Sunday, November 30, 2014

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum...

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad S.A.W.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥




01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.

02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.

04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.



05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.

06. Jangan mematah-matahkan jari anda.



07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.

08. Jangan mendongak ketika sedang solat.

09. Jangan meludah didalam tandas.

10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.

11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain

12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.

13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.

14. Jangan mencari kesalahan orang lain.

15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.

16. Jangan bercakap didalam tandas.



17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.

18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.

19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.

20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.

21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.

22. Jangan menipu sepanjang masa.

23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.

24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.

25. Hindarkan berjalan sendirian.

26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.

27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.

28. Jangan mencela makanan anda.

29. Jangan bermegah(sombong).

30. Jangan menghalau pengemis.

31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.

32. Sabar ketika dalam kesusahan.

33. Membantu dengan tujuan yang baik.

34. Muhasabah diri dan bertaubat.



35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.

36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.

37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.

38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).



39. Jangan makan dalam gelap.

40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.









Tuesday, November 18, 2014

Muffin Chocolate Chips Sedap Dan Mudah

Assalamualaikum...

Penghujung tahun.. kat tadika wafiq pun ada buat jamuan hujung tahun..mak2 dah dapat memo dah minta bawa sedikit juadah.. seronok kan jamuan akhir tahun.. kalau zaman yaya dulu seingat yaya kerap mak buat kek marble untuk jamuan sekolah..

Untuk jamuan sekolah wafiq esok yaya buatkan muffin chocolate chips..resepinya sangat mudah..bahan2 pun mudah..main campak2 saje..tak perlu nak keluarkan mixer bagai..blender pun tak perlu..hehe..

Bercinta juga nak masuk dapur malam2 ni..musim tengkujuh dah mula..nak cuci peralatan, pinggan mangkuk kat dapur tu hah menggigil sejukkk....hehe..

kebetulan pulak muffin cup stok kat rumah xcukup..ada pun yg size besar.. kalau beli peralatan bakery kat kedai runcit mahal lah sikit jadinya..rm11.90 .. ada la dlm 100 pcs..mahal ke tak agak2? yaya guna cup yang kecik tp keras..jadi tak perlu guna loyang muffin lagi..boleh terus susun atas tray masa nak bakar tu..

Yaya dah double kan adunan..so guna cup kecik tu dapat lah dalam lebih kurang 65 biji...

Jom semak resepi...resepi ni yaya copy dari group di FB resepi ringkas..terima kasih tuan punya resepi...





Muffin Chocolate Chips:

A :
1 3/4 cwn tpg gandum
1/4 cwn serbuk koko
1 cwn gula kastor
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam

*Campur & ayak semua bahan ...

B :
1 cwn fresh milk - yaya guna susu tepung anak je..
1 bj telur
1/3 cwn minyak -yaya guna melted butter
1 sk esen vanilla

*Campur semua.. pukul sikit guna sudu biar telur hancur..kalau xde fresh milk, ambik je susu tepung anak dlm 4 sudu besar..bancuh biar jd 1 cawan..

Masukkan bahan A ke dlm bahan B..kacau sekata..last masukkan 3/4 cawan chocolate chips..

Sudukan dalam cup sehingga 3/4 cup..boleh tabur chop chip sikit kalau suka..

Bakar pada suhu 170°c selama 20 minit.





Sunday, November 16, 2014

Yes ... Indeed ...

Assalamualaikum ...