Tuesday, March 18, 2014

Puisi Sangka Sangka

Assalamualaikum...

copy n paste dr whatsapp..so keluar lah icon2 yg tak leh dibaca ..bahasa cina agaknya..tp baca ayat2 yg penuh makna tu...


PUISI SANGKA-SANGKA

Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik

Ada sangka buruk

😇Orang beribadah disangka riak

Orang rileks disangka malas

Orang berpakaian baru disangka menunjuk

Orang berpakaian buruk disangka hina

🍕Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sedikit disangka diet

😆Orang yang senyum disangka mengejek

Orang yang masam disangka merajuk

💬Orang berbincang disangka mengumpat

😶Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang menawan disangka menggoda

Orang yang ceria disangka mengada

😯Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru….

Sesuatu perkara yang kita lihat

Jangan suka sangka-sangka

Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa

Kerap sangka-sangka mengundang celaka

Jangan terlalu bersangka-sangka

Jauhi sikap sangka-sangka

"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12)







Thursday, March 13, 2014

Vitamin C & Baby Wazif Demam Selsema..

Assalamualaikum ..

*Yaya pengamal  vitamin C
*Yaya ibu yang menyusukan anak


apa kaitannya? beberapa hari lepas baby wazif(4 bulan) kena selsema dan batuk-batuk..memang meragam sepanjang hari..dibaringkan tak selesa..tidur tak lena..nak berdukung je..harus tok ma lenguh tangan lenguh pinggang..hehe..tapi Yaya perasan selsema dan batuk2 wazif tak berlarutan..selang sehari dah semakin ok..hari ke3 terus hilang..alhamdulillah..nak bg ubat memang Yaya elakkan..ubat-ubatan tak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak di bawah 2 tahun..Yaya percaya apa yang Yaya makan , zat itu lah anak Yaya dapat kerana Yaya menyusukan anak..dan sememangnya Vitamin C sangat bagus dan membantu untuk merawat demam dan selsema.






 


 Baby Wazif

VITAMIN C SHAKLEE
------------------------


Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?

~~~ Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

~~~ Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

~~~ Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.


~~~ Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

~~~ Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.


~~~ Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

Apa yang membezakan Vitamin C jenama Shaklee dgn yang lain2?
-----------------------------------------------------------------------------

Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:

*** Kandungan Vitamin C yang tinggi.
*** Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
*** Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *


sumber:Shaklee Malaysia



Berminat : 
 
Message/Whatsapp : 013-934 3282
COD sekitar Kuala Terengganu
 
 
HARGA TERBAIK + KONSULTASI SEBELUM & SELEPAS BELIAN + JADUAL MAKAN EKSLUSIF

Wednesday, March 5, 2014

Anak Suka Gigit Kuku

Assalamualaikum ...




Orang-orang tua kata tidur menonggeng, suka gigit kuku ada banyak cacing dalam perut..Wafiq suka sangat gigit kuku..ketot2 kuku dia ..weekend check kuku sah-sah pendek..huhu..tapi mmg dah lama tak bagi ubat cacing..setahun jugaklah..


bila dah google rupa-rupanya tabiat gigit kuku nie berkaitan dengan emosi anak..huhu..apekehal pulak yang tak kena dengan emosi anak aku ni..




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Ada kanak-kanak yang mempunyai tabiat suka menggigit kuku. Puas menegahnya tetapi dia tetap mengulang tabiat tersebut. Kita bimbang dia boleh jatuh sakit akibat termakan bakteria dari kukunya sendiri.

Menggigit kuku, menghisap jari, menggentel bantal, selimut atau kain lampin merupakan satu tabiat yang biasa dalam kalangan kanak-kanak. Antara tingkah laku tersebut, menggigit kuku yang paling merungsingkan ibu bapa. Ini mungkin disebabkan kuku mengandungi kotoran dan berkuman.

Di samping itu, ibu bapa juga bimbang jari anak boleh luka dan kukunya terkoyak disebabkan terlalu kerap digigit. Keadaan sedemikan sebenarnya memang boleh berlaku. Kuku anak boleh terkoyak, berdarah dan menyebabkan jarinya bengkak.

Kanak-kanak mula membentuk tabiat suka menggigit kuku menjelang usianya dua tahun. Biasanya, mereka sibuk dengan tabiat tersebut semasa berbaring untuk tidur, ketika mengantuk, menyusu, menonton televisyen atau semasa sedih, kecewa dan dimarahi.

Tabiat ini salah satu cara kanak-kanak melepaskan perasaannya dan mencari keselesaan. Perbuatan ini akan dilakukan dengan lebih kerap apabila dia merasa tertekan dan persekitaran mengganggunya. Walaupun pelbagai cara digunakan untuk menghentikan tabiat ini, ia tetap berulang kembali. Mengapa? Ini kerana tabiat itu mempunyai kaitan yang kuat dengan emosi anak.



Cadangan cara mengatasinya:


* Atasi dari peringkat awal usianya, sebelum ia menjadi tabiat yang sukar dibendung. Lakukan dengan cara lembut dan teliti serta tidak mengganggu emosinya.

* Pastikan kuku anak sentiasa pendek, kemas dan tidak ada lebihan tepi kuku yang terkoyak.

* Sediakan kegiatan yang menggalakkannya untuk lebih banyak menggunakan tangan.

* Bincang dengan anak keburukan tabiat menggigit kuku. Anak yang kecil mungkin boleh menerima penerangan melalui cara bercerita.

* Pastikan anak faham, tabiat menggigit kuku satu perbuatan yang tidak sihat, tidak digemari orang lain dan beritahunya ia mempunyai kaitan dengan orang yang mempunyai masalah emosi.

* Elakkan merungut, memalukan atau memarahi anak kerana ini akan lebih menggalakkan lagi perbuatannya menggigit kuku.


Sumber : PAMA



Tuesday, March 4, 2014

Hebahan penting : Saya jual murah-murah je..;)

Assalamualaikum..

sayang2 semua...nie hebahan dari yaya yg perlu diberi perhatian..

bulan nie PROMOSI ENERGIZING SOY PROTEIN atau nama manjanya ESP.

~ Beli 6 percuma 1..terus dapat keahlian free seumur hidup+dapat bonus
~ Beli 2 penjimatan berganda2..dah jimat postage nie rm10
~ Beli 1 pun akan dapat harga promosi.

untuk makluman harga retail ESP utuk 1 canister rm 150.
tp.. untuk tawaran berakhir 31 Mac 2014..untuk setiap canister hanya rm ??? sahaja! Senang cite harga terbeliak biji mata..haha.memang tersangat ruginya tak ambil peluang untuk dapatkan ESP nie..bukan senang Shaklee nak buat promosi hot item nie..dalam setahun setengah nie baru ada promosi ESP..

cepat2 place your order..out of stock melopong semua.
APA YANG HOT SANGAT ESP NIE ??
Boleh baca kot blog baru yaya..
Berminat :
PM yaya di :
Message/Whatsapp : 013-934 3282
COD sekitar Kuala Terengganu
HARGA TERBAIK + KONSULTASI SEBELUM & SELEPAS BELIAN + JADUAL MAKAN EKSLUSIF
.

Monday, March 3, 2014

alahai..lupa nak bekukan icepack

Assalamualaikum..

haha..yaya biasa lah.tajuk entri mmg sentiasa terang tak perlu bersuluh.alkisah kejadian sering kali berlaku.tapi tak serik..tetap datang penyakit lupa sekali sekala..seingat yaya dah 2 bulan masuk keje nie..3 kali dah lupa letak icepack dlm peti ais office..huhu..
petang bila nak ambik susu tengok2 icepack takde..sah2 gelabah..hah

Petang nie jadi lagi..haishhh...


ce tengok ce tengok pic tu.ambik ais batu besar gedabak letak dlm cover icepack..hehe..gigih cam penebang pokok dah yaya potong air batu tu..tp guna pisau la..serius besar ais tu sbb tea lady buat air batu dlm periuk..hehe..yaya dah ciluk air batu dia..xpe la..dah lama tak minum ais sejuk2 kat office..adil la kan cilok air batu..;)

susu tu utk 2 kali sesi pam di ofis..pagi n tengah hari..dapat lah 17 oz..sepatutnya 3 kali sesi.tapi belah petang tak menyempat sebab sibuk duk usha baju dress kat poplook..haha.jgn amalkan okeh.sangat tak bagus! Nie balik rumah terus pam...anakanda wazif dah menyusu so bonda qada pam..hehe..Alhamdulillah..dpt 7 oz lg..so total ari ni 24 oz.

esok cuti..yeay! Bercita2 nak buat power pumping malam nie..kena mind set kuat2 nie.Nak bangun tengah malam..nak set jam tak leh..wazif jenis telinga lintah..kalau terjaga nak nyot2 je keje..nyot2 sambil mamai mana lah breast nak kosong..eh bahaya bahaya..kena buat juga power pumping sekali sekala..




.