Jurnal Kesyukuran

Bismillah...

Assalamualaikum ...

Sekarang hujan lebat di Kuala Terengganu. Tapi masih belum boleh kata hujan sampai ke petang atau malam walaupun sekarang musim tengkujuh. Sebab semalam cuaca panas terik. Cuaca tak menentu. Masih belum dengar lagi pantai timur dilanda banjir. Tapi ni baru permulaan musim tengkujuh..jadi berhati-hati..musim cuti sekolah ni kena rancang aktiviti, nak bawa anak pergi kolam mandi-manda memang tak lah. Elok tengok cuaca panas tiba-tiba hujan lebat..hihi..dah musim hujan kan..

Bekerja sambil dengar bunyi hujan sangat menenangkan. Setahun bersuasana baru, teman-teman baru, bos baru, umpama dapat hidup baru. Dapat teman sepejabat pangkat adik-adik..terasa seperti satu keluarga..keakraban terasa walau baru setahun bersama mereka. Kat sini hanya dua staff perempuan termasuk Yaya. tapi macam tak percaya kami boleh beraktiviti luar sama-sama. Suami yaya main badminton sama-sama dorang.. so makin bertambah akrabnya. 

Alhamdulillah.. syukur... kehidupan terasa sangat terisi .. pergi kerja semangat. Buat kerja pun semangat.  Tapi yaya masih lagi terikat dengan office lama. Selagi khidmat diperlukan apa salahnya kan. bukan payah pun  kerjanya..bukan buat kerja free pun..

Masih ada sebulan sebelum melangkah ke tahun baru. Terima kasih Ya Allah. Semua seperti perancangan. Memilih untuk bertukar tempat kerja keputusan terbaik. Tahun lepas awal tahun Wafiq exam dapat no.13 dari 25 org kelas dia..akhir tahun dapat no.15.. semakin besar nombor dia dapat.. walaupun masih tadika memang terasa lah kita kan.

Tapi tahun ni jiwa ibu kamu semakin tenang Wafiq.hihi...semakin fokus. dapat beri lebih perhatian pada Wafiq..exam pertengahan tahun dapat no.3..dan untuk akhir tahun baru ni dapat nombor.1. Peningkatan yang sangat drastik bagi Yaya..mampu kalahkan juara bertahan.. ye..budak sama je yang dapat no.1dan 2 sebelum ni..

Masa umur Wafiq 5 tahun kami daftar Wafiq ke sekolah berprestasi tinggi (SBT)..dekat dengan tempat kerja ibu, nanti tengah hari senang nak ambik. tapi perasaan gusar tetap ada, takut tak layak sekolah kat situ, yelah exam asyik nombor belas-belas.. nak masuk sekolah ni kena tempuh ujian kelayakan dulu. Saat pihak sekolah call ibu 2 bulan lepas cakap 'Tahniah puan, anak puan berjaya mendapat tempat...' ibu rasa sangat bersyukur. Syukur Ya Allah. dah nampak perjalanan (atas jalan) untuk tahun hadapan...hihi..ibu atau ayah tak lah rush sangat time lunch. Alhamdulillah.

Sekarang Wafiq dah belt hijau dua untuk taekwondo .. awal tahun nanti mungkin dah boleh grade untuk biru. tak silap yaya hantar dia ke kelas taekwondo. Memang dia minat sangat. Adik dia pun sama, tengok abang bertaekwondo dengan dia sekali terbit minat..nanti ibu hantar adik wazif join kelas ye..

Adik Wazif dah 2 tahun 1 bulan. petah bercakap walau tak jelas butirnya.hihi..sangat nakal dan aktif. Masih menyusu badan tapi ibu dah stop pam..dah cukup 2 tahun..sekarang minum susu segar dutch lady..suka sangat minum susu..hih..semalam kena penalti time dengan ibu, sebab tangan dia cepat je nak babab orang..perasan ultraman tu..kaki tangan semua hidup..dia ultraman, orang lain kena jadi monster. Tak susah nak ajar dia penalti time..5 minit je pun..kecik lagi tu..tapi dia faham..senyap je duk atas kerusi kecil dia..tengok yaya dan abang wafiq, saja kami berdua buat-buat excited baca buku cerita.. bagi adik jeles...haha..pastu mula lah duk panggil ibu..ibu..kesian pulak ibu..haha..

Ayah? Ibu rasa ayah manusia paling terisi masa nya dalam keluarga kami... haha.. Kalau tak melayan kami anak beranak..pantang ada masa free dia sibuk pasang gundam, pantang ada masa free, main badminton, pantang ada masa free duk tilik motor dia..lap2 bagi berkilat..pantang ada masa free ngadap PC game.. banyaknya hobi ayah..betul-betul buat ibu jeles..haha..tapi setakat ni ayah adalah orang paling rajin basuh poo poo adik...pendek kata dah jadi salah satu tugas ayah.hihi.

Panjang yaya bebel kali ni. Lama tak ngadap blog. hihi...

Apa pun syukur Ya Allah, syukur atas nikmat yang Kau berikan buat kami. Nikmat kesihatan. Nikmat keluarga bahagia. Nikmat anak-anak pintar. Nikmat jiwa yang tenang. Tak terhitung nikmat yang Kau berikan. Terima Kasih Ya Allah. Alhamdulillah.




1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post