Wednesday, October 31, 2012
Supernatural , Hingga Hujung Waktu
Assalamualaikum
lama benar dah supernatural nie..sekarang dah eight season
Supernatural ? mesti ramai yang tahu cerita nie kan .. ada yang suka..ada yang tak..tapi yaya layan jer...sebab munasabab yang utama jalan cerita lain dari yang lain. genre horror, thriller, fantasy, action..semua ada.... sebab munasabab yang ke dua ialah hero dia hensem sangat! ;)
dan mr.tmfs pulak verangan dia lah si Dean yang hensem..yang pakai baju hitam tu...best fren mr.tmfs pulak verangan jadi sam.. tak terlayan la verangan-verangan depa nie..macam-macam..kalau berjumpa macam-macam topik..pastinya tak ketinggalan topik Dean & Sam adik beradik Winchester!
*yaya suka tengok dean..macho semacam jer..;)
alang-alang terstory pasal best fren mr.tmfs..yaya ambil kesempatan nie nak promote la sikit...
novel thriller Hingga Hujung Waktu dari Saidee Nor Azam (nie nama betul dia tau....yang sangat perasan bahawasanya dia lah Sam ketika muda)
RM 25.90 - 672 halaman ...
yaya pun kena beli satu lah nanti...support kawan..tp kalau penulis nak bagi free ok jee..hihi..bila dah baca nanti baru yaya review.Insya Allah.
yaya pun kena beli satu lah nanti...support kawan..tp kalau penulis nak bagi free ok jee..hihi..bila dah baca nanti baru yaya review.Insya Allah.
Labels:
TV Series
Sekali sekala dia nak jadi romantik
Assalamualaikum ...
Entah ape jer tajuk..itu jer yang terlintas.
Al-kisah petang semalam...macam biasa lah mr.tmfs yang menjemput..dia habis kerja 5.30 sebab masuk 8.30..yaya habis kerja jam 5.00 ..tapi tetap dia jugak kena menunggu yaya..hihi..petang semalam dekat pukul 6 jugak baru keluar office, bila dah semua orang balik time tu memang semangat gila nak buat kerja..sunyi..khusyuk..
petang semalam memang supprise betul la..terpikir jugak laki den ni buang tebiat ke? 30 Oktober memang tak ada tarikh penting..emm..ape je la...
dihadiahkannya jambangan bunga..2 kuntum ros merah campur bunga putih kecik-kecik tu..bunga ape ntah.. berkali-kali tanya nape bagi bunga? sebab saya sayang awak... mesti ada apa-apa nie ? tak..rasa nak bagi awak bunga je.. ke awak ada buat salah apa-apa nie? .. tak la saja nak bagi...
terkompius ahkak..dahku snap bunga ke majalah...yaya tunjuk ex bf yaya sebenarnya..tu hah..watak Dean dalam citer supernatural..smart lagi hensem kan..dan dan mr tmfs mengaku dia Dean..
*** i love u too la mr.tmfs ..
Labels:
mr.tmfs
Tuesday, October 30, 2012
Tips Atasi Anak Suka Memukul
Assalamualaikum ...
Anak-anak kecil dibawah 4 tahun sekarang ini sudah suka memukul jika tidak mendapat apa yang mereka hendak. Fenomena ini semakin banyak terjadi di sekeliling kita. Dua daripada cucu ibu juga tidak terkecuali. Apa hendak dibuat?
Pertama - Elakkan menyangka mereka itu biadap. Jangan kata pun perkataan itu dan jangan fikir pun.
Kedua - Beritahu bahawa memukul orang lain sebab tidak dapat sesuatu ba
rang itu tidak baik. Ia salah. Ia adalah akhlak yang tidak baik.
Ketiga - Teruskan mengingatkan, walaupun bagai mencurah air ke daun keladi. Cakap juga dan sabar juga.
Keempat - Bila dia hendak memukul, tangkap tangannya dan sebut lagi dan beritahu dia Allah jadikan tangan dia untuk perkara yang baik dan bukan memukul orang lain bila tidak dapat apa yang dikehendaki.
Kelima - Jika berterusan, bila dia hendak memukul, angkat dia dan letakkan di suatu sudut dan suruh dia jangan tinggalkan sudut itu sehingga dia berhenti memukul.
Keenam - Jangan sekali-kali putus asa. Anak itu dilahirkan dari benih yang baik. Dia akan jadi baik. Ini cuma sementara, semasa dia belum bijak mengawal EQnya.
Setiap kali, anda perlu banyak beristigfar dan ambil masa bila dia sudah tenang untuk menerangkan kepadanya akan buruknya kesan perbuatan itu. Anda gunakan waktu tidurnya untuk membisikkan dan memprogramkan minda dibawah sedarnya akan akhlak mulia. Banyakan membaca surah Toha ayat 1-5. Ayat inilah yang melembutkan hati Saidina Umar r.a apabila dia mahu membunuh adiknya yang baru memeluk agama Islam.
Mengapa zaman sekarang anak-anak kecil begitu ragamnya? kerana mereka ini adalah generasi yang kental hati dan kuat semangat serta tidak mahu kekalahan. Yakinlah ada kebaikan di dalam trait ini. Cuma sebagai ibu bapa kita mesti pandai mengadunnya, menguleknya, membendungnya, supaya semangat tidak patah, perangai dan akhlak tetap mulia.
sumber
Anak-anak kecil dibawah 4 tahun sekarang ini sudah suka memukul jika tidak mendapat apa yang mereka hendak. Fenomena ini semakin banyak terjadi di sekeliling kita. Dua daripada cucu ibu juga tidak terkecuali. Apa hendak dibuat?
Pertama - Elakkan menyangka mereka itu biadap. Jangan kata pun perkataan itu dan jangan fikir pun.
Kedua - Beritahu bahawa memukul orang lain sebab tidak dapat sesuatu ba
rang itu tidak baik. Ia salah. Ia adalah akhlak yang tidak baik.
Ketiga - Teruskan mengingatkan, walaupun bagai mencurah air ke daun keladi. Cakap juga dan sabar juga.
Keempat - Bila dia hendak memukul, tangkap tangannya dan sebut lagi dan beritahu dia Allah jadikan tangan dia untuk perkara yang baik dan bukan memukul orang lain bila tidak dapat apa yang dikehendaki.
Kelima - Jika berterusan, bila dia hendak memukul, angkat dia dan letakkan di suatu sudut dan suruh dia jangan tinggalkan sudut itu sehingga dia berhenti memukul.
Keenam - Jangan sekali-kali putus asa. Anak itu dilahirkan dari benih yang baik. Dia akan jadi baik. Ini cuma sementara, semasa dia belum bijak mengawal EQnya.
Setiap kali, anda perlu banyak beristigfar dan ambil masa bila dia sudah tenang untuk menerangkan kepadanya akan buruknya kesan perbuatan itu. Anda gunakan waktu tidurnya untuk membisikkan dan memprogramkan minda dibawah sedarnya akan akhlak mulia. Banyakan membaca surah Toha ayat 1-5. Ayat inilah yang melembutkan hati Saidina Umar r.a apabila dia mahu membunuh adiknya yang baru memeluk agama Islam.
Mengapa zaman sekarang anak-anak kecil begitu ragamnya? kerana mereka ini adalah generasi yang kental hati dan kuat semangat serta tidak mahu kekalahan. Yakinlah ada kebaikan di dalam trait ini. Cuma sebagai ibu bapa kita mesti pandai mengadunnya, menguleknya, membendungnya, supaya semangat tidak patah, perangai dan akhlak tetap mulia.
sumber
Jadilah Penderma Organ
Assalamualaikum ...
Fatwa-fatwa di Malaysia berkaitan pendermaan organ :
Proses pendermaan organ :
Korang boleh baca sendiri..tapi yaya nak copy paste jugak sikit kat sini.. proses adalah berbeza sekiranya pengikrar organ meninggal di hospital atau di rumah.
...Penderma akan masih diberi sokongan sepenuhnya dan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada waris akan di bawa ke dewan bedah di mana mesin pernafasan dan segala sokongan akan diberhentikan sebelum organ itu diambil. Pembedahan pendermaan organ dijalankan seperti pembedahan biasa yang dilakukan ke atas pesakit yang masih hidup dalam keadaan steril dan dengan penuh hormat dan tidak akan menjejaskan rupa tubuh penderma. Apa yang ketara hanyalah kesan luka pembedahan yang dijahit dengan teliti dan sempurna. Mata yang didermakan diganti dengan kapas dan kelopak mata dijahit dengan teliti supaya penderma kelihatan normal. Sekiranya tulang didermakan, hanya tulang panjang sahaja yang akan diambil dan digantikan dengan tulang palsu supaya tidak ada kecacatan. Proses pendermaan boleh mengambil masa dari tiga hingga lapan jam bergantung kepada bilangan organ dan tisu yang diperolehi. Setelah proses perolehan organ selesai, jenazah akan dipulangkan dalam keadaan sebaik mungkin kepada waris di Mortuari hospital dan sekiranya bedah siasat diperlukan untuk kes "medico-legal" ini akan dipercepatkan....
Selanjutmya di : proses pendermaan organ
*bermonolog dalam diri ....
Korang pernah terfikir untuk jadi penderma organ ? Kini orang ramai boleh mendaftar secara online untuk menjadi penderma organ di laman web A Gift For Life ..
Kementerian Kesihatan mendapati seramai 15,611 pesakit di seluruh negara masih menunggu organ yang didermakan orang ramai. "Daripada jumlah itu, seramai 15,581 merupakan pesakit buah pinggang,
16 pesakit hati kronik, lapan pesakit jantung, tiga pesakit paru-paru
dan enam lagi pesakit paru-paru serta jantung. "Walaupun masyarakat telah sedar akan pentingnya pendermaan organ bagi
menyelamatkan nyawa orang lain, namun jumlah penderma organ masih rendah
di negara ini, iaitu hanya mencatat 1.7 peratus daripada kira-kira 28.7
juta penduduk," katanya. Dari segi jumlah pengikrar organ pula, Liow berkata kementerian
menerima 205,478 borang setakat bulan lepas dan mencatat 0.73 peratus
daripada jumlah populasi penduduk, namun jumlah itu masih tidak
mencukupi.
Berita penuh : Sinar Harian
Fatwa-fatwa di Malaysia berkaitan pendermaan organ :
Proses pendermaan organ :
Korang boleh baca sendiri..tapi yaya nak copy paste jugak sikit kat sini.. proses adalah berbeza sekiranya pengikrar organ meninggal di hospital atau di rumah.
...Penderma akan masih diberi sokongan sepenuhnya dan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada waris akan di bawa ke dewan bedah di mana mesin pernafasan dan segala sokongan akan diberhentikan sebelum organ itu diambil. Pembedahan pendermaan organ dijalankan seperti pembedahan biasa yang dilakukan ke atas pesakit yang masih hidup dalam keadaan steril dan dengan penuh hormat dan tidak akan menjejaskan rupa tubuh penderma. Apa yang ketara hanyalah kesan luka pembedahan yang dijahit dengan teliti dan sempurna. Mata yang didermakan diganti dengan kapas dan kelopak mata dijahit dengan teliti supaya penderma kelihatan normal. Sekiranya tulang didermakan, hanya tulang panjang sahaja yang akan diambil dan digantikan dengan tulang palsu supaya tidak ada kecacatan. Proses pendermaan boleh mengambil masa dari tiga hingga lapan jam bergantung kepada bilangan organ dan tisu yang diperolehi. Setelah proses perolehan organ selesai, jenazah akan dipulangkan dalam keadaan sebaik mungkin kepada waris di Mortuari hospital dan sekiranya bedah siasat diperlukan untuk kes "medico-legal" ini akan dipercepatkan....
Selanjutmya di : proses pendermaan organ
Anda nak kad ini ? jangan lupa mendaftar di SINI ye ....
*bermonolog dalam diri ....
betul
lah apa yang dikatakan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan
katakan tu (Sinar Harian) .. yaya memang sedar akan pentingnya pendermaan organ bagi
menyelamatkan nyawa orang lain..tapi ..macam mana nak cakap ye? .. bila
melibatkan jasad kita (walaupun kita telah tiada lagi pada masa tu...)
memang susah nak diterangkan..sekarang nie pun tak sanggup nak tengok
accident sampai putus angggota..selalu berdoa biarlah Allah cabut nyawa
nie dalam keadaan yang baik.. bila cakap bab pendermaan organ nie memang
terasa la mentaliti i nie kelas ketiga ^_^ Entahlah .. yaya kena fikir banya kali rasanya sebelum mendaftar...
Walhal
dalam agama Islam pemindahan organ adalah diharuskan (dengan syarat
tidak ada alternatif lain untuk menyelamatkan nyawa pesakit)
Kita meningggal dengan sempurna..dan anggota badan kita..buah pinggang, mata, jantung, hati, paru-paru, tulang dan kulit kita masih elok.. dan ada insan yang sangat memerlukan.. dan kita memberikan mereka anugerah kehidupan yang tak ternilai...
dan korang..jangan bermonolog macam yaya.......tapi nak juga tahu pendapat korang...hmmm.....
Labels:
info
Monday, October 29, 2012
Mereka bercuti
Assalamualaikum....
Almaklum lah...masuk kerja lepas raya nie rasa lemau sikit...rasa macam nak duduk rumah lagi..nak main-main dengan anak, keluar berjalan dengan anak dan suami...alaa bestnya..tp nak tak nak kerja tetap kerja..sambil mandi pagi tadi dah set up hari ni dtg kerja nak settle kan yang mana dulu..( nie la kerjanya setiap kali mandi...duk mikir pasal kerja jer...huhu )
Walaupun dah positif kan minda ni nie...dapat pulak mesej nie kat whatsapp...
Mr Accountant EL... Pena Rozie MC... Dan ofis sehingga sekarang sunyi semacam je...yaya duduk atas kerusi nie duk goyang kerusi belakang depan je..
Berjaya atau tidak minda positif bertindak?...atau.....dengan yaya sekali minda,kaki dan tangan bercuti walaupun jasad di pejabat? ;)
*** saya nak buat kerja! Setan-setan please gi main jauh-jauh!
Published with Blogger-droid v2.0.9
Saturday, October 27, 2012
Kanibal...manusia makan daging manusia
Assalamualaikum.....
Dalam akhbar Harian Metro hari nie ...
Untuk gambar pertama..seorang mangsa dan anaknya yang berusia setahun tinggal bersama pengamal ajaran sesat. Dia dibunuh dan anaknya dipaksa makan pai yang dibuat dari daging ibunya sendiri sebagai sebahagian daripada 'amalan penyucian'
*seram,ngeri
Dalam akhbar Harian Metro hari nie ...
Untuk gambar pertama..seorang mangsa dan anaknya yang berusia setahun tinggal bersama pengamal ajaran sesat. Dia dibunuh dan anaknya dipaksa makan pai yang dibuat dari daging ibunya sendiri sebagai sebahagian daripada 'amalan penyucian'
*seram,ngeri
Published with Blogger-droid v2.0.9
Wednesday, October 24, 2012
Tuesday, October 23, 2012
Clubfoot
Assalamualaikum ...
Apakah itu "clubfoot"?
Clubfoot atau dalam bahasa perubatan "talipes
equinovarus", adalah sejenis kecacatan lahir yang boleh dirawat. Ia dihadapi
oleh lebih kurang 150,000 ke 200,000 bayi dalam setahun. Clubfoot akan
menyebabkan kaki kanak-kanak ini berpusing ke bawah dan ke dalam. Kejadian ini
berlaku ketika proses pembentukan di dalam rahim lagi. Pakar perubatan mendapati
janin ini bermula dengan kaki yang normal kemudian kaki itu akan berpusing ke
dalam ketika berumur 3 bulan. Kebanyakan bayi ini tidak kehilangan sebarang
tulang, otot mahupun tisu penyambung. Ia adalah satu kejadian lahiriah, bermakna
ia akan terjadi ketika bayi lahir. Ia juga adalah satu keadaan kacacatan
lahiriah yang biasa berlaku. Ia mungkin akan berlaku pada satu atau kedua-dua
kaki bayi di mana kaki tersebut mungkin keadaannya fleksibel hingga ke keadaan
yang tegang dan keras. Keadaan ini tidak menyakitkan bagi bayi clubfoot yang
baru lahir, namun ketika kanak-kanak ini sampai ke peringkat mahu berjalan
keadaan clubfoot ini akan menyebabkan kesakitan dan kesusahan jika ia mampu
melakukannya.
Bilakah anda akan tahu?
Ibubapa akan menyedari keadaan clubfoot ini biasanya pada waktu kelahiran.
Beberapa kes dapat dikesan ketika ibubapa membuat 'ultrasound' ketika bayi masih
didalam perut. Jika anda tertanya-tanya adakah anak anda mempunyai clubfoot,
sila hubungi pakar perubatan yang berpengalaman mengesan keadaan ini (tidak
semua pakar perubatan mampu mengesan "clubfoot").
Moga lebih ramai yang mendapat info tentang clubfoot... mulanya ingatkan kecacatan kekal..tapi baru yaya tahu clubfoot ni disebabkan cara kebiasaan bayi membengkokkaan kaki ke dalam sejak dari dalam kandungan lagi..dan kebiasaan ini lah apabila bayi dilahirkan kaki tetap membengkok ke dalam..
Antara rawatan untuk memulihkan kaki bayi adalah dengan memakai kasut khas dari hospital..ada yang yaya baca selain pakai kasut kaki bayi juga boleh disimen..ibu bapa juga boleh mengurut kaki bayi..tapi pastikan kita tau cara mengurut yang betul..biasa pihak hospital akan ajar...Insya Allah kaki bayi akan kembali normal....
Friday, October 19, 2012
FIT
Assalamualaikum...
Seronok melayan...ada masanya sampai membesar anak mata dan dua tangan memegang kepala sendiri bila tak nampak jalan penyelesaian...
Fit...
Dinasihatkan korang tak download game nie di playstore kerana dikhuatiri 'terlalu seronok' bermain..
Mula-mula memang start dengan advance level..tapinya boleh pecah anak kepala...hahaha..boleh tahan susah..lepas tu tukar dengan beginner level..
Cara bermain senang saja...cuma susun semua tu dalam petak kecik..biar muat petak tu..tapi nak selesaikan tak berapa nak senang..walaupun beginner level kalau nampak jalan mujur kalau tak nampak jalan kita out game dan upload entri kat blog..cam yaya buat sekarang nie...hehe..
.
Seronok melayan...ada masanya sampai membesar anak mata dan dua tangan memegang kepala sendiri bila tak nampak jalan penyelesaian...
Fit...
Dinasihatkan korang tak download game nie di playstore kerana dikhuatiri 'terlalu seronok' bermain..
Mula-mula memang start dengan advance level..tapinya boleh pecah anak kepala...hahaha..boleh tahan susah..lepas tu tukar dengan beginner level..
Cara bermain senang saja...cuma susun semua tu dalam petak kecik..biar muat petak tu..tapi nak selesaikan tak berapa nak senang..walaupun beginner level kalau nampak jalan mujur kalau tak nampak jalan kita out game dan upload entri kat blog..cam yaya buat sekarang nie...hehe..
.
Published with Blogger-droid v2.0.9
Thursday, October 18, 2012
Koleksi Buku Kisah Haiwan
Assalamualaikum....
Ini koleksi buku-buku kisah haiwan teladan..buku kegemaran Wafiq..lama benar dah yaya beli buku-buku nie..siap berbalut lagi sebab cukup set..8 tajuk semuanya..dari Wafiq tak petah berkata-kata yaya ceritakan kisah-kisah haiwan nie..walaupun masih belum pandai membaca tapi ilustrasi sangat menarik..ibu cerita ikut gambar...
dan sekarang..sekejap saja masa berlalu...
Wafiq dah banyak mulut..situasi dah terbalik..ibu pula kena dengar cerita haiwan dari dia.....paling suka diulang-ulang cerita dendam musang kepada ayam dan kisah ayam betina dan jarum emas...cuba mengikut gaya ibu bercerita...seronok mendengarnya...
Labels:
anak ibu
Tuesday, October 16, 2012
Anak ibu diselubungi rasa bersalah .. kesiannya ...
Assalamualaikum ....
Ada sebuah lori besar lalu..jalan taman patutnya tak perlu la lori tu nak guna laluan nie..orang kata size baju tak padan dengan body..laluan depan rumah yaya nie memang glemer..jalan shortcut la katakan...
Al-kisahnya ...
sampai terkejut anak ibu yang sedang minum air dengar bunyi lori..terlucut mug boboiboy yang baru dapat free bila beli ubat gigi colgate..disebabkan ibu dia nie yang beli ubat gigi jadi memang Wafiq selalu sebut itu mug ibu...
bila mug tu terlucut walaupun Wafiq dah duduk kat lantai..jatuh rendah pun tetap retak dan sumbing sedikit.. tok ma kata Wafiq memang terkejut..dia cakap dia tak sengaja..siap suruh tok ma cepat-cepat masukkan mug tu dalam plastik jangan bagi ibu nampak..nanti ibu marah katanya...
tok ma memujuk la..ibu tak marah..tok ma pun tak marah..Wafiq kan tak sengaja..tapi rasa bersalah dia menjadi-jadi..sampai tak nak makan..tak nak minum... terus tertidur..mr.tmfs cakap masa dia balik tengah hari Wafiq tidur, ada lagi kesan air mata..huhu..bangun tidur tanpa disuruh terus pergi baca buku..lama pulak tu...
tadi pula kat dapur masa yaya lap pinggan Wafiq berbisik dengan ayah dia...berbisik nak bagi yaya dengar sebenarnya tu..nak cakap direct takut agaknya..haha..dia cakap...'ayah...bagi tau la ibu..Wafiq tak sengaja...' yaya pun apa lagi 'apa bisik-bisik nie hah..apa yg tak sengaja tu?'
'ibu..cuba ibu cari mug boboiboy...' .. 'eh mana mug boboiboy nie..tak de pun'....buat-buat mencari..pusing belakang nak pandang muka Wafiq..tapi dia dah berlari laju ... hehehe
ingat jap lagi nak korek rahsia dengan Wafiq..nak minta dia cerita sendiri pulak.. apa la yang dia rasa bersalah dan takut sangat..ingat ibu dia nie baka rimau agaknya..hahaha ^_^
Labels:
anak ibu
Bola kampung dah dipecahkan..
Assalamualaikum ...
Awal tahun 2012 mula isi duit syiling dalam tabung bola kampung..maknanya dalam 10 bulan jugak la kan..kadang-kadang Wafiq mangaku tabung nie tabung dia..banyak duit tabung dia ler..tabung motosikal dia bila nak penuh tak tau..kalau ada duit syiling harus masuk tabung nie dulu..tabung Wafiq pulak kalau jumpa duit tersepak dalam rumah..baru suruh dia masuk tabung dia..nanti la nak,tunggu sekolah rendah ibu bg 5 kupang..balance masuk tabung ye..
ok..jom kita agak, ada berapa RM dalam tu ..yaya agak dalam RM110-120 ..adik yaya agak RM200 ..
asing-asingkan ikut nilai.. duit syiling baru dengan duit syiling lama membuatkan yaya terpaksa buka mata besau-besau..duit 20 sen dgn 50 sen kena tengok betul-betul..satu lagi 10 sen dgn 5 sen ..size nak sama besar..size tak leh guna pakai dah..kena tengok nombor..haih...saper la yang design duit nie ye ? sape design tak penting sangat..sape yang approve design tu lagi penting..hikhik..kesitu pulak..
lepas asing kita main susun-susun pulak ..hihi..seronok la kira duit syiling..asyik duk kira duit kertas jer kat ofis tu...
jeng-jeng ..(jeng-jeng la sangat...) RM 116.30 ! ..(terer jugak daku mengagak!)
masuk plastik la pulak...nak tukar dengan makcik tokey kantin sekolah yang selalu nak duit syiling...
*kalau syiling memang tak luak..dah berukar jadi kertas...lama manakah mampu bertahan ;)
Hari Terakhir Modul 2
Assalamualaikum....
Entri Alim Kids sepanjang modul 1
Entri Alim Kids sepanjang modul 1
Alim Kids Playgroup
Anak Tak Fokus !
Gajah
Masa Lalu Dan Masa Hadapan
Kecik-kecik buleh sijil doh..[ Alhamdulillah..]
06.10.12 berakhir sudah Alimkids Playgroup modul 2 .. modul 2 fokus pada ' The More We Get Together' .
Alhamdulillah...walaupun playgroup nie sejam lebih je setiap minggu tapi Wafiq dah banyak improvement
dah boleh join anak-anak lain..dah tak membawa diri macam modul 1 dulu..iya lah..Wafiq tak pergi taska...siang hari duduk kat rumah berdua je dengan tokma..jadi memang tak ada kawan...pendek kata tak berapa nak faham la erti keriuhan dalam berkawan tu..teruk kan peel anak i..bising-bising cannot tau..haih...tapi sekarang dah ok...lega la sikit kan sebab tahun depan dah nak hantar tadika..
Akiviti sepanjang module 2 nie lebih fokus pada my family, my home , my toys, my friend , my fav things.. ingat masa module 1..bila nak habis playgroup anak-anak akan nyanyi lagu Barney .. I Love You tu..bila sampai lirik ..'with a great big heart and a kiss from me to you..' dulu bukan susah nak cium..sekarang tak cium tak peluk tak sah ;) dan sepanjang bersama Alimkids Wafiq pun dah terbiasa dengan ucapan Alhamdulillah, Subhanallah, Masya Allah, Thank You Allah..Alhamdulillah..Bila yaya tanya, 'what does you say when you see something very amazing?' .. he said..'Subhanallah...' sejuk je hati mendengar jawapan anak..
tapi biasalah anak kecil..pandai satu perkara..banyak pekara lagi timbul...sekarang musim dia main sorok-sorok..musim merajuk...musim guna ayat 'ibu jangan cakap macam tu..tu perkataan tak baik..' ..walhal kita nie nasihat dia contoh .. 'Wafiq duduk atas kerusi tu baik-baik..kalau jatuh sakit..'<----adakah ini perkataan tak baik ??? hahaha...
lepas mandi manda...duk main slide pulak kat KFC ..KFC dgn kolam terpisah dengan sekeping cermin je okeh..dah penat main air,main slide..harus la makan-makan..tapi tak snap la pulak pic time makan.. ;)
pagi tu kelas start awal sikit..jam 9 pg...pagi-pagi dah seronok 'naik bas' sambil nyanyi lagu the wheels on the bus go round and round...
bersama arts and crafts dorang.baju purple tu salah seorang teacher..Wafiq kata dia buat jari-jemari Salleh....lepas kelas terus sessi penyerahan sijil..
lepas kelas mandi-manda pulak..seronok kemain budak2 nie..nie kat Pusat Akuatik Terengganu
Wafiq dgn abg hensem..abg hensem nie dah jadi abg kesayangan Wafiq..padahl baru 2 3 kali jumpa..rupa dia ada iras Syamsul Yusof tau..hehe
Labels:
Alim Kids
Sunday, October 14, 2012
Puding Roti , Puding Karamel
Assalamualaikum ....
Bagi terliur korang...erkkk ade ke yg terliur???
ni juadah yaya buat masa bulan puasa hari tu...
Bagi terliur korang...erkkk ade ke yg terliur???
ni juadah yaya buat masa bulan puasa hari tu...
puding roti
puding karamel
sepetang buat dua jenis terus..gaya orang nak berbuka puasa kan..haha..macam -macam nak makan..
*sebenarnya tuan tanah yang terliur..bila tengok gambar dalam hp meluap-luap rasa nak makan lagi...tunggu rajin sikit baru buat...
.
Wednesday, October 10, 2012
Tuesday, October 9, 2012
Gundam
Assalamualaikum ...
Mr. TMFS...banyak sungguh hobi en suami sorang ni..tapi yang pasti memancing tak ada..tak dapat ku bayangkan kalau suamiku kaki pancing..hehe..setakat ni dia paling suka main badminton..hobi yang lain pula lebih kepada mengumpul..kumpul majalah PC..kumpul pistol/senapang mainan..kumpul segala robot/gundam..transformers la, kamen raider la..koleksi movie la..ceita bersiri la..sampai berlambak CD..tak faham dahku..minggu lepas dia ada order softgun from china..dan tersangatlah suka hati daku sebab kena tahan dengan kastam..so barang kena return.,haha..biar ada pengajaran..benda bahaya jgn diorder walaupun hanya mainan..
tak apa la dia aa minat..tak ada la bosan sangat kan..macam yaya nie..bila tanya kat diri sendiri 'apa hobi aku' ..huh..tak terjawab! tak ada jawapan..tak ada obses denagn apa pun..semua sedang-sedang je..hihi..masak sedang-sedang..buat kuih sedang-sedang..hehe..
baru-baru nie suami ada beli 'sekor' lagi gundam...mula-mula tengok tu tak terbayang rasanya macam mana nak siapkan biar jadi macam gambar kat kotak tu...
nie peringkat permulaan..kena siapkan satu persatu..kepala..bahu..lengan..dada..haih..tengok dia buat pun yaya naik runsing..tak boleh betul yaya tengok benda kecik-kecik gini..hehe...
haah..dah siap!bini dia suka tengok time dah siap jer..seminggu jugak baru siap pasang..besar jugak gundam yg sekor nie..ada pedang kat tangan sepatutnya...
bersama kawan-kawan yang lain..bila masuk gobok tapak dan pedang kat tangan kena tanggalkan..dah tak muat ruang dah...
sebenarnya yaya ok jerrr dengan semua minat suami..asalkan dia tak ada hobi yang membuatkan dia berada diluar rumah sudah...hehehe..tp alhamdulillah sebab dia bukan jenis lepak kat kedai minum air secawan dengan kawan-kawan sampai berjam-jam...dia keluar bila yaya ajak keluar je..hehe..untung kan?
*hmm....suami/bf korang ada yang kaki pancing tak? ce kongsi-kongsi...hehehe....
Monday, October 8, 2012
Cara terbaik untuk simpan 'earphone cabel'
Assalamualaikum ...
when the other half didn't closed the tab on desktop..so sometimes ada gunanya...seperti biasa memang suami akan buka website lowyat..ada je yang dia tengok, dia cari..tapi malam nie bila mouse dan keyboard bertukar tangan yaya jumpa nie...
credit : SINI
tersangat membantu kan?
biasa yaya gulung2 gitu je,paling bagus sumbat gitu jer dalam handbag..time nak pakai mula la bersimpul dgn segala simpulan..lepas nie boleh guna cara kat atas tu...
Labels:
lain-lain
Thursday, October 4, 2012
Makan Nasi Singgang Regu Budu
Assalamualaikum....
Alhamdulillah...ada tea lady terer masak...berkat kumpul rm2 sorang, ini la hasilnya...
Kuah singgang, telur goreng, ikan aya goreng, telur masin, sambal belacan, budu dan ulam ulaman...sotong goreng tu dah ada yang bawa dari rumah...fuhh..memang terangkat! Siap makan menambah-nambah..
Macam biasa..budu dan ulam yaya tak sentuh hihi...bukan beragas tp ada pengalaman ngeri makan budu..masa tu umur 9 tahun..yaya jamah sikit je budu..malam tu yaya muntah,erkk bau budu...cukup la cuba sekali..ulam ulaman pula, tak tahu bila la anak tekak ni besar sikit biar boleh telan semua ulam tu..hihihi
Bila makan dah kenyang nie, kawan-kawan ofisku sekelian, sila jangan mengantuk ye...buat keje baik-baik...olooo...guruh kuatnya berdentum...nak hujan lebat nie...hmmm...makin longlai la kita ye....
Published with Blogger-droid v2.0.8
Wednesday, October 3, 2012
Tinggal batang
Assalamualaikum....
Alhamdulillah..dh selesai makan malam....hari ni order nasi goreng kampung, air pula sirap bandung. Hari nie dua kali minum ais..huhu...di Kuala Terengganu ni dah dua hari panas.sebelum tu setiap hari hujan. Takhujan belah pagi mesti hujan belah petang...tu yang terorder air sejuk tu...alasannn.
Saki baki..tinggal batang kangkung je...kira okla tu sebab daunnya berjaya ku telan..hahaha...almaklumlah baru belajar nak telan dedaun...setakat nie segala ulam ulaman memang tak berani. Surrender!
.
Published with Blogger-droid v2.0.8
Tuesday, October 2, 2012
Sama tak ?
Assalamualaikum ....
ini dia.. power puff gurl..hahaha....
gambar di rumah saudara..raya ke-5 rasanya...
tudung belang adalah yaya... ^_^
yg tengah adik perempuan no.3..masih study di POLISAS..baru sem 2
baju merah adik perempuan no.2..staff nurse di Hosp. Teluk Intan
kami 6 beradik..3 perempuan dan 3 lelaki..dan selang bunga gitu...
ermmm...sama tak muka kami ??? ^_^
.
Labels:
my family
Monday, October 1, 2012
Wafiq berdebar tapi ...
Assalamualaikum ....
Rambut Wafiq panjang lagi..pernah sekali je potong rambut kat kedai ..yang lain Pok Su Amir yang potong..Ibu dah bagi tau awal-awal, malam esok Wafiq kena pergi potong rambut..Wafiq takut..berdebar..Wafiq cakap kat ibu..'tak nak potong rambut..Wafiq dah hensem!'
Petang tu ibu balik kerja ibu bg tay Wafiq..'Wafiq..tadi ibu jumpa teacher Yezreen, teacher cakap potong la rambut tu sikit..teacher pesan next class Wafiq kena nampak lagi hensem!' 'kalau Wafiq tak percaya ibu call teacher..'
ibu call teacher..wafiq bercakap dengan teacher..teacher kata Wafiq kena potong rambut..bila pergi kedai gunting, Wafiq kena buat happy face, suruh ibu tangkap gambar dan bagi teacher tengok...
malam tu Wafiq dengan ibu dan ayah pergi kedai gunting rambut..
panjangkan rambut Wafiq...
Teacher Yezreen..Wafiq tak berdaya nak buat happy face..Wafiq tengah berdebar nie..mampu buat peace jer..lebih 7 kali Wafiq pesan kat tukang gunting.."buat slow-slow je ye...'' ...
haha...jelas terpancar rasa berdebar pada wajah Wafiq kan kakak-kakak?
baru siap sebelah kepala...tak sakit pun..tapi masa mesin tu kena telinga Wafiq, Wafiq pesan lagi kat pakcik tukang gunting...''buat slow-slow je ye...'' bila dah siap potong rambut..Wafiq pandang cermin..Wafiq terlepas cakap...''wafiq hensem...macam Iwan Bola Kampung''.....ibu, ayah dan pakcik tukang gunting dah gelak-gelak..Wafiq maluuu......
ibu lupa nak ambil gmabr lepas siap potong..nie gambar beberapa hari kemudian..tengok, rambut Wafiq dah tak sentuh telinga...comel kan saya? hihi..
dan hensem jugak!
.
Labels:
anak ibu
Subscribe to:
Posts (Atom)










































