Sunday, May 31, 2015

Kongsi Resepi, Dapat Wang, Menang iPhone 6 Plus


STICKY POST

Assalamualaikum ...


KLIK BANNER UNTUK REGISTER


Jangan biarkan resepi masakan korang yang lazat dan enak itu hanya terpahat dalam buku masakan. Sekarang peluang korang jana wang dengan hanya berkongsi resepi dan wang sedang datang bergolek menuju ke arah korang. Mudah kan? Jangan lepaskan peluang. Yaya akan terangkan satu persatu..

Pernah dengar Lets' Masak ? Satu komuniti website masakan di mana korang boleh berkongsi resepi, juga special buat orang-orang macam yaya yang selalu berpandukan resepi bila nak masak.. Let's Masak la tempat yaya selalu lepak buat masa ni..sambil leleh-leleh ayaq lioq nengok resepi. 

Bertambah best bila setiap resepi diterangkan langkah demi langkah. Juga boleh dimuatkan langkah bergambar. Kalau tak faham resepi dekat bawah resepi tu terus boleh drop komen. Kotak komen yg sangat mesra pengguna. Segala jenis resepi masakan ada, kategori masakan juga sangat tersusun, senang nak cari resepi. tapi sebelum senang-senang korang nak cari resepi kenalah daftar dulu.


Resepi pertama yaya submit untuk Let's Masak

Bahan-bahan.


Penyediaan langkah demi langkah yang sangat jelas. Tak faham boleh tanya pada ruangan komen.






Juga ada butang recook dan juga ruangan komen..kut2 lah nak puji memuji kalau dah try resepi tu..hihi


 See..cantikkan paparan komuniti masakan Let's Masak ni.sure korang lepak lama-lama mencari resepi ^_^
 Sebelum nak cari resepi kena daftar dulu.. meh rapat-rapat yaya nak explain.



Langkah 1 :

Sila klik http://letsmasak.com/register Isi segala maklumat yang diperlukan.


Langkah 2 :

Bila dah daftar pastikan PROGRESS korang sekurang-kurangnya 50%. Kacang jer nie..

senang-senang je boleh dapat 50% progress. Yaya eksaited kemain nak dapatkan 100%..nak tengok ape jadi lepas tu. haha


bila dah selesai boleh pilih resepi mana untuk di cuba... yaya dah cukup progress 100%.. lepas tu hilang dah progress to do keluar pulak mende alah ni...

Mende alah ni adalah Let's Masak Reward Sistem. Time ni lah korang nak submit receipe banyak-banyak! Bagi tips banyak-banyak..semuanya menyumbang kepada point. 100 point bersama RM1. 




Alang-alang korang dah register dengan Let's Masak.. dah lepas progress 50%..apa kata cuba nasib sertai kontest. Hadiah tempat pertama  iPHONE 6 PLUS 64 GB ! nak ke nak!!!..haha..meh join!


http://letsmasak.com/?id=2164

Mana tau ada rezeki. RM200 pun banyak tu..sape senang-senang nak bg kita RM200 kan...

KLIK BANNER UNTUK SERTAI CONTEST



Apalagi.. senang jer kan.. korang usaha sikit je.. mana tau rezeki i phone milik korang.

Selamat Maju Jaya.


**Contest ini dianjurkan oleh LetsMasak.com dan disokong bersama Kelab Komuniti Hai Blogger! http://www.haiblogger.com






.



.

 

Monday, May 25, 2015

Plastik Bocor

Assalamualaikum ...


Hati-hati dengan plastik bocor,
kamu ambik wudhuk dengan sempurna tapi membazir air.
(plastik bocor)

Kamu solat, sedekah, baca Quran,
pergi haji dan umrah banyak kali,
tapi kamu membuat fitnah tentang orang.
(plastik bocor)

Kamu beri banyak sedekah pada orang miskin,
tapi kamu mempergunakan dan melukai mereka.
(plastik bocor)

Kamu bangun tahajud, puasa dan taat pada Allah,
tapi kamu putuskan silaturrahim dengan keluarga.
(plastik bocor)

Kamu puasa dan sabar dengan ujian lapar dan dahaga,
tapi kamu bersumpah, menganggu, mengacau dan tak boleh kawal marah kamu.
(plastik bocor)

Kamu pakai kopiah dan jubah,
tapi kamu sibuk mencela manusia dan berkata kotor.
(plastik bocor)

Kamu muliakan dan layan baik tetamu kamu,
tapi bila dia balik kamu cakap belakang pasal semua kekurangan dia.
(plastik bocor)

Kamu korbankkan kesenangan kamu demi anak dan isteri,
tapi kamu merungut setiap masa membuatkan mereka rasa bersalah.
(plastik bocor)

Kamu doa mohon keampunan,
Allah beri kamu sakit,
kamu mula merengut membuatkan orang sekeliling kamu tertekan
sedangkan sakit itu pengampun dosa.
(plastik bocor)

Jangan kamu kumpul semua amalan baik kamu dalam plastik bocor,
kamu berusaha mengisinya tapi dengan senang ia jatuh tumpah ke bawah.








.


Thursday, May 21, 2015

Hadiah Hari Guru

Assalamualaikum ...

hari ni sekolah abang Wafiq celebrate teachers day.sekejap je..nie tahun ke3 dah abang wafiq raikan hari guru..tahun depan dah darjah 1..dapat memo dari tadika anak-anak sekolah kena berpakaian sukan hari ni..tapi yaya agak macam tahun-tahun sebelum nie..bukan anak-anak sekolah yang bersukan..tp dorang berpakaian sukan meraikan teacher-teacher yg akan 'bersukan'..kebiasaanyya macam tu lah..

pening nak fikir hadiah hari guru..teacher pula ramai..dalam 20 orang..hampir semua pernah mengajar Wafiq sejak dari 4 tahun.. so hadiah mmg kena bg kat semua teacher..hadiah tak seberapa.. ala kadar aje pun.. asal teacher tau ibu wafiq sangat berterima kasih buat semua teacher..sebab masa hantar anak ke tadika..abang Wafiq cuma kenal ABC.. pegang pensil pun tak berapa nak betul..sekarang alhamdulillah..sudah lancar membaca, mewarna pun cantik, dah pandai mengaji, hafal juz amma sampai surah Al-Bayyinah .. pandai urus diri...tq teacher..tak terbalas segala jasa teacher.

ibu plan nak buat kek..tapi plan tak menjadi ..bahan-bahan dah beli..tapi masa keluar semalam ibu cakap kat ayah..kalau nak senang keje saya..masuk dalam kedai tu beli kek..ayah cakap 'jom'.. terus u-turn kereta pergi kedai kek..muahaha...ibu tak kuar dr kereta sebab pakai baju lengan pendek (plan nak balik rumah mak ibu je sekejap)..ayah pilihkan kek coklat buat teacher..




sebelum tu ibu menyempat lah buat goodies 20 bekas dgn 1 bekas besar extra untuk guru kelas..




ibu beli bekas kecik-kecik..beli kacang 4 jenis..kacang parang, kacang naga/dragon ball, kacang hijau apa nama tak tau..satu yang jenis masin,,satu yg jenis salut tepung.. boleh tahan mahal kekacang nie semua..

bila dah siap lapis-lapis kacang dalam tupperware, rasa macam tak cukup cantik lah pulak..hihi... ibu cari reben..cari pembalut hadiah..buat kad kecik..


 tadaaaa.... nampak lagi berseri kan? ;)




untuk guru kelas...


sekian hadiah hari guru untuk tahun ni.. tahun depan fikir lg nak bg hadiah apa...hihi..










.



Monday, May 18, 2015

Cara Membuat Buih Belon Besar / Bubble Giant

Assalamualaikum ..

Pernah sekali je pergi taman beli buih belon tu..sebekas kecik RM5..yaya yang dua anak anak kecil ni tak apa lah beli sebekas.. tapi kalau korang anak ramai..haih..tok koser jugak kan korang nak beli berbekas-bekas.. hari nie beli minggu depan ajak pergi taman lagi...parah...haha

apa kata korang cuba buat sendiri buih belon ni..main kat rumah biar anak terlentang kepenatan bermain..haha..hambik! nak main buih belon sangat kan...hihi...

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat buih sabun :
~ 250 ml pencuci pinggan joy
~ 1.5 liter air
~ 4 sudu besar tepung ubi kayu

Cara-cara :
 ~ campur semua dalam besen besar..ada orang perapkan semalaman.. tapi yaya tak perap..bancuh-bancuh semua terus main...



see..senang je kan ? bahan-bahan pun mudah.. yaya guna joy yang kaler biru tu..hebat betul lah joy ni.. ye ke mampu cuci pinggan dari johor bharu ke singapura? haha

Bila dah siap bancuh tu..ajak abang wafiq main..mula-mula tu Wafiq cam tension nak main.. tak kena teknik..tak lekat buih  kat bubble wand tu.. bila dah ajar baru ok..


klasik bubble wand..kebetulan ada besi dari penyidai kain yg dah patah.. ikat dengan cotton twine..bentuk biar jadi segitiga cam dalam gambar tu..

kalau korang tak de besi .. guna hanger baju  pun boleh, nak guna chopstick pun boleh..tak de hal.. tak de cotton twine? ambik kain baju cotton yang lama-lama tu..korang gunting memanjang cam tali..jgn lebar sangat..selebar 1 cm dah ok dah.. ala..kita buat dia..(ayat mak yaya)



buih sabun dah 'terperangkap' dalam bubble wand ... abang wafiq berdebar nak hayun, takut tak menjadi bubble giant..hihi..ni percubaan kali ke berapa ntah ni..buih sabun bun dah tinggal sikit..sebelum tu ibu ayah layan main.. eh tak ah melayan..buat demo kat anak ah..cet.



 eh eh... berjaya! syabbas mere bete!



cool...


 panjang macam caterpillar bubble giant abang wafiq... suka dia..



nak! ambik sebiji buih belon..istimewa buat makcik..tanda terima kasih sudi baca blog ibu saya.. muahhh ciked.








.

Wednesday, May 6, 2015

Review Seebaby QQ2

Assalamualaikum,

yaya mencari-cari stroller yang murah, ringan, senang nak handle,cantik ! Akhirnya pencarian yaya berakhir. berkenan sangat-sangat dengan Seebaby QQ2. untuk QQ2 2015 ada design baru .. QQ2 ni 2013 ada design dia, tahun 2014 ada lah improvement sikit, 2015 improve lg.. mesti lah yaya beli yang 2015 ;) ..ala..cuma beza warna dengan extra storage space je pon.

yaya beli kat lazada dengan harga RM 149.00.. murah habaq hang! kut2 ada yg jual lg murah saya sentap okeh!

adik wazif pun dah setahun setengah.. berat dah 11kg, senget dah pinggang ibu dukung kamu.. kalau letak bawah lagi penat kejar dia berlari..haha

so tak nak lah stroller besar gedabak. nak buh dalam kereta mini yaya pun tak muat..sebab tu lah bantai beli yang ni walaupun yg abang wafiq dulu dah ada.. seebaby ni senang nk handle, sambil kelek wazif, bukak bonet, bukak stroller pun boleh buat sorang-sorang..rilek dan cool jer.. handle with one hand only beb! ;) stroller tinggal dalam bonet je..senang!



 ni 1st time bawak adik wazif jalan-jalan guna stroller..suka dia.. ibu pun suka..pinggang dah tak senget, pun dah takyah berlari kejar dia, warm temper pun takdak! ;)



 dorang ni sangat lah mengada-ngada.. tengok adik tu, buat muka pulak dia...



 abang wafiq pulak buat muka...

sekarang kat lazada ada kaler merah jer..kaler nie dah xde dah..lepas yaya ambik yg ni tengok esok kat website lazada xde dah kaler biru...





meh tengok ciri-ciri best Seebaby QQ2 2015 nih ;)

- QQ2 2015 ada dua warna, merah dan biru. yaya pilih biru untuk adik wazif.. rainbow version pun ada..tp lazada buat masa nie takde yg tu..
- ada extra stotage space. tergantung kantung net kat belakang..nipis jer pun..letak barang ringan-ringan boleh lah.. kat bawah ada lg satu tempat letak barang-barang ..
- beratnya cuma 3.9 kg.. QQ3 pun yaya berkenan, tp berat sikit 4.7kg..
- size L x W x H (67 x 19.5 x 85)
- Open(Approx.):L67*W42*H90CM
- Close(Approx.): L67*W19,5*H85CM
- Seat Width (Approx.): 30Cm
- tempat sandar boleh laras.. tp tak lah boleh laras 180 darjah.. hanya  90 darjah ke 170 darjah..
- senang ya amat untuk buka, senang ya amat untuk tutup..hihi
- front bar boleh bukak.. kut2 ler abang nak tumpang duduk..tak de ah kena panjat stroller
- tempat duduk dengan alas belakang tu dia lubang2..kain net..so dengan cuaca panas ni sangat sesuai..
- canopy dia lebar..pun boleh adjust2..tp yaya nak tutup, tutup je terus, nak bukak canopy, bukak jer semua
- sesuai untuk 1 bulan hingga 3 tahun.. maksima 30 kg!


eh ni ape kes bapak baby pulak yg duduk?..nak membuktikan betapa cool nye Seebaby QQ2 ni..haha.. tp yang ni QQ2 normal.. yang tahun 2013 punya kut kalau tak silap..ciri2nya sama je kecuali extra storage dan corak.


ciri-ciri tak best Seebaby QQ2

- setelah dikaji-kaji cuma ada satu je ciri tak best..takde pelapik kaki time tdo..jadi kaki akan terjuntai..time duduk ok je..kaki adik wazif dah sampai pelapik yang bawah tu..tak lah tergantung..

 kalau baby ke, yg newborn tu yaya tengok ade je letak baby dalam stroller ni. buh toto comel leklok..


 takde pelapik kaki tp front bar boleh bukak..hikhik..


kain net..bagi masuk angin...



adik wazif ni duk dalam stroller posisi kut suka dia..bersila pun ada..sandar kiri sandar kanan...rilek jer.. pendek citer yaya puas hati beli seebaby QQ2 ni. tak nyesal!



selamat shopping!





.