Monday, May 23, 2016

Makan-makan di The Syrup Vs Soda

Bismillah
Assalamualaikum.

Ni kunjungan kali ke dua ke The Syrup Vs Soda. (SVS)
Aku tau restoran ni lepas tengok Jalan-Jalan Cari Makan.
Padahal tak jauh mana pun, tengah bandar KT ni je.
Kali pertama pergi berdua je dengan suami.
Kali ni ajak abang Wafiq. Pergi lepas balik dari kerja.
Ambil Wafiq dari tempat transit terus ke restoran.
Rasa lain bila tak ada adik Wazif..dalam kecoh-kecok adik Wazif,
gelagat itu lah yang diingat sentiasa.

Sehari sebelum tu, aku ada marah-marah Wafiq,
tu lah buat perangai lagi.
laju je tangan ni babap mulut dia.
dua kali pulak tu..menyesal tak sudah aku..

aku cakap dekat Wafiq,
ibu nak minta maaf sebab babap mulut wafiq..
ibu nak belanja minum air best, Wafiq mesti suka,
suka dia bila aku sebut air best.
tapi lepas makan tu aku tanya lagi sekali,
sebenarnya siapa salah?
ibu atau Wafiq?
tengok lah aku..dengan budak 7 tahun pun tak nak beralah.
hahaha.
bukan apa..aku nak dia sedar dia pun ada buat salah.
nasib dia pun mengaku salah..tau kat mana salah dia.
hihi.

jom tengok apa kami makan dan minum di The Syrup Vs Soda



 Milo Raksasa


Spaghetti Aglio Olio Seafood
  

Chicken Burger

 Rocky Rock


Nemo Fish And Chips


Chocolate Soup


Spaghetti Carbonara


anak ibu ^_^


kat sini bukan semua western..
yang suka makan nasi tak ada hal.
macam-macam ada..
harga?
yang macam aku tunjuk kat atas tu..
minuman dalam RM 5.00 -  RM 8.90, makanan dalam RM 14.90 satu
aku tak ingat exactly price
tapi masih afffordable sbb portion dia banyak
kalau yang jenis kira kalori time nak makan tu
selamat lah korang
work out lah bebanyak.

so aku reccomended lah SVS ni
nak makan-makan sambil celebrate birthday pun boleh


 gambar dari Facebook SVS

 gambar dari Facebook SVS

gambar dari Facebook SVS


The Syrup Vs Soda
Lokasi : Lot 3373 Jalan Batas Baru,20030 Kuala Terengganu
Waktu Perniagaan : 4.30pm - 12am | Setiap hari kecuali JUMAAT TUTUP
Tel : 09 - 622 7669



3 comments:

  1. Boleh tahan murah juga harganya tu Yaya.
    Tengok pun menggoda selera juga.
    Kakak ambil dulu address dia Yaya sebab mungkin hujung minggu ini kakak sekeluarga akan berada di sana.

    ReplyDelete
  2. Ni kira mama pujuklah ek..... Untung abg Wafiq dpt makan best, lepas ni boleh bagi mama marah lagilah hihi...

    Nantilah kalau pegi KT nak try makan kat sini. Nampak mcm menarik jer air dia tu YA.....dah mcm aiskrim ek.

    Tp entah bilalah nak gi KTnya hihi...

    ReplyDelete
  3. lalu sokmo kat situ..tp x pernah try makan. leh try nnti..nmpak menarik & mengancam

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.