Wednesday, March 5, 2014

Anak Suka Gigit Kuku

Assalamualaikum ...




Orang-orang tua kata tidur menonggeng, suka gigit kuku ada banyak cacing dalam perut..Wafiq suka sangat gigit kuku..ketot2 kuku dia ..weekend check kuku sah-sah pendek..huhu..tapi mmg dah lama tak bagi ubat cacing..setahun jugaklah..


bila dah google rupa-rupanya tabiat gigit kuku nie berkaitan dengan emosi anak..huhu..apekehal pulak yang tak kena dengan emosi anak aku ni..




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Ada kanak-kanak yang mempunyai tabiat suka menggigit kuku. Puas menegahnya tetapi dia tetap mengulang tabiat tersebut. Kita bimbang dia boleh jatuh sakit akibat termakan bakteria dari kukunya sendiri.

Menggigit kuku, menghisap jari, menggentel bantal, selimut atau kain lampin merupakan satu tabiat yang biasa dalam kalangan kanak-kanak. Antara tingkah laku tersebut, menggigit kuku yang paling merungsingkan ibu bapa. Ini mungkin disebabkan kuku mengandungi kotoran dan berkuman.

Di samping itu, ibu bapa juga bimbang jari anak boleh luka dan kukunya terkoyak disebabkan terlalu kerap digigit. Keadaan sedemikan sebenarnya memang boleh berlaku. Kuku anak boleh terkoyak, berdarah dan menyebabkan jarinya bengkak.

Kanak-kanak mula membentuk tabiat suka menggigit kuku menjelang usianya dua tahun. Biasanya, mereka sibuk dengan tabiat tersebut semasa berbaring untuk tidur, ketika mengantuk, menyusu, menonton televisyen atau semasa sedih, kecewa dan dimarahi.

Tabiat ini salah satu cara kanak-kanak melepaskan perasaannya dan mencari keselesaan. Perbuatan ini akan dilakukan dengan lebih kerap apabila dia merasa tertekan dan persekitaran mengganggunya. Walaupun pelbagai cara digunakan untuk menghentikan tabiat ini, ia tetap berulang kembali. Mengapa? Ini kerana tabiat itu mempunyai kaitan yang kuat dengan emosi anak.



Cadangan cara mengatasinya:


* Atasi dari peringkat awal usianya, sebelum ia menjadi tabiat yang sukar dibendung. Lakukan dengan cara lembut dan teliti serta tidak mengganggu emosinya.

* Pastikan kuku anak sentiasa pendek, kemas dan tidak ada lebihan tepi kuku yang terkoyak.

* Sediakan kegiatan yang menggalakkannya untuk lebih banyak menggunakan tangan.

* Bincang dengan anak keburukan tabiat menggigit kuku. Anak yang kecil mungkin boleh menerima penerangan melalui cara bercerita.

* Pastikan anak faham, tabiat menggigit kuku satu perbuatan yang tidak sihat, tidak digemari orang lain dan beritahunya ia mempunyai kaitan dengan orang yang mempunyai masalah emosi.

* Elakkan merungut, memalukan atau memarahi anak kerana ini akan lebih menggalakkan lagi perbuatannya menggigit kuku.


Sumber : PAMA



1 comment:

  1. Info yang berguna..Waktu Aqil 3 tahun pun suka sangat gigit kuku..susah nak hilang kan habit dia..tapi lama-lama dia lupa dah habit dia tu n tak gigit kuku dah..Alhamdulillah..

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.