Tuesday, May 31, 2016

Berbagi-bagi rezeki

Bismillah.
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Khamis lepas dapat juga bertentang mata dengan pemilik blog Titisan Nurani, kak Hajah Zakie Purvit bersama suami dan 3 orang puteri. Tak ramai blogger yang aku kenal. Sepanjang berblog selama 7 tahun hanya 3 orang blogger yang aku pernah jumpa. Kak Zakie lah yang ketiga..hihi..selepas Wida dan Cik Dah.Terima kasih kak sebab sudi bayarkan minuman kami suami isteri serta kudapan untuk adik Wazif, segan pula rasanya disitu..hahaha.Semoga kak sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki..amin. Boleh baca catatan perjalanan kak Zakie di sini.

Pagi semalam aku bawa nasi lemak ke ofis. Menjamu rakan sekerja sebab hari ni hari terakhir berkerja salah seorang daripada mereka. Minggu lepas dah buat farewell, tapi makan-makan nasi lemak ni saja je aku nak meraikan adik-adik kat ofis ni, opss aku yang kedua terlebih usia selepas big boss, yang lain semua pangkat adik-adik hingusan. Kak Yaya tau, antara korang ada yang stalk blog akak kan? hai stalker..hahhaha.

Sebenarnya aku kagum dengan staff yang nak berhenti ni. Kak yaya kagum dengan Sollah. Perjuangan Sollah terhenti bersama kami bukan kerana dapat tawaran kerja lagi bagus, gaji lagi besar. Tetapi tekad berhenti kerja untuk tempoh yang belum pasti, mungkin setahun dua.,Pergi menadah kitab, menambah ilmu di dada. Umur pun masih muda, baru 21 tahun, masih jauh perjalanan Sollah, semoga Sollah sentiasa dalam rahmat Allah SWT.










Nasi lemak berlaukkan ikan aye aka ikan tongkol, telur rebus, ikan bilis+kacang tanah goreng, celur kangkung dan timun. Licin nasi lemak akak!
Eh, jangan puji dulu, bukan aku yang masak. tapi aku tempah dengan mak. haha.Nasi dan kuah sambal tu mak yang buat.Yang lain2 tu aku sediakan.hahaha..ingat senang nak goreng bilis bagi rangup?muahahha.nak jugak bahagian masuk bakul angkat sendiri khen?





engineer dan drafter, dua orang director tak munculkan diri lagi, aku pun tak maklumkan pada director2 nak bawa nasi lemak. tu lah, sape suruh main aucak-aucak..kata masuk ofis..hihi.. Sudahnya bersungguh mereka-mereka ini makan. haha. ada seorang lagi staff, pergi klinik chek-up mengandung. tapi semua orang boleh makan berkali-kali kecuali si directors. haha. Director yang sorang tu sempat lah makan menambah masa luch. Yang sorang lagi jeling-jeling bekas kosong jer lah, petang baru masuk ofis..hahhaha



Cuba teka yang mana satu adik Sollah kita? hihihi

Balik kerja singgah kedai runcit. beli roti, beli air 100 plus botol besar, anak-anak ada ambil makanan pilihan masing-masing. Alih-alih masa nak bayar tuan kedai cakap tak perlu bayar. aik?? 
Tuan kedai tinggal selang serumah dengan aku. tu yang tak nak terima bayaran tu. Ni yang buat aku menyegan nak membeli kedai dia, dalam sebulan adalah sekali singah. Beli dengan si suami dia ke, beli dengan si isteri ke, dengan anak-anak mereka ke, mesti tak nak terima bayaran. Paling kurang beli gula sekilo percuma sekilo..tak pun ada je bagi makanan free untuk anak-anak. 
Semoga dipermurahkan lagi rezeki tuan kedai yang dah sentiasa dilimpahi rezeki tu..hahaha..

Masing-masing nak berbagi rezeki.
Alhamdulillah.



hah, ni kisah cheese tart, order minggu lepas, tengah hari semalam baru dapat, ramai betul yang tempah.

sendiri nak makan,
 sendiri beli
konon-konon hadiah untuk suami
atas nama anniversary
^__^

sekelip mata cheese tart 30 biji dingap bersama family.
banyak betul kisah semalam, jadi bukan salah aku entri terpanjang.haha.

terima kasih sudi baca.



5 comments:

  1. Panjang umur rasanya kita boleh bertemu lagi andai Kak Reen belajar di sana Yaya
    Lain kali kakak ke sana nak makan nasi lemak mak masak tau..
    Tengoklah tu wah... yg makan hero-hero belaka Yaya
    Manalah tak licin. Kakak telan airliur ajelah:)

    ReplyDelete
  2. Terbaikkk, nasi lauk ikan aye nemang femes doh serata teganung kan yays.
    Aikks, apsal ada rasa nk buat nasi lemak lauk ikang aye nih..

    ReplyDelete
  3. saya pun cuma pernah berjumpa dengan blogger Kakcik Seroja sahaja selain Warna Nostalgia dan Jendela hatiku yang memang seperjuangan...

    ReplyDelete
  4. wah sedapnya nasi lemak..feveret sy mesti mkn dengan ikan bilis. 10 tahun dok trgnu dok reti2 nak mkn dgn ikan..hehe

    ReplyDelete
  5. Ha a mak dah baca blog Kak Zakie pasal perjumpaann korang berdua hari tu. Seronoklah kan....tp kalau mak, ada sikit malu gak nak jumpa ni walaupunenyembang kat blog bukan main lagi hihi...

    Adik Solah yg kanan betul ke? Mcm hensem jer budak tu kikiki...
    Weyh betul YA ....mmg bukan senang nak goreng ikan bilis bagi rangup. Mak selalu fail tau. Kadang kadang terentung pun ada kikiki...

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.