Monday, October 20, 2014

Be Elegant & Trendy With Pants For Women From Zalora

Assalamualaikum ..

Korang pernah shopping kat Zalora tak? Yaya pernah beli 2 pasang kasut di Zalora. Rambang mata nie tau bila bukak website Zalora.. dah la cantik.. murah2 pulak tu.. masa 1st time pembelian yaya di Zalora untuk term payment yaya pilih untuk bayar masa delivery, yakni time posto hantar barang then baru serah duit...macam jakun je time tu...hahaha..saja nak try..

Dan yang latest, mesti terbuntang mata korang tengok ni! Printed pants cantik-cantik! Serius Cantik! Bosan pakai jeans je memanjang? meh try pakai printed pants pulak... Sesuai je nak pakai gi mana-mana pun...yg students nak pakai  gi kolej pun lawa.. nak pakai gi office pun ok..tp korang kena pandai mix n match lah ye.. meh kita cuci mata..nak bagi korang tergoda!






1.      Abstract print
Kalau nak nampak cool and trendy, abstract printed pants ini korang pakai dengan t-shirts putih simple je.







2.      Floral print
Yang ni yaya suka..all-time favorite setiap wanita..kan? kan?..haha.. pakai dengan t-shirt hitam atau kemeja hitam, pastu digayakan bersama sepasang heels pump.oo mak oii..tersadung pakai kasut tinggi-tinggi..




3.      Checked
Nak santai hujung minggu pakai ni..pakai dengan blouse labuh pun cantik ni..kena pulak dengan sandals..hehe..kalau korang nak pakai highheels pun ok je..nak pakai sneakers pun cantik..





4.      Striped
Sape suka corak kuda belang pls drop komen angkat tangan??? haha..Tampil seperti hipster dengan striped / monochrome pants. Nie corak untuk yang berani bergaya..tambah aksesori bersesuaian . memang menonjol lah korang..hehe


jom cepat2 shopping di Zalo..banyak lg pilihan lain yg cantik2..untuk memudahkan korang boleh klik terus link ni ( Zalora - Pants Cantik ) ...














.

Wednesday, October 8, 2014

Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus

Assalamualaikum...

Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus.


1. Lafazkan "Assalamualaikum" dan "Bismillah" sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana2 pintu (kecuali bilik air) sebab port2 syaitan kebiasaannya di pintu2.

2. Lazimi membaca dan memasang ayt suci Alquran di rumah.

3. Gunakan semua bilik yg ada dlm rumah.

4. Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan spt tulang dll sbb itu semua makanan jin.

5. Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam2 elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk bdn dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.

6. Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pd waktu mghrib dan ke atas.

7. Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia.

8. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, ( jangan lepaskan ke atas bantal.)

9. Bagi rumah yg pintu2nya berhadapan dgn pintu2 lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sbb pintu2 yg saling berhadapan boleh jd laluan makhluk halus

10. Kalau terlupa bagi salam (Assalamualaikum) masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam.

11. Elakkan ketawa dan bersedih yang berlebihan.

12. Elakkan duduk di pintu.

13. 'Pagar' rumah setiap hari- Ayat Kursi & surah yg berkaitan.

14. Selalu2 baca surah Al-Baqarah.

15. Selalu alih2kan barang dlm rumah. Jaga suasana baik dlm rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda2 mcm ni yg tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dgn manusia yg kelalaian.







.