Tuesday, February 12, 2013

Awas, jangan minum terlebih air!

Bismillah...

Assalamualaikum...


Minum air masak banyak2 nie dah macam penyakit berjangkit dah kat ofis yaya. Dari yang tak suka air putih dah boleh telan air putih..dari yang minum sebotol, sekarang dah minum berbotol-botol... bagus-bagus..semua dah tahu kepentingan minum air nampaknya.. ibu hamil dan ibu menyusu lagi lah perlu minum air lebih banyak dari biasa.. yaya paling banyak waktu pejabat 2.5 liter..tu pun dah tak terkira berapa kali ke tandas.. makan supplement lagi la kena banyak minum air..

cara yaya nak tahu macam mana yaya dh cukup minum air atau tak melalui warna air kencing.. pastikan ianya tidak berwarna ye.. tu maknanya badan dah terima cukup air.. kalau korang sering sakit kepala, sembelit, letih mungkin disebabkan kurang air..

Formula pengiraan bagi mengetahui jumlah air yang perlu diminum:

Sebanyak 1 liter bagi setiap 25 kg berat badan.Contohnya, berat badan 75kg jadi ;

--- 25 kg = 1liter

--- 75 kg ÷ 25 kg = 3 liter

Maka jumlah air yang diperlukan sekiranya berat badan 75kg ialah 3 liter.


Tapi awas! Jangan minum air terlalu banyak kerana khuatir akan menyebabkan jumlah elektrolit dalam tubuh akan hilang. Untuk menggantikan elektrolit yang hilang korang kenalah minum air isotonik. Tak pun untuk jimat bajet tambah je secubit garam dalam air kosong sebelum diminum.






4 comments:

  1. betulla dulu kurang minum air..sejak bersupplement ni mmg dahaga saje..pahtu kerap ke tandas yg tak tahan tu...

    kalu ikutkan badan c.dah kena minum 2.5 liter air..tp rasenya minum x smpi pun 2 liter...hehehhe...

    ReplyDelete
  2. setuju sangat2.. dj pernah try minum banyak air.. mmg air kencing akn bertukar jd putih jernih.. tp tu lah kerap pergi n balik tandas,, hihihi

    BY: djdanchef.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Kakcik rasa kakcik sangat kurang minum air...

    ReplyDelete
  4. sedikit lagi maklumat perkongsian. cara kita meminum air jugak kena betul jgn teguk sekali satu gelas abis..kerana kemungkinan air yg kita minum tidak akan memeberi manfaat kepada badan kita dan terus jadi air kencing. so minum segelas tu dengan cara perlahan2 supaya khasiatnya akan meresap ke serata badan kita.juga amalkan minum duduk seperti sunnah nabi s.a.w.

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.