Wednesday, March 2, 2016

Mac dan Anak-Anak

Bismillah.
Assalamualaikum.

Dah 02.03.16. Banyak hal dalam fikiran ni yang dirancang..tapi itu lah yang tak dirancang pun banyak menjengah setiap hari.. jadi asyik tertunda-tunda saja.. tu tak kira lagi part buat-buat malas.haha.betul, ada hari biar suami je lah yang handle anak-anak. tapi kita ni duk kerling je hujung mata..haih, tak boleh jadi, bab anak-anak segala perancangan ada dalam fikiran yaya je..target nak buat ape sekian-sekian..kalau serah kat suami rasa macam ada bahagian yang tertinggal.haha..so nak tak nak kena gagahkan diri juga.suami ni kena minta tolong, bagi tahu kena buat apa memang laju je dia buat, sebab dia tahu bini dia banyak mende lagi nak kena buat. ^__^

W . A . F . I . Q

Bulan Mac tahun nie agak mencabar untuk abang Wafiq..bulan ni akan ada ujian kat sekolah sebelum cuti penggal pertama nanti..Wafiq kan baru darjah 1, jadi kena persiapkan dia. tak nak lah dia ingat ujian tu macam ujian penilaian macam kat tadika dulu..sesenangnya boleh dapat 24A.hihi.

Alhamduliilah, belajar dia ok. senang faham kalau ajar dia. tapi masalahnya cuai masa jawab soalan. bukannya dia tak tahu tp cuai. benda-benda macam ni lah nak kena bagi perhatian kat dia.. kena peringat time buat latihan.

Akhir bulan Mac ada ujian kenaikan pangkat untuk taekwondo dia. sekarang tali pinggang warna biru (satu). dia kena bersiap sedia untuk taegeuk 5. taegeuk ni macam gerak langkah lah, step2 yang kena ingat. Rasanya tak ada masalah untuk dia ingat taegeuk 5 ni..ada 30+ step jugak yang nak kena ingat. tapi yang masalahnya bukan sekadar kena ingat taegeuk 5, dia kena inat semua taegeuk2 yang dia dah belajar sebelum ni..taegeuk 1 - 4 dia dah ingat-ingat lupa. semalam minta buat dah tercengang2. Nanti time grade dia kena buat random 2  jenis taegeuk lain selain taegeuk 5.. tak ingat fail lah jawabnya.

dah la nak exam..ibu cakne exam, ayah cakne taekwondo..harap-harap abang Wafiq tabah..^__^
ni awal-awal ibu dah bagi reward..lusa kita tengok boboiboy the movie. ^__^


W . A . Z . I . F

ini budak sangat aktif dan sangat berani dan juga rajin. walaupun umur 2 tahun 4 bulan tp kalau suruh laju je buat.pandai simpan mainan, baju letak dalam bakul, simpan buku-buku, pembersih sama macam abang dia..hihi.. 

tapi .. bila ajak baca ABC banyak je helah. Sekarang boleh sebut A sampai F je. A for apple, B for ball bla bla bla sampai F. ABC liat, tp nombor  dan boleh sebut 1-10 dwibahasa..warna-warna pun dah boleh cam dan sebut dwibahasa.

masalahnya, belum free diapers, bukan salah dia tapi salah ibu melahirkan sbb belum ajar..haha..tahun depan dah nak sekolah..pengsan lah mak, nak ajar kenal ABC lagi, nak ajar potty training lagi. sekolah tadika sekarang tahu2 je lah, kita yg kena persiapkan anak kita sebelum hantar tadika. 1st day hantar tu kiranya anak ko dah kena pandai ABC, nombor sekurang-kurangnya 1-10.


Nak kena tumpukan perhatian untuk anak-anak...penat? ye..penat weh.
tapi time dorang kecik-kecik ni je kita penat sikit, 
nanti mereka dah boleh berdikari time tu kita tarik nafas lega-lega ^____^
Yaya ni baru dua anak. Syabas untuk mereka yang ada anak kecil rapat-rapat..







2 comments:

  1. Penat yg berbaloi Yaya. Betul masa kecik inilah kita kena beri penuh perhatian supaya dah besar kita tak susah hati nak melenturnya lagi...

    Anak kakak pun minggu depan exam. All the best Wafiq. Adik Wazif jgn kacau abg belajar ok sayang:)

    ReplyDelete
  2. Mmg le Yaya....anak kecik mmg banyak hal yg nak diperhatikan. Anak baru sekolah, mmg mak mak risau sikit, nanti dah lama lama, kita pulak dah semakin tua, dah kurang rajin....

    Kalau En Suami rajin tolong dah kira bonuslah sangat tu

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.