Monday, November 7, 2016

Kenangan SPM Tahun 1999

Bismillah, 
Assalamualaikum.

Hari ni bermula peperiksaan SPM. Selamat maju jaya buat semua calon SPM. Rasanya tiada saudara mara terdekat yang ambil SPM tahun ni.

Mengenang semula ketika yaya ambil SPM tahun 1999.

ye.. yaya ambil SPM tahun 1999. ^_^ . .kira umur kita letew.. haha.

Pantai timur hujung-hujung tahun dah musim tengkujuh. Peperiksaan SPM tahun 1999 jatuh pada bulan Disember.. (tarikh SPM tahun 1999) Musim tengkujuh sedang menggila masa tu. Ada hari exam pergi sekolah pakai selipar..tapi bawa juga kasut sekolah dalam beg, takut pengawas peperiksaan minta pakai kasut. Sudahnya, ambil exam dengan keadaan berkaki ayam, kaki bersila atas kerusi. Sejuuukkkk!!! 

Ada satu hari tu, kelas siap black out..dalam kesamaran  jawab exam. haha..jadi bila suasana tak berapa nak terang tu, dengan hujannya, suasana exam dah tak menjadi ngeri. haha..ramai ambil peluang bertanya jawapan. haha.

bukan saja dugaan musim tengkujuh...tapi masa tu juga bulan puasa. (tarikh Ramadhan tahun 1999).
Bila sejuk perut cepat sungguh berdansa. Itu lah..sape suruh tak bangun sahur..macam nak pecah pintu bilik dorm kakak-kakak kantin asrama kejutkan. Tak juga bangun..semalam dah stay up..memang bercinta lah weh nak bangun sahur. 

ermm..korang ingat lagi tak ambil subjek apa masa SPM? yaya ambil :

1) Bahasa Melayu
2) Bahasa Inggeris
3) Pendidikan Islam
4) Sejarah
5) Matematik
6) Matematik Tambahan
7) Fizik
8) Kimia
9) Biologi
10) Perakaunan

Agak-agak korang lah..dengan mata pelajaran di atas, apa pekerjaan yaya sekarang? 

Ada satu part tak boleh lupa..beberapa bulan sebelum SPM, ada rakan sekelas bersungguh-sungguh minta tukar subjek perakaunan ke tassawur islam. Subjek nak exam kan dah daftar, kalau nak tukar juga kena bayar. tp my classmate ni mmg tegar..tukar subject..pulun tassawur. hihi..

kenangan masa SPM memang tak boleh dilupakan. segala jerit perih hilang sekelip mata bila selesai last paper..masa tu cuma tunggu tak sabar nak raya puasa..haha..













Sunday, November 6, 2016

Pesanan Sebelum Peperiksaan

Bismillah,
Assalamualaikum.

Hari ni abang Wafiq start exam akhir tahun. Ibu kemain lagi nebes. Anak baru darjah 1 je pon..over nau! hahaha. Empunya diri relax je..exam tak exam sama je...

Yaya nak share beberapa pesanan sebelum exam. kenapa pesanan? kenapa tak tips? tips biar dia sendiri lah yang amalkan....ni ibu dia yang bagi pesanan..budak darjah 1 ni bukan boleh kira..

Seeloknya pesanan ni ibu-ibu sampaikan masa dalam perjalan ke sekolah..tak pun masa nak turun dari rumah..kalau pesan awal-awal ibarat mencurah ke daun keladi mungkin. haha.

Antara pesanan penaja

1) Baca doa sebelum peperiksaan

 - baca doa kut bahasa melayu je pon..asalkan seiklas hati dia minta pertolongan dari Allah. 

2) Jawab soalan ikut nombor soalan

- jawab dari no.1..lepas tu soalan 2, 3 dan seterusnya. Yaya perasan Wafiq ni kerap cuai masa jawab soalan. Dia main jawab je..kalau nombor tersusun ke bawah tak ada masalah. 

tapi contoh soalan no.2 duk tepi nombor 1 dan soalan nombor 3 duk bawah nombor 1.. kebarangkalian untuk dia tak jawab soalan no.2 adalah sangat besar.

- kena bagi nasihat juga..kalau soalan tu susah, baru buat soalan seterusnya. kang stuck kat situ tak ke naya.

3) Selak muka surat sehelai demi sehelai

- hah..yang ni pun pesanan penting. yaya pesan kat wafiq, 'abang belek semua kertas soalan, belek sampai muka surat paling last sampai nampak meja tulis bila lipat soalan'..hah gitew..siap demo lagi..bukan apa, takut budak tu tak terperasan page yg last tu ada soalan lagi.

4) Jangan minum ais masa rehat, tapi sekiranya nak ke tandas..

- 'kalau abg Wafiq boleh tahan, tahan lah sekejap..kalau dah tak tahan sangat pergi tandas cepat-cepat, jangan lama-lama sangat dalam tandas.' 

dalam tak sedar ni pun antara punca anak tak sempat menjawab soalan peperiksaan. Terutamanya untuk kertas exam selepas waktu rehat. Kalau minum ais masa rehat lagi lah. Nasihatkan anak supaya ke tandas semasa rehat sebelum masuk kelas.

Wafiq dah ada pengalaman bab berlama-lamaan ke tandas ni. haha. Masa ujian September untuk kertas Matematik, markah dia dapat 25%!..kategori gagal weh! 

Yaya pun naik hairan lagi ajaib. Sebab kertas soalan dia cuma muka surat depan je yang ditanda betul, muka surat seterusnya tanda soal, bukan pangkah ye..tanda soal sebab soalan tak berjawab. Lepas soal siasat tahulah puncanya..kawan tu syok buat investment kat tandas! Masuk kelas cikgu dah kutip kertas soalan. hmm.

5) Pensel tumpul tak perlu asah

- haha..yang ni pun yaya pesan. 'ibu dah letak 4 pensel, kalau tumpul, tak yah lah rajin-rajin nak asah...tukar je ambil pesen lain..'
ye lah..kalau asah pensel berapa kali pusing pensel tu tak tau la..bukan tajam yang dapat, tapi mata pensel patah adalah. Seronok sangat main asah pensel agaknya.. Anak orang lain tak kut, anak saya je suka main sharpener. haha.

Sekian dulu pesanan yang yaya pesan kat anak. Mungkin nampak simple, atau mungkin kita tak terlintas langsung antara semua pesanan ni..tapi bila dah terkena baru tersedar..

Kalau ada lagi pesanan-pesanan ringkas yang dirasakan penting boleh share. Semoga anak-anak kita terus berjaya di dunia dan akhirat. Amin..






Wednesday, September 28, 2016

Ku Mohon

Setiap hari ku mohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan
Dalam hati kekuatan
Menempuhi segala
Dugaan yang mencabar ini
Pasti, punya ertinya


Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasi gerak-geriku
Berkatilah... ku perlu rahmat darimu
 

Oh Tuhan, terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala
Hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan, ku berserah segalanya kepada Mu
Agar jiwaku tenang
Dalam bimbingan mu, selalu
 

Adakala ku merasa
Hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu,
Kuatkanlah, cekalkanlah diriku
 

Curahkanlah nikmat Mu
Pada hidupku


Wednesday, June 29, 2016

Doakan kesembuhan untuk Wafiq ...

Bismillah.
Assalamualaikum.

Awalnya entri ni nak dipublish sebelum pembedahan mata abang Wafiq pada 27hb Jun baru ni.. ingin mohon doa kawan-kawan dari kejauhan. Tapi terlalu banyak kekangan..operation pun dah selesai, Wafiq sekarang seronok rehat2 rehat dekat rumah dengan keadaan mata yang tak berapa luas bukanya..dapat MC 16 hari..cuti awal anak aku..hihi..nasib baik sekali harung dengan cuti raya..tak ada lah lama sangat tertinggal pelajaran.

seingat aku, belum pernah lagi cerita pasal masalah mata Wafiq dalam blog.. tak tahu nak mulakan macam mana, lahir dengan keadaan mata yg kelihatan normal. bermula usia setahun setengah  baru perasaan kelainan pada mata Wafiq selepas baik dari sakit mata.

masa tu kecik lagi, nak buat ujian pun payah. doktor pakar minta tunggu hingga 3 tahun. Bila umur Wafiq menginjak 3 tahun sekali lagi aku bawa Wafiq jumpa pakar..masa tu Wafiq dah kenal ABC, jadi senang lah nak check mata dia..tak ada rabun..semua huruf  kecil besar boleh jawab dengan tepat.
Tapi ada masalah lain, anak mata dia kiri dan kanan sanagt ajaib bagi pendapat aku. Nak kata squint tak sangat...sikit je, dia boleh alternate anak mata dia, bila penat guna mata kiri, mata kanan akan nampak lain nya dan sebaliknya. Ada masa nampak sangat normal macam tak ada masalah apa.                                            

nampak macam sangat normal kan?

kalau orang tenagok tak tahu pun dia ada masalah squint.

tapi ada masanya..akan jadi macam gambar atas..dia boleh bertukar kiri atau kanan. dia control mata dia.sebab tu aku kata ajaib.

lepas tu terus bawa ke HSNZ.bawak reference letter dari doktor pakar swasta. bertahun jugak lah ulang alik ke Jabatan Oftalmologi HSNZ. Awalnya, doktor hanya ajar latihan mata untuk dibuat di rumah. Latihan tengok objek yang sama jauh dekat.. Nak Bagi anak mata tu fokus. Sebab sekarang problemnya mata malas. (Lazy Eyes). Hanya gunakan satu mata untuk melihat imej. Sama ada mata kiri atau mata kanan. Kalau dibiarkan tanpa latihan dan rawatan makin menjadi squint tu.

Tapi latihan mata tu walaupun senang, anak kecil mana lah nak fokus lama-lama, dia ingat macam kita ajak dia main je. Sudahnya tak ada kemajuan..statik begitu. Bulan 12 tahun lepas kami ke satu klinik di Jalan Ipoh, KL untuk 'ukur' mata. Ambil ukuran untuk pembedahan. Bayang kan dalam Malaysia hanya ada 2 klinik (itupun swasta) yang ada kemudahan nak ukur mata tu, satu di KL dan satu lagi di Johor.

Dapat ukuran bulan 12, 27/06/16 baru boleh buat operation. Sampai sekarang aku  belum betul-betul boleh tengok mata Wafiq..masih ada bengkak.. Sahabat semua doakan mata Wafiq cepat sembuh ye.




Monday, June 13, 2016

Macam-Macam

Assalamualaikum.

Entri ke 1000. hampir 7 tahun berblog baru 1000 entri eh?
boleh laa.. dari blog ni terus bersawang berhabuk..
walaupun tuan tanah kedaun tenggelam timbul ada juga yang sudi datang menyinggah..
terima kasih semua.

cerita pasal adik wazif lah kali ni..kurang cerita tentang adik kat blog ibu
hari ni 8 Ramadhan.. sekalipun tak pernah adik terjaga time bersahur
nyenyak sungguh tidur, time orang berbuka pun dia tak kecoh
bagi nasi, kuih muih hadap lah dia
sangat berdikari anak ini
walaupun belum 3 tahun tapi nampak sangat pandai membawa diri
bercakap sangat petah walaupun ada pelatnya.

sebelum puasa adik Wazif duk sebut nak tengok tv besar (tengok wayang la..)
jadi Jumaat sebelum puasa kami pergi menonton The Angry Bird Movie
yang layan cerita cuma abang Wafiq, bukan era adik Wazif game angry bird ni
adik Wazif tak pernah tau game angry bird.
abang Wafiq pun dah lama tak layan game angry bird.
yang ada pilihan untuk tontonan family cuma Angry Bird dan Doraemon




suka abang Wafiq dan adik Wazif ayah belanja tengok tv besar..hihi
bonus pop corn besar lagi
yang tak berapa nak suka ibunya ni hah..sejak ada anak-anak ini,
tengok movie kartun je memanjang..hmm


ralit semacam je adik ni..
macam ulat buku..jumpa buku feveret macam ni lah..
ayah dah belanja tengok movie tadi..
so ibu belanja adik buku Zootopia dam
pensel warna besar untuk abang.


2 3 kali adik ulang-alik pergi duduk port ni.
akak-akak jurujual duk perati je gelagat adik.


bangun tidur minta buku Zoootpia dan nak tengok cerita Zootopia.
awal-awal pagi dah sarapan cerita kartun.hihi

adik Wazif pula suka lah ikut ibu membebel
aku perasan banyak ayat-ayat mebebel aku dia serap masuk memori
hahahah..bertuah sungguh la budak kecik ni
'ibu, baca buku ni..'
'ibu, buat kerja sekolah, nak rotan ke?'
'ye lah tu..'
hihihi..macam-macam lah adik ni

semalam ibu bebel2 sikit kat abang Wafiq.
semalam dah start sekolah, abang Wafiq puasa tapi ibu bagi jugak duit RM3,
dah pesan duit ni guna kalau-kalau perlu beli apa-apa dekat kooperasi sekolah,
buku latihan habis ke, pembaris patah ke..
tapi pelik sungguh abang Wafiq, pergi beli handiplast, takut2 luka katanya,
standby siap-siap..grrr..ni kali ke dua dah beli handiplast..beli seringgit dapat 5.
lagi dua ringgit beli buku mewarna,
buku mewarna tak tau dah kali ke berapa.
mewarna lah selai muka surat..pastu simpan senyap..

bila adik Wazif dengar aku buka kitab membebel
sibuk lah dia nak join sama
satu ayat keluar dari mulut aku,
dia terus ulang,
aku cakap dia ulang..
geram semacam je abang wafiq tengok adik dia ni
aku nak membebel pun tak fokus..hahaha
nak tergelak adalah..

sudahnya aku tanya..
'adik Wazif ni dah kenapa, ikut-ikut ibu cakap ni kenapa?'
boleh dia jawab..
'adik tak buat apa pun, nape ibu marah adik?'
grrrr...penawar sungguh lah keletah adik ni.

sudahnya semalam..ibu masuk dapur..
buat puding roti campak-campak..walaupun jam dah 10 malam..



bakar dalam pemanggang je dalam 10  minit lebih kurang
sempat lah menjamu puding roti sebelum tidur
hmm..macam mana ibu nak kurus....









Monday, June 6, 2016

Nak kurus sikit je...

Bismillah.
Assalamualaikum.

Selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan alam maya.
Pagi tadi bersahur ala kadar..nanti nak berbuka pun ala kadar.
Wafiq tak ada masalah ajak bertarawikh dan bangun sahur.
dah bersedia sangat nampaknya anak ibu tahun ni.
En.suami pulak awal-awal dah bagi tahu..nak makan segenggam nasi je
time sahur dan berbuka.
tak nak banyak-banyak..hamboi..kurus lah abang raya nanti yer.
dia tak tau isteri dia ni nak makan 3 sudu nasi je.
muahaha..mampukah?

Kalau dapat turun berat dalam 3 kg jadilah.
aim 50 kg raya ke-7..sekarang 53.5 kg.
Cabaran termasuk hari raya..muahaha lagi.
Ada sape nak join kempen turun berat bulan puasa?
Tapi sendiri berkempenlah..Haha.

dan untuk peringatan kepada diri sendiri..
berat aku akhir ramadhan tahun lepas adalah 47kg.
semalam timbang 53.5kg..patut ar peha bergesel..ahakz.

macam gerun pulak bila teringat penambahan kg pada badan2 ni.
huhu.
dalam 7 bulan ni bagai di pam-pam.
selepas dengan jayanya bercerai susu badan dengan adik wazif,
maknanya pam susu pun stop sekali lah.
sebab adik dah 2 tahun dah time tu..
lepas tu lah makan macam biasa tapi gemuk.
sebelum tu makan banyak tapi kurus.
huhu...
tu lah satu hikmah menyusukan anak..boleh kurus!

Kenapa nak kurus sikit je?
Mak cakap teruk sangat rupa aku bila aku kurus.
asalkan ada gap antara peha..
lengan tak bergeleber..perut tak buncit sudah..
ermm..macam susah  je..haha
So..harap2 tak hangat-hangat tahi ayam lah nak kurus ni.
Chaiyok yaya.






Wednesday, June 1, 2016

Ramadhan Kareem

Bismillah.
Assalamualaikum.

Memo waktu berkerja bulan puasa dah keluar
atau erti kata lain aku dah keluarkan memo..
tak supprise langsung. haha

jomlah kita masuk kerja awal setengah jam
balik awal sejam.
eh, macam best dengar balik awal sejam.
tapi sama je sebenarnya..
masuk awal setengah jam, rehat tengah hari tolak setengah jam.
macam tak menyempat je kalau nak solat zuhur di masjid.
Ramadhan tahun lepas solat zuhur sepenuhnya di office
Tahun sebelumnya ada geng perempuan, ramai-ramai pergi masjid..pergi surau..
Tahun ni tak tahulah, cuaca panas ni nak keluar office pun malas.


*agaknya entri ni muncul pukul berapa lah di bloglist kawan-kawan...hmmm. dah terkena penyakit sama macam blog Kakcik...

Tuesday, May 31, 2016

Berbagi-bagi rezeki

Bismillah.
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Khamis lepas dapat juga bertentang mata dengan pemilik blog Titisan Nurani, kak Hajah Zakie Purvit bersama suami dan 3 orang puteri. Tak ramai blogger yang aku kenal. Sepanjang berblog selama 7 tahun hanya 3 orang blogger yang aku pernah jumpa. Kak Zakie lah yang ketiga..hihi..selepas Wida dan Cik Dah.Terima kasih kak sebab sudi bayarkan minuman kami suami isteri serta kudapan untuk adik Wazif, segan pula rasanya disitu..hahaha.Semoga kak sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki..amin. Boleh baca catatan perjalanan kak Zakie di sini.

Pagi semalam aku bawa nasi lemak ke ofis. Menjamu rakan sekerja sebab hari ni hari terakhir berkerja salah seorang daripada mereka. Minggu lepas dah buat farewell, tapi makan-makan nasi lemak ni saja je aku nak meraikan adik-adik kat ofis ni, opss aku yang kedua terlebih usia selepas big boss, yang lain semua pangkat adik-adik hingusan. Kak Yaya tau, antara korang ada yang stalk blog akak kan? hai stalker..hahhaha.

Sebenarnya aku kagum dengan staff yang nak berhenti ni. Kak yaya kagum dengan Sollah. Perjuangan Sollah terhenti bersama kami bukan kerana dapat tawaran kerja lagi bagus, gaji lagi besar. Tetapi tekad berhenti kerja untuk tempoh yang belum pasti, mungkin setahun dua.,Pergi menadah kitab, menambah ilmu di dada. Umur pun masih muda, baru 21 tahun, masih jauh perjalanan Sollah, semoga Sollah sentiasa dalam rahmat Allah SWT.










Nasi lemak berlaukkan ikan aye aka ikan tongkol, telur rebus, ikan bilis+kacang tanah goreng, celur kangkung dan timun. Licin nasi lemak akak!
Eh, jangan puji dulu, bukan aku yang masak. tapi aku tempah dengan mak. haha.Nasi dan kuah sambal tu mak yang buat.Yang lain2 tu aku sediakan.hahaha..ingat senang nak goreng bilis bagi rangup?muahahha.nak jugak bahagian masuk bakul angkat sendiri khen?





engineer dan drafter, dua orang director tak munculkan diri lagi, aku pun tak maklumkan pada director2 nak bawa nasi lemak. tu lah, sape suruh main aucak-aucak..kata masuk ofis..hihi.. Sudahnya bersungguh mereka-mereka ini makan. haha. ada seorang lagi staff, pergi klinik chek-up mengandung. tapi semua orang boleh makan berkali-kali kecuali si directors. haha. Director yang sorang tu sempat lah makan menambah masa luch. Yang sorang lagi jeling-jeling bekas kosong jer lah, petang baru masuk ofis..hahhaha



Cuba teka yang mana satu adik Sollah kita? hihihi

Balik kerja singgah kedai runcit. beli roti, beli air 100 plus botol besar, anak-anak ada ambil makanan pilihan masing-masing. Alih-alih masa nak bayar tuan kedai cakap tak perlu bayar. aik?? 
Tuan kedai tinggal selang serumah dengan aku. tu yang tak nak terima bayaran tu. Ni yang buat aku menyegan nak membeli kedai dia, dalam sebulan adalah sekali singah. Beli dengan si suami dia ke, beli dengan si isteri ke, dengan anak-anak mereka ke, mesti tak nak terima bayaran. Paling kurang beli gula sekilo percuma sekilo..tak pun ada je bagi makanan free untuk anak-anak. 
Semoga dipermurahkan lagi rezeki tuan kedai yang dah sentiasa dilimpahi rezeki tu..hahaha..

Masing-masing nak berbagi rezeki.
Alhamdulillah.



hah, ni kisah cheese tart, order minggu lepas, tengah hari semalam baru dapat, ramai betul yang tempah.

sendiri nak makan,
 sendiri beli
konon-konon hadiah untuk suami
atas nama anniversary
^__^

sekelip mata cheese tart 30 biji dingap bersama family.
banyak betul kisah semalam, jadi bukan salah aku entri terpanjang.haha.

terima kasih sudi baca.



Wednesday, May 25, 2016

Kalau dah rasa nak makan...

Bismillah.
Assalamualaikum.

lama sangat dah tak buat kuih ni.
tengok kak hainom buat..Ya Allah, tergoda kemahen
tersedar diri lama tak buat kuih-kuih tradisional ni
muahahaha
ada orang panggil kuih bakar pandan
ada juga panggil bingka pandan
rasa kuih bakar pandan ni lebih kurang sama dengan kuih kukus bawang goreng
resepi ada sikit perbezaan.

kuih ni paling senang nak buat
campak je semua bahan dalam blender
lepas tu bakar
tengok aku gunting2 daun pandan
adik aku minta buat kuih cara manis
eh..tergoda pulak dengar nama cara manis
tapi buat cara manis lambat nak habiskan batter
bukan rajin sangat nak berlama-lamaan petang hari di dapur
hihi.

saja nak buat kuih bakar versi comel
bakar dalam loyang 12 x 12 inci
lepas tu potong guna cutter
comel je kejadiannya..macam brownies pulak.



sayangnya tak ada stok bijan... tak berseri kuih akak.
nampak bahagian atas macam terlebih garing kan?
aku saja tambah masa membakar, guna api atas saja
nak makan kuih bakar krup krap rangup..hihi


yang bawah ni versi lain..aku buat sekali lagi keesokannya
sebab yang atas tu buat kat rumah mak
aku makan nasi untuk berbuka
mampu jamah sekeping dua je kuih bakar
tak puas hati aku buat lagi sekali dekat rumah mertua

walaupun hasil tak sama
tapi ada persamaan dalam gambar atas dan bawah
pinggan corak sama, sebab aku beli satu set letak rumah mak
dan satu set letak rumah mertua.
bukti kasih sayang adil dan saksama
muahahhaha.


bila buat kat rumah mertua,
rupa kuih sangat tak lawa..tapi sangat sedap.
100% pewarna semulajadi dari daun pandan
yang special nya tak ikut resepi..main campak-campak je bahan-bahan
sebab nak bakar dalam pemanggang ajaib yang bulat tu..
so batter tak boleh banyak,
santan pekat tak ada, ambil susu freshmilk dutchlady sekotak kecik.
nak masak kena kreatif
guna je apa ada..ecece macam pro je..hahaha

Resepi : Kuih Bakar Pandan

Bahan-bahan:
1 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan
2 sudu besar mentega
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau
Bijan (untuk ditabur)


Cara Membuat:
1) kisar daun pandan dan ambil patinya sahaja. Asingkan.
2) Masukkan kesemua bahan-bahan didalam mesin pengisar. Kisarkan sehingga sebati.
3) Panaskan ketuhar, grisskan loyang.
4) Bakar selama 1 jam dengan suhu 180c, tambah kan masa membakar 10 minit (guna api atas sahaja).





Tuesday, May 24, 2016

24hb Mei 2016

Bismillah.
Assalamualaikum.


Alhamdulillah.
Hari ni hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke- 8
Doakan kami, semoga sentiasa bersama.
dalam susah dan senang...
jauh lagi perjalanan kami...
Anak pun baru dua
muahahaha. ^_^



semalam tag dia di Ig 
hantar gambar I Love U Lots.
dapat lah like seketul dari dia
tak ada nk bg ayat barang sepatah dua
komen lah 'love u too' ke
haha..



pagi  tadi  hantar gambar direct untuk dia kat IG
saja letak lirik jiwang-jiwang sikit
tapi tak ada response lagi setakat ni
laki aku ni..
nak kata tak romatik, romantik lah jugak
tapi bab bab media sosial ni, dia tak berapa nak layan
application tak berupdate
notification whatsapp  dekat 10 ribu yang tak baca
tak apelah..
asal dia sayang bini dan anak-anak dah lah.
haha.






Hadiah Hari Guru 2016

Bismillah.
Assalamualaikum.

Setahun dua ni, bila nak sambut Hari Guru je,
Aku cuba untuk sediakan hadiah hari guru
Bukan apa, terigat zaman aku sekolah.
dulu-dulu teringinnya nak bagi hadiah kat cikgu-cikgu..
tapi dulu keluarga bukan senang mana pun,
Adik beradik pun ramai,
pendek cerita banyak tahun yang tak ada ada hadiah.
huhu.

Ni bila dah ada anak,
aku qada balik lah perasaan terpendam dulu-dulu.
beli juga hadiah walaupun tak sebesar dan tak segah mana pun.
Bila join group cikgu-cikgu kat facebook..
tau lah aku...cikgu suka sangat kalau dapat hadiah macam
marker, pen merah, kertas A4 pun boleh.

itu yang tahun ni aku beli pen je
dah la tak berbalut..
Sebab aku tengok macam lagi ok bagi macam tu je..
muahaha..

aku beli 15 set pen
sepatutnya..ikut kiraan cikgu-cikgu yang mengajar dia 8 orang je
balance tu boleh la wafiq bagi dekat cikgu-cikgu di tadika tempat dia transit.
aku dah listkan siap-siap nama cikgu.
minta dia cari cikgu-cikgu tu semua dekat bilik guru.
bila jumpa cikgu beri lah satu.
sebelum beri kena buat 3 perkara.
pertama, ucap selamat hari guru.
kedua, ucap terima kasih cikgu
ketiga, sebut saya sayang cikgu.
terkebil-kebil anak aku dengar amanat aku.
hahaha..

Tapi lain pula jadinya.
bila wafiq pergi bilil guru, dia cari guru kelas dulu..
Sambil pegang paper bag yang mengandungi semua pen
Bila cikgu kelas nampak,
Cikgu pun cakap
'Biar cikgu je tolong bagi kat cikgu2 lain ye Wafiq'
amanat aku yang tiga perkara tu sah-sah tak buat.
Tambah lagi cikgu cakap macam tu..haha..
bertambah terkebil lah dia.

Bila jumpa dengan wafiq petang tu,
Cepat-cepat dia bagi tahu, tak ada hadiah untuk cikgu tadika
cikgu kelas dah ambil semua..
muahaha
Tak apa lah cikgu, dah rezeki cikgu-cikgu semua.

Untuk cikgu tadika,
insya Allah, lepas naik cuti sekolah nanti ingatnya nak bagi goodies sikit.
buat cookies banyak-banyak ke..tengok lah nanti
tapi makanan lah..
nak beli barangan macam tak dah,
Mcm tetiba je kan kalau bg hadiah barangan,
Teacher's Day kan dah lepas..
hihihihi....



Monday, May 23, 2016

Makan-makan di The Syrup Vs Soda

Bismillah
Assalamualaikum.

Ni kunjungan kali ke dua ke The Syrup Vs Soda. (SVS)
Aku tau restoran ni lepas tengok Jalan-Jalan Cari Makan.
Padahal tak jauh mana pun, tengah bandar KT ni je.
Kali pertama pergi berdua je dengan suami.
Kali ni ajak abang Wafiq. Pergi lepas balik dari kerja.
Ambil Wafiq dari tempat transit terus ke restoran.
Rasa lain bila tak ada adik Wazif..dalam kecoh-kecok adik Wazif,
gelagat itu lah yang diingat sentiasa.

Sehari sebelum tu, aku ada marah-marah Wafiq,
tu lah buat perangai lagi.
laju je tangan ni babap mulut dia.
dua kali pulak tu..menyesal tak sudah aku..

aku cakap dekat Wafiq,
ibu nak minta maaf sebab babap mulut wafiq..
ibu nak belanja minum air best, Wafiq mesti suka,
suka dia bila aku sebut air best.
tapi lepas makan tu aku tanya lagi sekali,
sebenarnya siapa salah?
ibu atau Wafiq?
tengok lah aku..dengan budak 7 tahun pun tak nak beralah.
hahaha.
bukan apa..aku nak dia sedar dia pun ada buat salah.
nasib dia pun mengaku salah..tau kat mana salah dia.
hihi.

jom tengok apa kami makan dan minum di The Syrup Vs Soda



 Milo Raksasa


Spaghetti Aglio Olio Seafood
  

Chicken Burger

 Rocky Rock


Nemo Fish And Chips


Chocolate Soup


Spaghetti Carbonara


anak ibu ^_^


kat sini bukan semua western..
yang suka makan nasi tak ada hal.
macam-macam ada..
harga?
yang macam aku tunjuk kat atas tu..
minuman dalam RM 5.00 -  RM 8.90, makanan dalam RM 14.90 satu
aku tak ingat exactly price
tapi masih afffordable sbb portion dia banyak
kalau yang jenis kira kalori time nak makan tu
selamat lah korang
work out lah bebanyak.

so aku reccomended lah SVS ni
nak makan-makan sambil celebrate birthday pun boleh


 gambar dari Facebook SVS

 gambar dari Facebook SVS

gambar dari Facebook SVS


The Syrup Vs Soda
Lokasi : Lot 3373 Jalan Batas Baru,20030 Kuala Terengganu
Waktu Perniagaan : 4.30pm - 12am | Setiap hari kecuali JUMAAT TUTUP
Tel : 09 - 622 7669



Thursday, May 19, 2016

Jemputan dari Nuffnang untuk Svenson Haircare Malaysia

Bismillah.
Assalamualaikum.

Macam biasalah..
terpaksa ignore emel-emel dari nuffnang untuk cover event
cuma kali ni rasa macam terajin sikit nak up entri
hahahaha



aku tak pernah turut serta dalam sebarang event,
pertemuan dengan bloger-bloger pun tak pernah
sebab........
aku ni nun jauh di Kuala Terengganu.
jarak memisahkan kita..kikiki
jadi dengan faktor jarak ni lah yang menjadi kekangan buat aku
aku ni dah la bekerja, anak-anak lagi.. suami jangan lupa, haha
mana boleh tinggal semua ni..

jadi
kekal lah aku menjadi blogger yang biasa-biasa
blogger yang seangkatan dengan aku dah tinggi mendaki
tak apa lah..redha dah..muahhaha.

dear nuffnang,
tak ada event ke di Kuala Terengganu ni?
kalau event hari tak bekerja, boleh invite saya..
haha.

*bersyukur dengan iklan-iklan yang datang menari, dapat lah sesen dua...




Sunday, May 15, 2016

Poster Menarik Untuk Anak-Anak

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kalau tampal kat dinding rumah ni..seronok anak-anak..dah macam tadika rupanya nanti.
Hari guru pun dekat..boleh bagi hadiah kat cikgu2..cikgu boleh tampal di tadika..hihi..

○ Size : 20'' x 30''
○ Semua poster ni sangat SPECIAL, susah nak dapat di mana-mana kedai buku sebab versi kartun islamik  yang comel & cute!
○ Pengeposan yang selamat..dibalut dengan paper tube & bubble wrap.
○ Harga : RM 10.00
○ Berminat? WA nombor 013-9343 282











Cara pembungkusan untuk tujuan pengeposan. InsyaAllah poster tiba ke tangan anda dalam keadaan baik.





Wednesday, May 11, 2016

Sarapan Roti Canai Sardin

Bismillah.
Assalamualaikum.

Penangan roti canai sardin best.
Dalam seminggu ada 2, 3 kali aku pergi kedai roti canai ni.
Semua jenis roti canai dia sedap,
rangup, tak tebal dan tak nipis..sedang-sedang elok je..
kuah kari dan kuah dal dia menjadi sangat tau.
perfect!

dulu aku tak suka mana roti sardin ni.
pernah cuba sekali..itu yang pertama kali lah kiranya.
tapi tak sedap..lepas tu terus tak order dah.

aku asalnya tak tau pun kewujudan warung ni
bila tanya budak-budak ofis (hai stalker ^_^) dorang keluar minum kat mana..
dorang peta-peta mulut lokasi warung kat aku..
dorang panggil warung awek purdah.
kadang2 awek tu tolong ayah dia tebar roti..khelass kau!
dan haruslah aku jalan-jalan cari makan keesokannya.
tapi aku tak order roti sardin,
aku ambil roti kosong, suami yang ambik roti sardin,
dia terliur sebab aku bg tahu budak2 ofis kata roti sardin situ sedap..
aku tengok dia makan pun macam sedap..hihi..terliur weh.
mintak secubit..sedap weh!
kunjungan yang seterusnya haruslah order roti sardin..hihi.
lepas tu aku order roti sardin je..ada la kadang2 roti canai kosong,
tapi aku suruh suami order roti sardin, nak jugak merasa sikit.hihi


roti sardin dia sangat kena dengan tekak aku,
sardin tak basah dan tak kering.
aku perasan setiap pagi hampir orang sama datang sarapan.
pagi tadi sarapan pun aku order roti sardin.
aku tak boleh nak habiskan semua..
3 4 keping mesti rezeki suami aku..haha
nie dah dekat pukul 12 tengah hari
masih lagi terasa kenyang.
tabi dah lekat tabiat..
time lunch mesti cari makan..hihi.

lokasi : belakang Sekolah Ladang...kedai paling hujung...masuk lorong sekolah tu..sure akan nampak kedai dia..tapi kalau masuk dari kadai seng heng, akan jumpa simpang 3..warung dia belah kanan mula-mula sekali..orang kuala terengganu tau lah kut lokasi warung ni..hihi..


Monday, May 9, 2016

Bukan Sekadar Sabun Mandi

Bismillah.
Assalamualaikum.

Macam-mana kegunaan sabun mandi.
tengok setara mana kreatif ke tak korang
Ada orang guna sabun mandi untuk bersihkan badan.
alang-alang dah bersihkan badan, terlajak jadi pencuci muka
alang-alang dah sampai muka..
lajak pula ke rambut jadi syampu..
hahaha..korang ke tu yg kreatif sangat tu.
akak sefamily guna lifebuoy..
sah-sah bukan akak yg kreatif bangat tu.haha.

tapi..ada banyak lagi kegunaan sabun mandi ni.
aku tiru kekreatifan yang diviralkan di facebook.
guna sabun mandi untuk cuci pakaian putih.
terutama baju sekolah.
hitam-hitam di leher baju, hujung lengan memang hilang.
tapi tipu lah kalau tak kena gaha (read : sental)
tapi hasilnya mabeles.

aku guna sabun lux yang warna putih.
lepas tu aku parut bagi cantik,
parut macam nak buat biskut sarang semut.
simpan dalam bekas.
nanti nak pakai senang.

Memarut sabun..jadi aktiviti pulak untuk adik Wazif. Seronok dia.



Kalau hari rajin, aku terus basuh baju sekolah.
Kalau rasa dah terlambat mandi, dah nak dekat maghrib, aku rendam jer lah dulu.
letak sabun mandi dalam sesudu dua
mandi subuh esoknya aku basuh.
memang hilang kotoran degil
kesan makanan ke, milo ke,
kesan pensel..memang hilang.

ke korang ada tips yang lagi best.
share lah
aku suka lah kalau ada tips-tips yang menyenangkan kerja harian.
hihi.