Thursday, June 18, 2015

apa cerita anak aku kat tadika tu??

Assalamualaikum ...

Apa cerita agaknya wafiq kat tadika?
masih berpuasakah?
ke dah berbuka?
berapa jam puasa agaknya?

hari ni teringat kat abang wafiq je.. al maklumlah..pestime abang wafiq berpuasa..
kalau ikutkan nak bg penekanan bab-bab solat dulu..puasa no.2..
tp dah empunya diri macam dah bersedia nak puasa..kita ikutkan jer lah.
kejut bangun sahur pagi tadi pun senang je..takde masalah...

bab solat pun yaya buat masa ni takdelah nak tekankan sangat..
bacaan dalam solat alhamdulillah abang wafiq dah ingat..
tapi ada masanya datang juga penyakit baca berterabur dia tuh..haha..takpelah dlm proses belajar..

pernah sekali tu..tahun lps..umur dia 5 tahun..
yaya duk perati dia solat maghrib..angkat takbir berkali-kali weh..
pe ke hal pulak kali nih..
lepas dia abih solat yaya tanya lah..nape angkat takbir banyak kali?
boleh dgn confidentnya dia jawab
'dah lama wafiq tak solat raya aidilfitri..rindu....'
hakhak..susah payah pulak yaya kena terangkan lps tu..
suka sanagt dia dengan hari raya..
yaya dodoikan adik wazif pun dia mintak tukar lagu.
tak delah yaya nyanyi lagu arjuna beta..cuma bunyi nada tak berlagu je..
abang wafiq cakap asyik lagu sama je..
jadi yaya tukar lah.. ganti zikir..selawat..
tp boleh dia jawab.. zikir yang ni best ibu..
'sambil bertakbir raya'
alahai anak...

so puasa buat pertama kalinya pun ada ragam nya jugak..
ragam tak bermasalah tak apa..ragam dia buat ibu rasa nak gelak je..

dia sedar dia puasa..
tp..sebelum ke sekolah dia minta multivitamin dan vitamin c..
tp bila di bagi tahu..wafiq kan puasa..mana boleh makan vitamin..
dia jawab 'vitamin je kan..macam ubat je pun..tak boleh jugak?'
haha..

otw nak gi sekolah..saje test dia..
'eh abang wafiq, makcik jual kuih tu tak berniaga lah hari ni...'
'la..kan bulan puasa..memang lah tak berniaga..'
haha..pandai jawab..

tapi dalam pada tu .. dia tanya yaya..
'ibu..bekal wafiq ada tak hari ni?'
heh..awak kan puasa..nak bekal2 apa nye..
lupa lah tu...
hihi...

seingat yaya,
yaya masa 6 tahun belum puasa penuh..tapi lebih separuh bulan lah..
bila masuk darjah 1 dah puasa penuh.
agak2 abang wafiq boleh challenge ibu dia tak?
hihi..






.




Thursday, June 11, 2015

ku sangkakan hijau..rupanya kuning...hihi

Assalamualaikum ...

Minggu lepas teman mak pergi shopping barang dapur.. beli barang-barang kering lebih sikit..buat stok bulan puasa..tak kausa kan nak bersesak bulan puasa nanti..baik beli awal-awal..hujung minggu nie pun sure penuh pasaraya supermarket semua..

macam biasa.. sunquick mesti ada.. biasa beli yg rasa oren tu je..kadang-kadang yg tropika..tak pun yang mandarin.. black currant dulu kerap juga beli.. tapi yang tu cair sedikit..letak sikit-sikit tak umphh.. so cepat lah habisnya..haha

kali beli 2 botol .. satu oren.. dan satu lagi nak try yg ni pulak ....


sunquick lemon... ingatkan bila bancuh jadi hijau..warna seperti dalam botol tu.. tp tak..jd kuning rupanya..hihi..

pekena bulan puasa best nih..rasa segarrrr je...


ok.bai.

Wednesday, June 3, 2015

Pendedahan Pertama Ke Pertandingan Mewarna

Assalamualaikum ...

Abang Wafiq bawak balik memo dari tadika..ada pertandingan mewarna di perkarangan stadium tertutup Gong Badak.. tadika abang wafiq ni salah satu penaja utama pertandingan ni untuk Karnival Mycare Palestin.



Excited abang Wafiq nak turut serta.. kita ibu layankan aje.. ni first time bang Wafiq  masuk pertandingan mewarna.. so yaya pun jadi excited jugak.. nak tau jugak hasil lukisannya nanti.. bergegas kami tunggu ayah balik solat jumaat..makan cepat..sbb pendaftaran jam 3 ptg.. lama jugak nak menunggu pertandingan bermula.. start jam 4 ptg..masa diberi 1 jam..

Masa dapat kertas lukisan tu yaya tengok ada bendera Palestin.. sempat tanya Wafiq ..

'Wafiq tau tak warna bendera Palestin?
'tau dah..tak payah bagi tahu..'

alahai...menyombong ko nak...

tp yaya tetap bg tau jugak.. 'Wafiq..warna bendera tu hitam, putih, hijau, merah..' semangat nau yaya..haha..
tapi kan, boleh dia buat dono jer..excited kut nengok org sekeliling, jumpa kawan ramai..kat sebelah dia pulak kawan se tadika dia..cuma lain kelas..lebat sembang weh.

yaya tak dapat nak snap gambar banyak-banyak.. sibuk melayan adik Wazif..budak sepet ni sekarang aktif kemain. ibu bapa tak leh duk dekat dengan anak. Kena biarkan anak kat situ..nanti lepas satu jam boleh datang jenguk.. so arahan tu sanagt fair rasanya..haha..ye lah sebab dari awal lagi yaya tak dapat nak tengok Wafiq.. duk kejar adik Wazif je kejanya.. letak dalam stroller ngamuk! gili2-gilir dgn ayahnya duk main berkejaran..

selepas 1 jam...


tadaaaa... ni lah hasil mewarna abang Wafiq..mujur tak pitam yaya tengok warna bendera Pakistan... hebakkk ko nak.. hahaha...

so far ibu rasa lukisan anak ibu ni cantik (kalau ibu tak puji sape lagi nak puji ..kan..?) ok lah untuk anak belum pun masuk 6 tahun ( lagi sekali ibu puji..)  kalau nak banding dengan ibu masa ibu sebaya Wafiq..rasa wafiq lagi kreatif... warna bercampur-campur.. lengan baju lain sebelah..kubah warna purple..kretip kretip.. hihi...

keputusan juri ?


sah-sah anak ibu tak ada rezeki nak menang... tak apalah.. biar ada pengalaman..nanti ibu ajar mewarna cantik-cantik..



ok bai.





.

Tuesday, June 2, 2015

luahan abang - ''cuti sekolah, tapi bercuti kat sekolah...hmmm''

Assalamualaikum..



hari ni usia abang wafiq 5 tahun / 10 bulan / 2 minggu / 3 hari.. 29 ramadhan nanti genap lah 6 tahun.

walaupun sekarang cuti sekolah, tp bak kata abang wafiq.. ''cuti sekolah, tapi bercuti kat sekolah...hmmm''
bertabahlah anak ibu ye.. kesian tokma jaga dua-dua , abang wafiq dan adik wazif.. tapi minggu pertama cuti ni nenek kena jaga adik Wazif sebab Tok Ma nak pergi berurut..

Abang Wafiq kena pergi sekolah lah ye..tapi bukan sekolah tadika yang sebelum ni.. saja ibu tukar angin abang Wafiq..hantar kat tadika lain untuk 2 minggu cuti sekolah ni..asyik pergi sekolah je kesian pulak.. haha..

tadika ni kat tingkat bawah office ibu je.. jd tak ada lah abang Wafiq bercuti sekolah kat sekolah lah sangat kan...sebab pagi boleh dating dengan ibu, tengah hari dating lagi, petang abis je class cepat2 ibu jemput..pastu sambung dating lagi.. ibu pun happy dapat luangkan masa lebih sikit dengan abang Wafiq..


sebenarnya yaya daftarkan Wafiq ' intensive study programmes' kat tadika ni.. tahun depan kan dah nak darjah 1.. biar ada pendedahan sikit..teacher2 sini bekas teacher rapid reader..so bg penekanan sikit utk English.. student kena cakap English.. habis lah anak aku...haha.. untuk intensive study programmes ni cuma 3 subjek Bahasa Melayu. Math & English.. pagi2 kul 9.30 pg baru start subjek pertama...so mmg banyak masa abang Wafiq dengan ibu.. sempat juga Wafiq warna buku mewarna dia..


pagi ni... 'ibu, jangan ambil gambar dulu..biar Wafiq warna habis dulu!'

masa awal tahun ada terdetik dalam hati..'nak mudah dan senang, tukarkan tadika abang Wafiq..' tingkat bawah ofis je kan..

tapi bila buat perbandingan, kebaikan dan segala kelebihan, masih menang tadika sedia ada.. so kekal lah di situ.. nanti adik Wazif pun ibu nak hantar situ..

teringat kata2 seorang uztaz yg datang bg ceramah kat ofis.. nak anak pandai English sanggup hantar anak tadika cina.. anak kita dimomokkan dengan apa pun kita tak tau..masa tu yaya belum ada anak, ke belum kawen..lupa dah..tp memang ingat kata2 ustaz tu.. kat tempat yaya ni ada satu tadika.. nama tadika mmg dah tertera 'tadika st. .... ' tapi ramai lah anak-anak melayu kat situ.. yelah lepasan tadika tu english memang top. pesan ustaz.. nak cari tadika anak, yang utama tengok iklan tadika tu..

kalau dalam iklan tu letak mata pelajaran lain dulu pastu baru letak islamic learning, bahasa arab ke apa ke..yg tu mengkin kena fikir-fikirkan..cari tadika yg bagi penekanan agama dulu..pastu nak belajar science ke apa ke tak dak hal..

'ala...tadika je pon..kat rumah mak pak ada boleh balancekan dengan agama, boleh ajar solat, boleh ajar doa'

tepuk dada tanya selera..masa kecik-kecik nie lah nak melentur.







.


Monday, June 1, 2015

Sayang Anak

Assalamualaikum ...


♫ ♫ Anak-anak buah hati kita. Jangan bandingkan di antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.


♫ ♫ Anak cantik, anak cerdik; itu ujian. Cuma pinjaman. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak.


♫ ♫ Anak biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka asbab kita masuk syurga. Tak perlu kecewa anak kita tidak ternama. Mana tahu kalau kaya mereka lupakan kita.


♫ ♫ Anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan dunia dan isinya. Jangan lukai hati anak-anak kita. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.


♫ ♫ Anak-anak kita bersih, jiwa mereka jernih. Yang salah kita, cepat lupa dengan tipuan dunia. Tataplah mereka penuh amanah.


♫ ♫ Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk menjadi ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan anak-anak kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa.. belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.


♫ ♫ Anak-anak kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu anak-anak yang kita tak beri penuh perhatian akan menjaga kita ketika tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.




Learning process won't stop till death..






.