Wednesday, January 29, 2014

Baby Wazif 100 Hari

Bismillah...

Assalamualaikum...

Hari nie genap 100 hari..gigih yaya membilang hari..lepas nie tak nak bilang hari dah.hhaha..kita pakai bulan jer lah..mana yang terlebih terkurang 1 hari sebulan tu yg payah nak kira..hihi

minggu lepas pergi KK checkup 3 bulan..Alhamdulillah baby wazif sihat je..berat 6.3 kg..( wafiq timbang 3 bulan berat 7.1..)..

Wazif belum pandai meniarap tp nampak dah dia dah slow-slow start mengiring ke kiri..kalau ketawa ya Allah..geli hati dengar dia gelak..memang bersungguh benor gelaknya tu.. bila wazif senyum rasa damai sangat..hilang segala penat bekerja seharian..masuk je 3 bulan tidur dia dah berubah..org tua cakap beralih bulan..susah sangat nak tidur..taknak duk bawah..nak mendakap je tapi nak pandang depan..huhu..nie tangah taip entry dia dah tidur..kalau letak atas rocker mmg lama lah tidurnya tanpa perlu diayun2..tp rocker tu yak sesuai utk tidur lama-lama..nanti bila dah angkat terus jaga..pastu payah pulak dia nak tidur..





Gambar fresh ni..eh tak..dah suam2..gambar setengah jam lalu..hihi..

semoga anak ibu wazif dan wafiq sentiasa sihat walafiat dab menjadi anak yang soleh..amiinnn...




.

Monday, January 13, 2014

Alahai..susahnya nak bagi nama kat anak

Bismillah...

Assalamualaikum...

Hapdet guna phone..harap xde masalah..moga boleh upload pic..hehe..kalau tak down pulak nak hapdet blog..time mengepam susu nie lah waktu bertenang time office hour..boleh update blog ;)

Yurp.susah banget dong mau kasi nama anak..haha..nama gegirl dh ada dalam list.yp yg kuar boboy jugak...haha..serius masa ngandung tak terfikir nama baby..xdan nk fikir..ke tak de mood nak fikir..haha..tp i redho ok even dapat boy ;) masa nak gi scan sebelum keluar rumah dh redho ;) bila doctor cakap dengan wafiq : "abang nampak tak tu...tu angry bird baby.." yg paling excited dgn perkhabaran itu semestinya mr.tmfs dan wafiq..haha..

Hidupku dikelilingi lelaki.kahkah.

Tak pe..korang bertiga jadi bodyguard ibu.

Nama anak..hmm..lps 14 hari baru register..sah2 kena denda rm5.. Nak sangat nama mula dengan W.. biar sama dgn Wafiq.. tp takmo panjang2..sebab nama bapak gedabak dah panjangnya..

Ce buka buku nama-nama baby..huruf w sket je..adik yaya cakap patut kita bubarrr nama wafiq tu..haha..susah sngat nak bg nama baby kali nie..haha.

Last...

Daftar lah dengan nama ini...

(entri bersambung dari tengahhari membawa ke petang..takleh upload pic..kena install ape ntah..nie guna desktop lak)


jeng-jeng..




itulah dia..

Tengku Ahmad Wazif Bin Tengku Mohd Fadzli Safhuan

Ahmad = Yang terpuji
Wazif = Yang tekun, gigih

Yaya nak jugak letak nama Ahmad dalam nama anak-anak lelaki..kalau anak perempuan nak letak Aisyah..(moga ada rezeki...amiinn)..sebelum nikah lagi dah plan camni..(gataiii!)..

putera kedua kami panggil wazif je..takkan panggil tengku kut? haha.. nak panggil Ahmad pun boleh.. tapi kami panggil wazif...kut2 mana pusing tetap jadi wazif..nama dah pendek, nak dipendekkan macam mana lagi kan? hehe.. so..makna nama tu tak lari..kan kan ?

meh nak story nama abang wafiq plak..kang kecik hati wafiq duk cite pasal wazif je...nama penuh wafiq:

Tengku Ahmad Wafiq Bin Tengku Mohd Fadzli Safhuan

Ahmad = Yang terpuji
Wafiq = Yang berjaya

lebih kurang je kan nama dua beradik nie..haha..bior jer lah..maksud nama pun dekat2..see..anak-anak ibu..ibu kamu nie adil dan saksama ;)

setakat nie masih terbelit lidah lagi..duk sasul panggil wazif guna nama wafiq..hehe

 baby wazif 11.01.13  - day 80


 baby wazif 12.01.13 - day 81

setakat tu je lah kisah nama baby..haha..

daaaaa......



.

Sunday, January 12, 2014

Alhamdulillah...putera kedua ku

Bismillah...

Assalamualaikum..

lama benar cuti update blog.siyes malas. tengok geng2 lain pun macam ramai kena penyakit malas nie kan..haha..tak pe..slow2 kita ambil kembali mood menaip yg kelaut dalam tu..

dah 12.01.2014 pun.entri pertama tahun baru nie..haha..yaya dah selamat melahirkan putera kedua pada 22 Oktober 2013..dengan berat 3.1 kg.. hari nie dah 81 hari pun..harap2 tak salah kira..hehe..

Nie lah dia....

Pic hari ke-3 ..mata kena tape..tangan kena cucuk..huhu..nie pun yaya jumpa baby sekejap untuk brestfeed..sedih sungguh masa nie..nasib ada mak sedara keje kat spital tu..boleh lah dia tolong tolakkan wheel chair nak ke wad baby..





hari ke-10..masih ada jaundice.. baby mata sepet.. ;) lama sangat kena jaundice nie.. brest milk jaundice.. hari ke-50 baru really discharge from jaundice..lama kan ? cuba bayangkan lama mana yaya bertabah hati..haha..tipnya cuma satu..susukan baby dengan susu badan sekerap mungkin.. segala petua kat google seakan tak menjadi pada baby..


Gambar bertarikh 30 November 2013..hari ke berapa tah.hehe.. baby bert gugu gaga... mahal tau yaya beli gugu tu..tapi cam tak praktikal je dgn baby..baby cam tak nak pakai..padahal beranak musim tengkujuh tu..



nie gambar semalam..hari ke-80..tu teacher shafira..teacher yg mengajar wafiq kat Alimkids Playgroup..lemain berdebar ibu semalam..drvie kete dengan baby kat tepi..wafiq kat belakang..asal kete stop traffic light merah baby start nk nangis..alahai..kete jalan baby senyum..hihi..kat playgroup kejenya tdo je..bunyi bisibg from other kids bukan masalah..haha..tetap lena tidur





sekian dulu lah..cite sket2 tentang baby..

nama baby? nanti2 lah..next entry..;)




.

Friday, January 3, 2014

Vitamin C Shaklee


Assalamualaikum ...

Sustained Release Vitamin C 500mg - 180 Tablets..penggunaan sehingga 6 bulan
Siapa Perlukan Vitamin C :
  • Orang dewasa..kanak-kanak..warga emas..semuanya perlukan vitamin C
  • Perokok & mereka yg bergaul dengan perokok ( vitamin C mudah musnah oleh pencemaran udara iaitu asap rokok..jadi orang yang duk sekeliling tu yang akan terkena tempiasnya)
  • Ibu mengandung atau ibu menyusu dan juga ibu lepas bersalin.
  • Individu dalam proses penyembuhan penyakit atau selepas pembedahan
  • Kanak-kanak
  • Orang yang mudah demam dan selsema
  • Pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stroke, kolesterol tinggi dan darah tinggi
  • Anemic (Pesakit yang mengalami kurang darah)
  • Orang yang nak kulit gebu, anjal dan awet muda
  • Orang yang nak improve sexual health
  • Orang yang nak kurus
  • Orang yang stress & moody
MANFAAT UTAMA :

  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.


Antara simptom kekurangan Vitamin C :

  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat sembuh
  • Mudah selsema / bersin
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulser
  • Mudah demam / antibodi tak kuat
  • Gusi berdarah
  • Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan
  • weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)


Perbezaan Shaklee (dengan Vitamin C yang ada di pasaran) :

  • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren. 
  • Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
  • Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.



Message/Whatsapp : 013-934 3282
COD sekitar Kuala Terengganu
 
 
HARGA TERBAIK + KONSULTASI SEBELUM & SELEPAS BELIAN + JADUAL MAKAN EKSLUSIF