Dah sebulan Wafiq bersekolah ....

Bismillah...

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah.. dah boleh biasakan diri dengan rutin baru 2013..bangun lagi awal..siapkan breakfast .. sebelum nie mr.tmfs beli kat warung then kami makan kat rumah. Tapi tahun baru nie tak ada beli-beli dah.sebab Wafiq join breakfast awal bersama kami.. jadi buat sarapan simple untuk 3 beranak.. roti  celup telur, telur mata lembu kapit dengan roti, tak pun roti sapu peanut butter je.. haha..asyik roti jer...  kadang tu makan bijirin, kami dengan bijirin nestle low fat fitness fruits, Wafiq dengan honey star+koko krunch, kadang tu goreng tempura je.. dan Wafiq dari hari pertama sekolah tak pernah tak bawa bekal..Wafiq pun dah terbiasa..ada hari biskut tiger pun dia suruh buka letak dalam tupperware nak bawa pergi sekolah...

 hari pertama persekolahan - 30 Disember 2012..


wafiq nak bangun pagi ada juga hari meragamnya..tapi tak selalu..lepas mandi ok lah..time breakfast beres je..tok ma suapkan..dia nganga mulut jer..pagi2 dah banyak coloteh..rasa semangat je pagi-pagi ku dengar celoteh dia tu..memang cakap banyak budak Wafiq nie.. Hari ke-2 bersekolah... 'ibu..teacher kata teacher nak zip mulut wafiq'.. nape pulak nak oii...nape teacher nak zip mulut tu... 'teacher kata Wafiq banyak cakap sangat!'... haha..nak tergelak pun ada dengar dia bercerita..hehe..



sebelum nie 7.45 baru keluar rumah..tahun baru kena keluar 7.30..awal 15 minit jer pun..hehe..tapi mr.tmfs pergi kerja lambat sikit sebab dia masuk kerja lambat.. yaya lah kena menghantar dan menjemput Wafiq.. rasa seronok pula dapat spent time banyak2 dengan anak dalam kereta..dapat sembang macam-macam..jalan jem pun tak terasa..

 anak ibu..yang duduk di tengah membelakangkan dinding oren ...

sampai tadika bila nak pass Wafiq ke teacher..soalan wajib Wafiq akan tanya yaya .. 'pukul brape ibu nak mari ambil Wafiq?'..setiap hari...tak pernah missed soalan itu..hehhe...  teacher kelas dia ada bagi tahu.. Wafiq tak menangis tapi selalu cakap nak balik rumah tok ma..cucu tok ma nie tak boleh berpisah lama-lama.. Wafiq nampak yaya sembang dengan teacher dia..then dalam kereta slow talk dengan dia..

'Wafiq nape selalu cakap nak balik rumah tok ma..Wafiq kat sekolah kena dengar cakap teacher, kena buat apa teacher suruh..' 'Kata nak jadi doktor, kata nak jadi bomba, kata nak jadi macam Ehsan tukang masak popular..kena la sekolah betul2..' - cerita upin ipin-  kena sebut semua cita-cita dia, kalau tak banyak pulak soal jawab...hihi

dan lepas pada kejadian tu..setiap kali yaya jemput Wafiq.. Wafiq akan cakap 'ibu..Wafiq tak cakap pun kat teacher Wafiq nak balik'.. setiap hari juga dia bagi tahu..tak pernah missed..haha... 



dalam sebulan bersekolah nie.. kerap sangat Wafiq demam dan selsema..sebelum nie dalam setahun demam la sekali dua ..demam sehari dah kebah..hari nie selsema lagi..haiihh..masalah biasa kalau duk tadika.  Yaya dah beli fish oil aka Omega Shaklee tapi dia tak nak..last, yaya yang makan. nanti kena cuba letak fish oil dalam mee goreng..harap dia boleh terima.Yaya pun dah belikan MealShake Shaklee.. harap selepas nie Wafiq sentiasa sihat, cergas dan kuat antibodi dia..dari 2011 lagi yaya consume dengan produk Shaklee..tapi semalam yaya beli agak banyak..member cakap baik jadi ahli terus lah..ye tak ye jugak kan..senang jadi ahli..order sendiri untuk kegunaan sendiri...

jauhnya Wafiq.. yang dekat ngan dinding tu.. takut ah tu misi nak check gigi..haha



Mungkin ada yang kata awalnya hantar sekolah..tungu umur 5 tahun pun tak apa..yaya ada alasan sendiri..Wafiq nie cuma duduk dengan aki dan tokma je kat rumah..jadi manjanya te lebih lah sikit..'aktif' pun terlebih.. dari dia tengok tv baik pergi sekolah..tahun nie nak dia biasakn diri..sekurang-kurangnya pergi tadika seminggu dah pandai baca doa selepas makan..(kat rumah baca doa sebelum makan je..lepas makan sebut alhamdullillah je.hihi)..semalam dengar Wafiq baca erti doa sebelum dan selepas makan dalam English.. tapi masih tersekat-sekat lagi...ambil wuduk pun dah tak tunggang terbalik..dah mengikut tertib.. umur nie budak-budak cepat pick up..jadi biarlah diorang absorb segalanya.. ayah ibu ajar tak nak ikut mana.. biasalah budak lagi dengar cakap guru.. kita pun dulu macam tu jugak kan .. :)

*semua gambar yaya ambil dari FB Tadika Nurul Iman As-Siddiq , nie pula Blog Tadika Nurul Iman As-Siddiq







.

3 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. nampak selesa sgt sekolah tu.wafiq pasti jd anak soleh yg cerdik.cantik hijau background blog tu

    ReplyDelete
  2. Dari apa yg kakak lihat Wafiq anak yg cerdik. Tunggulah Yaya tak sampai habis tahun ini Wafiq dah boleh bersolat tau...

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post