Wednesday, February 27, 2013

Huru Hara

Bismillah...
 
Assalamualaikum ...
 
 
Jom yaya bawa anda berkenalan dengan gabungan makanan tambahan terbaik untuk anak dan seisi keluarga.
 
dapatkan set kombo omega guard & meal shakes segera.harga terbaik menanti anda! harga terbaik kebaikan berganda..
tinggal 2 hari jer lagi offer huru hara nie..selepas esok tiada pujuk rayu okeh!:)
 
boleh mesej/whatsapp : 013-9343282
 
 

MEALSHAKE
----------------

# makanan segera yg rendah lemak dan rendah-glycemic
# lengkap dengan protin, multivitamin dan serat
# mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan
# kaya dengan sumber kalsium dan protin yg sesuai dengan keperluan tumbesaran kanak-kanak

Siapa yang perlukan Mealshakes?

# Kanak-kanak [terutama yang kurang selera makan, sembelit, mudah selsema/demam, asthma, obesiti]
# ibu mengandung
# ibu yang mnyusukan anak
# wanita yang pentingkan kecantikan kulit
# pesakit yg baru lepas pembedahan
# seisi keluarga EXTRA - NO artificial flavor, colors, sweeteners or preservatives added!
 
 


OmegaGuard Shaklee
-------------------------

# Mengandungi minyak ikan
# Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak
omega 3 termasuk DHA dan EPA.
# DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan,
menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang
perlu diperolehi melalui pemakanan.
# Imuniti badan
# Meningkatkan daya tumpuan dalam pembelajaran
# Sistem peredaran darah yang teratur
# Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan


info & order :
yaya - 013-9343282
 
 
 
 
 
.
 
 
 
 
 
.

Monday, February 25, 2013

Beri sedekah atau beri hutang ?

Bismillah...

Assalamualaikum ...

ada orang terdekat dengan korang kesuntukan duit.. rasa-rasanya korang nak bagi je duit tu sebagai sedekah atau bagi pinjam (hutang) ? kalau jumlah besar tak kan lah nak bg macam tu jer kan...kena lah bayar balik ..hehe..


1 dirham sedekah = 10 pahala
1 dirham hutang = 18 pahala

maknanya , lebih afdal memberi hutang dari memberi sedekah...


memberi sedekah menjadikan orang malas berusaha..hanya mendapatkan bantuan orang sebagai jalan pintas dari kesempitan..memberi hutang pula menjadikan mereka yang meminjam lebih berusaha untuk memajukan diri..berusaha untuk melangsaikan hutang.
lagi bagus seandainya setelah memberi hutang kemudian pemberi hutang menghalalkan baki pinjaman..pahala berganda..itu kalau duit berlebihan la kan..kalau kita pun cukup makan pandai kau pinjam pandai kau bayar.. ;)

itu kisah pemberi sedekah dan yang memberi hutang...


yang meminjam ?








hutang tetap kena bayar..dah mati pun ahli keluarga kena langsaikan hutang arwah...kalau tak..tu hah..terhalang syurga...


memberi hutang adalah satu perkara dari Muamalah Islam yang dihalalkan oleh Allah swt dengan syarat orang yang memberi hutang tidak menekankan dan bersifat zalim kepada orang yang berhutang dan orang yang berhutang pula mestilah bertimbangrasa dan berusaha untuk menjelaskan kembali segala hutang piutangnya dan diwajibkan orang yang memberi dan menerima hutang itu menulis setiap isi jumlah hutang piutangnya agar tidak berlaku amalan riba dan tidak berlaku zalim menzalimi antara satu sama lain.










.






Saturday, February 23, 2013

Rahsia terbesar banyakkan susu badan

Bismillah... Assalamualaikum... Rahsia terbesar banyakkab susu badan... Yang utama niat korang memang kuat nak exclusive breast feeding..semangat kena kuat..jangan fikir susu aku tak cukup..Allah anugerahkan kita zuriat..takkan Allah tak sediakan susu untuk anak kita? Yang penting semua dari diri..



Rahsia terbesar banyakkan susu badan..

Rahsia Utama :

Jangan skip waktu makan utama, brakfast, lunch and dinner semua kena sapu okeh. Sebabnya makanan nie la yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan susu..ada ibu-ibu 'segan' nak makan makanan berat..ambik kuih-muih untuk alas perut.. segala zat dan nutrien dah kelaut... Bimbang naik berat badan & jadi gemuk la tuh, jadi mereka akan mengambil makanan yang ringan ( very light) dalam semua meal.. menyusukan anak boleh kuruskan badan ye..ada caranya tak nak makanan jadi lemak menempel dalam badan..-->kena baca rahsia ke3 nanti..

Rahsia Kedua :

Banyakkan minum air..sebanyak mana kena minum hanya diri sendiri tahu. Secara ringkas 1 liter air bersamaan 25 kg berat badan .. kalau berat badan 50 kg..kena minum 2 liter air..tapi kalau ambil supplement dan menyusukan lagi banyak lagi bagus.. Air kan penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan maka si ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang berkualiti!

Rahsia Ketiga :

Kalau mampu ambil lah makanan tambahan/supplement.. walaupun bukan supplement yang menyebabkan susu badan bertambah TETAPI pengambilan supplement banyak membantu agar metabolisme badan seimbang ... sebagai contoh pengambilan B Complex membantu sistem tubuh berada di dalam keadaan tenang dan rehat. Susuibu akan lebih mudah terhasil dengan keadaan si ibu gembira dan tenang berbanding runsing dan keletihan. B Complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka ianya sangat penting bagi memastikan seseorang tidak gemuk atau mudah menghidap penyakit seperti kencing manis.

Pengambilan Omega sangat membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan kemudaratan. Ianya membantu memecahkan lemak di dalam tubuh si ibu dan secara langsung akan meningkatkan kadar DHA dalam susu ibu.




.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, February 21, 2013

Semoga hari ini lebih baik

Bismillah...
Assalamualaikum ...

pagi nie dengar topik pagi di Sinar FM..kisah kehidupan selepas berkahwin..kelakar pulok dengar pendapat pendengar..ada kata isteri dah tak suka dibelai-belai..ada kata isteri dah makin serabai..balik keje terus tukar kain batik..haha..sibuk jaga anak, jaga rumahtangga sanpai suami terabai..tp ada sorang caller lelaki call bg tau dia pernah menjadi mr.mama dan dia tau kerja rumah tak kan pernah habis..lagi penat dari kerja di pejabat..betul betul betul..;)

itu belum part isteri bagai di pam2..makin membesar...suami pun sama ikut membesar..haha.. tak apa lah dua2 membesar baru adil kan..




yang penting..kita dengan pasangan hidup saling melengkapi..jangan asyik merasa kekurangan dan nampak pasangan je yang salah.. hidup berkeluarga kena saling tolong menolong....baru harmoni....kan?









.

Tuesday, February 19, 2013

Mana la nak cari seragam bomba

Bismillah...

Assalamualaikum ...



'ibu..wafiq tak nak jadi doktor dah..nak jadi bomba penyelamat boleh?'

begitulah kuatnya aura..sampai sanggup tukar cita-cita..haha..nie semua gara-gara Sedia Menyelamat!


tak tau lah berapa juta kali dah dia khatam episod Sedia Menyelamat ni..mula lah skrip jadi sebutan harian.

'ikut arah apa?'... 'arah angin...'

'punca apa?' .. 'punca kebakaran...'



itu tak kisah.. sekarang dah ada masalah baru...'ibu..balik sekolah esok kita pergi kedai ye..cari baju bomba'

hah! sampai macam tu sekali taksubnya..seingat yaya inilah pertama kali dia minta belikan sesuatu dari apa yang dia tengok kat TV..tengok Boboiboy tak minta belikan pun patung hero kuasa 3 tu..tengok bola kampung pun sama..ibunya je yang belikan tabung bola kampung..patung upin ipin pun tak terliur...


tapi bila upin pakai seragam bomba terus minta belikan ... haiyaa anak ibu....


mmm..petang esok balik sekolah mesti 'perang besar' dalam kereta..haha..mana lah ibu nak cari seragam bomba nih...kalau ada jual pun tak koser la den nak membelinya..haha


*episod Jari Jemari Salleh pun pernah menghantui yaya....






.

Friday, February 15, 2013

Cut & Paste

Bismillah... Assalamualaikum... Ni salah satu buku aktiviti kegemaran wafiq..suka sangatlah kalau bertemu gunting dan gam.. tengah malam pun kalau dia teringat nak buat potong dan tampal nie kena ikut jugak kehendak dia..kalau tak tak tidur malam la ayah ibu dia dengar dia merengek..baik layankan sekejap pastu boleh tidur dengan aman..hihi Semalam dalam mengantuk lepas minum susu tapi tak jadi tidur..dia duk sukat duut dalam tabung..3 4 kali duk ulang mende sama..lepas tu cari buku cut and paste dia pulak..alahai..nasib hari nie tak sekolah..

Ini lah bukunya..

Wafiq belum pandai benar guna gunting..kens pegang tangan dia nk potong ikut garisan putus2..kalau biar dia buat sorang2 jadi perca la buku tu nanti..

Hasil semalam...

Tinggal yang nie je belum dipotong..bahagian mewarna dan melukis wafiq tak nak buat lagi.. kena siap potong dan tampal semua kut baru nak buat yang mewarna dan melukis tu.. Teringat perbualan dgn wafiq kelmarin..hari rabu kat sekolah hari seni atau buat kraf..tanya dia buat kraf apa..wafiq jawab buat kolaj..gunting2 pastu tampal..pandai pulak dia describe apa itu kolaj..tp yang tak bestnya..'tp teacher kata tg ahmad wafiq tak boleh balik, sebab tak nak buat kolaj..3 kali dah buat kolaj ibu..' hmm..yaya bg pula syarahan ringkas kat anak bertuah nie...hehe... 'wafiq kena jadi anak yang baik..dengar cakap ibu, dengar cakap teacher..apa teacher suruh buat kena ikut..faham?'... 'faham ibu'.. ;) .
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, February 13, 2013

WW : valentine or palestine

Bismillah...

Assalamualaikum...




Jalan-jalan cuti CNY 2013

Bismillah...

Assalamualaikum...

Cuti 4 hari kalau dapat bergolek2 duk rumah mmg best! Makan, tengok tv, tidur.. ulang itu saja selama 4 hari. Nescaya korang akan meronta nak masuk kerja sebab kebosanan..hehehe..kalau sehari dua terperap tak apa lah kan..i cannot laa...hihi..

Yaya cuti 4 hari pergi ziarah adik di Teluk Intan..nak sampai destinasi kami pusing Perak dulu..pergi Kuala Kangsar, pergi Ipoh..dah sampai Teluk Intan terus lajak ke Manjung pergi Aeon Jusco baru buka tu..dengar kata terbesar di Asia Tenggara ek?

Balik dari Teluk Intan kami singgah Cameron Highlands..lama sungguh tak pergi..last pergi 6 tahun lepas tahun 2007..pun pergibpada tahun baru cina..rupanya tak jauh mana Teluk Intan dengan Cameron. 2 jam perjalanan dah sampai Habu..tapi mak oiii...merangkak kami naik ke Tanah Rata..sejam lebih juga kereta terhegeh hegeh jem..hehe..

Pasar Malam di Brinchang pun kemain meriah lagi...makin besar..makin sesak...dekat pukul 5 petang baru kami bertolak balik ke Kuala Terengganu melalui Tapah..sunyi je jalan dari Tapah, Gua Musang dan Kuala Krai..

Alhamdulillah perjalanan selamat semuanya..Anak ibu Tg Ahmad Wafiq pun tak banyak ragamnya..cuma selalu ingat nak balik rumah..nampak gaya wafiq nie jenis homesick tahap kritikal..besar nanti tak leh duk asrama nampaknya...hehehe...





























Published with Blogger-droid v2.0.10

Daftar www.myheppi.com

Bismillah....

Assalamualaikum ....

baru sahaja dilancarkan tapi orang dah berpusu-pusu daftar.. www.myheppi.com adalah laman web sosial yang dibangunkan oleh orang Islam..http://www.myheppi.com/ mengamalkan prinsip 'Islamic Guidelines' jadi pastikan korang tidak memuat naik gambar-gambar yang tidak menutup aurat atau gambar anda akan dipadamkan ..

yaya sendiri baru register pagi tadi.. belum ada kawan lagi...boleh add yaya sebagai rakan anda hehe :) ..

www.myheppi.com/yayaazura









semoga myheppi.com setanding dengan laman sosial yang lain..







.

Ringkas tapi alhamdulillah...

Bismillah...

Assalamualaikum...

Makan sarapan yang ringkas-ringkas je..bayangkan mereka yang tak bernasib baik seperti kita..nak makan tapi makanan tak ada...

Tuesday, February 12, 2013

Asrama Maahad Darul Quran Rhusila Terbakar

Bismillah...
Assalamualaikum ...
Kejadian nie berlaku pada 05/02/2013..untuk makluman Madrasah Darul Quran nie terletak di Rusila, Marang, Terengganu.. Alhamdulillah masa kejadian (siang) tiada pelajar yang berada di asrama..Namum, bangunan asrama Blok B  yang menempatkan pelajar lelaki memang tak dapat diselamatkan sama sekali ..
Office yaya dah edarkan tabung untuk staff memberi sumbangan.. dan duit tersebut dah pun diserahkan kepada pihak pengurusan madrasah..sekarang kami kumpulkan pakaian, kain pelikat, kopiah atau jubah mahupun tshirt atau seluar untuk disedekahkan kepada pelajar..
Kepada semua dermawan anda boleh menyumbang terus ke akaun Bank Muamalat : 13010004244716 (Unit Pembangunan MDQ) atau Bank Islam Malaysia : 13017010080345 (Dana MDQ).

Terima Kasih.

Awas, jangan minum terlebih air!

Bismillah...

Assalamualaikum...


Minum air masak banyak2 nie dah macam penyakit berjangkit dah kat ofis yaya. Dari yang tak suka air putih dah boleh telan air putih..dari yang minum sebotol, sekarang dah minum berbotol-botol... bagus-bagus..semua dah tahu kepentingan minum air nampaknya.. ibu hamil dan ibu menyusu lagi lah perlu minum air lebih banyak dari biasa.. yaya paling banyak waktu pejabat 2.5 liter..tu pun dah tak terkira berapa kali ke tandas.. makan supplement lagi la kena banyak minum air..

cara yaya nak tahu macam mana yaya dh cukup minum air atau tak melalui warna air kencing.. pastikan ianya tidak berwarna ye.. tu maknanya badan dah terima cukup air.. kalau korang sering sakit kepala, sembelit, letih mungkin disebabkan kurang air..

Formula pengiraan bagi mengetahui jumlah air yang perlu diminum:

Sebanyak 1 liter bagi setiap 25 kg berat badan.Contohnya, berat badan 75kg jadi ;

--- 25 kg = 1liter

--- 75 kg ÷ 25 kg = 3 liter

Maka jumlah air yang diperlukan sekiranya berat badan 75kg ialah 3 liter.


Tapi awas! Jangan minum air terlalu banyak kerana khuatir akan menyebabkan jumlah elektrolit dalam tubuh akan hilang. Untuk menggantikan elektrolit yang hilang korang kenalah minum air isotonik. Tak pun untuk jimat bajet tambah je secubit garam dalam air kosong sebelum diminum.






Sunday, February 10, 2013

McD oo McD ... isu boikot

Bismillah...

Assalamualaikum...

Selagi boleh kita elakkan... kenyataan di bawah ni dari pihak Aqsa Syarif..

- Atas permintaan ramai sahabat-sahabat maka saya mulakan perkongsian perbincangan dgn McD. di pihak McD 3 officials dari bhgn human resource, dan Marketing. di pihak Aqsa Syarif pula ialah pengerusi (Dr Hafidzi Mohd Noor), GM (kamarulzaman Shahrul Anwar), Mike Allen VPM (Viva Palestina Malaysia) dan PR eks Aiman Zin Kandar. Pengerusi mulakan dgn background kpd pertemuan dan t.k kpd delegasi McD kerana sudi bertandang ke pej Aqsa Syarif Perbincangan berlaku dalam English kerana sdr Mike lebih fasih berbahasa Inggreis (warga muslim Britain yg sudah menetap di Malaysia di Malaysia) Mike started the ball rolling dgn meminta penjelasan hubungan McD Malaysia dgn McD Corp.

Rumusannya: McD Malaysia adalah dimiliki oleh Golden Archers Restaurant yg merupakan subsidiary kpd McD Corp. US. McD Malaysia membayar 5% dari turnover (sales) pd McD Corp US. McD Corp adalah policy maker dan juga menggariskan code of conduct.

Jika McD Malaysia nak buka outlet baru mereka akan submit application pd McD corp US. Even McD corp akan provide financial assistance utk buka outlet baru. Point penting - McD Malaysia is linked to McD corp financially and even pay royalties as well as benefited from McD Corp US. jadi argument yg mengatakan McD Malaysia hanya membayar cukai pd kerajaan is misleading. seterusnya delegasi McD refute dakwaan yg mengatakan CEO McD contibuted to JUF (Jewish United Fund) yg berada at the forefront in aiding Israel. Mereka kata itu CEO 10 tahun dulu. bukan CEO sekarang.

Point penting - Mereka tak nafikan Jack Greenberg (check nama CEO dlm google) contribute to JUF, tapi he did that in his personal capacity?? To which Mike shot back macam mana Greenberg contribute on his personal capacity using McD as a source of the funds. Dan saya ada sebut McD terima award from Israeli govt for helping israel's economy. Ana juga refute McD top management is no longer related to Israel because one of the board of directors (mungkin CEO yg sekarang-he's black American) dpt prestigious award dari muzuem of holocaust for outstanding contributions to keep the important chapter in the jewish history alive in the minds of the jewish people

Seterusnya tentang senarai boycott dalam Inminds. Kami tegaskan pd mereka. jika inminds say untrue things abt McD kenapa tdk sekalipun inminds kena sue dgn McD. Mike tambah ada kes di UK one person campaigning against McD (isu lain-bukan boikot Israel) McD sue that person in court. jadi sepatutnya Inminds dah lama kena saman-tetapi tdk sekalipun. wal hal sueing and counter sueing is the norm in the west. to this mereka tdk ada jawapan point seterusnya- mereka kata kenapa boikot McD sebab kita tlg bumiputera. McD sedia pekerjaan 80% melayu/islam. Mereka kata McD tempat mereka cari rezeki-McD is like their home. yg ini saya jawab sasaran boikot bukan pekerja McD. We are not against you. there's nothing personal about boycott McD. we are not against your livelihood. we are against McD supporting Israel. and remember that boycott is still relevant regardless of who works at McD. it is not like majority of McD workers are melayu muslim than we should not boycott. if let say that majority of McD workers are non malay/non muslim than it is ok to boycott? Israel is waging war against humanity. Israel is not against Islam in particular, Israel is targeting the whole of humanity. when they kill children and they attack schools they are not targeting muslims per se-they are targeting the whole of mankind. so we do not buy the argument that since the workers are muslims than we should reconsider our boycott campaign. to us it does not matter who works at McD. McD Malaysia is as guilty as McD corp US and we should not make any distinctions between the 2 entities. they are one and the same kemudian mereka tanya kenapa tak boycott syarikat US yg lain. maka kami jawab kita bukan boycott US companies, bahkan kita bukan boycott syatikat yahudi. kita boycott syarijat yg membantu kewangan Israel. kami tak peduli, kalaupun syarikat itu milik umat Islam, jika dia tolong Israel maka syatikat itu akan jadi sasaran boycott juga sama macam McD. Jadi jgn salah faham-boycott McD bukan sebab dia syarikat USA. ... ok bersambung insyaAllah -




.

Friday, February 8, 2013

River Cruise di Taman Tamadun Islam

Bismillah...

Assalamualaikum...


Akhirnya merasa juga naik river cruise di kampung sendiri..hehehe..walaupun Taman Tamadun Islam tu tempat bermain Wafiq tapi nak naik river cruise tu asyik tergendala je..sampai lah kawan-kawan adik yaya yang sama belajar di Polisas Kuantan datang bercuti di Kuala Terengganu. Jadi yaya bawalah mereka naik river cruise.
 
Tiket agak mahal..hihi..Dewasa RM 20..kanak-kanak bawah 7 tahun percuma.. perjalanan selama 45 minit tu rasa sekejap je..bermula dari Jeti River Cruise di Taman Tamadun Islam kami dibawa menyusur Sungai Terengganu..menempuhi pulau-pulau dan perkampungan nelayan sehinggalah ke Pulau Warisan yang berhampiran Pasar Payang tu kemudian patah balik ke Taman Tamadun Islam. Tak bosan kami sebab tour guide dalam bot kami tusrntisa memberi info diselangi lawak jenaka.
 
Jom lah layan gambar di bawah..tak selesa nak menaip panjang sebab sekarang yaya berada di bandar Gerik..mahu menuju ke Teluk Intan..

Tuan tanah kedaun berposing dengan tiket-tiket.. ;)




























.

Thursday, February 7, 2013

Di mana saya ping entri ?

Bismillah...

Assalamualaikum ...

yaya nak senaraikan page-page di FB yang yaya biasa ping entri.. bila dah ping entri sedikit sebanyak cara nie akan meningkatkan bolangan pengunjung ke blog kita.. kebanyakan follower sedia ada diblog adlah active reader..yang selalu singgah bila ada entri baru..tapi jangan lupa banyak juga yang dah tak aktif..jadi untuk tungkatkan bilangan pelawat ke blog kenalah ping entri baru kita tu.. Insya Allah ramai new reader akan kenal blog kita...

di bawah nie yaya  senaraikan page-page di Facebook yang yaya biasa ping entri...

https://www.facebook.com/groups/KELABBLOGGERBA/

https://www.facebook.com/groups/wanammal/

https://www.facebook.com/groups/197784546908100/

https://www.facebook.com/groups/158054457557494/

https://www.facebook.com/groups/218299484909839/

https://www.facebook.com/groups/denaihatinetwork/

https://www.facebook.com/groups/BloggerSelangor/

https://www.facebook.com/groups/bloggroup/



kalau korang tahu mana-mana page lagi yang ramai members boleh share dengan yaya....tq....






.









CPUV Campaign Pertama 2013

Bismillah...

Assalamualaikum ...

merasa juga CPUV - sebelum nie sokmo yaya sebut BE... benda sama jer pun .. orang lain 2013 berkepuk dah tabung nuffnang..yaya baru nak merasa..hehe..tak apa lah..ada lah jugak kan...

kali nie CPUV dari Digi Best Prepaid . Tq Digi , Tq Nuffnang


Apa itu CPUV Campaign?

sebelum niedipanggil Buffered Earning (BE) sekarang dah digelar CPUV Campaigns...CPUV campaign adalah pendapatan yang kita dapat hasil daripada iklan atau kempen yang pengiklan sewa di blog kita dalam satu tempoh yang tertentu.. 
 
sekiranya pihak pengiklan berminat dengan blog kita maka blog akan layan mendapat CPUV campaign nie dan bukan ditentukan oleh Nuffnang...pendapatan pula dikira berdasarkan  jumlah unique visits dalam blog ..jadi bila dah dapat CPUV campaign nie kena rajin update blog dan ping entry agar unique visit tinggi ... 
 
 

Tips untuk mendapat CPUV Campaign :

Pengiklan akan memilih blog untuk kempen CPUV berdasarkan beberapa kriteria seperti penonton sasaran blog, genre blog dan pengaruh. Sebagai contoh, sebuah syarikat kosmetik akan lebih cenderung untuk memilih fesyen dan blog kecantikan dengan pembaca wanita untuk mengiklankan.

Bloggers dengan status glitterati juga keutamaan yang lebih tinggi semasa pemilihan.

Memastikan iklan anda secara optimum diletakkan, mengemaskini profil blogger anda dan kajian akan meningkatkan peluang pengiklan perasan blog anda dan oleh itu meningkatkan peluang blog anda dipilih untuk Kempen CPUV.

.

Wednesday, February 6, 2013

Jom lompat tali untuk kurus!

Bismillah...

Assalamualaikum....

Sekali sekali yaya beli majalah RAPI.. rm4.00 sahaja..banyak info dan tips kesihatan... Bila umur dah lebih 30 nie fikir nak jaga kesihatan je..hehe


Yaya snap info dari majalah..sharing is caring ;)





Nak jogging segala bagai tak sempat..jom lompat tali...

Tapinya...satu saat 2 lompatan! Semput den!



.



Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, February 3, 2013

aish...kena lagi sekali...

Bismillah....

Assalamualaikum....


Sepatutnya warna biskut nie cerah lgi...tapi bila buka pack, ayoyo...awat ni gelap gelita biskut nie...bukan satu bungkus tp yaya beli dua bungkus biskut nie utk wafiq..biskut feveret anak teruna saya...






Tak mo la cakap biskut ape..kalau bg klu sikit je pun sah-sah orang boleh teka...cuma tak ptut la kan..kalau biskut tu terlebih bakar atau tersalah suhu..korang jual jugak ek...





Nak buat macam dah..den redho jer lah..hehe..sure wafiq makan tak habis nie....hmmm.....



.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, February 2, 2013

Mini Cooper Saya

Bismillah...

Assalamualaikum....

Kali pertama ke kedai tayar...Pagi tadi giliran mr.tmfs ke kedai tayar... Pagi tadi tukar spring..tapi nampak macam rendah..yaya bab kereta memang zero..satu hape pun den tatau...hhhaha...tapi kesian mr.tmfs..dah sepagi dia di kedai tayar..so untuk adjust lagi sekali yaya volunteer kan diri ini...hehe..kedai tayar tu dekat sangat ngn rumah... Halim Tayar.. kedai orang melayu...selagi boleh cari kedai melayu...kalau kita tak tolong orang kita sape lagi...kan?...






Ini lah kereta mini saya...menaruh harapan pada mini.cooper..nampaknya harapan jadi debu..tak mampu den....tapi bila nampak mini cooper atas jalan..tetap bagi tau mr.tmfs buat ke berapa ratus kali pun tatau.. 'itu kereta idaman saya'... Hehehe

Tahun baru 2013 nie tahun menyolek viva ... Dah 5 tahun pakai... Alhamdulillah tak banyak masalah...kereta kecil, maintenance kecil..yg penting jimat duit untuk minyak.. di sebabkan banyak jasa dah viva nie kat kami..kami bg rewards la sikit kat adik comel putih melepak nie..hihi...

Tukar player, tukar spoiler, tukar tayar buat kali ke dua..dan tukar rim juga buat kali kedua..berkenan rim putih jugak...hehe..



*Tak dapat mini cooper..mini viva pun jadi lah...;)





Published with Blogger-droid v2.0.10