Thursday, May 5, 2016

Resepi Biskut Famous Amos Sedap

Bismillah.
Assalamualaikum.

Weekend baru ni, terajin pula aku nak buat biskut.
Al kisah dah plan dengan anak-anak bujang nanti kita ada projek masak-masak.
suka dorang dengar nak buat cookies.
tapi sampai masa lain jadinya..
ibunya ni hah buat sorang-sorang..
dorang tengok tv citer kartun, panggil tak berganjak..haha
sedar-sedar biskut dah sedia dingap.

disebabkan dah lama sanagt rasa nak makan famous amos
tapi tak terbeli sebab bayar RM10 dapat sikit je.
kali ni buat sendiri
letak walnut dan badam banyak-banyak
choc chip stok ada sikit je..
terpaksa topup dengan chocolate button yg dipatah-patahkan

Resepi diambil dari blog azie kitchen, kak azie pula tengok dari blog cahaya cintaku.
Aku follow tips dari kak azie, letak adunan dalam fridge 30 minit sebelum membakar dan juga in between masa membakar.
tujuannya tak nak bagi adunan mencair, nanti biskut tak cantik, jadi meleper.
Tang resepi aku ada derhaka sikit-sikit je..
gula kaster tak cukup..nak mesin gula pasir jadi gula halus tak berapa rajin
so lebihkan gula perang
minyak jagung tak ade, hentam minyak masak je..
bahan-bahan kekacang tu guna lah apa ada
resepi ni serius biskut sangat sedap.
setanding dengan biskut famous amos yang mahal tu.

buat 1 adunan, so banyakla dapatnya..
puas hati...siap boleh pos ke teluk intan.
bagi anak buah merasa.
sampai abang ABX Express tanya,
'jauhnya nak pos biskut, teluk intan takde ke biskut mcm ni?'
hahahahha.
ini biskut penuh dengan kasih sayang lah, abang apa tau.



 Lima biji terakhir...sayang nak makan ^__^



RESEPI BISKUT FAMOUS AMOUS
Oleh : Yaya Azura
Credit : Azie Kitchen & Cahaya Cintaku

Bahan A
3/4 cawan gula kaster
3/4 cawan gula perang
150 gm buttercup
1 cawan minyak jagung/minyak masak
1 biji telur gred B
1/2 sk garam
1 sb susu segar @ susu tepung
1 sk vanilla extract/essence


Bahan B
4 cawan tepung gandum (di ayak)
2 sb serbuk koko (di ayak)
2 sb tepung jagung (di ayak)
1 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1 sk soda bikarbonat
1 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips


Cara cara:
1) Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.
2) Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
3) Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.
4) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.




4 comments:

  1. Sedap nya famous amos, lagi lagi kalau almond dia banyak..Sedap sungguh! :)

    ReplyDelete
  2. Puas makan ye YA....
    Mak pun suka yg ada almond banyak....makan rasa lemak lemak gitu mmg perghlah....
    Raya ni boleh trylah YA....

    ReplyDelete
  3. Abang courier service tu sebenarnya teringin nak rasa tu Yaya:)

    ReplyDelete
  4. hahah..derhaka dgn resepi tu mcm biasa je..haha..

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.