Sunday, December 13, 2015

Cara Mudah Belajar Sifir

Bismillah...
Assalamualaikum...

Yaya nak share cara mudah belajar sifir. Sekarang yaya dah dedahkan Wafiq dengan sifir. Walaupun sifir start pada darjah 2, tapi boleh lah nak ajar slow-slow..nanti anak tak adalah pressure. 

Kenapa yaya nak ajar anak awal-awal sifir ni?

Yaya ingat lgi, masa yaya sekolah dulu, Cikgu matematik sangat garang. Namanya Cikgu Othman. Masa tu darjah 3. Sepatutnya semua orang dah boleh ingat sampai sifir 12. Tapi itu lah, dari ingat jadi tak ingat kalau Cikgu Othman masuk kelas. Air muka dia pun dah garang, maunya tak kecut perut. Kalau kelas selepas rehat, confirmlah masa rehat makan tak berperasaan, macam makan tak sampai perut, Ada hari beli keropok je, makan kat luar kelas sambil hafal sifir, bukan tak ingat sifir, tapi takut kat cikgu..haha..tiap-tiap malam hafal sifir, lampu gelap dah pun duk dalam selimut hafal sifir dalam hati..tak lena tidur kalau esok kelas matematik..sampai macam tu sekali tertekannya jiwa dulu..haha..

Jadi anak sendiri kita bagi pendedahan awal untuk hafal sifir ni..tak ada lah Wafiq pressure macam ibunya dulu-dulu ^__^

Cara belajar sifir mudah ni pun yaya kumpul-kumpul dari google. Yaya buat balik cantik-cantik. Lengkap dari sifir 2 hingga sifir 9. Semoga bermanfaat buat semua.

 Sifir 2





 Sifir 3





 Sifir 4





 Sifir 5





 Sifir 6
- Kaedah 1 -





 Sifir 6
- Kaedah 2 -





 Sifir 7





 Sifir 8





Sifir 9








 

7 comments:

  1. Wahh wafiq dh mula belajaar sifir dh..

    Aduhai zaman dulu cikgu mate mmg sgt garang. Zap zappp bunyik rotan dia

    P/s:smpi arini g lawat dia lg kat asrama masih blur dia nk mkn kacang apa sbnrnya yaya. Dia tak req pun saja je jumaat aritu bawak . Agaknya nk mkn kacang tanah rebus kot.. Hihi. Td lupa nk tny dia. Dia byk sgt nk cerita itu ini kita tak smpt nk bukak mulut

    ReplyDelete
  2. Anak kakak ada cara lain yg cikgu mathemtic dia ajar juga mudah
    Sampai sifir berapa ratus pun boleh. Macam-macam cara cikgu buat nak bagi anak murid mudah..

    ReplyDelete
  3. dulu, bila bunyi loceng balik sekolah, cikgu suruh beratur dulu dan adakan program congak. siapa boleh jawap soalan sifir yang cikgu bagi. boleh balik awal.

    kalau tak dapat jawap, balik lambat le jawapnyer...

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.