 7 bulan ni bagai di pam-pam.
selepas dengan jayanya bercerai susu badan dengan adik wazif,
maknanya pam susu pun stop sekali lah.
sebab adik dah 2 tahun dah time tu..
lepas tu lah makan macam biasa tapi gemuk.
sebelum tu makan banyak tapi kurus.
huhu...
tu lah satu hikmah menyusukan anak..boleh kurus!

Kenapa nak kurus sikit je?
Mak cakap teruk sangat rupa aku bila aku kurus.
asalkan ada gap antara peha..
lengan tak bergeleber..perut tak buncit sudah..
ermm..macam susah  je..haha
So..harap2 tak hangat-hangat tahi ayam lah nak kurus ni.
Chaiyok yaya.






7 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Mak aiii, tkdoka gomok bona, oklah tu, nk kuruih tang mana lagi tu yaya oii..

    ReplyDelete
  2. Sebulan posa, in shaa Allah bole kurus...

    Salam ramadhan

    ReplyDelete
  3. Hmm... dah ok sebenarnya kakak tengok Yaya tu
    Tapi tuan punya badan biasalah tetap nak lebih baik lagi.

    ReplyDelete
  4. saya cuba berazam tak mahu beli banyak kuih muih, ais kacang bagai... yang akhirnya tersandar dan lebihannya ke peti ais.

    berbuka nasi berlauk sahaja atau kalau dengan kuih 2~3 ketul dan bersahur dengan satu mata lauk sahaja.... gulai ikan.

    ReplyDelete
  5. Sama ar....nak kurus jugak ni. Tak sanggup dah nak tgk lemak berkepuk kepuk ni weyh....

    YA...berat mung 53 kg tu berat mak masa anak dara tau. La ni tak payah tanyalah berapa berat. Buat stress aje hihi

    ReplyDelete
  6. InshaAllag kalau betul betul nak boleh kurus tu...:-)

    ReplyDelete
  7. Amboi seronoknya adik wazif p tgk tv besar yer.....pop corn tu sedap...hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post