Wednesday, May 11, 2016

Sarapan Roti Canai Sardin

Bismillah.
Assalamualaikum.

Penangan roti canai sardin best.
Dalam seminggu ada 2, 3 kali aku pergi kedai roti canai ni.
Semua jenis roti canai dia sedap,
rangup, tak tebal dan tak nipis..sedang-sedang elok je..
kuah kari dan kuah dal dia menjadi sangat tau.
perfect!

dulu aku tak suka mana roti sardin ni.
pernah cuba sekali..itu yang pertama kali lah kiranya.
tapi tak sedap..lepas tu terus tak order dah.

aku asalnya tak tau pun kewujudan warung ni
bila tanya budak-budak ofis (hai stalker ^_^) dorang keluar minum kat mana..
dorang peta-peta mulut lokasi warung kat aku..
dorang panggil warung awek purdah.
kadang2 awek tu tolong ayah dia tebar roti..khelass kau!
dan haruslah aku jalan-jalan cari makan keesokannya.
tapi aku tak order roti sardin,
aku ambil roti kosong, suami yang ambik roti sardin,
dia terliur sebab aku bg tahu budak2 ofis kata roti sardin situ sedap..
aku tengok dia makan pun macam sedap..hihi..terliur weh.
mintak secubit..sedap weh!
kunjungan yang seterusnya haruslah order roti sardin..hihi.
lepas tu aku order roti sardin je..ada la kadang2 roti canai kosong,
tapi aku suruh suami order roti sardin, nak jugak merasa sikit.hihi


roti sardin dia sangat kena dengan tekak aku,
sardin tak basah dan tak kering.
aku perasan setiap pagi hampir orang sama datang sarapan.
pagi tadi sarapan pun aku order roti sardin.
aku tak boleh nak habiskan semua..
3 4 keping mesti rezeki suami aku..haha
nie dah dekat pukul 12 tengah hari
masih lagi terasa kenyang.
tabi dah lekat tabiat..
time lunch mesti cari makan..hihi.

lokasi : belakang Sekolah Ladang...kedai paling hujung...masuk lorong sekolah tu..sure akan nampak kedai dia..tapi kalau masuk dari kadai seng heng, akan jumpa simpang 3..warung dia belah kanan mula-mula sekali..orang kuala terengganu tau lah kut lokasi warung ni..hihi..


3 comments:

  1. Alamak.....terliur nih....Lama tak pekena roti canai tau. Tp mak jarang order roti sardin, selalu order tosey kononnya nak jaga kesihatan tp tang lain bedal aje hihi....

    Kalau kat KL kekadang kedai melayu ni tak jual kari...tu yg kurang suka tu...tak puas kalau tak de kuah kari

    ReplyDelete
  2. Untunglah Yaya kalau senang nak dpt dan nak pilih
    Kakak ni sebulan nak dpt sekali pun payah
    Kalau yg mamak banyak tempat kakak ni tapi yg org kita ni jauh sikit dari rumah kakak. Kakak suka juga roti canai sebenarnya..

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.