Saturday, June 30, 2012

Jangan Bakhil..Itu Jalan Ke Syurga

Assalamualaikum....

Kalau ada duit seringgit dalam poket..70 sen duit bahagian diri sendiri, 30 sen hak orang lain..begitulah umpama harta kita..rezeki org lain, orang yang lebih memerlukan adakalanya diturunkan melalui kita.

Bertanya Saiyidina ibn Jabal r.a :

"Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka"

Dan Baginda bersabda :

"Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara besar,namun ia adalah perkara ringan bagi orang yang dipermudahlan Allah iaitu;

1) engkau menyembah Allah
2) engkau mendirikan solat lima waktu
3) menunaikan zakat
4) berpuasa dibulan Ramadhan
5) mengerjakan haji ke Baitullah

Kemudian Baginda bersabda ''Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan? Iaitu;

Puasa itu adalah perisai, (dan) sedekah itu dapat memadamkan dosa seumpama air memadamkan api (yang marak menyala)..."

(Sebahagian hadis riwayat at-Tarmizi dan dimasukkan an-Nawawi sebagai hadis ke-29 dalam kitab hadis 40) .



Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, June 29, 2012

Siapalah kita

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah..masih bernyawa pagi nie..dan kalau boleh..setiap hari lepas kita bangun tidur tanya pada diri sendiri...


''Kenapa Allah masih hidupkan aku pada hari ini?''

dan jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali:

''Kerana dosaku banyak. ALLAH izinkan aku untuk bertaubat."



*peringatan untuk diri sendiri...


Allah masih bagi peluang untuk bernafas..masih ada masa untuk bersama anak, suami..bersama keluarga..masih berpeluang bergelak tawa..begitu besar nikmat Allah beri pada kita...syukur Alhamdulillah.




*alangkah lalainya pagi tadi...solat subuh 6.50 pagi..bukan subuh gajah..tu dah boleh anggap subuh dinasour! huh! berbanding apa yg diberi olehNya..terasa sangat berdosa diri ini..







.

Thursday, June 28, 2012

Khas Untuk Mereka Yang Suka Berposing

Assalamualaikum ...

~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~


tadaaa!!!









amacam ?








.

Wednesday, June 27, 2012

Wafiq cakap kami nie kucing ?

Assalamualaikum ...


'Wafiq mouse.... Ayah cat....Ibu cat ....'
'Cat makan mouse ...eii... wafiq takut ayah dgn ibu ...'


ish..budak nie..ada patut cakap mak pak dia nie kucing? garang sangat ke kami ? hmmm...rasa macam yaya je kadang-kadang tergarang..ayah dia biasa-biasa memang cool sokmo...

sebenarnya baru semalam dengar dia umpamakan kami bertiga nie umpama kucing dan tikus..kononnya dia tu tikus yang kerdil lagi kudus gitu..selalu kena kejar kucing gamaknya..

semalam..lepas dengar dia sebut tikus dan kucing nie...tak lama lepas tu..ada la ayah dia tertinggi suara sikit kat dia..Wafiq pun datang kat yaya sambil mengadu...

'ibu...mouse marah cat...' mengadu sambil buat muka mengada-ngada...sambil senyum-senyum...

tak tau la dia tengok mana adegan kucing dan tikus nie...

seingat yaya .. sebelum nie selalu la nyanyikan lagu nie untuk Wafiq :

'anak ayam dikejar musang...anak ayam cari ibunya..anak ayam mencari..terus cari..ibunya yang hilang...' ^_^




*ayam & musang , kucing dan tikus .....jauh sekali kedengaran bunyinya...^_^






.

Monday, June 25, 2012

Ini ke yang dikatakan unik ?

Assalamualaikum ....


sebelum minta office boy pergi depositkan cheque nie..ada baiknya snap dulu..buat kenang-kenangan..ahakz.


perasaan ke tidak part mana yg uniknya?
 tentu lah pada tandatangan ....kellasss gitew! 
sekali tengok macam conteng nak cancel kan chq..tp tandatangan rupanya....
macam-macam pesen tandatangan..kalau korang la tengok tandatangan nie...agak-agaknya la kan boleh tak korang nilai macam mana perangai dan rupa tuan punya tandatangan ??


yaya rasa ...
tuan punya badan penandatangan adalah seorang yang ....

serius, simple, tak berapa nak kreatif , jenis kerja nak cepat je..setakat nak sign chq tak perlu susah-susah..sign je... dari segi rupa..ntah la..(umpama suara sedap tak semestinya hensem,tandatangan unik tak semestinya segak...tapi boleh jadi ganteng gitew  ^_^)


ish..pandai2 je mentelaah tandatangan orang..sekadar suka-suka jer taw..



*kita nie..kalau tak kenal rapat dengan seseorang jangan cepat menilai..apatah lagi kalau penilaian tu berbaur negatif...tak kenal maka tak cinta no comment..jangan nak dijaja perihal negatif orang .. berdosa...






.


Refill Time

Assalamualaikum ...

bukan setakat perut je kena isi taw


pagi nie sampai ofis terus buat keje refill ..pen merah kesayangan dakwat dah kering..ambil pen hitam baru..dah banyak bulan dah pinjam pen hitam orang meja sebelah..pen sendiri hilang ntah ke mana..tak mungkin diambil orang sebab dah ada nama..99% staff pakai kemudahan alat tulis ofis..(bossy pakai yg branded la.ape kelas pen pilot..kan..^_^ )...kebarangkalian untuk pen hilang sangat tinggi ok..sebab semua pen sepesen..langkah bijak kita tepek nama.. pen yaya kalau hilang tak lain tak bukan (sangat yakin) semestinya menyorok dalam file...tapi tak tau file mana..file berlambak..tak perlu dicari..nanti suatu hari terbuka file tu maka menjelma le pen atau pemadam atau pembaris ^_^

bukan sekadar sebatang pen..tak de pen hitam, biru, merah boleh terganggu ahkak! kena kalerful gitew supaya mudah nampak mana penting dan yang mana sangat penting.

masa study dulu kena ada banyak kaler lagi.pink,hijau,purple,oren..sampai tak boleh tinggal satu pun..rasa macam semua warna pen tu penting..hahaha...




*hidup biar ceria..warna-warni itu perlu....^_^







.


Sunday, June 24, 2012

Dhuha

Assalamualaikum ....







“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”





*sehari dua rakaat..kalau mampu buat la sampai 12...alhamdulillah..disekelilingku  ada ramai teman yang tak lupakan dhuha..bila tengok mereka,rasa ringan kaki ini mahu mengikut..alhamdulillah...





 

Feature ?

Assalamualaikum ..

Jumaat, Sabtu , Ahad ..feel nak mengarang panjang automatik hilang....^_ ^ dunia maya nie pun macam hilang serinya kan bila weekends..


like untuk suka-suka







*ada juga mereka yang berkenan kasut mak jemah ahkak nie...kihkih






.




Friday, June 22, 2012

If tomorrow never comes ...

Sometimes late at night
I lie awake and watch her sleeping
She's lost in peaceful dreams
So I turn out the lights and lay there in the dark
And the thought crosses my mind
If I never wake up in the morning
Would she ever doubt the way I feel
About her in my heart

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way to show her every day
That she's my only one
And if my time on earth were through
And she must face this world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes


'Cause I've lost loved ones in my life
Who never knew how much I loved them
Now I live with the regret
That my true feelings for them never were revealed
So I made a promise to myself
To say each day how much she means to me
And avoid that circumstance
Where there's no second chance to tell her how I feel

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way to show her every day
That she's my only one
And if my time on earth were through
And she must face this world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

So tell that someone that you love
Just what you're thinking of
If tomorrow never comes



.

Thursday, June 21, 2012

Sayang Mentua Cara Saya

Assalamualaikum ...

'' Apabila berkahwin..kita bukan sekadar berkahwin dengan pasangan kita tetapi dengan seluruh ahli keluarganya ''

Alhamdulillah...mentua yaya walaupun orang kampung dan sudah berusia, tapi fikirannya agak terbuka, sentiasa berfikir secara rasional..dan ayah dan ibu mentua banyak minat yang sama..antaranya suka membaca..dan sebab tu la yaya yakin mentua yaya dalam kebanyakan perkara tidak berfikir atau bercakap mengikut alamnya..dan hampir semua pendapatnya yaya boleh terima..jadi tak timbul rasa tak puas hati atau makan dalam atau apa saja..satu bonus buat yaya ^_^

Tapi tak dapat dinafikan memang ada mentua yang susah difahami .. adakalanya menyusahkan...bila difikirkan ikut logik akal ibu mana tak sayang anak, anggaplah ibu mentua seperti ibu kandung kita..kalau menantu punya budi pekerti menawan..lambat laun mentua akan tertawan..tak gitu ?

Yaya sendiri..habiskan 5 hari seminggu dirumah mentua, dengan suasana rumah yang agak sunyi..adakalanya tinggal kami berdua saja..jadi rasanya tak patut terperap dalam bilik..luangkan masa bersembang dengan ibu mentua (ayah mentua pendiam,jadi sembang dengan ibu saja la..^_^) ..masa nie la kita boleh memahami jiwa mereka..kenali mereka, suami yaya anak tunggal..jadi tak nak la biarkan mentua berfikir 'sejak anak aku kawen..sunyi je rumah nie..' sedih kan...tapi satu la..malam-malam yaya cepat benar mengantuknya..ada masa tu mata terbuka..mak mentua ada kat depan..tapi fikiran dah 'tidur'..hanyut...^_^

Kalau setiap kali nak keluar pulak..kata lah nak pergi makan ke, jalan-jalan ke.. yaya tak akan lupa soalan pemanis mulut nie..'ma ada nak kirim apa ke' ..nie soalan kalau mentua tak ikut keluar la.. sekali-sekala boleh tanya 'jap lagi nak pergi Giant .. jom la ikut' ..sekalai-sekala aje yer soalan nie..nak jugak privacy dengan suami..kan ? ^_^..bukan apa kalau kita tanya tak ada la nampak kita lupakan dia..biasa kalau tanya nak kirim apa baru ada benda yang mereka nak beli..nak suruh beli,mereka segan..biasanya ibu mentua yaya nak air 100 plus botol oren je..hihi..tak pun kfc..hehe..

Sentiasa gembirakan mereka..nie nak dekat nak raya..apa yang kita hadiahkan untuk ibu sempena raya..bg la jugak kat mentua..teringat raya dua tahun lepas yaya hadiahkan jubah untuk ibu dan ibu mentua..pagi raya mereka dah gelak-gelak sebab baju mereka sama cuma warna berbeza..hihi..lagi satu keluar berjalan ke, bercuti ke ingat-ingatlah akan mentua..beli la ole-ole..tak semestinya mahal..asal ada tanda kita tak lupakan mereka.

Kita sayang mentua..suami sayang kita.. macam mana nak terangkan kat korang ek..urm..ok la camni..ada masanya kita kena beralah..kena utamakan mentua..tapi tak nak la jauh kat sudut hati tu ada rasa sedih-sedih..


setakat nie .. ini yg terlintas cara saya sayang mentua..^_^

korang bagaimana ? ada tips tambahan kita kongsi bersama ...






.



Mengubah Jangan Sampai Berubah

Assalamualaikum ...



Boleh saja anda berusaha untuk mengubah tapi jangan pula diri anda turut berubah sebab nilai anda sebagai wanita anggun, cantik, bertanggungjawab dan menarik terletak pada diri anda yang asal.

Mengubah nasib diri tentu saja boleh..asal anda sanggup berusaha..dan usaha anda pada jalan Allah..jangan pula lupa jalan yang anda lalui itu ada peraturannya..peraturan yang tak mungkin akan berubah..Allah dah tetapkan..niat tidak menghalalkan cara...hukum tetap hukum...





.

Wednesday, June 20, 2012

WW : Tumbuk bawang katanya..sampai mengiring

Assalamualaikum ...














.

WW : Daripada bahan terbuang ...canggih!

Assalamualaikum ....









.
.

Tuesday, June 19, 2012

Ratusan Bintang Antara Tanda Cinta

Assalamualaikum ...

tak berapa nak ingat actual tahun kami berdua laki bini gigih buat bintang kertas nie..kiki..cinta budak sekolah..cinta monyet..macam nie lah! haha..dan antara ratusan bintang itu ada beberapa bintang kalau buka balik lipatan tu tu ada rahsia  hati yang tertulis..yaya sendiri pun dah tak ingat apa yang yaya tulis..haha..gatai noks!


 sekarang nieWafiq pulak naik geram dengan bintang hati ayah dan ibunya..nasib dia pandai main..tak buat penyek bintang tu semua..


boleh buat kira-kira guna bintang ^_^ nak...3/4 bintang dalam balang tu ayah yang buat..ibu buat sikit je..biasa la ibu romantiknya tak seberapa..bila ayah cadangkan buat bintang ibu iakan sahaja..lagipun masa tu ibu tak pandai pun nak buat bintang kertas nie..gigih ayah ajar ibu...^_^


seolah baru semalam kami melipat bintang kertas tu sama-sama...Wafiq pun dah 3 tahun..dan kami pun dah berkasih sayang selama 15 tahun..



-semoga cinta kami..dan juga cinta mereka..segar sentiasa..kita bercinta sampai ke syurga...amin....-





.

Monday, June 18, 2012

Tidak Sengaja / Sengaja / Disleksia ?

Assalamualaikum ....

arnad ?


Pendapat anda :

Adakah itu satu kesalahan yang disengajakan atau tidak.. atau mungkin disleksia ?

Bagi yang tidak tahu apa itu disleksia .. disleksia bukanlah sejenis penyakit (semestinya tidak memerlukan ubat) tetapi merupakam satu gangguan dalam prosen pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Mereka akan menghadapi masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.



Siapa pernah menonton filem Taare Zameen Par..sebuah filem arahan dan terbitan Aamir Khan..bagi yaya filem yg dah agak lama nie (Disember 2007) mmg filem tak lapuk dek zaman..tengok la berulang kali pun..kesannya tetap terasa..Taare Zameen Par berjaya membuka mata guru-guru yang menganggap karya Aamir Khan tu seolah-olah 'Inspirational Enough' untuk menangani masalah pelajar slow dalam kelas.

Watak kanak-kanak bernama Ishaan adalah seorang disleksia..bagaimana ibu bapanya sememangnya agak tertekan dengan masalah anak yang lembap dalam pelajaran.

bayangkan kanak-kanak disleksia cenderung untuk :

- menulis huruf secara terbalik..(macam gambar atas tu la)..
- membaca secara terbalik..raga = gara , lagu = gula 
- ayat-ayat pun baca dalam keadaan terbalik seperti pada masa yang masa = dapa sama yang sama
- kekeliruan terhadap simbol dan suka menterbalikkan nombor seperti no 3 dan 8 , no 6 dan 9


bukan ke mereka agak unik ??..kalau parents tak tahu anak mereka ada masalah disleksia rasanya hampir setiap hari kerja mereka hanya meleter anak..

berbalik pada movie Taare Zameen Par .. pendekatan seorang guru yg masa kecilnya juga disleksia berjaya mengubah Ishaan.. Ishaan adalah seorang anak yang hebat dalam seni lukis, bakatnya diasah..perlahan-lahan belajar mengenal huruf dan akhirnya boleh membaca..hanya kerana terasa dirinya disayangi dan dihargai..tidak disihkan...tidak dibandingkan dengan adik beradik yg lain..(satu contoh pengorbanan guru..mendidik anak,menyedarkan ibu bapa)

Jom kenali seorang  SAIFUL NANG - professional photographer, film director, instructor and blogger di mana zaman kanak-kanak beliau adalah seorang disleksia tapi sekarang dah jadi orang berjaya ...



*gambar di atas, kesalahan tidak sengaja, sengaja atau disleksia ? ^_^







.

Tq sissyira.com

Assalamualaikum ...

Ingat lagi tak dalam 3 minggu lepas yaya ada join contest kata-kata indah ? Alhamdulillah yaya antara 8 orang bertuah yang dapat clip comel ini...

Sunday, June 17, 2012

Asal bagi walaupun sedikit ...

Assalamualaikum ...

Yaya buat entri nie sebab td baca entri Aisyah dari blog Arisyah Jahirah ... kak Yaya pun sebelum nie ada masalah yg sama Aisyah ...simpati jd sakit hati..

Office yaya nie jauh sekali nak panggil pejabat kebajikan..tapi dah serupa itu la tanggapan bg mereka yg memerlukan..musim nak bukak sekolah, musim nak masuk U, bulan puasa, dekat nak raya ..masa-masa sebegini mmg ramai yg datang minta bantuan. tambahan pulak tak lama lagi dah nak puasa..sekarang nie pun hampir setiap hari akan ada yg datang minta bantuan kewangan.bulan puasa nanti lagi meriah..sampai akak yg duk front office tu tak dapat buat keje lain..keje menyoal siasat latar mereka saje..itu pengalaman tahun sebelum nie..tahun nie pun sudah pasti begitu..dah kalih..

dan yaya bekerja di bahagian kewangan ... walaupun rasa tak selesa macam mana pun, walaupun orang yang meminta orang yang sama, setiap bulan datang,  walaupun cakap mereka seolah tak boleh dipercayai..walaupun wajah mereka tiada sinar..seolah penagih dadah..tapi semua tu 'seolah' cuma...kita tak mengenali mereka..(kalau dah confirm ada main benda tak elok mmg tak bagi..) sebelum nie  perasaan yaya  selalu duk berfikir nak bg ke tak, nak bg ke tak ..tapi bila dengar tazkirah dari bigboss beberapa tahun lepas yaya cuma pegang kata-kata dia saje.. 

'rezeki mereka walaupun sedikit, walaupun sangsi dengan mereka..mana tahu betul-betul mereka susah..jangan kita kena takwil diakhirat kelak sebabnya tak membantu walaupun berupaya..'

jadinya..yaya tetap hulur walaupun sikit ..duit syarikat kan..tak ada hak pun utk kita berkira atau rasa geram walaupun zahirnya kita yg berdepan dengan mereka..

cuba bayangkan..mereka nie seolah saling berhubungan..belah pagi dah dtg 3 orang..tak sampai sejam datang lagi 4 orang .. lepas tua akan ada yg datang lgi..semua dtg serbu pada hari yg sama..cakap pulak macam tak serupa bikin..sebelum nie datang bg tahu lain..dtg kali nie cakap lain pulak..yaya tahu dia perlukan bantuan, cerita direka agar kita lebih bersimpati..tapi tak perlu sampai menipu...

ada pulak tu siap saling menyalahkan..'ni la kalau dtg ramai ramai..dapat sikit je..kalau tak mesti dah dapat beras..' rasa macam tak beradab pulak mereka..itu kan rezeki..sedikit mana pun orang bg tp tetap rezeki mereka kan..seolah tak bersyukur...



*sayu hati bila yang datang itu membawa bersama anak kecil yg tak terurus, berkudis, baju kotor...








Ayam Panggang Rosemary

Assalamualaikum ....





Percubaan pertama  ...resepi Yaya ambil dari blog kak nor..semua bahan-nahan dah ada..kecuali  daun Rosemary..kali pertama tengok daun rosemary kering depan mata..haha..semata-mata nak mecuba resepi ini..lepas nie kena google lagi resepi lain yg menggunakan daun rosemary ni..

suami kata sedap..tp masalahnya oven butterfly ku itu..oven lama..hihi..memanggang pun lama..lepas sejam tengok ayam putih lagi..lepas tu tambah lagi setengah jam..kena bakar dua kali sebab tak muat tray..

Kali pertama panggang ayam jadi sedikit garing..hehe..kali kedua panggang yaya bungkus dengan aluminium foil untuk sejam pertama...bila tambah lagi setengah jam tu baru buka aluminium foil tu dan panggang lagi..baru ok..

Akak-akak sekalian..ada cadangan tak kalau nak beli oven baru oven apa yang ok..boleh panggang seekor ayam..tak perlu potong-potong..cukup masa sure masak...^_^

jom semak resepi :


AYAM PANGGANG ROSEMARY
sumber : Wana & Ibundo
sumber : K.Nor

Bahan:
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa ~ k.nor skip
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato ~ k.nor letak tomato masa menghidang sbb anak2 lebih suka makan tomato fresh dr yg lembik
6 biji baby carot
sedikit mentega
1 sudu besar cajun ~ yg ni k.nor tambah
Cara penyediaan:

1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau (serta cajun) ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.

Tip dr K.Pah:
Bila ayam itu dipanggang, ia akan mengeluarkan banyak air. Jangan dibuang. Bundo gunakan air ayam yang penuh dengan rempah ratus itu sebagai sosnya. Masukkan air ayam di dalam periuk dan tambah dengan satu atau dua sudu besar tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat.







.

Saturday, June 16, 2012

Video : Wafiq Banyak Tanya

Assalamualaikum ...


Wafiq tak sedar yaya duk record segalanya kelmarin..Wafiq sendiri 3 4 kali tengok video nie dalam handphone..hihi..

-terlalu banyak soalan...jawab selagi terdaya -

-warning ...file yaya lupa nak compressed...so for broadband user pls beware...tak pun tak payah la tengok...sorry ya...

Friday, June 15, 2012

Taman Tamadun Islam : Funfair Taman Monumen Under Maintenance ..kesian Wafiq

Assalamualaikum ...

Wafiq nak main nie ibu, wafiq nak naik nie ibu, wafiq boleh masuk sini tak ? hmmm..bila ditengok semua berkunci rapat ... bila ditanya dikaunter tiket pekerja nya bagi tau 'under maintenance' ..tak tahu bila boleh beroperasi semula..hmmm..kesian anak ibu ...

tapi masa yaya pergi ni minggu lepas, musim cuti sekolah..sepatut dua patut mmg tak patut tau under maintenance...masa nie ramai pelancong luar datang sini...

kucing : under maintenance kann..biar i jer la beradu kat sini...ngiauuu....

-under maintenance-


-under maintenance-

budak kecik yg kecewa ....


Paddle Boat ..RM10.00 ..tak pasti untuk seorang atau untuk satu boat..tapi macam mana nal main..tempat duduknya dua sahaja..budak comel nak letak mana ?


hmmmmm.....






.





.

Taman Tamadun Islam : Taman Monumen

Assalamualaikum ...

Tadi dah buat entri bayaran tiket masuk ke Taman Monumen..tapi tu hanya tiket masuk..bila dah duk dalam tu segala perkhidmatan kena bayar ok..termasuk sewa tram, buggie mahupun basikal..ataupun nak main paddle boat..


*gambar monumen agak blur2 sebab dirakam dalam tram yg sedang bergerak ^_^


 kami bertiga sewa tram..Wafiq tak kena caj..RM3.00 untuk satu tiket..tak kan nak naik basikal..nak tinggal mana budak Wafiq tu..naik buggie pun bukan bawak sendiri..ada driver...

Istana Taj Mahal , Agra, India ...simbol kasih sayang Shah Jahan terhadap isterinya Mumtaz Mahal ..


Kincir air TTI yg dibina berdasarkan teori AL JAzari, pakar mekanikal pada zaman kegemilangan Islam ..ada galeri juga di sini tapi tram tak berhenti di sini..

Kubah As-Sakhrah, Baitul Muqqadis, Palestin..dibina pada tahun 692M dibawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan. Di tingkat atas ada replika batu suci (batu terapung)..tingkat bawah pulak ada galeri yg agak besar berserta bilik tayangan..mula-mula tram berhenti di sini, kami dibawa ke bilik tayangan..lepas tu boleh ke ruang pameran..sayang tak dibenarkan ambil gambar ..


 di bilik tayangan






Aleppo Citadel, Syria ..dianggarkan dibina pada abad ke 10 SM di atas sebuah bukit di Syria, kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat islam pada masa itu..


The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain .. Al-Hambra (Istana Merah) adalah istana purba dan kompleks kubu yang dibina diantara tahun 1238-1354 M di bawh pemerintahan Mohamed bin Ahmar, raja Nasrid pertama.

Kalyan Minaret, Uzbekistan..dibina pada tahun 1127M oleh Arslan-Khan, dibuat daripada bata yg dibakar, menara ini merupakan contoh gabungan kejuruteraan awam dan rekaan senibina yg sempurna.

Great Mosque of Agadez, Niger ... masjid yang dibuat daripada tanah yg dikeringkan pada abad ke 16pada zaman kegemilangan Agadez, mempunyai menara berbentuk piramid dengan 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya.

ermmm...tak dapat dipastikan monumen ini ^_^ ...

Xian Mosque, China...didirikan pada tahun 1392Moleh Laksamana Haji Cheng Ho pada zaman Dinasti Tang..walaupun rupa masjid kelihatan seperti kuil Buddha tapi kedudukannya adalah mengadap kiblat.


 hujung sana adalah bandar Kuala Terengganu


tak de motif


terdapat 23 monumen dalam Taman Monumen ini

1) National Mosque Malaysia 
 2 )Kudus Minar, Central Java Inonesia
3) Pattani Central Mosque,Thailand
4) Sultan Omar Ali Saifuddin,Brunei
5) Taj Mahal,Angra,India
6) Badshahi Mosque,Lahore,Pakistan
7) Kubbah A-Sakhrah,Palestin,
8) Great Mosque Of Samarra,Iran
9) Sheikh Lutfallah Mosque,Iran
10) Abu Nasr Parsa,Afghanistan
11) Al-Haram Mosque,Mecca,Saudi Arabia
12) Aleppo Citadel,Syria
13) Mosque Of Mohamed Ali,Egypt
14) Nabawi Mosque,Madinah,Saudi Arabia
15) Suleyman Mosque, Turkey
16 )Great Mosque of Qairawan,Tunisia
17) The Palace of Al-Hambra,Granada,Spain
18) Kalyan Minaret,Uzbekistan
19) Great Mosque of Agadez,Niger
20) Kul Sharif Mosque,Kazan,Russia
21) Xian Mosque,China
22) TTI Waterheel
23 )Sultan Mosque, Singapore


rasanya agak berbaloi kalau sewa basikal..boleh bergambar disetiap monumen..boleh duduk lama-lama sedikit disetiap monumen tu..suami dah ajak pergi lagi..katanya next time Wafiq kena tinggal kat rumah je... tapi sebelum tu dah berjanji dengan Wafiq nak naik River Cruise..juga di Taman Tamadun Islam ...





.

Perisian Automatik...

Cara menjadikan installer perisian anda automatik.(install using silent switch)

Kepada anda yang selalu install software kedalam pc @ laptop (cth: pekerja cyber cafe, technician computer, admin dll), pastinya tugas untuk memasang(install) perisian seperti adobe reader, winrar , winamp dan berbagai lagi perisian kedalam pc @ laptop yang baru di format amat membosankan..

disini saya ingin kongsikan satu perisian yang dapat memudahkan proses installation ini kepada automatik.

Perisian ini adalah:

SFXMaker (klik disini untuk muat-turun).Pasangkan perisian SFXMaker kedalam pc @ laptop anda.


Langkah pertama (klik 2 kali pada installer SFXMaker yang telah anda muat-turun tadi) :


Langkah kedua (klik pada "i accept the agreement" dan tekan butang "Next") :


Langkah ketiga (icon SFXMaker akan muncul pada dekstop anda, klik 2 kali pada icon ini) :

Langkah keempat (Perisian SFXMaker akan terpapar seperti dalam gambar.klik pada butang ditepi "installer path")


Tetingkap "please select the installer" akan terpapar. di sini saya menggunakan installer winamp sebagai contoh installer yang akan dijadikan automatik.


klik pada butang ditepi "Silent Switches". ini akan membuatkan SFXMaker mencari suis senyap (silent switches) untuk digunakan pada installer winamp tersebut.


Langkah kelima (klik pada butang ditepi "SFX path". ini adalah tempat untuk installer winamp yang telah siap nanti(cth: desktop) .Kemudian klik pada butang "create"
 untuk memproses)


setelah selesai proses, satu installer winamp baru akan muncul di tempat yang telah anda pilih di "SFX path" tadi.


Sekarang anda boleh gunakan winamp installer yang baru ini untuk dipasang (install) ke dalam mana2 pc @ laptop secara automatik dengan hanya klik 2 kali pada installer tersebut.Ianya akan memasang(install) winamp kedalam pc @ laptop anda secara automatik..tq.








.

Taman Tamadun Islam : Bayaran Masuk Ke Taman Monumen

Assalamualaikum ...

dewasa RM 15 sorang..ibu dan ayah nak masuk bayar RM30.00..wafiq belum sekolah..so selamat..hmm..mahal jugak kan...hehe

lepas bayar dapat passport..unutk satu passport juga akan dapat meal voucher RM 2.00 , retail voucher RM 2.00..mahu atau tidak kena tambah jugak tunai kalau nak guna voucher2 tu..untuk retail voucher kami tak jumpa pun barang yang harga lebih sikit je dari RM 2..last ambil fridge magnaet yg berharga RM8..

kami pergi Jumaat lepas..pukul 10 baru bertolak dari rumah..kurang 7 minit dah sampai..dekat je pun..tapi ni 1st time nak masuk Taman Monumen ..petang2 lepas balik keje selalu dtg sini..biasa setakat jalan-jalan sekitar TTI tu je..bawak Wafiq tengok orang main jet ski..tak pun Wafiq main slide kat situ..



sebelum masuk passport kena cop..keluar pun kena cop..Untuk setiap vixit harganya tetap RM 15. Cuma pada second visit akan dapat free tram ride or bicycle ride..untuk third visit pulak akan dapat 30% discount untuk sewa buggy dan free tram or bicycle...




nanti next entry yaya cite bila dah masuk dalam Taman Monumen tu ye...



.

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...