Monday, December 21, 2015

Putus Terpaksa. Apa yang 'terlarangnya' ?

Assalamualaikum..

Edisi entri nak bagi korang berfikir.. berfikir lah sangat. ^__^

macam ni..

Yaya ni lambat sikit lah..orang dah habis gembar gembur pasal Gegar Veganza..yaya br nak ambik feel..haha..tak dak astro katanya..hihi..tengok video pun kat page kat fesbuk tu hah.

Siti Nordiana juara dengan lagu Putus Terpaksa.

Habis GV baru duk fefeeling lagu Putus Terpaksa ni..

Padahal lagu lama nie weh..zaman akak ZZ dulu pun melayan jugak PUTUS TERPAKSA ni..
tp sekarang ni br sel2 ni baru terlebih berhubung.. banyak persoalan lah pulak yg menerjah..

haha..kacau sungguh!




PERSOALANNYA
 
'Apa yg sampai putus terpaksanya?'
'Apa ke benda sesuatu yg terlarang tu?'
'Apa ke benda pulak pemergian sampai ngeri dan tak memberi erti?' 


Hah.kan dah ckp. Lirik lagu ni buat yaya tertanya-tanya..hihi.

Korang ada tertanya2 tak mcm yaya?
Korang rasa apa jawapannya?
Jawapan korang agak2 sama tak macam jawapan yaya?

Yaya agak yg lelaki tu....

Nanti lah bg tau jawapan

*** hanya penulis lirik yg lebih memahami

 semalam yaya dah up persoalan ni kat IG..so yang follow IG yaya..maaf lah ye buat korang berfikir kali ke-2..sape suruh tak drop komen bagi jawapan...haha.




.

Phewit! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com (2016) - Season 3

Assalamualaikum...

Yaya nak turut serta dalam bloglist ni.. selama 1 tahun okeh.. tu yang keterujaan melampau tu.haha.

Syarat-syarat :



Tarikh tutup : 28 Disember 2015.

So korang jom join berjemaah ^_____^





Sunday, December 13, 2015

Cara Mudah Belajar Sifir

Bismillah...
Assalamualaikum...

Yaya nak share cara mudah belajar sifir. Sekarang yaya dah dedahkan Wafiq dengan sifir. Walaupun sifir start pada darjah 2, tapi boleh lah nak ajar slow-slow..nanti anak tak adalah pressure. 

Kenapa yaya nak ajar anak awal-awal sifir ni?

Yaya ingat lgi, masa yaya sekolah dulu, Cikgu matematik sangat garang. Namanya Cikgu Othman. Masa tu darjah 3. Sepatutnya semua orang dah boleh ingat sampai sifir 12. Tapi itu lah, dari ingat jadi tak ingat kalau Cikgu Othman masuk kelas. Air muka dia pun dah garang, maunya tak kecut perut. Kalau kelas selepas rehat, confirmlah masa rehat makan tak berperasaan, macam makan tak sampai perut, Ada hari beli keropok je, makan kat luar kelas sambil hafal sifir, bukan tak ingat sifir, tapi takut kat cikgu..haha..tiap-tiap malam hafal sifir, lampu gelap dah pun duk dalam selimut hafal sifir dalam hati..tak lena tidur kalau esok kelas matematik..sampai macam tu sekali tertekannya jiwa dulu..haha..

Jadi anak sendiri kita bagi pendedahan awal untuk hafal sifir ni..tak ada lah Wafiq pressure macam ibunya dulu-dulu ^__^

Cara belajar sifir mudah ni pun yaya kumpul-kumpul dari google. Yaya buat balik cantik-cantik. Lengkap dari sifir 2 hingga sifir 9. Semoga bermanfaat buat semua.

 Sifir 2





 Sifir 3





 Sifir 4





 Sifir 5





 Sifir 6
- Kaedah 1 -





 Sifir 6
- Kaedah 2 -





 Sifir 7





 Sifir 8





Sifir 9








 

Monday, November 30, 2015

Jurnal Kesyukuran

Bismillah...

Assalamualaikum ...

Sekarang hujan lebat di Kuala Terengganu. Tapi masih belum boleh kata hujan sampai ke petang atau malam walaupun sekarang musim tengkujuh. Sebab semalam cuaca panas terik. Cuaca tak menentu. Masih belum dengar lagi pantai timur dilanda banjir. Tapi ni baru permulaan musim tengkujuh..jadi berhati-hati..musim cuti sekolah ni kena rancang aktiviti, nak bawa anak pergi kolam mandi-manda memang tak lah. Elok tengok cuaca panas tiba-tiba hujan lebat..hihi..dah musim hujan kan..

Bekerja sambil dengar bunyi hujan sangat menenangkan. Setahun bersuasana baru, teman-teman baru, bos baru, umpama dapat hidup baru. Dapat teman sepejabat pangkat adik-adik..terasa seperti satu keluarga..keakraban terasa walau baru setahun bersama mereka. Kat sini hanya dua staff perempuan termasuk Yaya. tapi macam tak percaya kami boleh beraktiviti luar sama-sama. Suami yaya main badminton sama-sama dorang.. so makin bertambah akrabnya. 

Alhamdulillah.. syukur... kehidupan terasa sangat terisi .. pergi kerja semangat. Buat kerja pun semangat.  Tapi yaya masih lagi terikat dengan office lama. Selagi khidmat diperlukan apa salahnya kan. bukan payah pun  kerjanya..bukan buat kerja free pun..

Masih ada sebulan sebelum melangkah ke tahun baru. Terima kasih Ya Allah. Semua seperti perancangan. Memilih untuk bertukar tempat kerja keputusan terbaik. Tahun lepas awal tahun Wafiq exam dapat no.13 dari 25 org kelas dia..akhir tahun dapat no.15.. semakin besar nombor dia dapat.. walaupun masih tadika memang terasa lah kita kan.

Tapi tahun ni jiwa ibu kamu semakin tenang Wafiq.hihi...semakin fokus. dapat beri lebih perhatian pada Wafiq..exam pertengahan tahun dapat no.3..dan untuk akhir tahun baru ni dapat nombor.1. Peningkatan yang sangat drastik bagi Yaya..mampu kalahkan juara bertahan.. ye..budak sama je yang dapat no.1dan 2 sebelum ni..

Masa umur Wafiq 5 tahun kami daftar Wafiq ke sekolah berprestasi tinggi (SBT)..dekat dengan tempat kerja ibu, nanti tengah hari senang nak ambik. tapi perasaan gusar tetap ada, takut tak layak sekolah kat situ, yelah exam asyik nombor belas-belas.. nak masuk sekolah ni kena tempuh ujian kelayakan dulu. Saat pihak sekolah call ibu 2 bulan lepas cakap 'Tahniah puan, anak puan berjaya mendapat tempat...' ibu rasa sangat bersyukur. Syukur Ya Allah. dah nampak perjalanan (atas jalan) untuk tahun hadapan...hihi..ibu atau ayah tak lah rush sangat time lunch. Alhamdulillah.

Sekarang Wafiq dah belt hijau dua untuk taekwondo .. awal tahun nanti mungkin dah boleh grade untuk biru. tak silap yaya hantar dia ke kelas taekwondo. Memang dia minat sangat. Adik dia pun sama, tengok abang bertaekwondo dengan dia sekali terbit minat..nanti ibu hantar adik wazif join kelas ye..

Adik Wazif dah 2 tahun 1 bulan. petah bercakap walau tak jelas butirnya.hihi..sangat nakal dan aktif. Masih menyusu badan tapi ibu dah stop pam..dah cukup 2 tahun..sekarang minum susu segar dutch lady..suka sangat minum susu..hih..semalam kena penalti time dengan ibu, sebab tangan dia cepat je nak babab orang..perasan ultraman tu..kaki tangan semua hidup..dia ultraman, orang lain kena jadi monster. Tak susah nak ajar dia penalti time..5 minit je pun..kecik lagi tu..tapi dia faham..senyap je duk atas kerusi kecil dia..tengok yaya dan abang wafiq, saja kami berdua buat-buat excited baca buku cerita.. bagi adik jeles...haha..pastu mula lah duk panggil ibu..ibu..kesian pulak ibu..haha..

Ayah? Ibu rasa ayah manusia paling terisi masa nya dalam keluarga kami... haha.. Kalau tak melayan kami anak beranak..pantang ada masa free dia sibuk pasang gundam, pantang ada masa free, main badminton, pantang ada masa free duk tilik motor dia..lap2 bagi berkilat..pantang ada masa free ngadap PC game.. banyaknya hobi ayah..betul-betul buat ibu jeles..haha..tapi setakat ni ayah adalah orang paling rajin basuh poo poo adik...pendek kata dah jadi salah satu tugas ayah.hihi.

Panjang yaya bebel kali ni. Lama tak ngadap blog. hihi...

Apa pun syukur Ya Allah, syukur atas nikmat yang Kau berikan buat kami. Nikmat kesihatan. Nikmat keluarga bahagia. Nikmat anak-anak pintar. Nikmat jiwa yang tenang. Tak terhitung nikmat yang Kau berikan. Terima Kasih Ya Allah. Alhamdulillah.




Tuesday, August 25, 2015

Forget Me Not

Assalamualaikum...

FORGET ME NOT

bukan sekadar ucapan ataupun sebaris ayat...
Tapi 3 perkataan tu sebenarnya juga merujuk kepada sesuatu..
Jeng2..ape dia agaknya kan..



Masa wazif sedang main game keluar perkataan FORGET ME NOT
dan tertera gambar bunga bewarna biru..

Eh..biar betul bunga ni nama forget me not?

Maka..

Bermulalah siasatan dengan bantuan google..hihi...
memang wujud pun bunga ni..namanya memang begitu..
tapi kat negara kita ak ada bunga ni..
Forget Me Not ni hanya tumbuh di negara 4 musim..
tapi mungkin boleh cuba tanam kalau ada yg jual biji benih..
cuma bunga ni tak boleh terima terlalu banyak sinar matahari..

Asal usul nama pun banyak juga versinya..
Sewaktu Tuhan sedang memberikan nama pada tiap-tiap bunga yang ada, Tuhan juga memberikan sebuah nama pada suatu bunga kecil. Tapi kemudian bunga kecil itu lupa akan nama yang diberikan Tuhan padanya. Bunga kecil itu merasa sangat takut, maka sambil gemetar bunga kecil itu menghampiri Tuhan.
Dengan takut-takut bunga ini berkata,"Tuhanku yang terkasih...nama yang Tuhan berikan padaku itu...ah, aku melupakannya.."
Kemudian Tuhan memandang bunga kecil yang gemetaran ini sambil tersenyum ramah, kemudian Tuhan berkata," Forget Me Not" (Tapi, jangan lupakan Aku)
 sumber : google
dahulu kala pada mula jaman, Tuhan menciptakan bumi. lalu Dia menghiasinya dengan bunga beraneka rupa. bermacam bentuk, warna dan motif ia ciptakan. hingga tiba waktunya Ia menamai mereka. maka dipanggillah satu persatu. Rose, Lily, Tulip, Magnolia, Frangipani, …., poppy, pansy,…, jasmine, lavender, ….geranium…., aster…
para bunga berseri-seri mendengar nama-nama mereka disebutkan. mereka tak menyadari bahwa disemak-semak dibawah mereka, ada serumpun bunga kecil-kecil berwarna biru yang tersembunyi dibawah bayang-bayang mawar liar. meski mungil, bunga-bunga itu terlihat cantik dengan warna biru bagaikan langit cerah. bunga-bunga itu begitu lugu dan mereka mulai khawatir Tuhan tidak melihat mereka dan lupa memberi nama. lalu mereka berseru-seru memanggil Tuhan dan berkata: “forget me not, my lord! Forget me not!” lalu Tuhan tersenyum sambil memandang mereka dan berkata: “Then shall it be your name!”. maka begitulah, bunga-bunga itupun kini dikenl sebagai bunga forget-me-not.
sumber : google


sumber : google

p/s : sekadar info






.

Sunday, August 16, 2015

Ulang Tahun Kelahiran

Assalamualaikum ...


16 Julai 2015..genap umur abang Wafiq 6 Tahun .. kali ni jatuh bulan puasa..hari last puasa..29 Ramadhan..jadi raikan secara sederhana sahaja..lepas buka puasa potong kek..kek pun ibu bantai kek murah.. ibu tak order kek pun, beli kek kat kedai bakery dekat rumah jer..pusing satu kedai tatau nak beli hape,,ade je kek sedap..tapi budak2 ni bukan makan mana pun.. last beli kek macam dalam gambar..ada deco2 itik..ultraman..hah..itu yang dua beradik tu rebutkan..haha..


basikal beli tanpa pengetahuan dia..lepas potong kek baru bawak keluar basikal dari bilik..bukan main suka lagi.. dah 6 tahun masih belum pandai basikal..arghh..ibu rasa something wrong somewhere..haha..sebab ibu dulu 6 tahun kayuh basikal sendiri tau pergi sekolah tadika..haha..tapi tak salahkan orang lain..kena salahkan ibu ayah jugak..1st beli basikal masa umur wafiq dalam 2 tahun gitu..yang tricycle colourful tu..so mana lah abang Wafiq nak pandai berbasikal kan..



so ibu tekad. ibu paksa ayah kongsi duit dengan ibu beli basikal untuk abang wafiq.. tapi akhirnya ayah kata biar ayah je yang bayar semua.. ayah nak supprise kan Wafiq. pertama sempena birthday.. keduanya sempena abang Wafiq dah dapat green belt utk taekwondo..grading seminggu sebelum puasa..yang ke tiganya sebab kegigihan abang Wafiq berpuasa..tahun ni 1st time abang Wafiq berpuasa..tapi ayah ada hadiahkan lego jugak sebab dah berjanji.. so dari ibu belanja kek murah je..hihi..dengan bulan puasanya..nak rayanya..ibu tak sempat nak mikir..next time kita makan kek sedap dan cantik ye abang Wafiq.

ibu nak abadikan jugak kat entri ni timetable puasa abang Wafiq..gigih ayah buat timetable ni..gigih ayah nak ajar anak sulung berpuasa...hihi


Alhamdulillah...

hari pertama - suku hari
3 kali jumaat - tak puasa
2 kali isnin - separuh hari
23 hari - puasa penuh

yang suku hari dan separuh hari tu Wafiq tak ingat dia berpuasa..time kawan-kawan kat tadika turun makan dengan dia sekali join sama.. bila ibu tanya ' Wafiq sampai sudah ke tak ingat wafiq puasa?' boleh wafiq jawab... 'ingat...tapi dah makan sikit..makan je lah semua!' ^____^

kalau abang Wafiq birthday nya jatuh pada hari last puasa, birthday ayah pula jatuh 17 syawal..sempatlah ibu nak menmpah kek..rajinkan ibu..sampai tak terbuat kek... hahaha... ibu tempah kek, order pizza, nenek gorengkan bihun goreng dengan keropok.. makan-makan satu family..serius simple..tapi yang penting happy!




kek macadamia ni sangat sedap..design simple tapi rasanya buat kita teringat-ingat..haha..

ayang tak tau nak suruh orang kek deco macam mana..cuma bagi tahu salah satu hobi abang ialah main badminton..hobi abang banyak sangat..ayang tak tau nak abadikan hobi yang mana atas kek tu..hihi.. tapi yang tau abang terasa suprisenya kan tengok kek tu.. tp sempat lagi seloroh 'kenapa badminton? kenapa tak kamen rider'? hah.memacam..haha.. semoga abang sentiasa sihat tubuh badan..panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki ..aminnn...



hadiah? tahun nie yaya bagi can suami pilih hadiah..jap dia nak beli raket baru.. beg letak raket lah..yaya cadangkan jaket..boleh pakai time naik motor.. tapi yaya bagi dia pilih satu je..last-last dia beli kasut badminton.. suami yaya beli sendiri..pastu bagi bil claim balik...hadiah lah katakan..haha





susahnya nak berfamily photo...baru dua anak...





Thursday, June 18, 2015

apa cerita anak aku kat tadika tu??

Assalamualaikum ...

Apa cerita agaknya wafiq kat tadika?
masih berpuasakah?
ke dah berbuka?
berapa jam puasa agaknya?

hari ni teringat kat abang wafiq je.. al maklumlah..pestime abang wafiq berpuasa..
kalau ikutkan nak bg penekanan bab-bab solat dulu..puasa no.2..
tp dah empunya diri macam dah bersedia nak puasa..kita ikutkan jer lah.
kejut bangun sahur pagi tadi pun senang je..takde masalah...

bab solat pun yaya buat masa ni takdelah nak tekankan sangat..
bacaan dalam solat alhamdulillah abang wafiq dah ingat..
tapi ada masanya datang juga penyakit baca berterabur dia tuh..haha..takpelah dlm proses belajar..

pernah sekali tu..tahun lps..umur dia 5 tahun..
yaya duk perati dia solat maghrib..angkat takbir berkali-kali weh..
pe ke hal pulak kali nih..
lepas dia abih solat yaya tanya lah..nape angkat takbir banyak kali?
boleh dgn confidentnya dia jawab
'dah lama wafiq tak solat raya aidilfitri..rindu....'
hakhak..susah payah pulak yaya kena terangkan lps tu..
suka sanagt dia dengan hari raya..
yaya dodoikan adik wazif pun dia mintak tukar lagu.
tak delah yaya nyanyi lagu arjuna beta..cuma bunyi nada tak berlagu je..
abang wafiq cakap asyik lagu sama je..
jadi yaya tukar lah.. ganti zikir..selawat..
tp boleh dia jawab.. zikir yang ni best ibu..
'sambil bertakbir raya'
alahai anak...

so puasa buat pertama kalinya pun ada ragam nya jugak..
ragam tak bermasalah tak apa..ragam dia buat ibu rasa nak gelak je..

dia sedar dia puasa..
tp..sebelum ke sekolah dia minta multivitamin dan vitamin c..
tp bila di bagi tahu..wafiq kan puasa..mana boleh makan vitamin..
dia jawab 'vitamin je kan..macam ubat je pun..tak boleh jugak?'
haha..

otw nak gi sekolah..saje test dia..
'eh abang wafiq, makcik jual kuih tu tak berniaga lah hari ni...'
'la..kan bulan puasa..memang lah tak berniaga..'
haha..pandai jawab..

tapi dalam pada tu .. dia tanya yaya..
'ibu..bekal wafiq ada tak hari ni?'
heh..awak kan puasa..nak bekal2 apa nye..
lupa lah tu...
hihi...

seingat yaya,
yaya masa 6 tahun belum puasa penuh..tapi lebih separuh bulan lah..
bila masuk darjah 1 dah puasa penuh.
agak2 abang wafiq boleh challenge ibu dia tak?
hihi..






.




Thursday, June 11, 2015

ku sangkakan hijau..rupanya kuning...hihi

Assalamualaikum ...

Minggu lepas teman mak pergi shopping barang dapur.. beli barang-barang kering lebih sikit..buat stok bulan puasa..tak kausa kan nak bersesak bulan puasa nanti..baik beli awal-awal..hujung minggu nie pun sure penuh pasaraya supermarket semua..

macam biasa.. sunquick mesti ada.. biasa beli yg rasa oren tu je..kadang-kadang yg tropika..tak pun yang mandarin.. black currant dulu kerap juga beli.. tapi yang tu cair sedikit..letak sikit-sikit tak umphh.. so cepat lah habisnya..haha

kali beli 2 botol .. satu oren.. dan satu lagi nak try yg ni pulak ....


sunquick lemon... ingatkan bila bancuh jadi hijau..warna seperti dalam botol tu.. tp tak..jd kuning rupanya..hihi..

pekena bulan puasa best nih..rasa segarrrr je...


ok.bai.

Wednesday, June 3, 2015

Pendedahan Pertama Ke Pertandingan Mewarna

Assalamualaikum ...

Abang Wafiq bawak balik memo dari tadika..ada pertandingan mewarna di perkarangan stadium tertutup Gong Badak.. tadika abang wafiq ni salah satu penaja utama pertandingan ni untuk Karnival Mycare Palestin.



Excited abang Wafiq nak turut serta.. kita ibu layankan aje.. ni first time bang Wafiq  masuk pertandingan mewarna.. so yaya pun jadi excited jugak.. nak tau jugak hasil lukisannya nanti.. bergegas kami tunggu ayah balik solat jumaat..makan cepat..sbb pendaftaran jam 3 ptg.. lama jugak nak menunggu pertandingan bermula.. start jam 4 ptg..masa diberi 1 jam..

Masa dapat kertas lukisan tu yaya tengok ada bendera Palestin.. sempat tanya Wafiq ..

'Wafiq tau tak warna bendera Palestin?
'tau dah..tak payah bagi tahu..'

alahai...menyombong ko nak...

tp yaya tetap bg tau jugak.. 'Wafiq..warna bendera tu hitam, putih, hijau, merah..' semangat nau yaya..haha..
tapi kan, boleh dia buat dono jer..excited kut nengok org sekeliling, jumpa kawan ramai..kat sebelah dia pulak kawan se tadika dia..cuma lain kelas..lebat sembang weh.

yaya tak dapat nak snap gambar banyak-banyak.. sibuk melayan adik Wazif..budak sepet ni sekarang aktif kemain. ibu bapa tak leh duk dekat dengan anak. Kena biarkan anak kat situ..nanti lepas satu jam boleh datang jenguk.. so arahan tu sanagt fair rasanya..haha..ye lah sebab dari awal lagi yaya tak dapat nak tengok Wafiq.. duk kejar adik Wazif je kejanya.. letak dalam stroller ngamuk! gili2-gilir dgn ayahnya duk main berkejaran..

selepas 1 jam...


tadaaaa... ni lah hasil mewarna abang Wafiq..mujur tak pitam yaya tengok warna bendera Pakistan... hebakkk ko nak.. hahaha...

so far ibu rasa lukisan anak ibu ni cantik (kalau ibu tak puji sape lagi nak puji ..kan..?) ok lah untuk anak belum pun masuk 6 tahun ( lagi sekali ibu puji..)  kalau nak banding dengan ibu masa ibu sebaya Wafiq..rasa wafiq lagi kreatif... warna bercampur-campur.. lengan baju lain sebelah..kubah warna purple..kretip kretip.. hihi...

keputusan juri ?


sah-sah anak ibu tak ada rezeki nak menang... tak apalah.. biar ada pengalaman..nanti ibu ajar mewarna cantik-cantik..



ok bai.





.

Tuesday, June 2, 2015

luahan abang - ''cuti sekolah, tapi bercuti kat sekolah...hmmm''

Assalamualaikum..



hari ni usia abang wafiq 5 tahun / 10 bulan / 2 minggu / 3 hari.. 29 ramadhan nanti genap lah 6 tahun.

walaupun sekarang cuti sekolah, tp bak kata abang wafiq.. ''cuti sekolah, tapi bercuti kat sekolah...hmmm''
bertabahlah anak ibu ye.. kesian tokma jaga dua-dua , abang wafiq dan adik wazif.. tapi minggu pertama cuti ni nenek kena jaga adik Wazif sebab Tok Ma nak pergi berurut..

Abang Wafiq kena pergi sekolah lah ye..tapi bukan sekolah tadika yang sebelum ni.. saja ibu tukar angin abang Wafiq..hantar kat tadika lain untuk 2 minggu cuti sekolah ni..asyik pergi sekolah je kesian pulak.. haha..

tadika ni kat tingkat bawah office ibu je.. jd tak ada lah abang Wafiq bercuti sekolah kat sekolah lah sangat kan...sebab pagi boleh dating dengan ibu, tengah hari dating lagi, petang abis je class cepat2 ibu jemput..pastu sambung dating lagi.. ibu pun happy dapat luangkan masa lebih sikit dengan abang Wafiq..


sebenarnya yaya daftarkan Wafiq ' intensive study programmes' kat tadika ni.. tahun depan kan dah nak darjah 1.. biar ada pendedahan sikit..teacher2 sini bekas teacher rapid reader..so bg penekanan sikit utk English.. student kena cakap English.. habis lah anak aku...haha.. untuk intensive study programmes ni cuma 3 subjek Bahasa Melayu. Math & English.. pagi2 kul 9.30 pg baru start subjek pertama...so mmg banyak masa abang Wafiq dengan ibu.. sempat juga Wafiq warna buku mewarna dia..


pagi ni... 'ibu, jangan ambil gambar dulu..biar Wafiq warna habis dulu!'

masa awal tahun ada terdetik dalam hati..'nak mudah dan senang, tukarkan tadika abang Wafiq..' tingkat bawah ofis je kan..

tapi bila buat perbandingan, kebaikan dan segala kelebihan, masih menang tadika sedia ada.. so kekal lah di situ.. nanti adik Wazif pun ibu nak hantar situ..

teringat kata2 seorang uztaz yg datang bg ceramah kat ofis.. nak anak pandai English sanggup hantar anak tadika cina.. anak kita dimomokkan dengan apa pun kita tak tau..masa tu yaya belum ada anak, ke belum kawen..lupa dah..tp memang ingat kata2 ustaz tu.. kat tempat yaya ni ada satu tadika.. nama tadika mmg dah tertera 'tadika st. .... ' tapi ramai lah anak-anak melayu kat situ.. yelah lepasan tadika tu english memang top. pesan ustaz.. nak cari tadika anak, yang utama tengok iklan tadika tu..

kalau dalam iklan tu letak mata pelajaran lain dulu pastu baru letak islamic learning, bahasa arab ke apa ke..yg tu mengkin kena fikir-fikirkan..cari tadika yg bagi penekanan agama dulu..pastu nak belajar science ke apa ke tak dak hal..

'ala...tadika je pon..kat rumah mak pak ada boleh balancekan dengan agama, boleh ajar solat, boleh ajar doa'

tepuk dada tanya selera..masa kecik-kecik nie lah nak melentur.







.


Monday, June 1, 2015

Sayang Anak

Assalamualaikum ...


♫ ♫ Anak-anak buah hati kita. Jangan bandingkan di antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.


♫ ♫ Anak cantik, anak cerdik; itu ujian. Cuma pinjaman. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak.


♫ ♫ Anak biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka asbab kita masuk syurga. Tak perlu kecewa anak kita tidak ternama. Mana tahu kalau kaya mereka lupakan kita.


♫ ♫ Anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan dunia dan isinya. Jangan lukai hati anak-anak kita. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.


♫ ♫ Anak-anak kita bersih, jiwa mereka jernih. Yang salah kita, cepat lupa dengan tipuan dunia. Tataplah mereka penuh amanah.


♫ ♫ Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk menjadi ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan anak-anak kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa.. belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.


♫ ♫ Anak-anak kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu anak-anak yang kita tak beri penuh perhatian akan menjaga kita ketika tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.




Learning process won't stop till death..






.

Sunday, May 31, 2015

Kongsi Resepi, Dapat Wang, Menang iPhone 6 Plus


STICKY POST

Assalamualaikum ...


KLIK BANNER UNTUK REGISTER


Jangan biarkan resepi masakan korang yang lazat dan enak itu hanya terpahat dalam buku masakan. Sekarang peluang korang jana wang dengan hanya berkongsi resepi dan wang sedang datang bergolek menuju ke arah korang. Mudah kan? Jangan lepaskan peluang. Yaya akan terangkan satu persatu..

Pernah dengar Lets' Masak ? Satu komuniti website masakan di mana korang boleh berkongsi resepi, juga special buat orang-orang macam yaya yang selalu berpandukan resepi bila nak masak.. Let's Masak la tempat yaya selalu lepak buat masa ni..sambil leleh-leleh ayaq lioq nengok resepi. 

Bertambah best bila setiap resepi diterangkan langkah demi langkah. Juga boleh dimuatkan langkah bergambar. Kalau tak faham resepi dekat bawah resepi tu terus boleh drop komen. Kotak komen yg sangat mesra pengguna. Segala jenis resepi masakan ada, kategori masakan juga sangat tersusun, senang nak cari resepi. tapi sebelum senang-senang korang nak cari resepi kenalah daftar dulu.


Resepi pertama yaya submit untuk Let's Masak

Bahan-bahan.


Penyediaan langkah demi langkah yang sangat jelas. Tak faham boleh tanya pada ruangan komen.






Juga ada butang recook dan juga ruangan komen..kut2 lah nak puji memuji kalau dah try resepi tu..hihi


 See..cantikkan paparan komuniti masakan Let's Masak ni.sure korang lepak lama-lama mencari resepi ^_^
 Sebelum nak cari resepi kena daftar dulu.. meh rapat-rapat yaya nak explain.



Langkah 1 :

Sila klik http://letsmasak.com/register Isi segala maklumat yang diperlukan.


Langkah 2 :

Bila dah daftar pastikan PROGRESS korang sekurang-kurangnya 50%. Kacang jer nie..

senang-senang je boleh dapat 50% progress. Yaya eksaited kemain nak dapatkan 100%..nak tengok ape jadi lepas tu. haha


bila dah selesai boleh pilih resepi mana untuk di cuba... yaya dah cukup progress 100%.. lepas tu hilang dah progress to do keluar pulak mende alah ni...

Mende alah ni adalah Let's Masak Reward Sistem. Time ni lah korang nak submit receipe banyak-banyak! Bagi tips banyak-banyak..semuanya menyumbang kepada point. 100 point bersama RM1. 




Alang-alang korang dah register dengan Let's Masak.. dah lepas progress 50%..apa kata cuba nasib sertai kontest. Hadiah tempat pertama  iPHONE 6 PLUS 64 GB ! nak ke nak!!!..haha..meh join!


http://letsmasak.com/?id=2164

Mana tau ada rezeki. RM200 pun banyak tu..sape senang-senang nak bg kita RM200 kan...

KLIK BANNER UNTUK SERTAI CONTEST



Apalagi.. senang jer kan.. korang usaha sikit je.. mana tau rezeki i phone milik korang.

Selamat Maju Jaya.


**Contest ini dianjurkan oleh LetsMasak.com dan disokong bersama Kelab Komuniti Hai Blogger! http://www.haiblogger.com






.



.

 

Monday, May 25, 2015

Plastik Bocor

Assalamualaikum ...


Hati-hati dengan plastik bocor,
kamu ambik wudhuk dengan sempurna tapi membazir air.
(plastik bocor)

Kamu solat, sedekah, baca Quran,
pergi haji dan umrah banyak kali,
tapi kamu membuat fitnah tentang orang.
(plastik bocor)

Kamu beri banyak sedekah pada orang miskin,
tapi kamu mempergunakan dan melukai mereka.
(plastik bocor)

Kamu bangun tahajud, puasa dan taat pada Allah,
tapi kamu putuskan silaturrahim dengan keluarga.
(plastik bocor)

Kamu puasa dan sabar dengan ujian lapar dan dahaga,
tapi kamu bersumpah, menganggu, mengacau dan tak boleh kawal marah kamu.
(plastik bocor)

Kamu pakai kopiah dan jubah,
tapi kamu sibuk mencela manusia dan berkata kotor.
(plastik bocor)

Kamu muliakan dan layan baik tetamu kamu,
tapi bila dia balik kamu cakap belakang pasal semua kekurangan dia.
(plastik bocor)

Kamu korbankkan kesenangan kamu demi anak dan isteri,
tapi kamu merungut setiap masa membuatkan mereka rasa bersalah.
(plastik bocor)

Kamu doa mohon keampunan,
Allah beri kamu sakit,
kamu mula merengut membuatkan orang sekeliling kamu tertekan
sedangkan sakit itu pengampun dosa.
(plastik bocor)

Jangan kamu kumpul semua amalan baik kamu dalam plastik bocor,
kamu berusaha mengisinya tapi dengan senang ia jatuh tumpah ke bawah.








.


Thursday, May 21, 2015

Hadiah Hari Guru

Assalamualaikum ...

hari ni sekolah abang Wafiq celebrate teachers day.sekejap je..nie tahun ke3 dah abang wafiq raikan hari guru..tahun depan dah darjah 1..dapat memo dari tadika anak-anak sekolah kena berpakaian sukan hari ni..tapi yaya agak macam tahun-tahun sebelum nie..bukan anak-anak sekolah yang bersukan..tp dorang berpakaian sukan meraikan teacher-teacher yg akan 'bersukan'..kebiasaanyya macam tu lah..

pening nak fikir hadiah hari guru..teacher pula ramai..dalam 20 orang..hampir semua pernah mengajar Wafiq sejak dari 4 tahun.. so hadiah mmg kena bg kat semua teacher..hadiah tak seberapa.. ala kadar aje pun.. asal teacher tau ibu wafiq sangat berterima kasih buat semua teacher..sebab masa hantar anak ke tadika..abang Wafiq cuma kenal ABC.. pegang pensil pun tak berapa nak betul..sekarang alhamdulillah..sudah lancar membaca, mewarna pun cantik, dah pandai mengaji, hafal juz amma sampai surah Al-Bayyinah .. pandai urus diri...tq teacher..tak terbalas segala jasa teacher.

ibu plan nak buat kek..tapi plan tak menjadi ..bahan-bahan dah beli..tapi masa keluar semalam ibu cakap kat ayah..kalau nak senang keje saya..masuk dalam kedai tu beli kek..ayah cakap 'jom'.. terus u-turn kereta pergi kedai kek..muahaha...ibu tak kuar dr kereta sebab pakai baju lengan pendek (plan nak balik rumah mak ibu je sekejap)..ayah pilihkan kek coklat buat teacher..




sebelum tu ibu menyempat lah buat goodies 20 bekas dgn 1 bekas besar extra untuk guru kelas..




ibu beli bekas kecik-kecik..beli kacang 4 jenis..kacang parang, kacang naga/dragon ball, kacang hijau apa nama tak tau..satu yang jenis masin,,satu yg jenis salut tepung.. boleh tahan mahal kekacang nie semua..

bila dah siap lapis-lapis kacang dalam tupperware, rasa macam tak cukup cantik lah pulak..hihi... ibu cari reben..cari pembalut hadiah..buat kad kecik..


 tadaaaa.... nampak lagi berseri kan? ;)




untuk guru kelas...


sekian hadiah hari guru untuk tahun ni.. tahun depan fikir lg nak bg hadiah apa...hihi..










.



Monday, May 18, 2015

Cara Membuat Buih Belon Besar / Bubble Giant

Assalamualaikum ..

Pernah sekali je pergi taman beli buih belon tu..sebekas kecik RM5..yaya yang dua anak anak kecil ni tak apa lah beli sebekas.. tapi kalau korang anak ramai..haih..tok koser jugak kan korang nak beli berbekas-bekas.. hari nie beli minggu depan ajak pergi taman lagi...parah...haha

apa kata korang cuba buat sendiri buih belon ni..main kat rumah biar anak terlentang kepenatan bermain..haha..hambik! nak main buih belon sangat kan...hihi...

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat buih sabun :
~ 250 ml pencuci pinggan joy
~ 1.5 liter air
~ 4 sudu besar tepung ubi kayu

Cara-cara :
 ~ campur semua dalam besen besar..ada orang perapkan semalaman.. tapi yaya tak perap..bancuh-bancuh semua terus main...



see..senang je kan ? bahan-bahan pun mudah.. yaya guna joy yang kaler biru tu..hebat betul lah joy ni.. ye ke mampu cuci pinggan dari johor bharu ke singapura? haha

Bila dah siap bancuh tu..ajak abang wafiq main..mula-mula tu Wafiq cam tension nak main.. tak kena teknik..tak lekat buih  kat bubble wand tu.. bila dah ajar baru ok..


klasik bubble wand..kebetulan ada besi dari penyidai kain yg dah patah.. ikat dengan cotton twine..bentuk biar jadi segitiga cam dalam gambar tu..

kalau korang tak de besi .. guna hanger baju  pun boleh, nak guna chopstick pun boleh..tak de hal.. tak de cotton twine? ambik kain baju cotton yang lama-lama tu..korang gunting memanjang cam tali..jgn lebar sangat..selebar 1 cm dah ok dah.. ala..kita buat dia..(ayat mak yaya)



buih sabun dah 'terperangkap' dalam bubble wand ... abang wafiq berdebar nak hayun, takut tak menjadi bubble giant..hihi..ni percubaan kali ke berapa ntah ni..buih sabun bun dah tinggal sikit..sebelum tu ibu ayah layan main.. eh tak ah melayan..buat demo kat anak ah..cet.



 eh eh... berjaya! syabbas mere bete!



cool...


 panjang macam caterpillar bubble giant abang wafiq... suka dia..



nak! ambik sebiji buih belon..istimewa buat makcik..tanda terima kasih sudi baca blog ibu saya.. muahhh ciked.








.

Wednesday, May 6, 2015

Review Seebaby QQ2

Assalamualaikum,

yaya mencari-cari stroller yang murah, ringan, senang nak handle,cantik ! Akhirnya pencarian yaya berakhir. berkenan sangat-sangat dengan Seebaby QQ2. untuk QQ2 2015 ada design baru .. QQ2 ni 2013 ada design dia, tahun 2014 ada lah improvement sikit, 2015 improve lg.. mesti lah yaya beli yang 2015 ;) ..ala..cuma beza warna dengan extra storage space je pon.

yaya beli kat lazada dengan harga RM 149.00.. murah habaq hang! kut2 ada yg jual lg murah saya sentap okeh!

adik wazif pun dah setahun setengah.. berat dah 11kg, senget dah pinggang ibu dukung kamu.. kalau letak bawah lagi penat kejar dia berlari..haha

so tak nak lah stroller besar gedabak. nak buh dalam kereta mini yaya pun tak muat..sebab tu lah bantai beli yang ni walaupun yg abang wafiq dulu dah ada.. seebaby ni senang nk handle, sambil kelek wazif, bukak bonet, bukak stroller pun boleh buat sorang-sorang..rilek dan cool jer.. handle with one hand only beb! ;) stroller tinggal dalam bonet je..senang!



 ni 1st time bawak adik wazif jalan-jalan guna stroller..suka dia.. ibu pun suka..pinggang dah tak senget, pun dah takyah berlari kejar dia, warm temper pun takdak! ;)



 dorang ni sangat lah mengada-ngada.. tengok adik tu, buat muka pulak dia...



 abang wafiq pulak buat muka...

sekarang kat lazada ada kaler merah jer..kaler nie dah xde dah..lepas yaya ambik yg ni tengok esok kat website lazada xde dah kaler biru...





meh tengok ciri-ciri best Seebaby QQ2 2015 nih ;)

- QQ2 2015 ada dua warna, merah dan biru. yaya pilih biru untuk adik wazif.. rainbow version pun ada..tp lazada buat masa nie takde yg tu..
- ada extra stotage space. tergantung kantung net kat belakang..nipis jer pun..letak barang ringan-ringan boleh lah.. kat bawah ada lg satu tempat letak barang-barang ..
- beratnya cuma 3.9 kg.. QQ3 pun yaya berkenan, tp berat sikit 4.7kg..
- size L x W x H (67 x 19.5 x 85)
- Open(Approx.):L67*W42*H90CM
- Close(Approx.): L67*W19,5*H85CM
- Seat Width (Approx.): 30Cm
- tempat sandar boleh laras.. tp tak lah boleh laras 180 darjah.. hanya  90 darjah ke 170 darjah..
- senang ya amat untuk buka, senang ya amat untuk tutup..hihi
- front bar boleh bukak.. kut2 ler abang nak tumpang duduk..tak de ah kena panjat stroller
- tempat duduk dengan alas belakang tu dia lubang2..kain net..so dengan cuaca panas ni sangat sesuai..
- canopy dia lebar..pun boleh adjust2..tp yaya nak tutup, tutup je terus, nak bukak canopy, bukak jer semua
- sesuai untuk 1 bulan hingga 3 tahun.. maksima 30 kg!


eh ni ape kes bapak baby pulak yg duduk?..nak membuktikan betapa cool nye Seebaby QQ2 ni..haha.. tp yang ni QQ2 normal.. yang tahun 2013 punya kut kalau tak silap..ciri2nya sama je kecuali extra storage dan corak.


ciri-ciri tak best Seebaby QQ2

- setelah dikaji-kaji cuma ada satu je ciri tak best..takde pelapik kaki time tdo..jadi kaki akan terjuntai..time duduk ok je..kaki adik wazif dah sampai pelapik yang bawah tu..tak lah tergantung..

 kalau baby ke, yg newborn tu yaya tengok ade je letak baby dalam stroller ni. buh toto comel leklok..


 takde pelapik kaki tp front bar boleh bukak..hikhik..


kain net..bagi masuk angin...



adik wazif ni duk dalam stroller posisi kut suka dia..bersila pun ada..sandar kiri sandar kanan...rilek jer.. pendek citer yaya puas hati beli seebaby QQ2 ni. tak nyesal!



selamat shopping!





.