Tuesday, May 24, 2016

Hadiah Hari Guru 2016

Bismillah.
Assalamualaikum.

Setahun dua ni, bila nak sambut Hari Guru je,
Aku cuba untuk sediakan hadiah hari guru
Bukan apa, terigat zaman aku sekolah.
dulu-dulu teringinnya nak bagi hadiah kat cikgu-cikgu..
tapi dulu keluarga bukan senang mana pun,
Adik beradik pun ramai,
pendek cerita banyak tahun yang tak ada ada hadiah.
huhu.

Ni bila dah ada anak,
aku qada balik lah perasaan terpendam dulu-dulu.
beli juga hadiah walaupun tak sebesar dan tak segah mana pun.
Bila join group cikgu-cikgu kat facebook..
tau lah aku...cikgu suka sangat kalau dapat hadiah macam
marker, pen merah, kertas A4 pun boleh.

itu yang tahun ni aku beli pen je
dah la tak berbalut..
Sebab aku tengok macam lagi ok bagi macam tu je..
muahaha..

aku beli 15 set pen
sepatutnya..ikut kiraan cikgu-cikgu yang mengajar dia 8 orang je
balance tu boleh la wafiq bagi dekat cikgu-cikgu di tadika tempat dia transit.
aku dah listkan siap-siap nama cikgu.
minta dia cari cikgu-cikgu tu semua dekat bilik guru.
bila jumpa cikgu beri lah satu.
sebelum beri kena buat 3 perkara.
pertama, ucap selamat hari guru.
kedua, ucap terima kasih cikgu
ketiga, sebut saya sayang cikgu.
terkebil-kebil anak aku dengar amanat aku.
hahaha..

Tapi lain pula jadinya.
bila wafiq pergi bilil guru, dia cari guru kelas dulu..
Sambil pegang paper bag yang mengandungi semua pen
Bila cikgu kelas nampak,
Cikgu pun cakap
'Biar cikgu je tolong bagi kat cikgu2 lain ye Wafiq'
amanat aku yang tiga perkara tu sah-sah tak buat.
Tambah lagi cikgu cakap macam tu..haha..
bertambah terkebil lah dia.

Bila jumpa dengan wafiq petang tu,
Cepat-cepat dia bagi tahu, tak ada hadiah untuk cikgu tadika
cikgu kelas dah ambil semua..
muahaha
Tak apa lah cikgu, dah rezeki cikgu-cikgu semua.

Untuk cikgu tadika,
insya Allah, lepas naik cuti sekolah nanti ingatnya nak bagi goodies sikit.
buat cookies banyak-banyak ke..tengok lah nanti
tapi makanan lah..
nak beli barangan macam tak dah,
Mcm tetiba je kan kalau bg hadiah barangan,
Teacher's Day kan dah lepas..
hihihihi....



4 comments:

  1. wow..ibu lebih gigih dari anak ni...hehe. Murah rezeki wafiq bagi hadiah ke cikgu2.

    ReplyDelete
  2. Betul Yaya dulu kita manalah macam anak sekarang
    Yaya kita beruntung pernah memberi cikgu
    Kakak tak pernah tau. Bila dah form 6 tu adalah sebab masa tu guna biasiswa

    Cikgu kita sampai bila pun kita ingat.

    ReplyDelete
  3. Akk rasanya tk penah bg cikgu sekolah akk hadiah, entahla..rasa mcm tk penah cikgu akk dulu2 hadiah.
    Tapi skrg ni ramainya ank murid bg saya hadiah..terharu sgt.
    Baguskan bg cikgu2 hadiah2 yg dpt dimanfaatkan.

    ReplyDelete
  4. Wahhhh untung le cikgu cikgu....memasing bawak lori angkut hadiah bawak balik rumah hihi

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.