Cuba-Cuba Mewarna

Bismillah.
Assalamualaikum.

Dah lama buku ni menular. khas bagi orang dewasa yang suka mewarna.
Kenapa dewasa? sebab lukisannya agak complicated.
Sebelum tu yaya bagi tahu awal-awal.
Yaya sekadar cuba-cuba mewarna, hasil mewarna yang kat bawah ni
adalah hasil dari buku tak ori..kertas tak berkualiti.
warna muka surat depan boleh tembus sampai belakang.
muka surat pun sikit je, 28 muka surat campur depan belakang.
RM2.12 kedai ECO ^_^



Yang ini muka surat depan yang gigih yaya warnakan.
Mula-mula adik yaya tengok dia ingat beli buku ni dah siap warna-warni macam tu.
best kan. cover depan belakang boleh warna.

Yaya cerita sikit pasal buku mewarna ni.
Ni karya Johanna Basford.
Buku-buku mewarna Johanna Basford setakat ni ada 3 buah.
Secret Garden, Echanted Forest, Lost Ocean
Setakat ni yaya berminat dengan Secret garden dan Echanted Forest
nak mewarna kehidupan laut tak berapa minat.

Secret Garden tu kedai buku kat Terengganu ni jual RM70
From US katanya. ada juga keluaran Korea.
harga berbeza, mungkin dari segi kualiti kertas.
yang original  ada 96 muka surat.

Tapi bila tengok online harga tak adalah semahal tu.
Dalam RM30+
dekat MPH online ada.
dekat LELONG pun ramai jual.

gigih mewarna.
benda ni tak boleh fikir-fikir..
warna je..haha..
ralit benda ni..lg lah kalau orang tu selalu pressure..
mewarna buku ni buatkan korang lupa dunia nyata seketika..
boleh turun tekanan darah tinggi korang.hihi
tapi kalau dik pikir nak guna warna ape rasa makin stress
so..just colour, not think.


yang ni baru sempat warna daun.. tapi tepek juga sini. hihi





yang ni masaklah korang..daun dia kecik-kecik..
tahap kesabaran kena tinggi..
imaginasi kena tinggi.
syok weh ada rumah atas pokok macam tu kan.
ni yaya warna tak berapa nak kemas..daun2 kecik tu masih terkeluar garisan..
malas nak tajamkan pensel warna kekdahnya.haha.
background tak warna, rasa tak berbaloi  nak pendekkan pensel warna
untuk buku RM2.12 ni..haha.
buku cap ayam ni korang boleh guna pensel warna je lah.
kalau yang ori..boleh guna pen sharpie, boleh guna pastel crayon,
kalau search youtube, ramai orang share teknik mewarna
sampai ada guna cotton bud, kapas muka,
banyak tekniknya, patutlah hasilnya cantik

sekarang feel nak mewarna sangat kuat!
cewah.
Insya Allah akan dapatkan buku original.







2 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Pernah nampak buku ni kat Popular. Tak perasan harganya berapa. Boleh hilangkan serabut ke Yaya? Mak ni tgh serabut ni, cari kunci rumah tak jumpa aduhhhh.....

    Senang nak kaler tu dan tak cepat bosan Sebab ruang kalernya kecik kecik cepat habis dan cepat bertular kaler....

    ReplyDelete
  2. macammana pulak saya boleh ingatkan YA nak citer pasal filem tadi...

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post