Sunday, May 8, 2016

Mango Cheese Cake Sedap Di Lila Wadi

Bismillah.
Assalamualaikum.

Gambar tersorok dalam draft post tanpa tajuk, tanpa isi kandungan
Ada gambar mango cheese cake, terus aku ingat lokasinya.
tapi bila kejadiannya aku serius tak ingat.
Walaupun tarikhnya kulupa tapi keenakan mango cheese cake tu..
haih...terkenang-kenang.
tat tat tat tetiba terliur.
ada review kata tak sedap.
tapi aku makan sedap je.
sedap lah dar mango cheese cake lain yang dah pernah try sebelum tu.
hmm..mungkin faktor buah mangga..tetiba,

sebenarnya ni  nak cite masa pergi makan di Lila Wadi, Kuantan
Nak datang sini ada baiknya booking dulu.
sebab sentiasa ramai orang.

Lokasi :
Lila Wadi Restaurant
A 637, Lorong Selamat 21,
Jalan Teluk Sisek,
25000 Kuantan,
Pahang.
Tel : 012-664 4054
Waktu operasi jam: 5.00 pm - 12.00 am


tak susah nak cari restoran Lila Wadi ni.
satu jalan kalau nak ke Pantai Teluk Chempedak. 
Cari Lorong Selamat 21
memang akan nampak sebab tepi jalan je.
Malam tu kami order Pan BBQ Steambot - Seafood Supreme 
tapi gambar takde.


yang ni mango cheese cake. sesiapa yang 1st time datang harus cuba. memang akan jadi macam aku. terkenang sentiasa keenakannya. kek-kek lain pun ada, tp yang ni paling tersohor.


yang ni air pandan cooler..sedappp..fresh je rasa bila minum. tu mertua aku..air berais kurang..minum air suam je..


baju ni anak-nak aku muat lagi..maknanya tak lama sangat lah aku perap entri ni..ada lah dalam setahun kut..muahaha...


kalau korang pernah dengar kedai kek Kula Cakes, 
pun boleh dapatkan kek dan air pandan cooler tu  kat sini. 
kiranya macam adik beradik lah kedai kek ni dengan Lila Wadi..


Lokasi :
Kula Cakes 
A96, Jalan Besar,
25000 Kuantan
Pahang.
Tel : 017-971 1396
Waktu operasi jam: 1.00 pm - 9.00 am

 
*hmm..tak pasal-pasal rasa nak makan mango cheese cake.



2 comments:

  1. Ermmm, mmg cam sedap tu, smlm jenjalan ke kuantan tmpt anak tapi tk sempat nk ke bdr kuantan bebetul, next time balik teganu harus singgah nih

    ReplyDelete
  2. Wah ....tengok pun dah menjejes air liur mak tau. Jarang jumpa mango cheese ni selalunya blueberry kan....

    Jaranglah gi Kuantan ni Yaya. Tp rasanya kalau sampai Kuantan pun tak mungkinlah mak beriya iya cari kek sebab bukannya faveret sangat pun....

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.