Thursday, August 30, 2012

warming up ~_^

Assalamualaikum....

Fuh..menggeliat jari jemari ai...nie entry warming up...lamanya blog tak berupdate..tak berjenguk..dah kaku jadinya nie..yaya sihat sihat sahaja..(ada ke agaknya yg bertanya khabar? Haha) sebenarnya setiap hari rasa nak update blog nie..nak cerita macam2.tp tu la...sibuk sedikit lately..kt rumah mmg penat sangat dah.. Kat entry sebelum nie ada yg ingat yaya balik lewat kerja..tak la..tapi bulan puasa ritu balik kerja gi rumah mertua..lepas tu dari rumah mertua ke rumah moyang wafiq..sebabnya mak mertua temankan ayah mertua berbuka..moyang wafiq dah uzur,ajak duk skali taknak..jadi kenala ayh mertua yaya duk sana..tp dia balik jugakla sekejap-sekejap.. Lepas hantar mak mertua yaya balik rumah mak yaya...berbuka dan terawih kat sana..lepas terawih baru balik rumah mertua..tak berani nak biar mak mertua tidur sorang-sorang...itu yg lewat mlm baru sampai rumah..tp ayah mertua lg penat..berulang-alik ntah berapa kali sehari...mak mertua jaga wafiq..wafiq pulak tak nak gi rumah moyang..kalau gi pun tak nak masuk dlm rumah..duk kat anjung je,takpun di ajak tokma dia jalan2 kt tmn syahbandar tu...almaklumlah taman tu duk kat anjung pun dah nampak.. Cerita raya pun tak cerita lg..hmm..rs nya cam terkubur gitu je...mood raya dah habis dah nie...hihi...
Photo dari akhbar hari ahad baru nie...nama semua dah tukar.....haha.... . 


Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 15, 2012

Sudah ada maklum balas dari MBKT


Assalamulaikum..

Bulan puasa nie jarang dapat update blog..rutin setiap hari memang sama, dipendekkan cerita memang penat atas jalan..sampai rumah dah 11.00 malam...tak kan nak layan internet lagi..dah mata garfield dah time tu..maaf ye kawan-kawan..tak sempat nak ziarah menziarahi...hihi....

entri sebelum nie [ sampai bila ??? ] yaya ada cerita pasal tiang yang nak menyembah bumi kat depan rumah tok.yaya pun dah buat aduan ke Majlis Bandaraya Kuala Terengganu..alhamdulillah dah ada maklum balas dari pihak mereka..cuma kerjanya saja tak dapat dijalankan dengan kadar segera..tak apa la..asalkan dah dalam makluman mereka kan...





* pagi tadi lepas sahur jenguk-jenguk anak bulan...anak bulan sabit tu dah kecik sangat tapi raya lagi 3 hari.....^_^..Indonesia puasa Jumaat kan? Malaysia terlewat puasa sehari ker?





Wednesday, August 8, 2012

Sampai bila ???

Assalamualaikum..


dah berbulan-bulan..macam tu jugak..tak ada perubahan..eh..pihak berkuasa tak nampak ke tiang tu dah nak menyembah bumi? orang yang datang kutip duit parking tu, tak kan dorang  buat derk jerk...dah la nie laluan utama, jalan besar kat tengah-tengah bandar nie..tak ada yang perasan agaknya..

dah la depan pintu pagar rumah tok..sekarang bulan puasa setiap hari bekerja pergi rumah tok..dan setiap kali tu jugak la geram je rasa bila tengok tiang senget tu.

agaknya pihak berkuasa terlepas pandang..lepas nie memang kena hantar emel la buat aduan kat Majlis Bandaraya..






.

Tuesday, August 7, 2012

Hadiah daripada Menteri Besar

Assaamualaikum..

Setiap tahun pun dapat.rasanya setiap keluarga dapat satu...






dan yang ini bukan daripada Pak Menteri..










.

Keropok segera..dicadangkan beli cap ini..


Assalamualaikum ...

Dulu..beli RM5 dapt 6 bungkus, RM10 dapat 12 bungkus..paket pun besar..itu cerita dulu..dalam kenangan je semua tu..^_^

Sekarang..keropok segera pun ikut peredaran..ikan mahal kan..hehe..dapat yg sedap tak ape la..tapi kalau nasib tak baik dapat keropok makan sampai gatal lidah dan lelangit..tak ke rasa sendu di jiwa je kan..haha.

mahal-mahal pun tengok ramai jer orang luar duk memborong keropok segera nie kat Pasar Payang..semalam yaya singgah Pasar Payang...adik Yaya nak balik Kuantan. Kawan-kawan adik pesan belikan keropok lekor dan keropok segera..dan yang paling bestnya order dorang siap dengan cap apa lagi...keropok segera biasa nak cap PINGGAN .. keropok segera bersira nak cap PIALA ..



yaya sendiri pun tak pernah dengar cap pinggan..hihi..cap PIALA tu tau la, selalu beli yang tu..yang cap pinggan tu kat pembungkus tulis 'CAP PINGGAN DAN KEROPOK' ^_^ ... yang cap piala pulak tulis 'CAP JUARA'.. tapi orang dah selalu sebut cap piala.

keropok segera biasa lagi mahal dari yang bersira. Keropok segera biasa sebungkus RM1.50..kalau beli 4 bungkus RM5, yang bersira pulak cuma RM1 sebungkus...beli 6 bungkus pun tetap harga RM1 sebungkus.

tapi..keropok cap pinggan memang bestttt la...super sedap..memang cap yang boleh dipercayai dan tak diragui kesedapannya..lepas ni boleh beli lagi...^_^











.

Wednesday, August 1, 2012

Bila rasa nak makan...

Assalamualaikum ...

Yaya nak salahkan sape ye? bukan menyalahkan la...mmg dah lama tergoda tau..ari tu pernah buat sekali puding jagung lapis biskut tp jd cam lembik-lembik sikit..tapi bila adik Puteri Iqa Izyan tayang puding jagung dia teringin nak cuba lagi sekali..

gambar kecik je..tak mo la yg menegoknya makruh puasa..hihi

iqa..akak tambah sos sos kastard..mmg mabeles ah...petang semalam sampai rumah 6.20 .. terus yaya buat puding nie..tapi tak sempat makan untuk berbuka la..lepas tarawikh baru makan..makan dgn sos kastard yg sejuk tu..sedap.

jom semak resepi..akak copy paste je laye dari blog Iqa...yaya tengok kat blog2 lain, kat my resepi..pun guna resepi nie jugak...

Bahan-bahan:

1 cawan tepung kastad
3/4 cawan gula
1 1/2 cawan susu cair
3 cawan air kosong
1 cawan jagung manis

pssstt, tepung kastad tu kasi lebih sikit 2-3 sudu besar plus, kurangkan sikit air. sikit jelah. sebab resepi asal ni macam lembik sikit. tapi, for sure la sodapppppp *angkat-angkat kening*

Cara-cara:

campurkan semua bahan-bahan dalam periuk. lepas tu masak guna api yang sederhana je okenggg :) kacau sampai lenguh. heee. kacau sampai pekat dan berlikat. time tu kene guna extra energy sikit. lepas dan pekat berlikat, dan berkilat. time ni kacau lama sikit eh. tanak bagi lembik kot. ni pun tau daripada tengok komen-komen kat myresepi tu. lepas tu, masukkan dalam apa-apa bekas then sejukkan. bila dah sejuk boleh sejukkan lagi dalam peti ais kalau nak lagiiiii sedap ^_^ dah siap!

api tu kalau boleh sederhana jelah ye. nak besar pun boleh kalau nak cepat tapi, entahlah. better guneasederhana. hehehe. tapi, hari tu time malas nak kacau lama-lama aku hentam je api besar. hewhewhew. 



tp kan ...yaya salin resepi..time nak membuat tak tengok vetul betul yang '''pssst'' tu... itu la yang adoyainya tuh...so kejadian puding tu tak berapa nak pejal ye..kena buat lg sekali la kalau camnie..iqa pun dah 150 juta kali buat kan iqa kan..hihi...


untuk sos kastard tu bahan2 nya :

1 tin susu cair - yaya suka guna Ideal
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula

- campur semua bahan dalam periuk..masak hingga pekat sedikit..kena sentiasa kacau kalau tak berketul kastard tu...siap..




* tak sempat nak blogwalking..tunggu meja kat ofis nie clear i ziarah semua sekali ok.

* ister dr syeikh muzaffar, dr harlina dah pregnant 3 months..suka jer dengar org pregnant...








.

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...