Tuesday, January 8, 2013

Amalan Memudahkan Hamil Menurut Islam

Bismillah...

Assalamualaikum ....

Wafiq dah start sekolah..jadi ibunya pun dah merancang nak tambah lagi..hihi..kawan-kawan sekalian sudi-sudikanlah doakan yaya agar mudah lah lekat yang no.2 nie ye..belah keluarga yaya memang meriah lah bilangan ahli keluarga.. tapi belah suami tersangatlah minima.. my husband anak tunggal..my FIL also anak tunggal..my MIL pun sedang2 je..

memang yaya merancang bila Wafq masuk sekolah nak tambah anak..sorang dah ke sekolah nanti kalau ada yang kecik (Insya Allah) tak lah pening kepala tok ma nak menjaga sebabnya my MIL tak bagi cucu dihantar  pengasuh..sekarang wafiq dah 3 tahun 7 bulan..tempoh berehat untuk ceasar pun dah lama sangat dah lepas..hihi..operate kan kena berehat dari mengandung untuk tempoh 3 tahun..

Yaya pernah tengok satu cerita Indon nie..pasangan nie belum ada anak..tapi dorang tak putus-putus memberi sedekah..beri makan pada orang susah..akhirnya peroleh juga mereka rezeki zuriat..Dalam agama kita sememangya mengalakkan amalan kebajikan seperti sedekah  dan puasa sunat supaya  dengan cara ini hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan.

Ada beberapa amalan dalam Islam yang perlu dilakukan secara konsisten dan penuh harapan agar doa untuk memperoleh zuriat dimakbulkan Allah S.W.T. Insya Allah.


Selepas terbitnya fajar atau sesudah solat subuh :

1) Baca Bismillah
2) Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 3 kali
3) Kemudian sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
4) Dalam sujud mohonlah kepada Allah SWT akan apa yang dihajati.(Cth: Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
5) Selepas lafaz doa, tutuplah doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.



Selain itu , amalkan membaca 'Ya Mutakabbir' (Allah Yang Maha Memilki Keagungan) sebanyak 11 kali bagi suami sebelum melakukan hubungan kelamin.

Isteri pula hendaklah membaca 'Ya Awwal' (Yang Tiada Permulaan Ada Nya) sebanyak 333 kali setiap hari.

Isteri juga hendaklah membaca setiap hari 'Ya Zaljalaali Wal Ikram' (Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan) sebanyak 11 kali dan tiup ke dalam air kemudian air tersebut perlulah diminum.

Doa-doa yang boleh diamalkan untuk memudahkan mendapat zuriat di ENTRI INI .


Semoga dipermudahkan rezeki zuriat ke atas ku...Sesungguhnya Allah maha mendengar nak menerima doa..aminnn...



 



1 comment:

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...