Sunday, April 24, 2016

Nak kekalkan tu satu cabaran...

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hari ni alhamdulillah..badan sihat walafiat..
cuma pagi tadi otak ada sikit lemau-lemau
biasalah..sunday blue..
ni dah ok dah otak ni..tak sempat nak melemau lama-lama
banyak keje kat ofis ni.
semalam 4 kali terjaga tidur..anak teruna nombor 2 banyak kerenah sungguh la..
sekejap minta air, sekejap nak keluar bilik,macam2 lah.
anak 2 tahun 6 bulan 2 hari nie mmg malam2 buat ibu tersenyum je.
betul aku tersenyum..serius takde marah-marah..
sebab..ntah lah..tengok muka anak-anak rasa tenang semacam..
Ya Allah..amanah Allah ni..

Sejak aku pergi Konvensyen Power Parenting minggu lepas,
aku boleh rasa macam aku dah jadi baik sikit dengan anak-anak.. hahahaha ^_^
tak ada nak jadi rimau jadi singa jadi tarzan dah
serius tak ada..dah boleh kawal dah perasaan ni.
Nak kekalkan satu cabaran..
Insya Allah ..akan istiqomah dengan sikap terlebih cool ni.. aminn..

Semalam balik kenduri singgah rumah abg aku..
risik2 kak ipar bila exam pertengahan tahun ..katanya untuk mata pelajaran teras dalam 18/5
tapi dia mengajar tahun 6..mungkin tak sama dengan tahun 1
tapi aku dah ketar lutut..
lepas ujian 1 bulan 3 hari tu aku banyak excuse kan abang Wafiq
seminggu adalah sekali dua bagi dia latihan extra..
nie dah nak exam pertengahan tahun..sekejap je..dah exam lagi..
kalau orang kata 'darjah 1 je pun...'
sebenarnya aku pun dalam hati selalu sangat sebut 'darjah 1 je pun...'
ok..aku cool..yang buat aku jadi tak cool bila ingatkan abang Wafiq.
anak yg sulung ni ada satu sikap yg entah dari mana dapatnya
kalau dah bertekad nak mesti kena dapat.
macam 6 tahun hari tu..dapat nombor 1,
rupa-rupanya lepas dia cerita baru aku tahu..
dia bertekad nak 'rampas takhta'
dari dia 4 tahun no. 1 dapat kat org sama.
dia biasa la..dapat nombor belas-belas..hihi
bila exam 6 tahun, masa pertengahan dapat no. 3
exam akhir tahun dapat no.1..
mesti lah aku bangga plus confuse.
patut lah setiap malam gigih hafal juz amma.
sungguh2 hafal bahasa arab.
sebab budak2 budak sekarang cerdik2..
mata pelajaran yang biasa tu tak ade hal lah..
yang membezakan dorang itu lah..bab hafalan..bahasa arab.
pendapat aku je tu..

alhamdulillah..ujian hari tu cemerlang abang wafiq.
aku pun macam tak percaya
Markah ujian aku tau awal-awal lah sbb bawa balik kertas ujian kan
tp terkejut bila check online tengok dia dapat no.1
keseluruhan darjah 1 dapat  no. 6 dari 213 org pelajar.
aku tengok soalan yang wafiq tak dapat markah pun dia salah sebab cuai..
bukan sebab tak tahu jawab..
apa pun..alhamdulillah..


kalau nak check result peperiksaan online
boleh check kat sini : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
tapi nanti cikgu akan bagi juga result tu ..

yang buat aku pening sekarang,
macam mana nak kekalkan,
nie anak sulung, dia lah akan jadi contoh kat adik..
aku lagi suka kalau anak-anak belajar dari kegagalan.
baru lah lebih cekal dan kuat semangat.

kalau drop result..(minta jauh lah.. )
harus sebak, bergenang air mata budak Wafiq ni..
haih kan payah kalau macam ni.
aku pulak yang susah hati.

sebabnya..aku dah tengok dia menangis.
menangis dalam gelanggang weh
sebab kalah tournament sparring taekwondo.
tu pusingan kalah mati...sebab mata seri..
sape yang dapat mata dulu kira pemenang..
tak sanggup tengok dia menangis sedih..
aku lari jauh-jauh..ayah dia yang tenangkan dia..

so sekarang..yang aku nak cerita...
aku jadi tak berapa nak cool bila ingatkan abang Wafiq..
nak kekalkan pencapaian akademik dia tu buat aku rasa sikit terbeban
tuan punya badan relax je..
dia apa tau..nanti kalau dia menangis...
ibu dia ni hah..sakitnya tuh di sini okeh.
aku kena lebih ajar dia untuk lebih bersedia menerima kekalahan..
belajar supaya lebih redho.
hmm...memang cabaran..



5 comments:

  1. wajah yang bersih tanpa dosa memang menenangkan jiwa. tunggulah bila mereka remaja...

    namun harap ianya tidak berlaku pada diri awak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yg ditakutkan IM..
      semoga Allah perkenankan semua doa2 kita..

      Delete
  2. Sebenarnya tak kiralah Yaya anak sulung ke anak bongsu
    Semua kita kena prihatin..

    ReplyDelete
  3. Tahniah Wafiq, Tahniah Yaya.... Anak hebat pastinya mak dia pun hebat.
    Bagus kalau anak ada semangat nak bersaing. Semoga terus berjaya dan cemerlang ye

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.