Tuesday, June 2, 2015

luahan abang - ''cuti sekolah, tapi bercuti kat sekolah...hmmm''

Assalamualaikum..



hari ni usia abang wafiq 5 tahun / 10 bulan / 2 minggu / 3 hari.. 29 ramadhan nanti genap lah 6 tahun.

walaupun sekarang cuti sekolah, tp bak kata abang wafiq.. ''cuti sekolah, tapi bercuti kat sekolah...hmmm''
bertabahlah anak ibu ye.. kesian tokma jaga dua-dua , abang wafiq dan adik wazif.. tapi minggu pertama cuti ni nenek kena jaga adik Wazif sebab Tok Ma nak pergi berurut..

Abang Wafiq kena pergi sekolah lah ye..tapi bukan sekolah tadika yang sebelum ni.. saja ibu tukar angin abang Wafiq..hantar kat tadika lain untuk 2 minggu cuti sekolah ni..asyik pergi sekolah je kesian pulak.. haha..

tadika ni kat tingkat bawah office ibu je.. jd tak ada lah abang Wafiq bercuti sekolah kat sekolah lah sangat kan...sebab pagi boleh dating dengan ibu, tengah hari dating lagi, petang abis je class cepat2 ibu jemput..pastu sambung dating lagi.. ibu pun happy dapat luangkan masa lebih sikit dengan abang Wafiq..


sebenarnya yaya daftarkan Wafiq ' intensive study programmes' kat tadika ni.. tahun depan kan dah nak darjah 1.. biar ada pendedahan sikit..teacher2 sini bekas teacher rapid reader..so bg penekanan sikit utk English.. student kena cakap English.. habis lah anak aku...haha.. untuk intensive study programmes ni cuma 3 subjek Bahasa Melayu. Math & English.. pagi2 kul 9.30 pg baru start subjek pertama...so mmg banyak masa abang Wafiq dengan ibu.. sempat juga Wafiq warna buku mewarna dia..


pagi ni... 'ibu, jangan ambil gambar dulu..biar Wafiq warna habis dulu!'

masa awal tahun ada terdetik dalam hati..'nak mudah dan senang, tukarkan tadika abang Wafiq..' tingkat bawah ofis je kan..

tapi bila buat perbandingan, kebaikan dan segala kelebihan, masih menang tadika sedia ada.. so kekal lah di situ.. nanti adik Wazif pun ibu nak hantar situ..

teringat kata2 seorang uztaz yg datang bg ceramah kat ofis.. nak anak pandai English sanggup hantar anak tadika cina.. anak kita dimomokkan dengan apa pun kita tak tau..masa tu yaya belum ada anak, ke belum kawen..lupa dah..tp memang ingat kata2 ustaz tu.. kat tempat yaya ni ada satu tadika.. nama tadika mmg dah tertera 'tadika st. .... ' tapi ramai lah anak-anak melayu kat situ.. yelah lepasan tadika tu english memang top. pesan ustaz.. nak cari tadika anak, yang utama tengok iklan tadika tu..

kalau dalam iklan tu letak mata pelajaran lain dulu pastu baru letak islamic learning, bahasa arab ke apa ke..yg tu mengkin kena fikir-fikirkan..cari tadika yg bagi penekanan agama dulu..pastu nak belajar science ke apa ke tak dak hal..

'ala...tadika je pon..kat rumah mak pak ada boleh balancekan dengan agama, boleh ajar solat, boleh ajar doa'

tepuk dada tanya selera..masa kecik-kecik nie lah nak melentur.







.


7 comments:

  1. Tadika anak2 aida yg biasa2.
    aida pilih owner muslim & dekat dgn umah.
    slh satu sebab ialah pemakanan.
    terjamin halal.
    ilmu... skit2 ok la. Naik skola rendah nanti belaja jugak...

    anak2 aida holiday dgn atok uwan ...

    ReplyDelete
  2. yelah,mak berkerjaya macam ni lah kan kak. cuti sekolah..tp x dpt berjalan pon..huhu.kesian kat anak2

    ReplyDelete
  3. Anak tanggungjawab mak-ayah
    Jalan lurus di pilih luruslah jadinya
    Asas kena betul baru akhirnya tak ada penyesalan di kemudian hari.

    ReplyDelete
  4. Takpa Wafiq..sabar aja lah...hahahaha..
    Nanti bila free ajak mak ayah gi Legoland :P

    ReplyDelete
  5. Salam. Tk kerna singgah n komen ke blog saya.

    Anak saya dulu saya hantar ke tadika islam. Memang fully islamic pendedahannya.

    Ibu_suri dulu adalah bekas cikgu tadika ngo kami sendiri. Tadika ini berkonsepkan protaz (profesional ustaz).

    Ia menggunakan sistem fonetik menggunakan silibus READ EASY...

    ReplyDelete
  6. Betul kata ustaz tu.....mmg betul kita nak anak kita fasih berbahasa Inggeris dan kita boleh ajar solat tu kat rumah tp kan Yaya kekadang kita tak tak sempat......percayalah. Bagi okje , lebih elok kalau anak kita tu belajar basic solat tu kat sekolah sebab mereka lagi enjoy belajar.

    ReplyDelete
  7. Assalam yaya..akk cikgu tadika, skrg ni rata2 tadika konsep islamic english, tak salah..yg salahnya ada yg kononnya islamik, tapi pengamalannya takde, tak taupun mcmane nk terapkan nilai2 islam yg sepatutnya,Sedey kan..
    Umar zikri genap 6 tshun bln mei lepas, wafiq muda bulanla yek.

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.