Sunday, November 30, 2014

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum...

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad S.A.W.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥




01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.

02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.

04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.



05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.

06. Jangan mematah-matahkan jari anda.



07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.

08. Jangan mendongak ketika sedang solat.

09. Jangan meludah didalam tandas.

10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.

11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain

12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.

13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.

14. Jangan mencari kesalahan orang lain.

15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.

16. Jangan bercakap didalam tandas.



17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.

18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.

19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.

20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.

21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.

22. Jangan menipu sepanjang masa.

23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.

24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.

25. Hindarkan berjalan sendirian.

26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.

27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.

28. Jangan mencela makanan anda.

29. Jangan bermegah(sombong).

30. Jangan menghalau pengemis.

31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.

32. Sabar ketika dalam kesusahan.

33. Membantu dengan tujuan yang baik.

34. Muhasabah diri dan bertaubat.



35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.

36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.

37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.

38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).



39. Jangan makan dalam gelap.

40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.









Tuesday, November 18, 2014

Muffin Chocolate Chips Sedap Dan Mudah

Assalamualaikum...

Penghujung tahun.. kat tadika wafiq pun ada buat jamuan hujung tahun..mak2 dah dapat memo dah minta bawa sedikit juadah.. seronok kan jamuan akhir tahun.. kalau zaman yaya dulu seingat yaya kerap mak buat kek marble untuk jamuan sekolah..

Untuk jamuan sekolah wafiq esok yaya buatkan muffin chocolate chips..resepinya sangat mudah..bahan2 pun mudah..main campak2 saje..tak perlu nak keluarkan mixer bagai..blender pun tak perlu..hehe..

Bercinta juga nak masuk dapur malam2 ni..musim tengkujuh dah mula..nak cuci peralatan, pinggan mangkuk kat dapur tu hah menggigil sejukkk....hehe..

kebetulan pulak muffin cup stok kat rumah xcukup..ada pun yg size besar.. kalau beli peralatan bakery kat kedai runcit mahal lah sikit jadinya..rm11.90 .. ada la dlm 100 pcs..mahal ke tak agak2? yaya guna cup yang kecik tp keras..jadi tak perlu guna loyang muffin lagi..boleh terus susun atas tray masa nak bakar tu..

Yaya dah double kan adunan..so guna cup kecik tu dapat lah dalam lebih kurang 65 biji...

Jom semak resepi...resepi ni yaya copy dari group di FB resepi ringkas..terima kasih tuan punya resepi...





Muffin Chocolate Chips:

A :
1 3/4 cwn tpg gandum
1/4 cwn serbuk koko
1 cwn gula kastor
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam

*Campur & ayak semua bahan ...

B :
1 cwn fresh milk - yaya guna susu tepung anak je..
1 bj telur
1/3 cwn minyak -yaya guna melted butter
1 sk esen vanilla

*Campur semua.. pukul sikit guna sudu biar telur hancur..kalau xde fresh milk, ambik je susu tepung anak dlm 4 sudu besar..bancuh biar jd 1 cawan..

Masukkan bahan A ke dlm bahan B..kacau sekata..last masukkan 3/4 cawan chocolate chips..

Sudukan dalam cup sehingga 3/4 cup..boleh tabur chop chip sikit kalau suka..

Bakar pada suhu 170°c selama 20 minit.





Sunday, November 16, 2014

Yes ... Indeed ...

Assalamualaikum ...



Monday, October 20, 2014

Be Elegant & Trendy With Pants For Women From Zalora

Assalamualaikum ..

Korang pernah shopping kat Zalora tak? Yaya pernah beli 2 pasang kasut di Zalora. Rambang mata nie tau bila bukak website Zalora.. dah la cantik.. murah2 pulak tu.. masa 1st time pembelian yaya di Zalora untuk term payment yaya pilih untuk bayar masa delivery, yakni time posto hantar barang then baru serah duit...macam jakun je time tu...hahaha..saja nak try..

Dan yang latest, mesti terbuntang mata korang tengok ni! Printed pants cantik-cantik! Serius Cantik! Bosan pakai jeans je memanjang? meh try pakai printed pants pulak... Sesuai je nak pakai gi mana-mana pun...yg students nak pakai  gi kolej pun lawa.. nak pakai gi office pun ok..tp korang kena pandai mix n match lah ye.. meh kita cuci mata..nak bagi korang tergoda!






1.      Abstract print
Kalau nak nampak cool and trendy, abstract printed pants ini korang pakai dengan t-shirts putih simple je.







2.      Floral print
Yang ni yaya suka..all-time favorite setiap wanita..kan? kan?..haha.. pakai dengan t-shirt hitam atau kemeja hitam, pastu digayakan bersama sepasang heels pump.oo mak oii..tersadung pakai kasut tinggi-tinggi..




3.      Checked
Nak santai hujung minggu pakai ni..pakai dengan blouse labuh pun cantik ni..kena pulak dengan sandals..hehe..kalau korang nak pakai highheels pun ok je..nak pakai sneakers pun cantik..





4.      Striped
Sape suka corak kuda belang pls drop komen angkat tangan??? haha..Tampil seperti hipster dengan striped / monochrome pants. Nie corak untuk yang berani bergaya..tambah aksesori bersesuaian . memang menonjol lah korang..hehe


jom cepat2 shopping di Zalo..banyak lg pilihan lain yg cantik2..untuk memudahkan korang boleh klik terus link ni ( Zalora - Pants Cantik ) ...














.

Wednesday, October 8, 2014

Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus

Assalamualaikum...

Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus.


1. Lafazkan "Assalamualaikum" dan "Bismillah" sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana2 pintu (kecuali bilik air) sebab port2 syaitan kebiasaannya di pintu2.

2. Lazimi membaca dan memasang ayt suci Alquran di rumah.

3. Gunakan semua bilik yg ada dlm rumah.

4. Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan spt tulang dll sbb itu semua makanan jin.

5. Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam2 elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk bdn dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.

6. Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pd waktu mghrib dan ke atas.

7. Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia.

8. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, ( jangan lepaskan ke atas bantal.)

9. Bagi rumah yg pintu2nya berhadapan dgn pintu2 lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sbb pintu2 yg saling berhadapan boleh jd laluan makhluk halus

10. Kalau terlupa bagi salam (Assalamualaikum) masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam.

11. Elakkan ketawa dan bersedih yang berlebihan.

12. Elakkan duduk di pintu.

13. 'Pagar' rumah setiap hari- Ayat Kursi & surah yg berkaitan.

14. Selalu2 baca surah Al-Baqarah.

15. Selalu alih2kan barang dlm rumah. Jaga suasana baik dlm rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda2 mcm ni yg tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dgn manusia yg kelalaian.







.

Wednesday, September 10, 2014

Prihatin

Bismillah...

Assalamualaikum...


Semalam teacher bg tau wafiq terjun 4 anak tangga kt school.. nasib landing comel..kalau sebaliknya..haih anak jantan..

Dia cuma cakap 'ibu, jgn bg tau ayah ..'




Kita depan mata dia wat lek jer..Bengkeng2 kita takut laki ayah dia.. tp sorry wafiq..kat rumah ibu wajib 'meeting' dengan ayah..hihi..

Bg yaya teacher kat tadika wafiq memang prihatin..tak perlu tunggu hari jalinan ikhuwah ibu dan guru untuk tahu perihal anak di sekolah.. perkara yg tak elok berlaku di sekolah dimaklumkan segera..tak adalah nak tunggu anak patah kaki terjun tangga baru nak bagi tau kan...


Wednesday, September 3, 2014

Motor Skills Development

Assalamualaikum ...

baby wazif dah 10 bulan..dah pun boleh duduk tanpa sokongan..nie dah start nak bangun sendiri sambil pegang kerusi, pegang kabinet..paling hebak bg yaya untuk baby yang masih belum boleh berjalan ialah naik atas meja kopi..nampak tak dalam pic bawah ada satu bantal angry birds merah pink tu? boleh dia pi pijak pastu bertenggek naik duduk atas meja kopi dengan comelnya sambil bertepuk tangan!!! luruh jantung ibu nak oii!!!



suka boleh mainan baru..tak nak main dah yang lain..mencari motor skills untuk Wazif..akhirnya yaya beli 2 benda alah tu.. yang besi pusing2 tu namanya Big Beads Rack. RM69.00..nett price takde diskaun..yang ni banyak size..ada kecik, sedang, besar...yaya ambil yang sedang je ..elok2 dengan ketinggian wazif bila duduk..ambik yang besar dan tinggi nak main camne kan..hihi

yang main masuk gelung tu namanya Ring Duck sebab ada itik sekor bertenggek..lepas tolak member price 10% dapat lah RM 10.98..

tapi baby wazif lagi cenderung nak main Bug Beads Rack tu..siap tolak-tolak beads tu guna kaki tuu...haha..hebak hebakk..

motor skills development items ni yaya beli kat kedai bandar Kuala Terengganu je.. bersebelah dengan stesen bas KT..berminat boleh dapatkan di :

Kids Play Valley
79-D Jalan Tok Lam
20100 Kuala Terengganu
Tel : 016-9320007

dorang pun ada facebook tau..kut2 ler ada orang jauh nak beli online..boleh terjah FB dorang :

link FB : KIDS PLAY VALLEY







.

Monday, August 25, 2014

Cheese Stick Sedap

Bismillah

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Kesedapan sehingga gigitan terakhir..habis gigit dan telan pun masih terasa akan sedap nya tu.. hah tu dia yaya nak gambar kan akan betapa sedapnya cheese stick keluaran samudera ni..

Yaya memang suka roti cheese.. kalau kat fb tengok Lydia Miza tayang roti sumbat cheese lah, roti tabur cheese lah..mak haih..terliur mmg kritikal bak hanggg.. resepi dah minta, tapi belum terbuat lah LM..breadmaker takde..nak uli tangan? Terfikir juga .. tp.. belum sampai seru.. kihkih..

Ok.. Cheese Stick Samudera.. makan sebungkus nak lagi sebungkus.. nasib beli 2 bungkus..orang kuat makan satu mana cukup..walaupun makan time supper cicah air coklat panas-panas! Balik dari klinik gigi semalam perut bukan main lagi minta diisi.. tampal dua tempat rm140..hoho..itu harga normal tp redha dalam kesentapan.



Satu RM2.. beli 5 baru RM 10.. hihi .. tapi nak jimat sila belajar buat sendiri ye.. peringatan untuk diri sendiri...






.

Thursday, August 21, 2014

Kami di Aidilfitri 2014

Assalamualaikum ...


Raya kali ni rasa frust sungguh la.. tak de gambar bersalam-salaman, feeling bersyahdu syahduan macam orang lain..haha..salam2 macam tu je.. lagi pula kali ni pagi raya di rumah mertua.. tak ramai jemaah..segan pula nak suruh dorang yg ambil gambar..haha...

 ibu ambil gambar bodyguards

 Mr.TMFS lak tukang ambik gambar


balik rumah mak baru boleh bergambar berempat

baby Wazif dengan paksu dan ateh


 tudung kelabu tu mak yaya..yg dewasa tas sofa tu abang ngn kakak.. sebelah kanan abg kak ipar yaya.. yang lain2 adik2 dan anak2 saudara..anak sedara yaya palinh tua umur 29..baby wazif dah start moody dah..


raya ke-2.. tema merah tak berapa nak mak ngah!

raya ke-3 .. kita sarung biru pulak

raya ke-4.. kuning menyala..yaya sendiri naik seriau pakai warna kuning..haha.. tak berapa nak sesuai!
dalam rocker tu anak sedara yaya Nawal Nur Iman..masa raya usia baru sebulan rasanya sebab semalam teman mama dia gi cucuk Nawal 2 bulan..

raya ke-5.. tema campur2 dah..awat mata wazif  yg sepet makin sepet..ang Wafiq lak ni la rasanya pose dia paling jujur dan ikhlas sebab Wafiq jenis tak berapa gemor nak bergambo!


gagah perkasa laki aku! yaya yang minta dia kelek dua2 sekaligus sebenarnya..redho jer dia.. haha.. tp sayang rambut serabai la abang..haha..dah lewat petang dah ni..kami dah nak balik rumah tokma..gel pun xde dah..


sekali lagi gambar di pagi raya..bersesak dalam kete..hihi

kami sepupu.. Wafiq dgn Rifqi Harraz, abangnya Nawal Nur Iman



bersama sepupu ibu.. yakni 2 pupu mereka...

ololo baby wazif...

tak de gambar juadah ek yaya?..haha..aku pun pelik..xde pulak dalam camera handphone ni..semua gambar kami satu family je.. kena la dengan tajuk entri kan.. pergi rumah orang pun xde la kami nak bergambar bagai.. handphone senyap je menyorok dalam bag....

sekian entri bergambor besor-besor dari yaya sekeluarga :)





.


Tuesday, August 19, 2014

Semangat Baru

Assalamualaikum..

Hidup tak menyempat bagai..ntah apa dibuat. Banyak perkara perlu di audit..bukan audit akaun..tapi jom audit diri..

Hidup biar bermatlamat..

Ye kawan2..(mana ye kawan2 blogger dulu? Ke dah tenggelam timbul or tenggelam tak timbul2? Macam saya.. kiki.. eh.. guna hikhik la.. teringat pula kisah pujo).. yaya sebenarnya sedang bermatlamat..matlamat dengan blog nie..moga ada lah updatenya 2 hari 1 entri.. 1 hari 1 entri pun ok juga..;)

Sayang betul dengan blog ni..macam2 kisah..dulu2 banyak kisah hidup..lately selang seli dengan bisnes sket2.. tp takape..yaya akan balance kan entri.. xde lah korang mencebik je nanti balik2 entri bisnes..hihi

Dulu banyak kisah wafiq..kisah wazif macam kureng je.. nampak sangat ketidakadilan di situ..header pun tak tukar lagi..perlu diberi nafas baru..semangat baru gitu..ada nak tolong buatkan header? Hilang skill dah nak buat semua tu..haha


berbalik pada cerita paling best berlaku beberapa jam yg lepas.. kami sekeluarga makan malam di Restoran Matt Cafe.. orang Kuala Terengganu pasti tahu restoran Matt Cafe, lokasi di tengah bandaraya.. balik keje ambil anak, ambil MIL patah balik masuk bandar. Gigih gitu demi makan ayam goreng sesedap kepci. ye..mmg sama rasanya dengan ayam goreng kepci.. (sorry gambar makanan tak ada.ptg td tak rasa nak blog kan semua ni..belum ada keinsafan td)

Disebabkan agak huru hara yaya nak suap char kuew teaw masuk mulut.. siap adegan tarik menarik pinggan dgn si wazif..pantas je tangan melambai kat waitress minta ambilkan baby chair. Hah.. aman damai ibu nak santap....so petang td kira 1st time lah wazif duk dlm baby chair..

Reaksi wazif? Suka tapi tak nak duduk lama2.. baby or budak2 mana suka kena 'kurung' kan.. so yaya sekejap letak..sekejap keluarkan..pastu letak balik..gitu la.. si abang pulak duk makan xde adik kacau pun boleh benjol dahi terhantuk kat meja.. heran betul yaya.



### Entri ditaip menggunakan handphone samsung galaxy note 2.. dengan bantuan mr chrome.. bagaimana hasil bila dah publish jap lagi? Korang redho jer lah ye.  Harap2 elok lah kejadiannya..


Sunday, August 17, 2014

Biar Ianya ' Surprise!'

Assalamualaikum ...




 

Jika segala hal kita mahu rencanakan, jadi di mana kenikmatannya dalam hidup? 

Rencanakan sebahagian, biarkan yang lainnya menjadi kejutan....


Tak kira la sebahagian yang tak dirancang itu datang bersama suka atau duka, terima lah..

Dah namanya kehidupan, itulah asam garam, rentak hidup...




.

Thursday, July 17, 2014

Beratnya tugas ibu...

Assalamualaikum...

Cukup terkesan info copy paste dari whatsapp ni.. Memang ada betulnya.. rupa-rupanya hanya penekanan dalam 3 perkara ini boleh melenyapkan sebuah tamadun. Dalam kita tak sedar, 3 perkara tu sedang berlaku. Baca dan hadam info ringkas ini agar kita faham betapa besarnya tanggungjawab kita, paling hampir dengan diri yaya adalah tanggungjawab sebagai seorang IBU!



Assalamualaikum wrt wbt

Ketika orang China hendak hidup dalam keadaan aman, mereka membina tembok besar, dengan anggapan tiada siapa mampu memanjatnya kerana terlalu tinggi, namun hakikatnya dalam seratus tahun pertama sahaja mereka diserang sebanyak tiga kali, setiap kali musuh mereka hendak serang mereka tak perlu robohkan atau panjat tembok besar. Mereka hanya perlu rasuah para pengawal dan masuk melalui pintu.

Masyarakat China ketika itu sibuk membina tembok dan lupa nak membina jati diri pengawal mereka.
Membina jati diri manusia lebih utama dari segala binaan lain dan inilah yang kita perlukan untuk anak-anak dan pelajar-pelajar kita pada hari ini.

Seorang orientalis berkata : kalau nak runtuhkan sebuah tamadun atau masyarakat maka ada 3 cara ;

1. Runtuhkan ikatan kekeluargaan.
2. Runtuhkan sistem pendidikan.
3. Jatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa.

Untuk meruntuhkan ikatan kekeluargaan ketepikan peranan IBU dalam keluarga. Biarkan para wanita rasa diri mereka tak sempurna bila mereka digelar suri rumah.

Untuk meruntuhkan sistem pendidikan berikan tekanan kepada para GURU. Jangan berikan mereka kedudukan dalam masyarakat, hilangkan rasa hormat terhadap mereka di kalangan para pelajar.

Untuk menjatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa, jatuhkan kedudukan para ulama, sehingga masyarakat sekeliling tidak menghormati mereka.

MAKA APABILA PERANAN IBU HILANG, PERANAN GURU DIPERLEKEHKAN DAN PARA ULAMA TIDAK MENJADI SUMBER RUJUKAN DAN IDOLA MASYARAKAT, MAKA SIAPAKAH YANG AKAN MENGAJAR MASYARAKAT ITU ERTI KEHIDUPAN YANG HAKIKI?

Renungan bersama.






.

Wednesday, July 2, 2014

Tips Menyusu Ketika Berpuasa

Assalamualaikum ...

Kerisauan ibu-ibu yang menyusukan anak ketika bulan puasa adalah bimbang pengeluaran susu berkurangan untuk stok si manja. Pelbagai persoalan bermain di kepala sebelum kedatangan bulan Ramadhan. Bolehkah saya berpuasa? Adakah susu saya akan berkurangan? Nak makan apa untuk berbuka da bersahur?

Adakah anda juga ibu-ibu yang pertama kali menyusu yang berada dalam dilema berikut. Jangan risau! Hakikatnya anda boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan berikut:



Rahsia Penyusuan Ketika Berpuasa

1) Disiplin waktu makan

Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur.


2) Kurma,kurma,kurma

Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.


3) Makanan seimbang dan suplemen

Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak. Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. Pengambilan supleman untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu.



4) Minum banyak air

Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua liter diperlukan sehari. Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak. Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam. Selain air masak, minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.


5) Bertenang dan yakin

Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah.


6) Kerap menyusu dan mengepam
Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dikeluarkan. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Oleh itu walaupun berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu diteruskan. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.


Credit : pa&ma




Sunday, June 29, 2014

Nak let go Angelina Lace Maxi Dress

Assalamualaikum ...

Yaya ada beli satu dress nie kat Poplook.  tapi kecik sikit la..mmg fit je ngan yaya..tapi kalau besar sedikit lagi selesa...so lepas puas fikir baik yaya let go jer lah dress nie..nanti cari dress lain yg nursing friendly..dress nie cuma ada zip belakang.. serius sangat cantik! mula2 tengok tu dah berkenan sangat-sangat tau.. lace dia memang mewah..kain tebal tapi tak berat ..

 untuk gambaran lagi jelas boleh tengok kat Poplook. Klik je naa..

http://poplook.com/home/5566-angelina-lace-maxi-dress-copper.html

Nie lah dia Angelina Lace Maxi Dress Size S. Warna copper.. Cantik Sangat!.. berminat boleh whatsapp yaya 013-934 3282.. harga boleh kurang sikit lah.. tak pakai pun lagi nie.. price tag pun ada lagi..


Monday, June 23, 2014

Menerima Tempahan Congo Bars

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah.. tak pernah terfikir yaya nak buat jualan.. memang yaya agak kerap buat kek, buat biskut. Tapi untuk makan sekeluarga, untuk hari raya.. tak pernah jual.. tapi bila upload gambar congo bars ada pula yang minta buatkan.. mula-mula takut juga..tapi alah nisa tegal biasa kan? hehe..apatah lagi bila dapat feedback positif. Terasa diri semakin yakin gitu! cewahhh ;) yaya pun dah terima order order untuk hari raya.. alhamdulillah..

setakat nie yaya terima tempahan dari rakan-rakan terdekat.. sekarang yaya buka tempahan untuk mereka yg luar dari Kuala Terengganu.. di mana sahaja anda berada yaya akan pos ;)




nie antara Congo Bars yang yaya dah buat.. padat dengan walnut dan badam serta hirisan coklat berkualiti.


Beminat untuk merasa kesedapan Conga Bars boleh whatsapp / mesej yaya : 013 - 934 3282







.

Sunday, June 22, 2014

Resepi : Big Chocolate Chip Cookie

Assalamualaikum ...

Resepi simple, mudah tapi enak.. sekejapan saja buat dan sekejapan juga habis makan..hehe.. semalam,  yaya rasa nak mengunyah tapi mencari2 apa yang nak dikunyah..pastu teringat resepi ni yang baru dipublish oleh tuan tanah blog cookingclassy beberapa hari lepas.. itu yang nampak cookies tu je ..


asalnya adunan nie akan dapat 2 keping chocoloate chip bersize 7 inci.. tapi yaya buat 3 keping..kecil lah sedikit.. nak share makan 3 orang. ;)

Yaya panjangkan resepi kat sini :

Recipe for One Big Chocolate Chip Cookie
Prep Time: 5 minutes
Cook Time: 12 minutes
Yield: 2 servings, one 7-inch cookie
Ingredients
  • 2 Tbsp salted butter
  • 3 Tbsp packed light-brown sugar
  • 1 pinch salt
  • 1 tbsp whisked egg*
  • 1/4 tsp vanilla extract
  • 1/3 cup all-purpose flour (scoop and level)
  • 1/8 tsp baking soda
  • 1/4 cup chocolate chips, divided

Directions
  • Preheat oven to 350 degrees. Place butter in a microwave safe mixing bowl. Heat in microwave until nearly melted (you want it almost all the way melted, remove from microwave just before completely melted and stir to fully melt. You just don't want it too hot or it will cook the egg and melt the chocolate chips when stirring).
  • To melted butter, add brown sugar, salt, 1 tbsp egg, the vanilla, flour and baking soda. Stir with a spoon until well combined, about 30 seconds. Mix in 3 tablespoons of the chocolate chips. Shape dough into a 3 1/2-inch disk on a Silpat or parchment paper lined baking sheet, gently press remaining 1 Tbsp chocolate chips randomly over top and sides of cookie. Bake in preheated oven 12 - 14 minutes, until cookie is golden. Serve warm or allow to cool on a wire rack then store in an airtight container.
  • *To get 1 Tbsp egg, crack egg into a small bowl, whisk until yolk and white are well blended, then measure out 1 Tbsp. Reserve remainder for another use (aka tomorrows breakfast).
  • Recipe Source: Cooking Classy

*** Suhu bergantung pada oven ye. Yaya bakar 170 celcius selama 15 minit.
*** butter tu yaya tak masukkan dlm mikrowave..cuma biarkan sebentar pada suhu bilik. Tujuannya nak kasi lembut..senang nanti nak gaul dengan semua bahan lain..


sangat senang..korang patut cuba..buat bersama-sama dengan anak pasto ceria..lepas nie tak payah dah beli chipsmore!

selamat mencuba!




.

6 Buffered Earnings Serentak

Assalamualaikum ...

Lama dah tak taip pasal BE, ME dari Nuffang ni..haha.. dah tuan tanah pun jarang2 buka nuffnang.. mana nak tau.. haha.sekali buka tengok 6 BE sedang berjalan..

Sekarang nie orang sebut CPUV ye ?

CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns



Iklan-iklan yang sedang menari di blog yaya nie dari :

*KLIK LINK untuk info lanjut

IKEA Children
Petronas Primex 95
Huawei Ascend P7
UMobile Prepaid Free Meal
Bulgogi Brothers Korean BBQ
Invest Smart Campaign

tak tau lah lama mana iklan-iklan nie mampu bertahan.. haha.. lama lah sikit nuffnang ye..nanti boleh la cash out utk kali ke-3..;)






Tuesday, May 27, 2014

Air Putih Kena Cukup, Jadual Pam Susu Kena Konsisten

Assalamualaikum ..

Semenjak 3 minggu nie rasa air masak sangat tak sedap. Rasa payau, rasa masin semua ada..macam mana nak minum? macam mana nak telan? kalau nak kumur masa berwudhuk pun rasa semacam.. Berteriak Wafiq masa gosok gigi .. ' ibu, kenapa air nie tawar?!!!' hahaha...dan dan rasa tawar lah pulak.


di 'snap' semasa sesi ke-2 pam utk hari nie ;)


tapi 2 3 hari nie dah semakin ok..dah boleh telan..so dah boleh habiskan 2 liter sebelum petang.. Alhamdulillah...

bukan apa .. yaya kan menyusu badan, kalau menyusu badan air masak kena cukup.. makan pun kena cukup.hihi.. sayu je hati bila nak balik kerja campur2 semua . hah? 15oz ? 13oz? biasa yaya akan dapat 21-23 oz 3 kali sesi pam di pejabat.. banyak kan drop..hmmm...

tambahan pulang musim audit akaun..kadang kelaut waktu pam susu..waktu pam kena konsisten. Biar kilang susu kita tau dan hafal bila waktu kena release product.. itu yang pentang waktu pam susu..jangan skip waktu pam.. alahai.. yaya dah tau semua nie..tapi ada masa terbabas jugak. sekarang saya insaf!!! ;)

demi melaksanakan hajat dihati dan tanggugjawab ibu kepada anak serta memberi hak yg sepatutnya kepada anak yakni melengkapkan penyusuan susu ibu selama 2 tahun yaya kena kuat semangat! kena kental!

sekarang Wazif baru 7 bulan .. masih jauh perjalanan


moral :

~ walaupun makan supplement tapi tak cukup air pun tak jadi juga
~ walaupun makan supplement tapi jadual pam tak tentu pun tak jadi juga


Keperluan Air Putih/Air Masak
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Asanya :

Setiap 25 kg berat badan anda pelu minum 1 liter air putih. Kalau 50kg 2 liter lah.. kalau macam yaya berat tak sampai 50kg 2 liter sudah mencukupi.. tapi disebabkan yaya menyusukan anak dan makan supplement iaitu set menyusu shaklee yaya kena lah upkan water intake.. dapat minum 3 liter sehari lg bagus!


Jadual Mengepam Susu
~~~~~~~~~~~~~~~~

Yaya tetapkan 3 kali sesi mengepam sehari di pejabat. Malam direct feeding. Jadual pam susu di office pula :

1) Jam 9.30 pagi
2) Jam 12.30 tengah hari
3) Jam 4.30 petang

15 minit hingga 20 minit satu sesi..



'Semoga Allah permudahkan perjalanan penyusuan Yaya dan juga ibu-ibu di luar sana...amiinn...'








.

Thursday, May 22, 2014

Pentingnya Pemakanan Tambahan/Vitamin

Assalamualaikum...

Pemakanan tambahan atau vitamin..tak perlu nak pertikaikan kepentingan pengambilan vitamum ni..analogi nya sangat mudah...

■ Kenapa perlu makanan tambahan walau hari-hari dah makan ?
■ Kenapa perlu gosok gigi walauapun gigi sihat dan cantik ?
■ Kenapa perlu kelas tambahan walaupun dah ada kelas harian ?






jawapannya :




♥ Kalau hidangan yang kita ambil seharian lengkap dengan segala zat dan nutrisi. Amalkan pemakanan seimbang yakni :

        6-11 hidangan daripada kumpulan roti, bijirin, pasta dan nasi.
        3-5 hidangan dari kumpulan sayuran hijau.
        2-4 hidangan dari kumpulan buah-buahan.
        2-3 hidangan dari kumpulan daging, ayam, ikan, telur dan kekacang.
        2-3 hidangan dari kumpulan hasilan tenusu iaitu susu, keju dan dadih.
        Lemak dan minyak hendaklah diambil sedikit yang mungkin.

MAMPUKAH kita ??? lagi pula badan kita sendiri tak mampu nak hasilkan semua keperluan nutrien kuta..sebab tu lah kita sangat digalakkan consume vitamin... kata lah..'aku setiap hari makan ikan. makan daging..' tahukan kita protein mudah musnah bila terdedah suhu tinggi.. goreng ikan sekor..agak2nya berapa banyak protein yg tinggal? fikir-fikir kan..sedangkan protein tu makanan sel..kulit cantil, kuku cantik, kesihatan tulang, rambut semua perlu protein...

Sayur-sayuran yg disembur racun, (nak beli sayur cari yang daun berlubang-lubang ye..daun cantik penuh racun..ulat pun tak nak makan..nak selamat tanam sendiri..mampu kah kita?) makan ayam yg gemuk-gemuk tu dah kena suntik.. Tahukah ayam dan daging pula mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan..


♥ Kita gosok gigi hari-hari..sebab nak CEGAH dari sakit...tapi KONFEM ke gigi tak akan sakit?owh no...disebabkan oleh faktor pemakanan gigi tetap akan sakit..dah sakit kena la dapatkan rawatan..lepas tu?sambung la lagi gosok gigi...sampai bila?Selagi ada gigi ..sehingga itu lah kita gosok gigi..sampai kita mati..


♥ walaupun sekolah 5 hari seminggu..tapi cikgu-cikgu tetap buat kelas tambahan..ye lah..kadang apa yang kita dah belajar masa form 4 ada yg dah tak ingat..form 5 kena study balik..kena refresh balik.. pemakanan kita pun macam tu lah..jangan kita kata dah makan makanan berkhasiat kita rasa selamat..setiap jari badan kita mencipta toksin..toksin dalam badan nie bahaya..org gemuk kalau tak detoks dulu makanlah ubat diet apa jenis pun tak kan mujarab, sebab toksin dah halang penyerapan ubat tu oleh badan kita..itu contoh lah..


 Mencegah lebih baik dari mengubati

Yaya Jual Shaklee
untuk order : 
PM:  https://www.facebook.com/messages/yayahealthstore

@ whatsapp : 013- 934 3282 

 

 





Tuesday, May 20, 2014

Congo Bars

Assalamualaikum ...

Yaya baru kena hinggap demam Congo Bars.. orang lain lama dah pulih dari virus nie..haha..biar lambat dari tak pernah membuat dan merasa.. hahaha

duk fikir-fikir nak bagi hadiah apa kat teachers Wafiq sempena hari guru, terlintas nak try buat congo bar.. start cari resepi, cari loyang..confuse jugak bab size loyang nie.. yaya cuba guna loyang 12x12.. takut kalau guna 10x10 jadi tebal kang lemau pulak..sebab nak dapatkan 100pcs cam orang2 jual tu..depa mmg guna loyang 12x12..




thank you kak nor utk resepi.. yaya panjangkan resepi kak nor kat sini ye..

CONGO BARS
sumber: Rima & Ayu
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients,
2 3/4 cup all purpose flour-(315g) 
2 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened-(150g) - yaya guna buttercup
1 lb. light brown sugar(453g) - (k.nor letak 200gm) - yaya letak 220 gm
3 eggs ~ (k.nor guna telur A)
1 teaspoon vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips(326g) - (k.nor guna choc chips) - yaya guna chocolate button
1 cup chopped pecans (optional) - yaya tak letak
yaya tambah badam hiris, choc chips, walnut


Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.
Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together.
Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg.
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well.
Add dry flour mixture and stir until well combined.
Coat a 13 X 9 -(Ayu used 10x10)pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish(Ayu used parchment paper).
Bake at 170 degree for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake.

hadiah untuk cikgu


Monday, May 5, 2014

Aiskrim Goreng Karipap

Assalamualaikum ...


yang kiut miut tu saya suka.. haha...cepat jer tergoda tau..ni hah..tengok ada kawan upload kat fb eskrem goreng dia..kiut sangat! miut sangat! tu yang tiru tu..hehe..anak-anak sure suka makanan yg comel-comel cenggini..





kiut kan???

guna sarang karipap nie...lagi senang dan comel kalau nak banding dengan buat terap guna cup tu kan? pun boleh memperdayakan orang nie..ku sangkakan karipap..sekali ngap rasa eskrem meleleh..sedap!

nak buat nie korang cuma perlu :

sarang karipap yg size besar
roti gardenia
aiskrim
minyak untuk menggoreng

roti tu korang kasi gelek lah sikit dengan roller pin..tak de roller pin bantai jer lah dengan botol2 yang berat..haha..nie fungsinya tak nak kasi roti tu kembang minyak banyak time menggoreng..time menggoreng pulak minyak kena betul-betul panas tau..jangan gatal nak update status kat fesbuk 'sedang goreng eskrem goreng kiut!'.. nescaya hangus lah eskrem goreng korang..haha..









Monday, April 7, 2014

Nak pinjam baby boleh ?

Assalamualaikumm...


Trend kita2 kan time jumpa baby mesti nak sakat anak sulung..wafiq pun makcik2 yang tenhok wazif mesti nak sakat wafiq..suka agaknya tengok budak wafiq tu teriak..haha..wafiq sayang adik wazif okeh..

Sebelum nie:

Makcik2 : wafiq, acik pinjam baby boleh?
Wafiq : tak boleh..wazif minum susu ibu..
Makcik2 : tak pe..acik beli susu untuk baby
Wafiq : wazif minum susu ibu je..kalau ibu gi kerja kat rumah tok ma banyak susu dalam peti.. wazif tak minum susu hok beli tu..

Minggu lepas :

Makcik : wafiq, acik nak bawak balik baby boleh?
Wafiq : boleh, tapi kena tunggu sebulan lagi..
Makcik : acik bawak balik hari ni lah..
Wafiq : tak boleh! Ibu kata sebulan lagi wazif baru boleh makan sikit2...tak apa la nak pinjam sehari..lepas tu kena hantar rumah wafiq semula..


hehe..dia ingat rupanya yaya bg tau wazif umur 6 bulan baru holeh start makan..hujung bulan nie wazif 6 bulan. Dah start boleh bg makanan pejal..yurp! I'm excited nak shopping buah2..nak blend buah ;)



                                                             Wafiq  ♡ Ibu ♡ Wazif





Tuesday, March 18, 2014

Puisi Sangka Sangka

Assalamualaikum...

copy n paste dr whatsapp..so keluar lah icon2 yg tak leh dibaca ..bahasa cina agaknya..tp baca ayat2 yg penuh makna tu...


PUISI SANGKA-SANGKA

Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik

Ada sangka buruk

😇Orang beribadah disangka riak

Orang rileks disangka malas

Orang berpakaian baru disangka menunjuk

Orang berpakaian buruk disangka hina

🍕Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sedikit disangka diet

😆Orang yang senyum disangka mengejek

Orang yang masam disangka merajuk

💬Orang berbincang disangka mengumpat

😶Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang menawan disangka menggoda

Orang yang ceria disangka mengada

😯Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru….

Sesuatu perkara yang kita lihat

Jangan suka sangka-sangka

Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa

Kerap sangka-sangka mengundang celaka

Jangan terlalu bersangka-sangka

Jauhi sikap sangka-sangka

"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12)







Thursday, March 13, 2014

Vitamin C & Baby Wazif Demam Selsema..

Assalamualaikum ..

*Yaya pengamal  vitamin C
*Yaya ibu yang menyusukan anak


apa kaitannya? beberapa hari lepas baby wazif(4 bulan) kena selsema dan batuk-batuk..memang meragam sepanjang hari..dibaringkan tak selesa..tidur tak lena..nak berdukung je..harus tok ma lenguh tangan lenguh pinggang..hehe..tapi Yaya perasan selsema dan batuk2 wazif tak berlarutan..selang sehari dah semakin ok..hari ke3 terus hilang..alhamdulillah..nak bg ubat memang Yaya elakkan..ubat-ubatan tak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak di bawah 2 tahun..Yaya percaya apa yang Yaya makan , zat itu lah anak Yaya dapat kerana Yaya menyusukan anak..dan sememangnya Vitamin C sangat bagus dan membantu untuk merawat demam dan selsema.






 


 Baby Wazif

VITAMIN C SHAKLEE
------------------------


Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?

~~~ Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

~~~ Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

~~~ Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.


~~~ Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

~~~ Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.


~~~ Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

Apa yang membezakan Vitamin C jenama Shaklee dgn yang lain2?
-----------------------------------------------------------------------------

Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:

*** Kandungan Vitamin C yang tinggi.
*** Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
*** Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *


sumber:Shaklee Malaysia



Berminat : 
 
Message/Whatsapp : 013-934 3282
COD sekitar Kuala Terengganu
 
 
HARGA TERBAIK + KONSULTASI SEBELUM & SELEPAS BELIAN + JADUAL MAKAN EKSLUSIF