FB

Thursday, July 26, 2012

Terima Kasih Makcik Pah

Assalamualaikum ...

Ini entri pertama dalam bulan puasa..hihi..esok dah hari ke-6 puasa..sekejap je kan..selamat berpuasa buat semua teman-teman..5 hari puasa nie yaya tak jejak lagi kaki ke bazar Ramadhan..satu malas nak bersesak, yg kedua takut jadi tabiat Ramadhan yg lepas..pusing bazar Ramadhan tapi satu apa pun tak beli..hihi..sentap tengok harga kuih..harga makanan..nie baru Kuala Terengganu..huhu..3 hari pertama puasa sempat la buat kuih, menu utama tetap ada cuma rasa rajin nak buat yang tambahan..dah buat kuih ropa,onde-onde dan pengat pisang..hari bekerja tak sempat..kena tunggu weekend nie pulak fikir nak buat kuih apa..buat puding pun best jugak kan?

tapi masuk keje hari selasa, kat ofis our tealady - makcik pah - buat kuih kole kacang..kami pakat kumpul duit pastu makcik pah masak kat ofis..hihi..serius sedap kuih kole kacang air tangan makcik pah nie.. terlupa pulak nak snap gambar..

rabu pulak buat kuih tepung gomak..(google tau nak tau bahasa standard kuih nie..kami panggil tepung gomok)..lebihan tepung kacang hijau buat kole kacang ada lagi..tu buat tepung gomok tu..


bahagian Yaya dapat 6 biji..

ada lagi lebihan inti kelapa..esok makcik pah nak buat kuih gulung pulak katanya..haih...asyik ada lebihan bahan jer nie..bersambung aje kuih muihnya..hihi..tapi best jugak..makcikpah terer masak..apa yang makcik pah masak semua sedap..nasi goreng bodoh dia pun teramat sedap..serius!









.

Tuesday, July 24, 2012

Sudah punya citarasa

Assalamualaikum...

Sekarang sedang mengerjakan kepala wafiq...dia sedang lena tidur..alih kepala wafiq ke kiri kanan pun dah tak sedar. Ajak potong rambut pun dia tak nak..Bila yaya cakap wafiq kena potong rambut tu..biar pendek sikit..tapi boleh dia jawab..' rambut pendek seksi la ibu...wafiq nak rambut macam ni...macam heroman..'.. Mana dia belajar perkataan seksi pun tak tau..heroman tu tau la..cite kartun yg dia selalu tengok tp dh habis main pun kat tv..dia ingat lg citer kartun tu... Wafiq potong pendek sikit je..macam rambut ayah ye.... Dia jawab...'rambut ayah tu macam rambut papa papa'... Haha...means fesyen org dewasa la tu..rambut seorang papa.kiki Ok la..nk teruskan jd penonton upacara memotong rambut..haha...yaya tak pernah cuba potong rambut wafiq..rambut dia tebal,tak berani nak potong.. * entri hari jumaat tp degil betul la..tekan publish tp ttp xmuncul2..duk kt dlm draft tu jugak..nie nk try publish sekali lg.. .
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 19, 2012

Pantang larang makan kurma

Assalamualaikum....

Kurma banyak khasiat tapi kurma pun ada pantang larang nak memakannya..Antaranya dengan jelas Rasulullah melarang sahabatnya, Shuhaib dan Sayyidina Ali, memakan kurma ketika sedang sakit mata.

Selain itu terdapat juga larangan nabi yang melarang makan kurma dalam beberapa situasi :

Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a :

Bahawa Nabi Muhammad SAW menegah mencampurkan anggur kering dan kurma atau mencampurkan antara kurma muda dan kurma masak.


Terdapat juga hadis lain yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW melarang sahabatnya memakan dua biji kurma sekaligus.

Hadis Ibnu Umar r.a :

Diriwayatkan daripada Jabalah bin Suhaim r.a katanya :

'' Ibnu Az-Zubair r.a pernah memberikan kami buah kurma. Ketika itu orang ramai sedang ditimpa kesusahan. pada waktu kami sedang makan, tiba-tiba datanglah Ibnu Umar. Dia menegur dengan katanya : Janganlah kamu mengambil dua biji kurma sekaligus. Hal ini demikian kerana Rasulullah SAW telah melarang perbuatan tersebut kecuali setelah seseorang itu mendapat izin terlebih dahulu daripada temannya.''
(sahih Muslim : no 3809)













.

Kurma lindungi diri dari sihir

Assalamualaikum ....


Antara kurma yang terbaik adalah kurma ajwah. Kurma ajwah sangat tinggi mutu dan nilai harganya... kurma ini juda dikenali sebagai kurma nabi kerana asal permulaanya telah ditanam oleh nabi Muhammmad SAW.

Kurma ajwah mempunyak khasiat yang banyak bahkan dengan memakan tujuh biji kurma ajwah akan menyebabkan seseorang itu terselamat daripada sihir dan gangguan syaitan.



imej dari google..



Nabi bersabda, maksudnya :

''Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan penawar kepada segala racun''
(Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah)









.

Tak apa ke bayi baru lahir diberi makan kurma ?

Assalamualaikum ...

Belah mulut sebenarnya ..hihi..kena tunggu baby 6 bulan baru boleh bagi solid food tau.. 6 bulan pertama susu ibu sahaja sudah memadai.

nie part belah mulut/bertahnik nak kira macam mana pulak ?

Cara baginda rasulullah bertahnik dengan kurma

Bukan bagi banyak pun..sebiji pun dah memadai kan. Ada faedahnya apabila bayi baru lahir ditahnikkan dengan sesuatu yang manis seperti kurma didapati boleh mengurangkan rasa sakit kepada bayi apabila disuntik untuk diambil sampel darah. Ia juga dapat mengawal kadar denyutan ketika bayi dikhatankan.

Kandungan sukrosa yang terdapat dalam kurma bertindak sebagai analgesik (penahan sakit). Bayi akan akan kurang menangis apabila lidahnya dapat merasa manis ketika disuntik untuk diambil darah. Seolah dapat mengalih perhatian lah kan...

Bayi yang baru lahir berisiko mati sekiranya paras gula di dalam darah terlalu rendah. Kurma pula seperti diketahui amat kaya dengan gula. Sebaik dilahirkan bekalan nutrisi daripada ibunya terputus. Maka tubuh bayi akan beralih kepada apa saja bekalan yang ada pada tubuhnya ketika di dalam rahim ibu. Sehinggalah ibunya dapat menyusukannya  barulah bayi mendapat nutrisi. Pada saat terputus bekalan nutrisi inilah organ-organ di dalam tubuh bayi sangat aktif. Jadi bekalan yang ada pada tubuh bayi cepat habis digunakan menyebabkan paras gula darah menurun dan membahayakan bayi.

Justeru bertahnik dengan tamar dapat membekalkan gula kepada bayi. malah ia dapat disebarkan kepada sistem tubuh dengan cepat dan melindungi bayi dari kekurangan gula.

Sesungguhnya Rasulullah SAW terlebih dahulu mengetahuinya lalu sunnah  ini amat bertepatan sekali dengan kesihatan bayi.











.

Kelebihan berbuka puasa dengan kurma

Assalamualaikum ...

* Kebaikan Tamar/Kurma Kering
* Mengapa Wanita Hamil Perlu Makan Kurma

Kurma..my feveret. tapi tak berapa nak suka kurma yang kulit kering tu..suka kurma yg lembap sedikit..sepanjang tahun ada dipasaran tapi seawal Rejab dan menjelang Ramadhan makin ramai yang menjual kurma.

Rasulullah S.A.W bersabda :

'' Jika seorang daripada kamu hendak berbuka puasa, maka berbukalah dengan tamar kerana tamar itu berkat, jika tiada berbukalah dengan air kerana ia bersih dan suci.''
- Riwayat Abu Dawud dan Termizi

arkib google



Apabila kita berpuasa, perut kita kosong tiada makanan. Maka hati tidak mendapat tenaga yang cukup. Makanan yang manis adalah paling cepat sampai ke hati. Oleh itu seseorang yang makan tamar/kurma manis, hati menerimanya dengan cepat. Dari hati, manfaat-manfaat lain dihantar ke organ-organ tubuh yang lain. Selepas itu barulah tubuh kita sedia untuk menerima dan mencerna makanan-makanan lain.

Apabila berbuka puasa dengan kurma, tubuh kita mendapat manfaat semula jadinya yang tinggi. Ia dapat membekalkan tenaga dengan serta merta berbanding nutrien daripada sumber makanan yang lain. Tenaga ini diperlukan dengan segera oleh kita bagi membolehkan kita bersegera menunaikan solat Maghrib

Selepas itu barulah diikuti dengan makanan yang lebih berat. Tenaga daripada kurma juga diperlukan untuk mencerna makanan-makanan yang lain.









.

Cara bertahnik dengan tamar/kurma

Assalamualaikum ...

Pernah dengar belah mulut? itu istilah mesra orang kita..bahasa standadrnya adalah 'bertahnik' ok..^_^.. Bagi orang Islam, bayi yang baru lahir hendaklah ditahnikkan. Kemudian barulah dicukur rambutnya dan diakikahkan.


Wafiq - Day 2



Riwayat Bukhari dan Muslim :

''Aku dikurniakan seorang anak lelaki. Lalu aku membawanya kepada Rasulullah S.A.W. Baginda S.A.W menamakannya Ibrahim dan mentahnikkannya dengan tamar''.
- daripada ABu Musa r.a


Cara Baginda Rasulullah S.A.W mentahnikkan bayi :

Baginda mengunyahkan lumat kurma lalu dimasukkan kedalam mulut bayi dengan jari dan kemudian digosokkan ke lelangit kiri dan kanan.








.

Wednesday, July 18, 2012

Kesukaan Si Dia

Assalamualaikum.... Dulu sebelum ada anak sendiri, heran sangat yaya bila anak sedara yaya cam naik hantu bila tengok baju ultraman..baju ultraman tu sampai tak sempat nak ampai...keluar dari mesin basuh terus nak pakai...haha..sekarang nie jadi pulak kat anak teruna yaya..

Tshirt putih dipanggilnya baju England..yang kuning pulak baju 1 Malaysia...nasib baik dua-dua baju nie jenis cepat kering...dua helai baju tu dah naik lebu dah org ganu cakap... Baju upin ipin,spongebob, boboi boy...tak pulak jadi igauan...anak ibu nie minat bola agaknya...hmmm... .
Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 16, 2012

Wafiq Is 3

Assalamualaikum ...

16.07.2012.. hari nie genap anak ibu 3 tahun... Semoga anak ibu Tengku Ahmad Wafiq menjadi anak yang soleh, anak yang mendengar kata, semoga Wafiq sihat sentiasa dan menjadi seorang anak yang cerdik pandai ke arah kebaikan...aminnnn....

kami bergambar awal sikit..hari jumaat baru nie..lagi pun dah dekat nak puasa kan..jumaat nie pulak nak turun Kuantan lg..mmg tak ada masa free langsung... huhu...

gambar nie pun ambil dari facebook abg photographer tu..nanti kalau dah dapat CD yaya tepek lagi kat blog ni..














*gambar-gambar nie nak print je ke or nak buat photobook ? buat photobook la kan..lagi pun sekarang nie ada less 40% ^_^




lagi istimewanya 16 Julai ...

Matahari akan berada tepat di atas Kaabah pada 2 tarikh setiap tahun :
1) 28 Mei - 5.16 PM
2) 16 Julai - 5.28 PM


jadi jam 5.28 petang nie boleh cek arah kiblat..mana la tau ada yang masuk rumah baru ke kan? hehe..














.

Kuih Cara Manis

Asslamualaikum ...

1st time buat kuih nie..sebelum nie pandai beli je..rupa-rupanya teramatlah senang nak membuatnya .. mak yaya pun pernah buat sekali je..lepas tu elok je tersimpan rapi dalam kabinet acuan kuih cara tu..mintak dengan jiran 2 helai daun pandan dibaginya sampai sepohon..gila banyak..rumah dia pun memang dikelilingi dgn pokok daun pandan..haha..lepas buat puding hari jumaat tu (nanti2 la up entri puding..hehe)..petang sabtu tergerak hati nak cuba buat kuih cara manis..



very easy,very easy,very easy! cewah!.. haha.... bila dah tau buat mesti minggu depan jiwa daku rasa terkilan tengok harga kuih cara manis kat bazar ramadhan..haha.agak-agak korang seringgit dapat berapa keping? ^_^

jom semak resepi..bahan-bahan pun simple je

Kuih Cara Manis

Bahan-bahan :

3 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan santan segar
1/2 cawan air daun pandan (potong kecik-kecik then blend)
3 biji telur
garam secukup rasa
sedikit pewarna hijau
gula pasir - untuk inti

Cara Membuat :

1) Masukkan semua bahan kecuali gula pasir dalam blender..
2) Panaskan acuan..(dahulu kala acuan ini hanya berharga RM8.00 di Pasar Payang..sekarang xtau la berapa ^_^ )
3) Sapukan setiap lubang acuan tu dengan minyak. Yaya guna daun pandan yang diikat jadi kecik gitu..pastu potong hujung jadi halus2..celup dalam minyak kemudian sapu pada acuan..
4) Tuang adunan yg diblend tadi..nak senang letak dalam bekas kecik yg bermuncung..tak adalah berat sangat tangan menanggung beban..hehe
5) Biar dalam seminit dua baru tabur gula pasir kat tengah-tengah tu..sebabnya nanti takut gula tu mendap sampai bawah..kita tunggu kuih cara tu mengeras sedikit..biar gula duk center gitew.jangan letak banyak sangat..setakat hujung-hujung sudu kecil tu jer..
6) tutup acuan dengan tudung periuk..sekejap je dah masak..dalam 8-10 minit dah masak..

yaya tak pasti tang masa masak nie..tapi memang sekejap..pandai-pandai korang la angkat tudung periuk tu check dah masak ke belum..tengok bahagian bawah dah agak garing masak la tu..



selamat mencuba ...






.

Wednesday, July 11, 2012

Mengapa wanita hamil perlu makan kurma ?

Assalamualaikum ...

Entri lain berkaitan kurma:

Kebaikan Tamar/Kurma Kering


Kurma ada pelbagai kategori :

- Ketika MUDA dipanggil  BALAH
- Ketika MEKAR dipanggil RUTHOB
- Ketika MASAK dipanggil TAMAR
- Kurma kering yang keras pula dipanggil LABANAH

Apa pun setiap jenis kurma ada kelebihannya tersendiri.


* Kurma yang kita makan sokmo tu especially waktu berbuka tu sepatutnya dipanggil tamar la kan? tp kita dah biasa sebut kurma....^_^


Wanita hamil digalakkan makan kurma. Bukan sahaja sepanjang tempoh kehamilan tetapi kurma juga amat baik dimakan selepas kehamilan.


kurma muda - arkib google


Kurma mekar  - arkib google




Wanita hamil sering mabuk dan muntah :
Jika masalah ini berpanjangan, ia dipercayai berpunca daripada kekurangan potasium. Potasium di dalam tamar/kurma amat tinggi. Potasium penting untuk melancarkan imbangan air di dalam tubuh.


Mengantikan asid folik :
Asid folid adalah salah satu vitamin B dan sering denrikan oleh doktor kepada wanita hamil. Buah kurma amat kaya dengan asid folik.Justeru amat disyorkan wanita hamil memakannya. Asid folik memaikan peranan penting dala pembahagian sel dan pembentukan struktur genetik sel.


Memudahkan proses kelahiran :
Para doktor menyarankan wanita hamil mengambil makanan mengandungi gula daripada buah pada hari dijangkakan bersalin. Dan semestinya buah yang terbaik adalah kurma.


Risiko kehilangan banyak darah :
Risiko kehilanga banyak darah sewaktu bersalin akan merendahkan paras gula, maka kurma mampu menghalangnya.


Memberi tenaga dan merangsang hormon susu :
Kurma mampu memberi tenaga dan mencergaskan tubuh ibu yang semakin lemah, dan pada waktu yang sama meransang hormon susu serta meningkatkan paras susu ibu yang perlu untuk bayi yang baru lahir.









.

Monday, July 9, 2012

Tak Sempat

Assalamualaikum ..

Update entri secara pantas...



Maaf..tak sempat nak blogwalking..hujung minggu ada saja hal-hal nak kena buat..nampak remeh tp memenatkan..hari-hari berkerja sah-sah la sibuk..hihi..nie nak puasa nie..nanti nak raya..so semalam bos dah suruh siapkan budget variance  setakat 6 bulan pertama nie..harap-harap dapat ler advance bonus puasa nanti... hihi...


ok la... nanti dah selesai semua baru ziarah kawan-kawan...






.

Sunday, July 8, 2012

Kebaikan Tamar/Kurma Kering

Assalamualaikum ..

* Mengapa Wanita Hamil Perlu Makan Kurma

Kebanyakan tamar dipasarkan adalah tamar kering. Ini kerana ia lebih tahan lama dan mudah disimpan. Apakah kebaikan tamar atau lebih dikenali dengan kurma ini ?





* Ia bebas kolestrol dan mengandungi hanya sedikit lemak. Amat kaya dengan galian dan vitamin B1, B2, B3 dan B5 juga vitamin A1 dan C.


* Ia merupakan sumber protein yang tinggi.


* Ia kaya dengan potasium dan kurang sodium. Ia membantu melancarkan sistem saraf. Penyelidikan mendapati, pengambilan potasium pada takat tertentu boleh mengurangkan risiko strok. Selain itu tamar membantu merendahkan kolestrol LDL.


* Tamar membantu membaiki sitem pencernaan kerana mengandungi fiber larut dan tidak larut. Ia juga mengandungi pelbagai jenis amino asid.


* Tamar amat membantu merawat anemia kerana kandungan zat besinya amat tinggi. Justeru, ia amat sesuai dimakan oleh wanita hamil untuk menambah darah.


* Tamar mengandungi fluorin (dalam bentuk sebatian flourida) yang melambatkan kerosakan gigi.


* Tamar adalah sumber tenaga yang amat baik kerana mengandungi gula semulajadi seperti glukosa, sukros, dan fruktos. Tamar berkalori rendah, justeru amat sesuai bagi golongan yang mementingkan kesihatan.















.

Friday, July 6, 2012

Kisah benar , Saya dipergunakan oleh ayah

Assalamualaikum... Kesian Ahmad. Terlalu banyak rintangan hidup yang ditempuhi anak kecil berusia 10 tahun itu..ibunya dah lama meninggal dunia..tinggal Ahmad bersama ayah dan nenek yg sudah uzur di sebuah rumah sewa. Sepatutnya pada ayahnya lah Ahmad bergantung hidup dan menumpang kasih..tapi ayahnya pula hanya tahu merosakkan diri. Tegar bersahabat dengan najis dadah. Demi sesuap nasi dan rumah sewa yg tak dibayar..nenek Ahmad terpaksa meminta pertolongan kesana kemari. Nak bekerja kudrat dah tak ada. Mohon bantuan dari badan berkaitan..berjalan mohon bantuan dari syarikat-syarikat. Sehingga sampai Ahmad dan neneknya ke sebuah syarikat. Mendengar masalah yang dicerita oleh nenek Ahmad yg ketika itu hanya bercerita tentang kesempitan hidup dan ibu Ahmad yg telah tiada. Ayah Ahmad pula hilang entah ke mana. Pihak pengurusan syarikat telah hulurkan bantuan. Dilunaskan hutang rumah sewa yg tertunggak lebih setengah tahun itu. Diajak pergi shopping barang keperluan rumah. Bukan sekali itu kedatangan Ahmad dan neneknya ke syarikat terbabit. Sehinggalah yang sekali itu..ketika menghantar mereka pulang ke rumah bersama barang keperluan, nampak lah kelibat seorang lelaki..baru tau ayah Ahmad rupanya.. Masih muda..kiranya masih berupaya mencari rezeki untuk anaknya Ahmad dan ibu mentua. Baru lah tau dari jiran sekeliling.. ayah Ahmad rupanya bersahabat dengan najis dadah. Patutlah duit yang diberi selalu tidak cukup. Ada yang memeras di rumah rupanya. Sehingga la kini..nenek Ahmad telah meninggal dunia..tinggal lah Ahmad bersama ayahnya yang tak boleh diharap itu tapi pintar tak bertempat..dibawanya Ahmad meminta sedekah kesana kemari. Dibawanya Ahmad ke syarikat yg pernah menghulurkan buat Ahmad dan neneknya dahulu..walaupun kesian apabila memandang wajah Ahmad tp mengingatkan akan ayahnya rasa geram dan sakit hati pula menerbit..kerap juga mereka dtg.. Ada seorang guru sekolah Ahmad jatuh belas pada nasib Ahmad. Dimohonnya pada ayah Ahmad untuk ajak Ahmad tinggal bersama. Mahu menjaga makan minum. Biar senang nak belajar.. tapi ayah celaka pula tak berhenti minta duit pada si guru.. akhirnya Ahmad kembali bersama ayahnya.. Sehinggalah suatu hari... Mereka berdua datang lagj ke syarikat yg sama..mohon bantuan..kata ayah Ahmad rumah mereka terbakar.. setelah disiasat betul rumah mereka terbakar..tapi ada cerita disebaliknya..pada hari kejadian, ada polis meronda di sekitar rumah Ahmad. Ayah Ahmad yang ketika itu sedang mengadap lilin untuk kerja merosakkan diri mula rasa gerun. Cepat-cepat dia menuruni rumah..rumah pangsa pulak tu..habis lilin terkena botol racun serangga. Berlaku letupan kecil... Hidup mereka makin terdesak..Ahmad diajar si ayah meminta sedekah pada orang ramai..untuk ayah keparat sebenarnya..digunakan Ahmad supaya mencari wang..selain untuk makan minum dah tentu yang paling utama untuk membeli benda haram itu.. Ahmad budak pintar. Melihat wajahnya dan cara bercakapnya saja sudah boleh tau betapa cerdiknya budak Ahmad tu.. tak padan dengan usianya.. pintar dan beradab.Tak dapat nak bayangkan..budak seusia Ahmad diperlakukan sebegitu oleh ayah kandung Seolah cukup faham itu bukan yg terbaik untuk dirinya..seolah cukup faham dia perlu melakukan sesuatu utk masa depan yg lebih menjamin...Ahmad seorang diri ke balai polis..membuat aduan..diadunya ayahnya mempergunakan dirinya..dipaksa jadi peminta sedekah...siasatan mula dilakukan..dan sekarang Ahmad dibawah jagaan pihak berwajib.. Alhamdulillah... Semoga masa depan Ahmad lebih terjamin.. .
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 5, 2012

Bloglist Kakcik Seroja

Assalamualaikum ...



Yaya nak join bloglist Kakcik .. berminat nak join klik SINI ye...







.







Jodi Jomblo

Assalamualaikum ....

Silap yaya..suka sangat dengar Wali Band..tapi tak ada yang tak kena pun dengan group dari seberang itu..tengok saja la sambutan lagu Tobat Maksiat dan Cari Jodoh...hangat! masa tu yaya minta mr.tmfs download full album..nak dengar masa dalam kereta. dahulu sempat la dengar dua tiga kali..tapi mr.tmfs tak boleh dengar lagu Indon..allergic betul dia..dan dan mengantuk!*mengada*..yaya pulak tersangat la allergic bila mr.tmfs pasang cd rock dia..dia mata segar, yaya pening kepala..*pun mengada*..nak buat macam mana..kami bab irama lagu semasa mmg selalu clash. Pasang zikir..dua-dua tak berani nak komen..sebab itu lah yg terbaik kan..

tak pe la..cukup la dapat layan 2 3 kali album Tobat Maksiat tu..hihi..beralah saja la dengan mr.tmfs..lagi pun dia yang drive..kalau dia ngantuk dengar lagu Indon kegemaran daku sape susah..haha..kami bertiga jugak..^_^


Wafiq - 15 Syaaban 1433 H



Wafiq pun dah nak masuk 3 tahun..sekarang nie buat perangai nak dengar lagu Wali Band.masuk je kereta 'ayah,nak dengar lagu Wali Band!' ..hehe..ibu suka ayah geram!

heran juga yaya mana Wafiq tau Wali Band nie..eh..teringat yaya...dulu-dulu..masa yaya sempat dengar 2 3 kali lagu Wali Band tu..yaya ada gunakan bantuan dari Wafiq... 'wafiq,nanti cakap dengan ayah Wafiq nak dengar lagu Wali Band..ok?' dan anak itu memang menurut perintah..hihi..hmmm patutla..

sekarang Wafiq pulak baru kena hinggap virus Tobat Maksiat dan segala lagu dalam album tu..seolah memory remains..cewah..tak perlu berkomplot dengan yaya..dia pandai mintak pasang lagu Wali Band..siap ikut menyanyi lagi..ermm.salah siapa..ahkak jugak..nak layan sinar fm pun dah tak merasa...

ok fine.tak ada yang tak kena dengan Wali Band.tak apa je budak-budak dengar (ini ayat penyedap hati)..tapi ada bahasa indon yang yaya sendiri tak tahu maksud itu gi mana ya?(hah..kan dah kuar indon...)ada sekali tu Wafiq tanya..'ibu...polisi tu apa?' (lirik pada lagu Suka Atau Tidak .. kamu bkan polisi,kamu bukan tentera..bla bla) ..sabar jer la..bagus anak ibu belajar banyak bahasa.haha!

tu mujur Wafiq tanya 'polisi' ... boleh la terang seringkasnya..'kita orang Malaysia sebut polis..orang Indonesia macam dalam cerita Anugerah tu sebut polisi'...^_^

lagu Jodi tu..apa ke benda Jodi ? (yang pasti bukan sejenis kuih..)..setakat nie Wafiq tak tanya lagi apa itu Jodi.. kalau dia tanya agaknya nak kelentong apa ye..

Aku Jodi jomblo ditinggal mati
Jadi pacarku tak rugi
Aku Jodi jomblo ditinggal mati
Pokoknya buy one get one free
Aku Jodi jomblo ditinggal mati
Yang pasti ku setia sampai mati

itu korus lagu Jodi..tengok bait kata pun memang tak dapat nak menangkap maksud Jodi tu ...tak pe..kita tanya orang Indonesia...jangan pening kepala ^_^.. bila tengok member yaya online kat YM terus yaya tanya dia..apa itu JODI..apa itu JOMBLO

JODI = Jomblo ditinggal mati ..*gabungan perkataan la kan
JOMBLO = A person who never have a boy/girlfriend
JODI =  A person who become single because her/his girl/boyfriend has been dead


owhhhh...itu ke maksudnya..tq my only indonesian friend..Mr.Yoki Kuncoro.(dengan harapan seandainya empunya diri search nama sendiri tersinggah lah beliau ke blog ini..hahaha)

jadi..tak ada maksud yg pelik-pelik..boleh aje la bg Wafiq dengar.. tp si Yoki macam terkezutt pulak bila tau Yaya bg Wafiq dengar lagu serupa gitu..aduhh..tak sesuai katanya..dia sendiri membesarkan anak dengan cukup berhati-hati..di Indonesia masalah keruntuhan moral sangat teruk..(kat tempat kita pun...)

hmmm...pulak...bukan senang nak basmi virus Wali Band Si Wafiq tu..ibu boleh lah beralah dengan ayah. Anak kecil nak mengalah ? tunggu kita pengsan 2 3 kali kut baru dorang mengalah.. tak pe la..bukan ada yang tak kena pun dengan lagu tu..kan ? ... dari dengar anak menangis meraung dalam kereta..layan kan saja la.. lagi pun cuma dengar dalam kereta...perlahan-lahan kami tukar minat muzik dia..tidak mengikut ibu, juga tidak mengikut ayah..pilih yang sebaiknya..



*teringat kata-kata Ustaz Hasrizal - saifulislam.com semasa beliau datang memberi motivasi di pejabat beberapa tahun lepas...'siapa yang tak dapat mencari kebahagiaan dalam kereta,sememangnya di luar kereta pun susah nak merasa bahagia' ..

dalam kereta..tekanan dirasai bila jalan sesak..yg baran mula la sumpah seranah,itu baru dugaan kecil..tapi sabarnya ke mana...dah tak boleh nak handle...kalau dibandingkan dengan segala cabaran dan dugaan di luar kereta..hmmm..macam mana hidup nak bahagia..

cipta kebahagiaan dalam kerete.ok? ^_^


Wallahualam ...





.




Saya Melayu

Assalamualaikum ...

anak ibu bersungguh benar makan spaghetti guna garfu ..

walaupun payah nak disua ke mulut..dah makanan omputih, makan kena guna garfu la..

haish..tak boleh jadi..ibu, dah nak kejong la tangan Wafiq ni..

baik Wafiq makan guna tangan..senang! saya kan orang Melayu...^_^







.

Wednesday, July 4, 2012

Berdoalah pada malam Ini .. Insya-Allah doa dimakbulkan

Assalamualaikum ..

Sekejap je lagi akan masuk waktu Maghrib...dan bermula lah 15 Syaaban...  Selepas solat Maghrib digalakkan baca Yassin 3 kali .. selepas selesai setiap bacaan berdoalah ...Insya Allah..doa malam nisfu Syaaban adalah antara doa dimakbulkan Allah...

Di Malam Nishfu Sya'baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Berkata Imam asy-Syafi'ie dalam kitabnya al-Umm:

''Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."




jangan lepaskan peluang yg Allah dah bg pada kita..sementara masih bernafas..kesempatan tu kita gunakan..Insya Allah...peringatan untuk diri sendiri juga...






.

Hukum Suntikan Imunisasi

Assalamualaikum ...
 

Soalan :

Apakah hukumnya seorang Islam mendapatkan suntikan imunisasi dari hospital? Suntikan untuk bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Halalkah bahan suntikan tersebut?




Jawapan :

Syariat Islam diturunkan untuk memelihara maslahah atau kepentingan dan kesejahteraan hidup manusia. Terdapat 5 maslahah yang dipelihara oleh syariat Islam iaitu :

1) Agama
2) Nyawa / Kehidupan
3) Akal
4) Keturunan
5)Harta

Mengambil suntikan imunisasi adalah salah satu langkah atau usaha untuk menjaga NYAWA. Maka hukumnya harus dan tidak bercanggah dengan prinsip syariah. Dari segi bahan suntikan, seeloknya ditanya pihak yang menyediakan.






.

Tuesday, July 3, 2012

Bercucuk Tanam La Sangat

Assalamualaikum ....


ni la yg dikatakan rajin terlajak.. tanam dahan kering... Wafiq punya keje la nie..jangan pandai-pandai dicabut pokok tu..haha..pokok Wafiq katanya...

tak ada maknanya daun coklat tu nak berganti dengan yang hijau..haha..layan jer la...wafiq..wafiq...







.

Monday, July 2, 2012

Bukan Rezeki ..atau ?

Assalamualaikum ...

kelmarin..sesudah je sesi playgroup Wafiq di Masjid Al-Mukhtafi Billah Shah (Masjid Ladang).. yaya dan Wafiq menunngu Mr.TMFS di perkarangan Masjid. Orang agak ramai hari tu..ada perhimpunan hijau..ada antara mereka yang singgah untuk solat zuhur.

tiba-tiba .. datang seorang makcik menghampiri Wafiq..umur lingkungan 50 tahun..

Makcik : Boboi..boboi...acik ada air cendol..tadi acik beli dua..acik dah minum satu..nie acik bagi boboi satu..(sambil hulurkan air cendol..)

tanpa salam..tanpa pandang pun yaya disebelah Wafiq..makcik tu bergegas masuk ke dalam masjid..daku pulak yang terpinga-pinga..

Wafiq pulak tak sabar-sabar nak minum air cendol..yaya pulak datang rasa was-was..orang yang kita tak kenal..hulurkan minuman untuk anak kita..eh..memang menebal la rasa was-was..makcik tu mungkin tak ada niat apa-apa..mungkin mmg dia berniat nak sedekahkan air tu..tapi entah la.. makan minum yang diberi oleh orang yang tak dikenali mmg yaya akan terima..yang penting terima dahulu..tapi mmg yaya tak kan makan..tak kan minum..nie nak bg anak minum pulak..mmg tak la jawabnya..

Yaya cakap kat Wafiq..'kita bagi ayah rasa dulu air cendol nie..biar ayah rasa sedap atau tak'..alhamdullillah..anak kecil tu mendengar kata.. sekurang-kurangnya alasan tu boleh lengahkan Wafiq..kemudian...yaya letak air cendol tu di tepi tiang kat sebelah yaya..ntah macam mana siku yaya terkena air cendol tu..jatuh..pecah...

Akhirnya..memang tak ada rezeki Wafiq dengan air cendol tu..atau ... (korang sambung la sendiri ...) ^_^






.


Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut

Assalamualaikum ...

Lama jugak tak buat kek gula hangus..kalau tanya mak yaya rasa cam nak buat kek..kek ape ye ? sah-sah dia kan jawab 'kek span'..kek gula hangus ler tu..org tua mmg panggil kek span kan..mmg feveret dia.. kali nie yaya cuba resepi Che de' Nuanza . Tak perlu nak perap adunan sampai  2 3 jam..ada caranya nak serlahkan lubang-lubang semut tu..hehehe...


suka hati taw tengok lubang-lubang semut yan banyak tu..hehe..tq Che de' Nuanza utk tips tu..

sedikit tips: utk dapatkan kek yg berlubang2, potong kek di tgh, kemudian tgk arah garisan kek
potong kek melintangi garisan tu
(ala2 potong dgaing le..kena lawan arah garisan)


Resepi :
kek gula hangus @ kek sarang semut

sumber : cida de'nuanza

bahan2

ni utk wat gula hangus- buat yg ni dulu sblm bancuh adunan

2 cawan gula pasir
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega

cara:

masukkan gula dlm kuali atau periuk
bukak api sederhana kecil...
sentiasa kacau2 gula sampai larut
sampai warna jadi keemasan macam madu..
kalau jadi kearangan, buang je la...konpem x jadik
nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula tu hangit

pastu, dgn langkah kuda2..masukkan air panas dlm gula td...
AWAS!! sedikit kemalangan akan berlaku kalau x berhati2
sbb gula tu mcm meletup2 skit nanti...
pastu gula td akan jd cam ketul2 skit bila masuk air...
cairkan semula...
bila dh cair semua, masukkan mentega..biarkan larut...
tutup api dan sejukkan

bahan lain:

7 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis disukai ramai
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila

cara:

pukul telur sampai kembang
(blend pun boleh..guna mixer pun boleh- aku guna blender je)
pastu masukkan susu pekat
kasi blend lagi sampai sebati
masukkan pulak esen vanila

pastu ayak tpg gandum + soda + baking powder
masukkan dlm adunan..teruskan blend
last sekali, masuk la gula hangus yg dh sejuk td...
blend lagi!

bakar selama 1- 1 1/4 jam guna api bawah n suhu cam biasa la..antara 160-180 darjah celcius
5-10 mnt terakhir, guna api atas dan bawah
kalo kek lom masak, tambah 5 mnt lg
biarkan sejuk sblm potong

(utk dapatkan potongan yg cantik dan berlubang, belah kek di tgh, kemudian tgk arah urat kek..potong kek secara melintang garisan tersebut)




.

Sindrom ‘Monday Blues'

Assalamualaikum ...

“Arrrghh...Isnin datang lagi!” Setelah berseronok pada hujung minggu, bangkit awal pada pagi hari Isnin antara cabaran terbesar bagi mereka yang sudah berkerjaya.

Tip Langkah Atasi

Sebelum Hari Isnin

1. Susun Jadual Dan Kemas Meja Kerja
Sebaiknya setiap hari Jumaat anda digalakkan untuk menyusun jadual serta merangka tugasan mengikut keutamaan bagi mengelakkan kelam kabut pada pagi hari Isnin nanti. Sebelum balik, kemas dan susun meja anda agar tidak berselerak. Atmosfera meja yang kemas menjamin mood anda lebih baik nanti.

2. Hadiahkan Sesuatu Untuk Diri Anda
Ambil masa untuk keluar membeli-belah secara sederhana. Belilah sesuatu seperti pakaian, aksesori mahupun alatan pejabat baru untuk digunakan pada hari Isnin nanti. Secara automatik anda akan lebih teruja dan bersemangat untuk menempuh hari tersebut.

3. Elak Tidur Berlebihan
Elak diri anda lelap berlebihan sepanjang dua hari cuti kerana tabiat ini akan membuatkan diri anda bertambah malas pada keesokan harinya. Amalkan aktiviti-aktiviti ringan seperti bersenam, berkaraoke dan lain-lain yang menyeronokkan.

4. Dapatkan Rehat Secukupnya
Sebelum memulakan aktiviti pada hari Isnin, anda hendaklah mendapat rehat yang secukupnya. Tidur lebih awal bagi menjamin kesegaran pada pagi hari Isnin.

Pada Hari Isnin
1. Bangun Lebih Awal

Set jam penggera seawal yang boleh. Selepas membuka mata, ambil sedikit momen untuk menarik nafas panjang dan renggangkan badan di atas katil. Pasti anda akan lebih segar dan bertenaga.

2. Sarapan Ringan
Jangan biarkan perut kosong pada awal permulaan hari Isnin. Menurut pakar pemakanan, sarapan pagi amat penting bagi menstabilkan momentum fizikal agar lebih bertenaga. Pengambilan bijirin (cereal) dan susu antara pilihan yang bijak. Anda juga boleh memilih untuk menikmati dua keping roti bersama segelas jus.

3. Mendengar Muzik
Ya, tidak dinafikan trafik pada hari Isnin kebiasaannya sesak. Oleh itu, jangan ambil peduli akan kesesakan tersebut. Sebaliknya berfikiran positif dan putarkan radio atau mainkan lagu-lagu kegemaran anda. Apa jua genre, muzik terbukti menenangkan dan mampu menyegarkan mata.

4. Elak Terus Membuka Komputer
Jangan biarkan anda terbeban dengan tugasan setibanya sampai di pejabat. Elakkan dari terus membuka komputer dan membaca lambakan e-mel yang boleh membuatkan anda tertekan. Seeloknya selesakan dahulu diri anda dengan menyusun jadual kerja.

5. Senyuman Dan Bicara Ringan
Mulakan hari anda yang positif dengan senyuman. Ambil masa dan pergilah menyapa rakan sekerja serta kongsi aktiviti sepanjang hari minggu anda bersama mereka bagi meningkatkan keterujaan. Gelak ketawa mampu membangkitkan keceriaan anda.


credit : MASKULIN





.

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...