Thursday, November 29, 2012

Alahai pos laju


Assalamualaikum...


Pos laju tak berapa nak laju...macam-macam masalah...tension dah ni weh...nak lepas geram kat sape pun tak tau..last-last sengih je la sorang-sorang.mereng.

Yaya dah check tracking..tapi tracking pending ..setakat barang dah keluar dari pos laju pmk..

Parcel tu sepatutnya sampai tangan yaya 27hb tp hari nie dah berapa haribulan..dah 4 hari barang yaya tak ketahuan status.hari-hari yaya call pos laju.jawapan mereka nanti kami check, nanti kami tunggu feedback dari orang lain takut barang tertukar...lepas tu orang pos laju ada call yaya sekali..bagi tahu consignment note ada tapi barang tak ada...alahai...

Tadi yaya pergi pos laju...jumpa dengan dorang pun tak membantu..hanya minta tinggalkan nama.alamat dan nombor telefon untuk dihubungi kalau-kalau ada barang tu..tapi sampai bila ye saya nak menunggu wahai pos laju ???




Published with Blogger-droid v2.0.9

Kalau anak mengamuk apa anda buat ?

Assalamualaikum ..


kalau anak berusia 2 - 4 tahun ..macam Wafiq...alahai budak-budak kalau mengamuk..mereka tak sedar apa dah..bertempik meraung suara mengalahkan guruh. Kadang-kadang disebabkan benda kecil je pun..bila kita mengatur dia buang air kecil, ajak ke tandas..dia ikutkan je. tapi bila selesai semua tu..kebetulan cerita kegemaran dia yang dia tengok sebelum tu dah habis..maka start la mengamuk ... dulu memang yaya kurang sikit sabarnya..mengamuk tak ketahuan hala sape tak hangin.nasib baik mr.tmfs bila berdepan dengan anak meragam dia jauh lebih baik dari yaya...yaya pun dah 2 3 kali kena nasihat dengan mr.tmfs..ekeke...sekarang saya sudah insaf..sudah jadi ibu penyabar...^_^

anak meragam atau mengamuk nie sebenarnya mereka nak lepaskan geram, adakalanya nak kan sesuatu ataupun perhatian, mungkin juga mereka letih atau lapar..kita kena kenal pasti la anak kita meragam sebab apa..

Wafiq sudah emo bila air yang dipesan lambat sampai .. akhirnya Wafiq bangun dari kerusi menuju ke dapur restoran. 'Wafiq nak pergi mana tu' ..'nak tanya kakak tu mana air teh o peng Wafiq' ..


jangan ditenangkan anak yang mengamuk, makin anda cuba tenangkan makin kuat suara anak sebab anak fikir boleh mengambil kesempatan ke atas anda dengan cara mengamuk..

Wafiq mengamuk kami biarkan saja..nie sebenarnya ubat paling mujarab..hihi..biar dia penat berteriak sorang-sorang..hihi..jangan ingat kamu mengamuk macam nak runtuh rumah akan ada yg bertanya 'nak apa', kenapa' ..baik tak payah tanya la..kadang-kadang mereka tak ada jawapan pun..tapi kalau anak jenis hantuk kepala ke dinding ke jangan pula korang biarkan..

Yaya suka psiko Wafiq..dulu wafiq ada tengok satu cerita nie kat TV..tak ingat dah cerita apa..tapi ibu angkat yang jahat dan ada ilmu hitam nie terbakar dan terus hilang bersama asap ..anak-anak diamenangis memanggil ibu.. Yaya perasan Wafiq bergenang dah mata dia..terus datang peluk yaya.. lepas tu kalau dia mengamuk tak tentu pasal yaya akan cakap .. ' Wafiq nie dah tak sayang ibu ke?..kalau tak sayang biar je la asap ambil ibu..' automatiknya hentakan kaki dan tangan yg duk pap pap akan berhenti..mesti dia datang peluk punya sambil cakap..'ibu jangan lah cakap macam tu ...' alahai..sweetnya time tu..hihi

Pura-pura menangis.. buat-buat emo jugak..nie pun mujarab jugak nie..lakonan mesti terbaik...anak akan pelik bila tengok ibu menangis..amukan dia puan akan slow down ..dia akan datang kat korang.. tanya kenapa ibu menangis...time nie la korang kena reka cipta skrip yang mantop! 'sedihnya ibu..anak ibu yang baik mengamuk macam nie..' ...dan dan la Wafiq peluk yaya... ada sekali tu yaya cakap.. 'nape la anak ibu nie mussang (bekeng) sangat?..sedih ibu...' tapi dia boleh jawab 'musang duk atas pokok la ibu...' hmmm

Wafiq rasanya jarang benar mengamuk kalau nak kan barangan..dia memang makan pujuk..lagi pun Wafiq jenis macam tak berkehendak mana dengan mainan..ada kanak-kanak mengamuk nak kan mainan..nasihat yaya masa dia mengamuk dalam kedai mainan jangan belikan..jangan turutkan kehendak anak..sekali beli jadi anak akan buat kesimpulan 'kalau aku menangis mesti ibu akan belikan' .. 

suka yaya ambil contoh rakan sepejabat yaya (lelaki), dia tak kan belikan apa-apa untuk anak-anak kalau keluar bersama..kali pertama memang anak-anak menangis..memang mak ayah akan malu anak menangis di tempat awam. tapi dia akan keluar tanpa anak-anak dan akan belikan sesuatu untuk anak..(barangan yang sama ataupun berlainan) ... jadi lepas tu anak-anak tak kan menangis lagi nak kan sesuatu. mereka faham nanti ayah atau mak akan bagi juga..bagus juga cara nie kan?







Wednesday, November 28, 2012

Kira dulu sebelum bayar


Assalamualaikum ...

Kira dulu sebelum bayar..terutamanya kedai makan yang kira manual...sebelum mereka kira manual ataupun tekan-tekan kalkulator ada baiknya kita kira sendiri dulu..pada menu makanan dan minuman kan dah ada harga..apa salahnya congak-congak dulu..

bukan apa..sebab pernah terjadi pada yaya..banyak juga kami makan..termasuk emak dan adik..tapi bila panggil pelayan suruh kira harga, jumlah yang dia kira berbeza dengan yaya congak dalam kepala ni..bukan terlebih caj tapi dia terkurang caj!

tapi yaya hulurkan juga dulu duit..beri pada pelayan tu..sementara dia pergi ambil duit baki yaya kira lagi sekali..jumlahnya sama macam yang yaya kira tadi..bila pelayan tu datang kembali yaya bagi tau dia..

'dik..akak rasa macam salah kira nie..boleh tak kira sekali lagi...macam terkurang kira'

bukan sekali tapi dua kali juga adik tu kira..mungkin dia sendiri tak sangka dia terkurang caj dan was-was nak minta duit lagi dari yaya...tu yang kira dua kali tu..

'maaf la kak...kena tambah lagi RM 12.00'



kita dah dapat agak berapa kita kena bayar..kalau mereka terlebih caj kita boleh tanya sekali lagi..kalau terkurang caj pun kena tanya juga..makanan dah masuk dalam petut tu..jadi darah daging...tak baik buat senyap je tau...kalau kita tak tau lain cerita..



Lebuhraya Kelantan Lebuhraya Akhirat


Assalamualaikum ....


Bismillah

Kelantan dan Lebuhraya


Rakyat Kelantan adalah antara mangsa yang dizalimi Kerajaan Pusat bernama BN. Rakyat Kelantan adalah pembayar cukai sama seperti rakyat di negeri-negeri yang maju dari aspek pembangunan materialnya namun tidak mendapat hak samarata dengan pembayar cukai di negeri-negeri lain. Keadaan di anaktirikan seperti ini saya saksikan sejak lebih suku abad. Itu saya!… yang belum sempat merasai usia separuh abad. Bagaimana dengan generasi ibubapa yang sudah melangkau usia separuh abad? Dan mereka yang lebih berusia lagi?

Setiap kali cuti sekolah atau cuti raya atau cuti umum yang lain, boleh dirasakan peritnya beratur di atas jalanraya bermula di Kuala Lipis atau Raub jika dari Kuala Lumpur. Memasuki Merapoh, para kereta sudah pun boleh berlumba dengan kura-kura. Kura-kura boleh menang berkali-kali dibandingkan berlumba dengan arnab. Mereka yang mengambil jalan melalui Perak pun boleh sampai dahulu ke Kota Bharu walhal jalan itu lebih jauh.

Akhirnya berkat fikiran dari pemimpin yang ‘jjuruh‘ dan rakyat sentiasa dihatinya, satu usaha ‘berdikari’ dilancarkan iaitu kutipan derma untuk membina lebuhraya secara sendirian berhad. Rakyat Kelantan yang matang dek latar belakang dan persekitaran universiti Islam yang ada segera menyahut dan memberi respon positif terhadap usaha ini. [Kecuali ada sesetengah yang berfikiran singkat dan busuk hati menyindir usaha ini. Lepas ini kita tengok, mereka akan pilih jalan mana bila lebuhraya sudah siap, insya Allah].

Entri penuh di SINI..








.

Tuesday, November 27, 2012

Dah nak kena

Assalamualaikum ...


Wafiq memang obses dengan bola..kalau boleh tak nak berpisah dengan 3 biji bola dia tu .. nak angkut semua kalau balik rumah nenek..tp, dia dengar kata.. dapat bawa balik sebiji ok dah...wafiq nie macam budak lelaki lain jugak.tak reti nak penat..daku yang menengok dia main bola nie dah rasa penat sangat dah..tak ada geng ok..Wafiq main sorang-sorang..haha..sorang-sorang pun boleh main bola..tok ma cakap rumah dia dah tak berseni, dah rupa surau, lapang je..sofa kerusi semua rapat ke dinding..disepaknya bola sampai ke siling..mujur tak pecah..bergoyang lampu..nasib panjang umur je lampu-lampu tu..

minggu lepas, rabu.. orang kata nak gerah macam mana, tapi lagi sedap di sebut takdir Allah..macam biasa main bola sorang-sorang..yaya baru je balik keje..pagi tu hantar Wafiq rumah nenek sebab tok ma tak sihat..
entah macam mana..dia terpijak bola..tersungkur jatuh , kena pulak frame pintu bilik..senyap sekejap Wafiq..tak meraung ..strong boy!



daku kuat semangat sikit kalau benda-benda macam nie..tapi mr.tmfs dah pucat...dia punya terkejut membawa ke malam..banyak jugak darah..tapi cepat-cepat letak minyak gamat..kuasa Allah tak ada dah darah keluar..gambar atas tu sebelum ke klinik..

kebetulan makcik yaya ada kat rumah..dia matron kat HSNZ..dia cakap bawak pergi hospital la..sebab dampak besar jugak terbelah tu..wafiq dengar terus menyampuk .. 

'tak payah la hospital..kita pergi klinik je'..hehe..kelakar jugak dengar dia cakap macam tu..

tapi kalau ke hospital lama pula menunggu..kami ke Pusat Perubatan Intan je..makcik yaya dah pesan kalau doktor nak jahit kalau boleh tak nak jahit..minta doktor gam je..lepas tu tutup dengan sticker tape..jangan letak tape yg kuat-kuat,.takut nanti bila nak buka, terbuka pula belahan..

dalam kereta dah pesan kat wafiq..

'kalau doktor letak ubat Wafiq jangan menangis ye..Wafiq kan hero macam Boboiboy'

'Wafiq Boboiboy kuasa 4!..cite Boboiboy kuasa 3 je'..

'nanti sampai klinik Wafiq boleh tengok TV dulu tak ibu...?'

kompius juga bila dia sebut tengok tv..tapi bila Wafiq sambing cakap ..'sebelum masuk bilik doktor boleh tengok TV..'

eh..ye la kan..kat klinik kan sementara menunggu ada TV boleh tengok.


tapi Alhamdulillah..doktor cakap sikit je..tak perlu jahit..tak perlu gam..kena cuci luka jer sikit..seolah dia ingat pesan ibu, bila nurse cuci luka..Wafiq cuma ketap gigi kuat-kuat..langsung tak menangis ke apa..memang dia menahan la rasa pedih dan rasa takut dia tu..

lega sangat bila doktor cakap tak ada apa-apa..sekarang kena ikhtiar hilangkan parut..terpampang kat dahi tu..kalau boleh tak nak la sampai jelas sangat parit tu..hilang terus pun bagus..haha..yaya nak.sapu vitamin E shaklee la .. nak campurkan ESP Shaklee dalam susu dia..ke ada petua lain ?







BE kembali menjengah

Assalamualaikum ...

Dah lama sangat dah tak dapat Buffered Earnings (BE) ..semacam malu-malu kucing advertisers nak pilih  blog nie..hehe..tahun nie baru dapat 5 BE..23 November baru nie baru la merasa dapat BE yang ke-6 ..BE untuk campaign Astro Fear Factor


tak apa la kan dari tak ada...


Orang kata kalau buat entri dan backlink ke Nuffnang pun satu tips untuk dapat BE .. mungkin ye jugak kan..hehe...Terima kasih banyak-banyak la Nuffnang ye..


Kelmarin dah cash out Nuffnang ...tak banyak pun..RM 72.25 je...boleh la untuk orang yang tak kerap update kan.



Monday, November 26, 2012

Doa Memudahkan Dapat Zuriat


Assalamualaikum ...


1 -


 Surah Al Anbiya - Ayat 89


Maksudnya :

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.





2 -



Surah Ali Imran - Ayat 38

Maksudnya :

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.









Sunday, November 25, 2012

Durian Crepe oh Durian Crepe

Assalamualaikum.....


Dek kerana sayang nak makan....



Yang last ibu sampai kerat 3 .... Kononnya nak telan sikit-sikit ...kalau habis yang nie tunggu bulan depan pulak baru order..dah 3 kali beli dah bulan nie...

Tapi ..... Yang terakhir itu ....




Berdebush! Awak serang dengan bola ! Bertuahnya duhai anak.....
Nak tergelak pun ada bila diingatkan balik...hihi...




.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 23, 2012

macam-macam rancangan Wafiq

Assalamualaikum....


Anak bertuah sorang nie pandai dah minta di bawa ke mana-mana..seminggu dua ni hari-hari ajak ayah ibu dia pergi kolam renang, nak main layang-layang kat pantai, nak kain gelongsor kat Giant, nak pergi situ sini..macam- macam lah..kalau dalam kereta asyik pot pet pot pet je dia aturkan 'rancangan perjalanan'...lepas isi minyak kita pergi pantai..lepas main kat pantai kita pergi Giant pulak..lepas tu nak pergi makan...haih anak bertuah... pagi tadi dah ajak pergi kolam renang..bagi tahu cuaca macam nak hujan...kolam tutup.selamat lah sekejap..petang nanti mmg sure dia akan.ajak lagi...

Tadi yaya pergi ambil durian crepe dekat shell Batu Buruk..nak rasa durian crepe nie pulak..masuk yg nie dah 3 jenis durian crepe yaya makan dari berlainan tuan..nak rasa mana yang paling sedap..wafiq dah arif sangat jalan tu..tu pun laluan ke pantai..nak tak nak layan la sekejap..

Dalam pada cuaca redup..hujan setitik dua..pun ramai jugak orang kat Pantai Batu Buruk..tunaikan hajat wafiq nak main layang-layang...



Wafiq cakap...'wafiq macamupin ipin je main layang-layang'




Main sekejap je...ingatkan boleh balik terus..tapi...




Sambung main kat playground pulak....




Layan kan aje


Susah betul nak ajak balik...ayah tak ikut..nanti ayah nak pakai kereta nak gi solat Jumaat nak oiii....dalam kereta sempat lagi tanya 'bila kita nak gi Giant?'...hmmm...





.


Published with Blogger-droid v2.0.9

Senangnya kalau tak ada 'Word Verification'

Assalamualaikum ....


tolonglah kesian kat saya..terhendap-hendap saya..sampai berkerut-kerut dahi..akhirnya saya terpaksa klik tanda pangkah sahaja...

saya bukan robot..tapi saya tetap tak boleh nak kenal pasti perkataan atau mungkin nombor yang pertama tu ... agak menyusahkan untuk tinggalkan jejak bila ada word verification..tak berapa mesra pengguna..hehe

mungkin ada yang belum tahu cara nak buang word verification tu...meh sini rapat-rapat..saya sudi ajarkan..


Pergi sahaja bahagian 'setting' , kemudian klik 'post and comments'..pada 'show word verification'..pastikan anda memilih 'No' ...



semoga selepas nie senanglah urusan kita nak menziarahi kawan-kawan maya semua....

erm..saya nie ziarah rumah anda semua tengah-tengah malam..siang hari tak dan..sebab tu lah komen saya selalu antara yang last....


*ber 'saya-saya' pulak..sopan jer rasa..haha..







.

Thursday, November 22, 2012

Pelakon Siri Merlin


Assalamualaikum ....

Pagi tadi dah cerita sikit-sikit pasal cerita Merlin nie..sekarang  jom kita kenali para pelakonnya pula.


Colin Morgan pemegang watak utama sebagai Merlin yang sweet ^_^


Merlin bersama Gaius seorang tabib istana..nama betul Richard Wilson


Raja Camelot iaitu King Arthur Pendragon (Bradley James) yang adakalanya sombong dan eksyen dengan Merlin, suka ketuk kepala Merlin tetapi sebenanrnya berhati mulia dan seorang yang merendah diri..


nie pula Angel Coulby yang membawa watak sebagai Guinevere atau  Gwen..seorang pembantu istana ...


Gwen dah selamat berkahwin dengan King Arthur ... maka selamatlah menjadi Queen Guinevere Pendragon

 nie pula ayah King Arthur iaitu King Uther Pendragon (Anthony Head)..akhir season 4 ritu King Uther dah mangkat..tapi awal season 5 King Uther bangkit dari alam roh setelah diseru..tapi dah kembali ke alam roh semula dah..sempatlah dia mengamuk sebab Arthur kahwin dengan Gwen, Arthur pula dikatanya tidak tegas dan terlalu mendengar pendapat ramai..kena memerintah ikut cara dia..

 

 Katie McGrath membawa watak Morgana Pendragon..asalnya Morgana pun tinggal di Istana..anak angkat King Uther.. cantik kan ?


 
tapinya setelah dihasut kakaknya Morgana dah jadi jahat... sentiasa cuba mencari jalan untuk membunuh King Arthur untuk merampas takhta. Morgana pun ada magis sama macam Merlin







0102550160 Nombor Siapakah Ini ?

Assalamualaikum ...


0102550160

Nombor ni dah seminggu duk main call..call sekejap-sekajap..kalau betul penting pasti tinggal pesanan kan ?

Pesen yaya pula nombor tak naik nama memang tak berjawab..malas nak melayan orang bank promote insurance, credit card, card privilege dan macam-macam lagi..

Nombor atas tu pula Yaya angkat juga sekali..geram juga asyik call kan..dengar macam suara Chinese cakap sorang-sorang..macam mabuk...

Bila search Google...eh..glemer la pulak no nie...haih..kompius ahkak!

Merlin

Assalamualaikum ...

Merlin . Satu lagi TV Series yang menjadi favourite selain Supernatural..memang frust menonggeng kalau missed tengok...sekarang dah bersiaran kat TV..setiap hari Isnin jam 10 malam di TV 3..Isnin lepas bersiaran sampai 2 jam..aneh dan pelik tapi yaya suka! weekend hari tu pulak slot mega movie pun tayang Merlin..pun suka sangat !


Merlin..sekarang sudah Season 5


Kisah zaman dahulu kala nie memang best..prop semua hebat..dari Cinderella, Snow White, Robin Hood, The Cave Of The Golden Rose ... terbaik la cerita macam nie..yaya bukannya hantu TV.. 7 malam di rumah..satu atau dua malam je tengok tv..tak percaya? silalah percaya..so sekarang Isnin malam adalah hari menonton tv.. sebab ada Merlin..hari lain bukan tak buka TV..buka..tapi setakat tengok berita TV9..suami kaki download tapi tak terlayan dan tak terpilih segala mak nenek yg dia download termasuk Merlin..tengok TV lagi best..

okeh.pasal Merlin.

Merlin nie pambantu Raja Camelot (Arthur)..Merlin tinggal di istana bersama tabib istana (Gaius) ..Merlin dan Gaius ada magis tapi masa zaman ayah Arthur (Uther) magis diharamkan..untuk season nie..Arthur dah kahwin dengan pembantu Istana (Gwen)..fuh..pembantu boleh jadi permaisuri..besh.besh. plot utama cerita iaitu rancangan Lady Morgana untuk menjadi Raja Camelot..King Uther pula dah penjarakan last great dragon, tapi naga tu dah bagi tau Merlin bahawasanya nanti Athur akan menjadi raja pada sebuah kerajaan yang besar dan hebat tapi Arthur nie sebenarnya bodoh sombong sikit..suka benor membuli Merlin..suka ketuk kepala Merlin..jadinya Merlin selaku pembantu selalu memberi pendapat yang bernas..lagi pun naga dah bagi tau kan Merlin kena jaga Arthur..Part buli membuli antara Merlin dan Arthur memang best..

Korang yang belum pernah menonton Merlin cubalah tengok Isnin depan..mana tau jatuh cinta dengan Merlin.. ~_^

Tuesday, November 20, 2012

In Shaa Allah @ InsyaAllah ?

Assalamualaikum ...

Ni pencerahan dari saudara Hilal Asyraf berkenaan 'fatwa' Dr Zakir Naik berkenaan 'tulis In Shaa Allah bukan tulis dengan ejaan lain.'

yaya copy paste dari FB hilal untuk perkongsian semua ...


Pada saya, masalahnya bukan masalah ejaan. Masalahnya adalah masalah sebutan. Kalau tulisnya InsyaAllah, InshaAllah, atau insya Allah, tetapi bunyinya tetap selaras dengan sebutan arabnya -in sya Allah- begitu, maka tiada masalahnya nak eja macam mana pun dalam tulisan lain. Yang penting, tulisan arabnya tidak boleh berubah.

Itu pendapat saya.


Saya ambil contoh nama Afifah.

Di dalam bahasa arab ianya dieja dengan huruf-huruf berikut:
'ain baris atas, fa baris bawah, ya mati, fa baris atas, ta marbutoh.

Dalam bahasa melayu, ejaannya banyak:

Afeefah,
Afifah,
'Afeefah
'Afifah
Aafifah
Afiifah

dan sebagainya.

Adakah semua ejaan dalam huruf latin itu salah?
Tidak. Selagi sebutannya dalam bahasa arab, mengikut huruf bahasa arabnya itu betul, maka ejalah dalam huruf latin macam mana sekalipun, akan jadi betul.

Maka begitulah juga isunya InsyaAllah.

Saya tulis macam ini --------------> InsyaAllah.
Dr Zakir Naik nak macam ini -------------> In Sha Allah.
Ada orang suka tulis ----------> Insya Allah.

Dua-dua tak ada masalah. Janji sebutannya dalam bahasa arab betul.


Ini isu sama macam Doa awal tahun dan akhir tahun.

Yang pentingnya, doa itu bukan datang daripada Rasulullah.
Nak baca ke tak nak baca, itu terpulang pada kita.
Janji, jangan pergi kata itu sunnah la, itu daripada Rasulullah la, kalau tak baca berdosa lah, kalau tak baca tahun itu tak berkat lah, kalau tak baca kesian lah, dan macam-macam.

Jadi, orang nak tulis InsyaAllah macam mana sekali pun dalam huruf latin, okay sahaja. Tak berdosa. Tak salah. Selagi mana dia sebut mengikut sebutannya yang betul berdasarkan ejaannya dalam bahasa arab. Jadi jangan gaduh bila tengok orang buat tulisan lain dari tulisan kita.


Kongsi sedikit, saya ada kawan saya suka tulis 'masyarakat' dengan ejaan 'masharakat'. Dia juga suka tulis 'mengubah' dengan ejaan 'merobah'. Dia juga suka tulis perkataan 'masalah' dengan ejaan 'masa alah'. Pada saya, dia mungkin akan kena tolak markah dalam paper BM kalau pergi ambil periksa bila eja macam itu. Tetapi di dalam kehidupan, di dalam FB, itu bukan satu kecacatan, kekurangan, untuk saya nak bising pada dia - "Weh, hang eja salah ni. Berdosa ni!"


Sebab sebutan dia dengan sebutan saya, sama. Walaupun ejaan berbeza. Lainlah dia tulis 'masharakat' tapi sebutannya bunyi - mashorakot -, yang itu mungkin saya akan tegur. Apa kebendanya 'mashorakot'? Tapi kalau dia eja 'masharakat', sebutannya juga 'masyarakat', so, no big deal.


Kalau tulis pun In Shaa Allah, tapi sebutnya dengar 'in sa Alah' ke, tak boleh pergi juga. Biarlah tulis InsyaAllah, janji sebutannya betul ikut sebutan arabnya - in sya Allah - macam itu. Setel yang itu, setel lah. Nak eja macam mana pun dalam huruf latin, suka hatilah. Janji sebutannya betul!


So, rujuk balik teks arabnya, untuk lihat sebutannya, makhraj hurufnya, harakatnya, bagi betul. Itu yang penting. Bukan tengok huruf latinnya eja macam mana. Sebab InsyaAllah itu sebutan arab.


Sekian pendapat saya.


*suka guna InsyaAllah ...apa yg penting sebutan membawa maksud yang betul...





Not Now


Assalamualaikum ...

Lama bercuti..blog pun bercuti..mood kelaut.. sampai ofis buka FB dulu..hehe..



friend request..tak ramai pun..ada la dalam  11 orang .. tapi semua tak kenal...maka jawapannya akan ku klik NOT NOW ! maaf ye...^_^

tapi kalau betul nak friend mesej la kan..describe sikit sape diri tu....kawan masa tadika ke? masa kat kolej ke? geng-geng blogger ke ? ye tak ?

eh..ada yang rasa nak ber 'friend' dgn yaya sila bg tau nick korang..nanti yaya jejak..FB personal yaya tak publish sangat..so biar yaya je lah yang add..tu pun kalau ada yang sudi ler...



*my instagram - yayaazura
*my FB page - Berkongsi Cerita - sudi-sudikanlah diri untuk LIKE..hehe


Wednesday, November 14, 2012

Cuti Tambahan


Assalamualaikum ...


eh..kawan-kawan sekelian cuti tak? yaya ambil cuti extra..jadi dapat la santai-santai tak ketahuan hala kat rumah..mak yaya tak ada kat rumah..berjimba dengan adik beradik dia di Langkawi..hari Khamis nie baru balik.....bila mak tak ada sifat malas tu harus ada jugak sikit-sikit..semalam pun lunch makan kat luar...tak padan dengan bini orang kan ..kihkih..lagi pun mr.tmfs kerja..menjemput dia kat tempat kerja je la pergi makan nasi ayam hainan..

bila ada mak kat rumah rajinnya dipaksa-paksa tau..mak yaya tu..baru je kami kami semua nie lepas makan dan minum dalam sejam dua..bila duk santai-santai depan tv harus dia cakap kat yaya..

' tanya lah Fadzli tu..nak minum air tak? '

- arahan nie tak berapa lama selepas sarapan pagi...



' buat la air, bawak keluar makanan ... tak pun pergi goreng keropok tu hah? '

- arahan nie tak berapa lama selepas makan tengah hari ...



' tu Fadzli tengok tv tu duk saje je...buat lah air untuk dia...'

- arahan nie tak berapa lama selepas makan malam..



dan Yaya akan jawab ...

' laa..baru lepas makan, baru lepas minum..'
' nak kena makan lagi ke, nak kena minum lagi ke ?'

hehe


tapi mak tetap akan menjawab jugak .... 'tanya dulu!'

nak tak nak kena tanya jugak mr.tmfs...kebanyakan daripada jawapan adalah gelengan..hehe..


rasanya mak-mak kita memang macam nie kan..bab suami memang jaga betul-betul..bab pakai, bab makan..nasib la mr.tmfs tu jenis sempoi..bab makan bab pakai semua sempoi..makan tak suka banyak lauk..lepas makan lebih senang minum air masak...air manis waktu breakfast cukup dah katanya..senang isteri mengurus..untung badan..hihi.



*entri selesai ditaip 2.09 am ... sekarang sedang meronda Zoo Kemaman...




.




Durian Crepe - Serius Teramat Sedap!


Assalamualaikum ...

Punya la ramai yang berniaga durian crepe nie..bukan main meriah lagi kat blog dan facebook..umpama wabak dan dahku terjebak!..hehhe.. tak kan la tak terjebak, segala puji-pujian dari orang yang dah makan tu boleh menggugat nurani..nak jugak rasa seketul dua..ye ke tidak sedapnya sampai menjadi bualan rakyat alam maya nie..

tapi al-maklumlah..hamba nie nun jauh di Kuala Terengganu..kalo duk Kolumpo lama dah eh telan durian crepe nie..alasan je kan..nak makan buat sendiri lagi dapat makan banyak..antara malas dan rajin..tapi yg 1st time kena beli dulu.baru tahu rasa yang original tu macam mana..kalau terus buat nanti ingat yang buat tu sedap sangat dah..padahal 9/10.. ye dak?

tertengok wida - mama una dan waiz - order durian crepe kat FB..apalagi niat nak makan durian crepe yang dah tenggelam nie terus timbul balik..sibuk la yaya menanya order kat mana...rupanya kat Kuala Terengganu nie ada orang jual.kat Chendering ..korang boleh add Anum Cookies kat FB..Anum Cookies tak ada kedai..dia buat kat rumah je..nasib duk flat..senang nak mencari..

maka petang semalam Yaya pun pergi la ambil durian crepe tu..order sebekas je dulu...nak test..bila call yang menjawab bukan Anum..adik dia kut..dia kata kak Anum tak ada..keluar pergi beli durian..perghh...laku la durian kat pasar payang nun...

 warna kulit kuning menggoda ....

isi dalam whipping cream + durian ...wallaweh..sejuk je anak tekan bila telan..nikmatttt



yaya makan  dua setengah biji.. (ikut hati nak makan 3 biji..) bagi kat adik Amir satu setengah biji dan sebiji untuk mr.tmfs...sebekas ada 5 biji (RM10) ... tapi serius cakap menyesal tak beli 3 4 bekas..alang-alang pergi Chendering dari Panji Alam kan...

tapi Wida dah mention kat  blog dia..kat Batu Buruk pun ada orang jual durian crepe nie..ish Wida nie..terer betul ko menjejak si durian crepe nih! Batu Buruk dekat lagi dengan rumah..3 4 minit je..hihi.. nie  link kat FB ... Family's Patisserie ...






.

Tuesday, November 13, 2012

Perhatian Untuk Fashionista Dan Hijabista


Assalamualaikum ....

Semasa aidil adha hari tu kawan yaya sambut di Palestin..buat korban kat sana..ikut rombongan seorang ustaz..banyak la tempat-tempat menarik dan bersejarah yang mereka pergi ..bila dah balik Malaysia pengalaman dikongsi bersama kawan-kawan lain secara 'picture and video tour' .. sebelum nie yaya ada buat entri tentang manisan yang di bawa balik dari palestin..buah tangan dari kawan yaya nie laa...

bila tengok gambar-gambar dan video tu sedikit sebanyak kita fahamlah kehidupan orang kat sana..selepas solat pagi raya aidil adha kedai-kedai tepi jalan barang jualan yang diletak di hadapan kedai adalah senapang mainan..semua kedai macam tu..anak-anak bermain senapang mainan..seolah-olah nak menerapkan sifat keberanian..

tapi ada satu gambar nie menarik perhatian yaya..


dua wanita berpakaian hitam saling mengadap tu adalah wanita yahudi yang warak..yang kuat agamanya...tengok la cara mereka menutup kepala ... kain dililit-lilit dan dibiar berjuntai..itu adalah cara mereka...

tapi yaya tengok ramai je orang Malaysia kita nie duk pakai fesyen macam nie..terutama mereka yang taksub dengan fesyen..mengikut tanpa usul..asal cantik di mata mereka..padahal syariat Islam dah jelas..bertudung kena la menutup dada ..fesyen yang lilit-lilit macam dalam gambar tu dah jelas terpampang nampak leher.. 

dah tau itu fesyen orang yahudi..lepas nie tak yah lah ye pakai macam tu..ermmm..tak cantik pun kan pakai macam tu..macam pakai serban je..hehhee



Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.






*kata kawan yaya lagi..negara dorang macam negara kita jugak..bezanya semua bangunan di sana akan ada CCTV .. patutlah Palestin di gelar 'penjara terbesar di dunia' mereka bebas tapi sebenarnya ada mata memerhati...







.


Monday, November 12, 2012

Berlatih kuda di TER Endurance


Assalamualaikum ...

Jumaat lepas...(tu dia baru nak up cite...) kali ke-2 teman adik bongsu, Yusry Amir pergi berlatih kuda di Terengganu Equestrian Resort (TER) ... pergi dengan Wafiq dengan mr.tmfs... Dalam keluarga kami tak ada yang terlibat dengan sukan berkuda..agaknya minat dia menurun dari Sultan Negeri Terengganu , Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ..detail gitu...ahaha..

Di Kuala Terengganu sukan berkuda bukan lagi sukan untuk orang kelas atasan tau...bersepah dah rakyat jelata yakni penduduk kampung mempunyai kuda sendiri..jalan depan rumah Yaya tu petang-petang akan ada kuda lalu..beriadah ambil angin sambil naik kuda gitu..macam korang berbasikal..tapi dorang naik kuda..

ok..sambung cerita di TER ..

kuda nie kaki  agak pendek, yaya agak nie kuda poni..kuda nie baru lepas di berus-berus badan dia..bulu-bulu bersepah berguguran, harap tak kena leukemia..hihi..Wafiq tu tak berani sangat pergi dekat..penakut.mengata Wafiq..yaya pun sama..geli lah i nak pegang bulu kuda..kucing pun i seriau ni kan pulak kuda..sekali kaki kuda terangkat macam Misha Omar tak ke naya?

kuda nie tak ada sangat bulu kat badan..macam kulit lembu..tapi yaya tetap tak berani nak sentuh walaupun secoet...tak silap baka thoroughbred ...nampak gagah perkasa kan ?

Kuda putih  diberi nama Amazing Saga..kelas nama! baka pony+arabian..

nie baru nak start berlatih..dalam gelanggang sebesar nie cuma mereka berempat je termasuk jurulatih...gelanggang sebelah pulak ramai budak-budak duk main polo kuda.. bulan depan dorang ada competition di Pulau Pinang.. yaya tengok dorang berlatih pusing-pusing gelanggang je..tak de halangan tak ada apa pun..sekejap kuda jalan slow,sekejap melompat rendah..rupa-rupanya pertandingan tu macam nak tengok kuda mana jalan cantik, buat trop cantik..macam tu lah..

 sementara paksu berehat 'rotan' untuk kuda beralih tangan..

hah! kantoi Wafiq skodeng tot kuda. dengar Wafiq sebut..'tengok tu..kuda tu nak berak..' padahal kuda tu angkat ekor je...hehe

tak banyak gambar yaya dapat ambil..sebabnya pagar tu melebihi kepala yaya..hehe...yaya suruh mr,tms naik kuda kat situ..sebab boleh sewa jam..tapi rupa-rupanya dia pun penakut!





.



Thursday, November 8, 2012

Cek RM 100 ribu palsu!


Assalamualaikum....

Orang sekarang makin beridea..pintar-pintar semua...hehe



...tiada lagi gambar tepak sireh...tiada lagi gambar cincin..kad kahwin sekarang terlalu pantas design nya mengikut era atau daku yang mundur?





.


Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 7, 2012

Ding Dang Versi Luar Negara


Assalamualaikum....

Pagi tadi mr.tmfs kalah dengan pujuk rayu Wafiq..kejutkan Wafiq minta bersalam dengan kami sebab kami dah nak pergi kerja..kalau tak salam nanti bila bangun...'tok ma...ayah ibu tak salam pun dengan Wafiq...' Maka berdukacita la dia..hehe..

Tadi wafiq masih mamai..dengan mata masih pejam, tangan bersalam masih sempat minta ayah dia bawa balik makanan+mainan yang satu ini..dah la semalam wafiq sedu sedan menangis kena tegur dengan ayah dia sebab cuba nak panjat belakang yaya time yaya bersolat..mr.tmfs sayu hati la tu..tu yang diturutkan permintaan si anak...



Kinder Joy..rasanya dah makan tahun dah permintaan Wafiq yg satu nie..tapi kami tak layan..rasa tak berbaloi je beli..satu rm3.60...baik beli roti..mr.tmfs kata Kinder Joy nie macam Ding Dang..tapi mahal sebab imported. Dng Dang baru rm0.60 tapi tu pun yaya tak koser nak beli...




Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada salah kamu mengalah


Assalamualaikum ...




 Apabila kamu telah  merelakan diri dicintai

dan memutuskan dia lah selayaknya menjadi pasangan hidup kamu,

bersedialah...fahamilah...

bahawasanya kamu sebenarnya juga telah berjinak-jinak dengan keegoannya sama.






Hidup ...

Bukan untuk derita dan membina jambatan ke neraka

sebaliknya untuk mengecapi sebanyak-banyak bahagia

untuk diteruskan ke syurga ...






.

Monday, November 5, 2012

Wafiq mengidam Kisses Hershey's


Assalamualaikum...

Kisses Hershey's coklat favourite yaya..suka makan yang cream+crunch tu..2 minggu lepas yaya pergi Astaka. beli la coklat tu sepeket..bagi juga wafiq makan..budak-budak mana la tolak coklat kan...kalau ibu dia nie rasa tak cukup..anak dia lagi-lagi la..bangun tidur keesokannya terus tanya ada lagi tak coklat mercun...yaya bagi tau tu coklat mercun, tak boleh makan banyak-banyak nanti perut meletup...macam la anak daku tu nak percaya..


Coklat pun dah habis...lepas seminggu wafiq lukis nie...kemudian dia datang kat yaya suruh teka apa...





Yang bahagian bawah tu..termenung juga yaya..last cakap...' Wafiq bagi tau je la ibu wafiq lukis apa nie...ibu tak dapat teka la...'

'Ibu nie..nie pun tak tau..nie coklat mercun la..'


Owh.ok..kamu mengingatkan ibu pada coklat kegemaran ibu..nampak gayanya kamu pun teringat-ingat...hihi..nanti kita pergi beli lagi...

yang atas tu yaya tak tau wafiq lukis apa..lupa pula nak tanya..agaknya peta lokasi rumah pengantin perempuan kut..hahaha..




rupa coklat kissses hershey's dalam versi lebih menawan...image google




.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, November 4, 2012

So Sweeeettt....


Assalamualaikum....

Mengantuk...mendung-mendung nie rasa nak balik rumah tidur..dapat kemam gula-gula asam jawa best nie..tapi ada choclate je..tu pun orang punya..wakaka...kak rozie dah whatsapp ajak berkelah coklat kat ofis..tapi nampaknya semua orang sibuk,jadi biar orang terdekat dengan dia jamah dulu..








Kemanisan berbekas di gigi geraham..terutama yang pack kuning tu...




Semua manisan dalam box nie manis..nie manisan dari Al-Aqsa.



Belengas...setiap manisan ada kekacang..cover la rasa manis tu sikit..tapi tetap manis.


Jadi kena minum air kosong banyak-banyak..biar keluar segala yang manis-manis tu..bukan kemanisan tu naik ke wajah pun..hehehe




.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Salam Ahad

Assalamualaikum

Sebentar tadi hujan lebat.berpayung keluar kereta masuk ke ofis.tapi sekarang hujan dah berhenti...mendung je..musim tengkujuh baru nak bermula..

Semalam naik pening ampai baju.dari Jumaat lagi hujan..ampai baju dalam rumah je..jemur kat tingkat atas..dah serupa kedai dobi jadinya.kipas pulak biar je berpusing sampai subuh..alhamdulillah kering..yang penting tak berbau hapak..terima kasih sabun Daia..^_^

Semalam nak buat kek tapak kuda..baru cuba nak buat. Pecubaan kali pertama fail..terlebih putih telur, silap baca resepi..masuk oven baru tersedar..lepas tu cuba lagi sekali,hati-hati yaya baca resepi..tapi fail jugak..adunan bercampur dan kek melekat walaupun loyang dah griss..huhu..last yaya sumpah kek tapak kuda jadi swis roll nutella..





Swiss roll tak terancang...huduh benor..tapi boleh makan...hmmm sape ada resepi kek tapak kuda confirm jadi? Hehehe

Nie pula buat pagi tadi..unruk breakfast..



Tortilla toaster...KFC mahal..so buat sendiri la...buat 5 ketul...rasanya sama je macam kfc..masuk troli tolak sendiri..;)




.



Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 2, 2012

Black & Decker PW1370TD

Assalamualaikum ...

Black & Decker PW1370TD ialah peyembur air pelbagai guna bertekanan tinggi. Boleh digunakan untuk membersih kereta, motorsikal ataupun menyingkirkan kotoran pada jubin di halaman rumah dan juga tingkap rumah dan lantai.

Harga biasa di pasaraya Giant RM 299.00 ..tapi kami beli masa terpandang iklan dalam suratkhabar ... jadi harga selepas potongan RM 199.00 .. jimat RM 100.00 ..


Getah paip yang kuning tu tidak disertakan sekali ye..sebelum guna pastikan dah ada hose reel. Kami tak ada plug di luar rumah, jadi extension wire memang perlu ..

Panjang nozzle dia nie...rasa macam dah pegang senapang tapi nozzle nie tak adalah berat sangat..kalau tak mahu cramp tangan mr.tmfs..hihi..nozzle nie boleh dilaraskan..pusing je muncung dia tu nak jenis air yang macam mana..jenis air yang tajam ke..air yang tersebar ke..(betul tak perkataan yaya nie?) ^_^


 Rasmi Black & Decker PW1370TD pada motorsikal.


Kerja-kerja membersihkan motorsikal lebih senang dengan Black & Decker PW1370TD .. segala kotoran degil terutamanya pada bahagian tak tercapai senang tertanggal ..nanti nak bersihkan kereta dan tangga rumah pula..





Tolol : Cinta Wajah


Assalamualaikum ....



Thursday, November 1, 2012

Cara Jimat Syampu Dan Perapi


Assalamualaikum..

Akhirnya, petang tadi berjaya juga misi..bukan senang nak dapat izin suami..setiap kali tanya tak dapat keizinan. Lama juga yaya peram hajat. Petang tadi cuba tanya lagi. Eh tak banyak songeh la pulak mr.tmfs..terus menuju kedai gunting rambut...

Sekarang rambut dah pendek. Ringan je rasa kepala nie... Bila nak syampu guna syikit je syampu..perapi pun guna sikit jer..tu la cara nk jimat syampu dan perapi. Berambut pendek! Hihi

Sekarang tengah tunggu makanan sampai...order kuer teow goreng kering...sementara tu kita berposing dulu...




Cantik tak rambut baru saya...kihkih...




Makanan dah sampai....kami makan dulu ye....






Published with Blogger-droid v2.0.9

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...