Monday, December 21, 2015

Putus Terpaksa. Apa yang 'terlarangnya' ?

Assalamualaikum..

Edisi entri nak bagi korang berfikir.. berfikir lah sangat. ^__^

macam ni..

Yaya ni lambat sikit lah..orang dah habis gembar gembur pasal Gegar Veganza..yaya br nak ambik feel..haha..tak dak astro katanya..hihi..tengok video pun kat page kat fesbuk tu hah.

Siti Nordiana juara dengan lagu Putus Terpaksa.

Habis GV baru duk fefeeling lagu Putus Terpaksa ni..

Padahal lagu lama nie weh..zaman akak ZZ dulu pun melayan jugak PUTUS TERPAKSA ni..
tp sekarang ni br sel2 ni baru terlebih berhubung.. banyak persoalan lah pulak yg menerjah..

haha..kacau sungguh!




PERSOALANNYA
 
'Apa yg sampai putus terpaksanya?'
'Apa ke benda sesuatu yg terlarang tu?'
'Apa ke benda pulak pemergian sampai ngeri dan tak memberi erti?' 


Hah.kan dah ckp. Lirik lagu ni buat yaya tertanya-tanya..hihi.

Korang ada tertanya2 tak mcm yaya?
Korang rasa apa jawapannya?
Jawapan korang agak2 sama tak macam jawapan yaya?

Yaya agak yg lelaki tu....

Nanti lah bg tau jawapan

*** hanya penulis lirik yg lebih memahami

 semalam yaya dah up persoalan ni kat IG..so yang follow IG yaya..maaf lah ye buat korang berfikir kali ke-2..sape suruh tak drop komen bagi jawapan...haha.




.

Phewit! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com (2016) - Season 3

Assalamualaikum...

Yaya nak turut serta dalam bloglist ni.. selama 1 tahun okeh.. tu yang keterujaan melampau tu.haha.

Syarat-syarat :



Tarikh tutup : 28 Disember 2015.

So korang jom join berjemaah ^_____^





Sunday, December 13, 2015

Cara Mudah Belajar Sifir

Bismillah...
Assalamualaikum...

Yaya nak share cara mudah belajar sifir. Sekarang yaya dah dedahkan Wafiq dengan sifir. Walaupun sifir start pada darjah 2, tapi boleh lah nak ajar slow-slow..nanti anak tak adalah pressure. 

Kenapa yaya nak ajar anak awal-awal sifir ni?

Yaya ingat lgi, masa yaya sekolah dulu, Cikgu matematik sangat garang. Namanya Cikgu Othman. Masa tu darjah 3. Sepatutnya semua orang dah boleh ingat sampai sifir 12. Tapi itu lah, dari ingat jadi tak ingat kalau Cikgu Othman masuk kelas. Air muka dia pun dah garang, maunya tak kecut perut. Kalau kelas selepas rehat, confirmlah masa rehat makan tak berperasaan, macam makan tak sampai perut, Ada hari beli keropok je, makan kat luar kelas sambil hafal sifir, bukan tak ingat sifir, tapi takut kat cikgu..haha..tiap-tiap malam hafal sifir, lampu gelap dah pun duk dalam selimut hafal sifir dalam hati..tak lena tidur kalau esok kelas matematik..sampai macam tu sekali tertekannya jiwa dulu..haha..

Jadi anak sendiri kita bagi pendedahan awal untuk hafal sifir ni..tak ada lah Wafiq pressure macam ibunya dulu-dulu ^__^

Cara belajar sifir mudah ni pun yaya kumpul-kumpul dari google. Yaya buat balik cantik-cantik. Lengkap dari sifir 2 hingga sifir 9. Semoga bermanfaat buat semua.

 Sifir 2





 Sifir 3





 Sifir 4





 Sifir 5





 Sifir 6
- Kaedah 1 -





 Sifir 6
- Kaedah 2 -





 Sifir 7





 Sifir 8





Sifir 9