Monday, January 12, 2015

Nafas Baru

Assalamualaikum ..

Entri pembuka tahun baru. Lama yaya lemau nak berblog.Sekarang lemau-lemau letak tepi. Mulakan dengan semangat baru, Insya Allah.

Alhamdulillah, hari kedua bersekolah untuk Terengganu. Masih bersekolah di tadikan yang sama.. sekejapan dah masuk tahun ke tiga. Teacher cakap ' sekejap je abang dah besar ..dah 6 tahun..' Dia macam tak ada perasaan. Nak kata teruja sangat memang tak lah. Nak kata liat bangun pagi pun tak. Cuma sembang perjalanan petang semalam dia cerita excited nak masuk darjah 1. LOL. 

Yaya pun bersemangat sama. Tahun ni nak beri penekanan lebih dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu tak ada masalah dah. Seawal  4 1/2 tahun wafiq dah boleh membaca. Begitu juga Iqra', sekarang kat tadika dah iqra' 4..rasa lega sikit part mengaji..budak-budak hati terang kan. Subjek2 lain masih dalam kawalan lg..masih belum terbabas.hehe.

Adik Wazif makin aktif, baru boleh kaki pada usia 14 bulan, sama macam abang dia boleh berjalan  pada usia 14 bulan. Tapi yang lemahnya kuat sungguh merajuk..menyembam muka kat lantai..raja air mata sungguh lah.haha.. tapi sangat cerdik dan panjang akal. Cepat meniru tingkah laku abang.


22 Oktober 2014. Genap setahun usia putera ke2 ibu.
29 November 2014. Peneman setia ibu. Ni dalam perjalanan  menghantar abang Wafiq ke kelas Iqra dan Fardhu Ain di masjid.





25 Oktober 2014. abang baring, adik baring, abang berjalan adik ikut berjalan, abang berlari adik belum boleh berlari..

3 November 2014. nakal ;)

25 November 2014. hmm.. mujur tak luruh jantung ibu. mana boleh duk dalam tu dik oii..

14 Disember 2014. Patploh kali gi library..patploh kali jugaklah bergambor kt mendealah ni..tp hari ni br dngar #tgahmadwafiq sebut unclesawan instead of angkasawan..lol..dh betul kn sebutan..dengan wafiq sekali gelak terbahak bila dia sedar slh sebut


gambar-gambar dari instagram. boleh follow yaya di instagram.. klik di sidebar.. mungkin ada instagram kut yang jadi lemah lemau nak berblog ni..haishh.





.

1 comment:

terima kasih sudi komen.