Thursday, March 10, 2016

Melayan Anak-Anak Tonton Boboiboy The Movie

Bismillah.
Assalamualaikum.

Tumbukan berpadu-padu!
Tembakan Pembeku!

^_____^

Keluar saje iklan tentang Boboiboy The Movie anak yaya antara yang tak reti duduk diam. Setiap hari bertanya boleh tak kita pergi tengok wayang cerita Boboiboy ni? Kali pertama dan terakhir Wafiq tengok wayang masa movie Kungfu Panda 2..dah lama, tahun 2011.

Dan kali ni cerita Boboiboy The Movie ni jadi movie first untuk adik Wazif, kali pertama adik masuk panggung. Adik Wazif sangat cool..relek je tengok movie sambil makan popcorn letah celah peha..hihi. Abang Wafiq masa tengok kungfu panda 2 sebelum start movie dah nangis dulu, terkejut bunyi kuat. hihi.

bila lah nak siap panggung wayang di Kuala Terengganu ni. jenuh kami meredah 3 daerah nak sampai ke Kemaman, situ je paling hampir. Kalau boleh yang di Kuala Terengganu ni biarlah TGV..ye lah, alang-alang dah join TGV Movie Club.  

Walaupun ibu dan ayah sememangnya nak bawa anak-anak tengok movie ni tp tak boleh la jujur sangat terus terang dengan budak berdua tu. Macam biasa, nak apa-apa kena usaha..bahaha. Adik Wazif excuse sebab kecik lagi, sampai Abang Wafiq kata adik kena tinggal sebab tak buat apa-apa. hhihi.

ingat sesenang je boleh pergi ? kena cukupkan 100 points dulu. untuk setiap perkara-perkara kebaikan yang mnyenangkan hati ibu dapat 5 points, kasi ibu marah, ibu tolak 5 points. Macam tu lah dalam 2 minggu. 3 4 round jugak markah cukup 100 sbb ibu banyak tolak points. Geram betul budak tu dengan ibu dia ni. hahaha.

Boboiboy The Movie

Beli tiket online. 2hb3 baru ada advance sale. movie release 3hb. Lama tak tengok wayang, harga tiket boleh tahan ek...Dewasa RM 17, kanak-kanak RM9..hmm redho.haha.




Kami pergi 4hb.. penuh panggung weh.
ramai rupa-rupanya ibu bapa senasib dengan kami..hahaha.kena jadi peneman anak-anak ^__^. Aku tak pandai nak review movie kartun ni. tp yang pasti, gambar nya sangat cantik, effect dia memang kebabom. suami pun cakap macam tu. boleh pergi oversea movie ni.ada standard gitu.

sebelum nie boboiboy ada kuasa 3 je..pastu up jadi 5..Wafiq cakap boboiboy dah jadi kuasa 7! ntah masa mana dia up kuasa dia.. ibu lelap kut time tu..haha.kantoi.

hampir seminggu berlalu. 

Abang Wafiq tak banyak mana cakap pasal boboibot the movie ni..ada lah 2 3 kali dia bagi tau kalau boleh nak tengok lagi..tunggu orang share nanti ibu minta ayah tolong download. hihi.. 

tapi.. Adik Wazif lain ceritanya..makin menjadi-jadi. habis semua kuasa boboiboy dia serap!haha..tak adalah nak bertumbuk menyepak ke ape..cuma gaya je lebih..hihi..

*dalam kepala abang wafiq sekarang ni ada movie angry bird dan upin-ipin jeng jeng jeng..dia memang tunggu sangat tu...hurmm..









3 comments:

  1. Cute betul adik duduk menonton, suka betul anak-anak nampaknya
    Kakak suka gambar atas kanan tu sweet sangat Yaya:)

    ReplyDelete
  2. kami mungkin download je nnt...sbb jr tu kecik lg..tgh melasak...
    ramai ckp boboboi ni best kan...

    ReplyDelete
  3. Boy saya masa sebaya ini langsung tak diam bila tengok movie. Turun naik tsngga je kerjanya

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.