Monday, February 23, 2015

Egg / Cake Silicone Mould

Assalamualaikum...

Mould ke mold?

hentam saje lah.

Sejak-sejak Mr.DIY buka cawangan kat Kuala Terengganu.. yaya ni dah macam pengunjung setia.. suami pun suka jengah Mr/ DIY tu..jadi senang lah nak mengajak pergi.. lampu hijau aje .. 

lama dah yaya cari egg silicone mould ni..nak buat kek pun boleh..tapi tay try lagi.. but im not sure safe for oven use or not..kan mancayaq dalam oven..ahkak tak tau..kita buat kek kukus jer lah..(ekkdah selamat) ;)

bila ada gajet cantik-cantik ni semangat je nak buat bekal anak..last week yaya pergi DAISO.. opps kat terengganu tak ada Daiso ye.. nie lagi satu kedai yang boleh buat yaya tak tension duk dalam tu lama-lama. Menyambar juga bekas-bekas bento yang cantik.. tapi  belum guna pun lagi..kita buat koleksi dulu sebelum abg Wafiq naik sekolah darjah 1 tahun depan..


haih..menggiurkan kan kan? kek apa ye macam ni?..ce kabo..nak search resepi...

tatau dia tulis apa... ;)

ada 3 ketul silicone mould berlainan corak dalam sekotak..sekotak RM14.50 je.. sila dapatkan dari Mr. DIY berhampiran anda ;)

telur mata kerbau. tp yang ni nampak lagi menyelerakan kan kan? goreng tanpa minyak..sihat gitu.

bintang hati. try buat pancake..olo..very nice shape..next time kena nipiskan sikit..kalau tak lambat masak..



Thursday, February 5, 2015

Roti Bun Inti Kacang Merah

Assalamualaikum...


Sejak ada breadmaker kerap sungguh yaya buat roti..macam-macam resepi yaya cuba.. tapi ni 1st time nak letak dalam blog.. laku roti bun ni, lepas keluar dari oven tak sabar-sabar si Wazif n Wafiq nak ngap. Sampai tak menyempat ibu nak ambik gambar. Menghembus-hembus sang ibu nak bagi roti cepat sejuk untuk disuapkan pada anak-anak tersayang. Banyak betul budak berdua tu makan. Rasa puas hati sangat, hehe.

yaya buat kecik-kecik comel je.. senang anak-anak nak makan

Bila tengok laju je Wafiq menyuap roti.. saje ibu tanya..

Ibu     : Wafiq, sedap tak roti ?
Wafiq : Sedap...
Ibu     : Pandai tak ibu masak?
Wafiq : Pandai apa kalau masak tengok telefon, guna kertas..
Ibu     :  @*^%@*&%^$#


bertuah sungguh anak sulung haku ni..haha...

Yaya guna resepi cik mat gebu dari my resepi..lama dah resepi..tahun 2007 lagi.. yaya dah edit sikit nak bg senang nak menyukat kalau nak buat lain kali.. yaya gandakan adunan, jadi dapat banyak lah rotinya plus buat kecil-kecil..biar puas makan..tapi tu pun rasa macam tak cukup.

Jom semak resepi :

Roti Bun Inti Kacang Merah
Sumber : CMG
Rujukan : Yaya Azura - Gandakan adunan


Bahan-bahan ( 12 biji ) :-
  • 120 ml air - 240ml
  • 250 g tepung roti  - 500 gm tpg roti
  • 30 g telur - 1 biji telur
  • 10 g susu tepung - 3 sudu besar susu tepung
  • 40 g mentega - 2 sudu besar planta
  • 40 g gula kastor - 5 sudu besar gula
  • 1/2 camca teh garam - 1 susu teh
  • 1 camca teh instant yeast - 2 sudu teh
  • 1/2 camca teh bread improver dan 1/2 camca teh bread softerner (optional)
Bahan-bahan lain :-
  • Inti kacang merah secukupnya
  • Sedikit mentega utk disapu
Cara-cara :-
  1. Masukkan kesemua bahan mengikut turutan kecuali "BAHAN2 LAIN", ke dalam bread maker. Pilih setting utk doh dan on kan. Tunggu sampai siap.
  2. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara. Bahagi 12 dan bulat2kan. Rehatkan 10 minit.
  3. Isi dgn inti kacang merah dan biarkan naik sekali ganda (lebih kurang 35 minit). Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 12 minit. Keluarkan dan sapu mentega pada permukaan roti ketika roti masih panas.





Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mac-April 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 31 Januari 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 28 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN"
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.



  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mac-April dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.
SENARAI PESERTA
Kredit untuk Kak Mialiana.







.

Tuesday, February 3, 2015

Alhamdulillah... 33 tahun sudah..

Assalamualaikum...

Happy Bornday To Me! haha..ucapan untuk diri sendiri..macam biasa..suami yang pertama wish. Sedang tidur pun boleh wish.genap jam 12 malam kekdahnya.. tapi telinga ni je yang mendengar, mata tetap mahu tidur.. dan macam biasa yaya pun boleh agak siapa yang terakhir akan ucap selamat hari lahir.. dia sentiasa mahu jadi yang terakhir..my best friend.. you know who you are dear..




terima kasih abang untuk kejutan nie..hantar jambangan bunga ros ke office .. dah la office ni office baru... malu i tau dengan budak-budak nie semua..haha..tapi apa pun tetap happy dengan kejutan yg sekali sekala ni tau...muah ciket.




ulang tahun yang ke 33..petanda umur semakin berkurang sebenarmya..berapa tahun lagikah yang tinggal ? hanya Allah Maha Mengetahui. 3 Februari 1982 bersamaan 9 Rabiul Akhir 1402 pada hari Rabu, kebahagiaan tak terhingga pada mak dan ayah dapat cahaya mata pertama. Mak sentiasa ingat hari lahir anak-anak. Hari ulang tahun perkahwinan anak-anak pun dia ingat. Tahun ni ikut kalendar Islam birthday yaya jatuh pada 30 Januari, yaya bagi tahu mak 'hari ni birthday kita..' cepat-cepat mak jawab 'hari selasa depan lah..3 hb 2..' mak tak pernah lupa....



Apa-apapun yaya sangat bahagia dengan kehidupan yaya. punya suami yang sangat menyayangi..sangat memahami, sentiasa memberikan bantuan..love u abang.. Punya anak yang bijak dan cerdik, sentiasa membahagiakan hati ibu.. walaupun kerenah kamu adakalanya membuat kepala ibu terasa panas, terasa berpinar, terasa berpusing.. tapi kamu berdua anak-anak ibu. Sangat sayang Wafiq dan Wazif.






Nota kaki buat Suami aka Mr.TMFS : umur ayang dah 33, baru dapat sejambak bunga.. nak claim 32 hadiah lagi ni..jaga-jaga ;)







.