Thursday, May 21, 2015

Hadiah Hari Guru

Assalamualaikum ...

hari ni sekolah abang Wafiq celebrate teachers day.sekejap je..nie tahun ke3 dah abang wafiq raikan hari guru..tahun depan dah darjah 1..dapat memo dari tadika anak-anak sekolah kena berpakaian sukan hari ni..tapi yaya agak macam tahun-tahun sebelum nie..bukan anak-anak sekolah yang bersukan..tp dorang berpakaian sukan meraikan teacher-teacher yg akan 'bersukan'..kebiasaanyya macam tu lah..

pening nak fikir hadiah hari guru..teacher pula ramai..dalam 20 orang..hampir semua pernah mengajar Wafiq sejak dari 4 tahun.. so hadiah mmg kena bg kat semua teacher..hadiah tak seberapa.. ala kadar aje pun.. asal teacher tau ibu wafiq sangat berterima kasih buat semua teacher..sebab masa hantar anak ke tadika..abang Wafiq cuma kenal ABC.. pegang pensil pun tak berapa nak betul..sekarang alhamdulillah..sudah lancar membaca, mewarna pun cantik, dah pandai mengaji, hafal juz amma sampai surah Al-Bayyinah .. pandai urus diri...tq teacher..tak terbalas segala jasa teacher.

ibu plan nak buat kek..tapi plan tak menjadi ..bahan-bahan dah beli..tapi masa keluar semalam ibu cakap kat ayah..kalau nak senang keje saya..masuk dalam kedai tu beli kek..ayah cakap 'jom'.. terus u-turn kereta pergi kedai kek..muahaha...ibu tak kuar dr kereta sebab pakai baju lengan pendek (plan nak balik rumah mak ibu je sekejap)..ayah pilihkan kek coklat buat teacher..




sebelum tu ibu menyempat lah buat goodies 20 bekas dgn 1 bekas besar extra untuk guru kelas..




ibu beli bekas kecik-kecik..beli kacang 4 jenis..kacang parang, kacang naga/dragon ball, kacang hijau apa nama tak tau..satu yang jenis masin,,satu yg jenis salut tepung.. boleh tahan mahal kekacang nie semua..

bila dah siap lapis-lapis kacang dalam tupperware, rasa macam tak cukup cantik lah pulak..hihi... ibu cari reben..cari pembalut hadiah..buat kad kecik..


 tadaaaa.... nampak lagi berseri kan? ;)




untuk guru kelas...


sekian hadiah hari guru untuk tahun ni.. tahun depan fikir lg nak bg hadiah apa...hihi..










.



1 comment:

terima kasih sudi komen.