Panduan Menyediakan Smoothie Dan Snack Sihat

Berdepan dengan anak-anak yang agak cerewet dalam memilih makanan merupakan cabaran buat ibu. Ibu kena lebih kreatif dalam penyediaan makanan untuk memastikan anak-anak mendapat khasiat yang secukupnya untuk tumbesarn fizikal dan juga minda yang cergas.

Termasuklah dalam penyediaan smoothie dan snack untuk anak. Kalau buat sendiri dirumah, ibu boleh variasikan bahan-bahan yang digunakan. Kalau beli dekat luar, manisnya tak boleh bawa bincang..susah nak jumpa yang kena dengan selera. 

Cara nak buat smoothie dan snack ni bukan sesuai untuk anak-anak je, mak ayah pun boleh tumpang sekaki. 

Panduan menyediakan smoothie dan snack sihat

Resepi smoothie mudah dan berkhasiat

resepi smoothie
pic credit: healthywomen.org


Secara asasnya membuat smoothie tak lah susah mana. Korang cuma perlukan sekurang-kurangnya 2 jenis buah-buah ataupun sayur-sayuran. 

Gabungan rasa strawberi dan pisang pun sedap. Kemudian boleh tambahkan air, jus buah-buahan ataupun susu nak mudah dan sedap boleh letak Vitagen mahupun Solivite. 

Untuk memekatkan boleh tambah oat. Nak lagi sedap boleh letakkan perasa seperti madu ataupun kurma. Untuk anak-anak yang susah nak makan minyak ikan, mungkin kerana saiz kapsul atau bau yang kurang enak, Yaya cadangkan korang picitkan minyak ikan sebagai power boost. kemudian kisar  dan smoothie berkhasiat telah tersedia untuk dinikmati..




Resepi snack sihat 

Energy ball
pic credit: eatthis.com


Ibu-ibu mesti pernah dengar energy ball kan?. Bukan untuk anak je, orang dewasa pun sama turut terliur dengan energy ball ni. Nak buat pun tak susah. Dalam gambar di bawah ni disertakan contoh bahan-bahan yang digunakan untuk membuat energy ball. 

Kalau nak sediakan energy ball yang tak perlu dibakar, ikut bahan-bahan seperti yang  dicadangkan (bahagian biru).

Apa yang membezakan sama ada perlu dibakar tau boleh terus dimakan adalah bahan utama yang digunakan. Kalau ada campuran tepung dan telur mestilah perlu dimasak.



Selamat mencuba...

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. dulu2 memang suka buat smoothie ni..suka blend pisang beku dengan susu..kadang2 tambah strawberry...

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post