Monday, April 27, 2015

Wazif - first hair cut

Assalamualaikum ...

bukan senang tau nak ajak anak potong rambut.. Wafiq kecik-kecik dulu siap kena psiko bagai seminggu sebelum ke barbers. masa tengah potong rambut siap minta tolong ibu lagi..macam lah barbers dan guntuingnya itu akan pengapakan ia..ahha..



 ♥♥♥ tips elak anak menangis di kedai gunting rambut ♥♥♥


abang borek adik rintik.

disebabkan adik tak berapa nak fasih bercakap..jadi tak de lah sampai minta tolong dengan ibu..adik diam tak terkata.. haha.. ye lah baru setahun setengah...very behave.. sayang  adik.





adik tersenyum malu tengok wajahnya di cermin.. cuma barbers saja yg agak agak pantas buat kerja..mood budak-budak ni  kan tak boleh nak agak.. kalau nak mengamuk takde signalnya..




Abang wafiq yg dah selesai potong rambut.. apa lagi.. asyik buat muka lawa je depan cermin .. bajet hensem ah tu..haha..


selesai 'mengerjakan' 2 kepala dengan bayaran RM5 satu kepala. Kedai ni agak ok.. ada 3 orang tukang gunting malam tu..tp kerusi tempat utk menggunting tu ada 6 buah.. kerusi utk menunggu pun banyak..tp khas utk lelaki je ye.. kepala perempuan pi cari tukang gunting perempuan..tukang gunting perempuan bukan islam pun tak boleh.. haram..


lokasi kedai : berhadapan Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, Kuala Terengganu.








.

Thursday, April 23, 2015

Panduan menyediakan smoothie dan snack sihat

Assalamualaikum ...

Secara asasnya membuat smoothie tak lah susah.. korang cuma perlukan sekurang-kurangnya 2 jenis buah-buah ataupun sayur-sayuran.. gabungan rasa strawberi dan pisang pun sedap. kemudian boleh tambahkan air, jus buah-buahan ataupun susu nak mudah dan sedap boleh letak vitagen mahupun solivite...untuk memekatkan boleh tmbah oat..nak lagi sedap boleh letakkan perasa seperti madu ataupun kurma..untuk anak-anak yang susah nak telan supplement seperti Omega Shaklee mahupun Meal Shakes Shaklee boleh campurkan akhir sekali sebagai power boost. Kisar. Smoothie berkhasiat telah tersedia untuk dinikmati..





ibu-ibu mesti tau energy ball kan.. ataupun bebola tenaga untuk kudap-kudapan anak-anak. nak buat pun tak susah.. dalam jadual comel di bawah ni disertakn contoh bahan-bahan yg digunakan untuk membuat energy ball. kalau nak sediakan energy ball yang tak perlu dibakar, ikut bahan-bahan seperti yang  dicadangkan (column biru)




Selamat mencuba...






.

Thursday, April 2, 2015

My 1st GST

Assalamualaikum ...

Sana sini orang bercakap pasal GST..haih. sebagai rakyat marhaen nak menanggung satu hal..sebagai orang yang keje bahagian akaun nak melaksana GST pulak satu hal..banyak hal sungguh lah. haha..sebab tu yaya tak banyak komplen.. lantak pi lah dengan GST ni.. flash mob sana sini.. komen sana sini.. up status ayat kasar2.. tak ada orang nak endah pun.. GST terlaksana sudah. 

Yaya suka dengan pendapat kawan Yaya..''sebenarnya kerajaan ni jeles tau sebab kita' kaya', 'banyak duit', jom kita berusaha lagi supaya bertambah kaya raya..biar kerajaan semakin dengki'... haha.. ayat penyedap hati gitew.

semalam tak ada belanja luar..lunch pun kedai tu harga biasa-biasa je..kata pakcik tukang bungkus nasi tu kedai ni takde GST..harap2 macam tu lah sampai mendatang..tapi kalau harga barang2 lain naik, harga tetap nak sama macam sebelum GST ke?

semalam dah janji nak beli lego untuk wafiq..lego cap ayam je pun..yang jual kat kedai ECO RM2 tu.. oppss.. tak ada maknanya RM 2.. sila tambah 6%.. so blog nie manjadi saksi..yaya nak abdikan my 1st GST kat sini..haha..

abg wafiq..tengok nih..lego awak dah naik harga tau..so tak boleh beli kerap sangat!

lahai..tragis weh..wafer kesukaan naik harga! ;)
 

jangan biarkan korang di cas GST seandainya kedai atau syarikat tu tak de lesen GST ni..so boleh cek kat sini..

link : 



shaklee register GST ye..





ni cara nak cek company tu register atau daftar GST atau tak. sebab ada yg yaya yaya tengok kat FB duk viralkan kedai makan caj 6 % tapi tak ada no GST pada resit.. kalau cek..dorang berdaftar tapi silap dorang tak pamerkan GST ID dorang..

1st -  klik link atas tu
2nd - boleh pilih bahasa melayu atau english
3rd - klik lookup GST status / carian status GST
4th -  boleh cari menggunakan nama perniagaan

k lah.. selamat menempuh GST dalam keterpaksaan..nanti bila nak PRU sila buat istikharah, solat hajat 40 hari berturut sebelum hari PRU tu.. kuasa memilih di tangan anda..:)



.