Wednesday, March 28, 2012
Simbolik Cinta
Tuesday, March 27, 2012
Hanya dia terkenan gelas senget.
Assalamualaikum ....
Yaya dah jarang minum minuman berkafein..nescafe terutamanya..dalam sebulan rasanya secawan pun tak habis..tu pun bila mak mertua buat nescafe masa sarapan..nak tak nak minum jugak seteguk dua..siap pesan awal2 kat suami 'abang tuang sikit je dalam cawan ayang' .. hihi.. ye..suami tolong tuang, bukan yaya.. yaya sibuk nak bersiap pergi kerja, lelaki kan cepat siap, kain baju dia pun kita siapkan, so bab tuang air bg kat dia lah.. bukan setakat nescafe, air manis-manis lain pun dah tak leh nak telan..alhamdulillah mr.tmfs pagi je minum air manis, waktu lain minum sunquick tak bergula, milo tak bergula. senang. kami memang sepesen. tak mo gula tak mo sayur..haha. tp tu kat rumah la.. kalau makan kat luar tak de maknanya mr.tmfs nak order sunquick or milo kosong..
hanya kerana gelas yg senget itu terus order... rasanya dah lama terpampang kat kedai tu iklan ' nescafe shake..baru syiok'. tapi bila mr.tmfs tengok ada orang order beberapa hari lepas, semalam bila pergi kedai tu lagi terus dia order air tu..mr.tmfs kata rasa sama je..untuk yaya semestinya air diraja...
dulu masa zaman belajar yaya ada masalah jerawat..cuci muka dah teratur..akak kat salun Nona Roguy tu tanya' ada minum nescafe tak?' oh..akak cantik, itu minuman ruji saya setiap malam, konon stay up nak belajar... akak tu kata sebab tu la jerawat ada..cuci muka dah ikut aturan..mekap mana kenal lagi masa belajar, bedak pun tak pakai..
setiap org metabolisme tu berbeza. perkumuhan ada yg melalui air kencing, liang-liang kat tangan nie pun kira perkumuhan jugak tau..dh la masa tu gemar nescafe, buang air besar kurang so toksid tu berebut-rebut nak keluar ikut liang roma muka yaya..sebab tu ada setengah orang belakang badan,atas kepala pun boleh ada jerawat..
lepas pada tu terus stop minum nescafe. daripada pantang terus sekarang jadi tak suka..kiki. .. walaupun kadar metabolisme daku sangat bagus rekodnya setiap hari..hahaha...
160 sebatan pegang tangan wanita
Kalau kat negara kita ada hukuman macam tu alamatnya ramai tak boleh terima..benda baik mmg susah orang nak terima kan.silap-silap berlaku rusuhan..
ape kelasss tak pegang tangan, tak romantik la kan..tapi kalau suami isteri ..anak sudah berderet segan pula nak berpegangan tangan...sudah terbalik..
160 sebatan ? banyak tu... mau hancur badan..grrr...mereka-mereka itu tak gerun ke mendengarnya ??
2012/03/27
RIYADH: Seorang tukang jahit India di Arab Saudi yang disifatkan terlalu berani kerana menyentuh tangan seorang pelanggan wanita Arab yang disukainya berhadapan dengan hukuman penjara tujuh bulan dan 160 sebatan.Wanita itu dikatakan bertanyakan mengenai pakaian miliknya yang dijahit di kedai jahit berhampiran pelabuhan barat Laut Merah, Jeddah apabila lelaki terbabit menghampirinya.
Beliau memberitahu penyiasat bahawa beliau sering kali menyifatkan wanita itu sebagai adiknya dan mangsa menerima perasaan itu. Beliau bagaimanapun mengakui menyentuh tangan wanita itu dan menyatakan kesilapannya serta memohon maaf.
“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan 160 sebatan sepanjang empat sesi termasuk 40 sebatan setiap minggu. Dia juga perlu membuat satu pengakuan bertulis mengakui kesilapan dan berikrar untuk mematuhi cara yang betul dan menjauhi daripada melakukan sebarang kelakuan buruk,” lapor akhbar berbahasa Arab, Okaz.
Akhbar itu menyatakan bahawa mahkamah turut meringankan hukuman dan memutuskan untuk tidak menghantar pulang ke negara asal bagi membersihkan rekod polis. – Agensi
KREDIT
Monday, March 26, 2012
Wafiq dan Spongebob
Who lives in a pinapple under the sea? Spongebob Squarepants!
hikhik...sape suka tengok citer spongebob sila jgn segan angkat tangan..( nak angkat jugak..^_^)
yaya teman wafiq tengok je ..kikiki.... budak wafiq nie bukan setakat spongebob, Cinta Fitri, Puteri Yang Di Tukar, Apa Celop semua dia layan.... semalam bukan main lg tengok Merlin..ntah faham ntah ke tidak...
Jom pergi Mekah naik kereta ayah
Sunday, March 25, 2012
Cepat sembuh baby Amsyar
Baru tau baby pun boleh kena uluran..kesian baby Amsyar, baru nak masuk 5 bulan dah pun kena operate.. Bekas jahitan dah serupa orang yg kena c-sect..usus dah sampai menekan anu dia.setiap kali meneran nak buang atau setiap kali amsyar menangis lagi-lagi la menekan usus..bertambah sakit la jadinya..
Jadi terpaksa operate..doktor jahit sikit lubang yg membolehkan usus tu keluar..masa yaya pergi ziarah baby amsyar masih lagi di icu..Baby kena masuk darah..
Tapi amsyar kuat, nurse pun cakap macam tu.tak banyak ragamnya walaupun sedang sakit..
Semoga bekas luka operate cepat baik, semoga baby amsyar cepat-cepat boleh balik rumah. Cepat-cepat sembuh sepenuhnya sayang...
P/s : amsyar anak kawan yaya.. Sayu je tengok amsyar terlantar kat katil....
Sent from Samsung Mobile
Thursday, March 22, 2012
Tak perlu bawak balik rumah, tinggal je kat ofis !
Seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang Stress Management
Dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada mahasiswanya
"Berapa beratkah Segelas Air ini pada fikiran anda Semua"??
Mahasiswa mengatakan beratnya anggaran dari 20 gram hingga 500 gram.
"Ini bukanlah masalah berat secara total, tetapi tergantung kepada berapa lama anda memegangnya.
Jika saya pegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah.
Jika saya pegangnya selama 1 Jam, lengan kanan saya akan terasa sakit.
Dan jika saya pegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggil Ambulans untuk saya
Tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan menjadi semakin berat".
Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi.
Beban itu akan meningkat beratnya".
"Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi ".
Kita harus meninggalkan beban kita secara periodik, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi.
Jadi sebelum pulang kerumah, dari pejabat dan sebagainya, tinggalkan beban perkerjaan.
Jangan membawanya pulang !!!
Beban itu dapat diambil lagi besok.
Apapun beban yang ada di minda anda hari ini, cuba tinggalkan sejenak jika boleh....!!!
Setelah berehat ambilnya kembali
Hidup ini Singkat, Jadi Cubalah Menikmatinya!!!!
Zaman batu, gangsa, logam tidak pernah wujud !
Bukankah Allah swt dengan jelasnya berfirman bahawa;
"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya."Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.(Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, -Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud. (28:31)
Beliau juga menyatakan bahawa Nabi Nuh A.S sudah pandai membuat bahtera yang begitu besar sepertimana yang terdapat di dalam al-Quran, sekaligus menyangkal dakwaan para orientalis barat yang mengatakan bahawa manusia pada zaman dahulu melalui proses kehidupan yang tidak bertamadun.'' - rujuk SINI untuk entri penuh.
Wardina sedang berusaha..Jom kita tiru!
Assalamualaikum ...
Wednesday, March 21, 2012
Kek Lapis Biskut Sultana
Resepi dari : mailto:http://www.myresipi.com/top/detail/13183
maaf ye..kuliti gambar kurang memuaskan....
saje try kek nie..terkenankan 'tagline' dia tu.. tak perlu kukus by layer..jimat masa..jimat tong gas
lebih kurang kek hawflakes kukus yang yaya buat masa bday Wafiq tahun lepas..buat sekali terus tak buat..hihi..tapi yg yaya buat tu kukus by layer...boleh klik sini untuk resepi kek hawflakes kukus...
yaya paste resepi untuk korang refer..tp yaya tak guna biskut sultana, ganti dgn biskut cheese crackers.. pendapat yaya lagi sedap kalu tak de biskut... tapi xtau la kalau guna biskut sultana rasa masam manis sultana membuatkan kek rasa makin sedap..tapi bila guna hawflakes banyak( disusun rapat) memang sedap! cover rasa biskut tu...
- 1 cawan mentega (227gram)
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 @ 1 cawan gula pasir (ikut suka nak manis atau tidak)
- 4 biji telor gred A
- 1 sudu kecil essen vanila
- 1 kotak biskut sultana
- asam hawflakes secukupnya
- pewarna kuning dan hijau (ikut suka nak kaler ape pun)
1. Panaskan kukusan terlebih dahulu dan lenser tin dgn butter dan lapik baking paper loyang 8' x 8'
2. Pukul dengan kelajuan tinggi mentega dan gula sehingga kembang dan berkrim, gula dah hancur n then mentega bertukar warna lite cream
3. Masukkan esen vanila, kemudian puku telor satu persatu..sambil terus memukul
4. Kemudian tuangkan tepung gandum sikit2..sambil terus pukul.
5. Bila sudah sebati, bahagi adunan kepada 2 bahagian. dan warnakan mengikut kaler kegemaran(lupa plak nak snap pic )
6. Ambil 5-6 sudu besar adunan kaler kuning dan ratakan di loyang. Kemudian susun hawflakes..lepas tuh lapiskan plak dengan kaler hijau,..kemudian susun biskut sultana tuh...lapis balik dgn kaler kuning dgn hawfleks..dan buat la susunan mcm mula2 td...sehingga selesai (sepatutnye hawflakes dan biskut sultana tuh kena susun rapat-rapat, tp sbb penyakit M datang...CB buat jauh-jauh. :)
7. Kukus selama 45-50 minit menggunakan api sederhana besar, dan tutup tudung pengukus dgn kain yang bersesuaian ataupun aluminium foil
Lok8u - jam GPS untuk anak
Harga pulak dalam RM 600.00 ... huh, boleh tahan harga... korang boleh cuba usha kat SINI ..kat Malaysia dah ada org jual belum ye jam nie?
Tuesday, March 20, 2012
JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI .. CEPAT !
Monday, March 19, 2012
Selimut untuk cuaca panas
Friday, March 16, 2012
5 hari biji saga bertapa dalam hidung Wafiq
Assalamualaikum...
5 hari lepas masa kami masa yaya dengan mr.tmfs sampai rumah lepas balik keje elok lagi wafiq..menunggu depan pintu sambut kami berdua..hulur tangan kecik dia tu bersalam dengan kami..sempat lagi bergurau senda dengan wafiq..tapi bila melangkah je masuk dalam rumah terus dia menangis berteriak..secara tiba-tiba..tak keruan yaya dengn suami.mak mentua pun dah tak ketahuan hala..
Bila tanya wafiq kenapa dia menangis dia jawab ada tulang.makan nasi tengah hari lagi tak kan baru terasa ada tulang tercucuk dalam tekak? Mr.tmfs ambil torch light..xde ape pun.jolok dengan jari pun tak de rasa apa..dkt 20 minit jugak wafiq menangis,mulut pun tak tutup..sakit tekak dan gigi katanya...aduhai...tekak ke gigi wafiq?
Last,yaya ajak pergi bilik air gosok gigi..tp wafiq xnak..yaya ambil berus gigi dia,ajak gosok gigi kat dapur,siap mengadap cermin lagi..baru wafiq berhenti menangis,tersengih-sengih wafiq tengok mulut dia penuh dgn buih-buih ubat gigi..fikir yaya ada wafiq rasa tak selesa or sakit gigi kut sbb siang tu tok ma cakap wafiq ajak gi kedai..3 biji gula-gula dia makan..tp ok la lepas gosok gigi dia dah tak menangis..dah main macam biasa..mulut pun dah tak nganga..
Tengok wafiq dah 'bertenang' kami tanya lagi kenapa dia menangis. Terperanjat bila Wafiq cakap dia letak SOS CILI dalam hidung. Aduhh...sos cili? Dalam hidung? Cepat-cepat tengok sos cili paket kfc kat meja makan..semalaman dah sos cili tu letak kat atas meja tu..takut ada yg terkoyak digigit wafiq..tapi satu pun tak terusik..
Tanya lagi kat wafiq..kat mana dia ambik sos cili? Dia cakap ambik kat TANAH .. masa wafiq jawab kat tanah kami dah agak dah.mesti BIJI SAGA! Siang tu tok ma cakap wafiq ada main kat laman rumah..pokok saga tu kat belakang rumah..memang wafiq tak kan pergi belakang rumah sorang-sorang.. harapnya bukan biji saga..
Tengok dalam hidung wafiq tak nampak apa..yaya lurut-lurut hidung wafiq mana la tau ada rasa keras ke..tp tak de rasa ape pun.. wafiq pun dah tak menangis..pun tak cakap hidung dia sakit...
Tapi masa nak bersiap pergi kenduri tadi...yaya minta wafiq baring,nak pakaikan lampin..dalam minggu nie wafiq dah kurang pakai lampin..dah lama budak kecik tu kena toilet train..tapi biasa hujung minggu saje baru praktik..nk pergi kenduri tak berani la tak pakai..minggu nie pun yaya ambik cuti 2 hari,rabu & khamis..4 hari cuti boleh la nak toilet train sacara efektif.perkembangan positif!
Next time citer pasal toilet train..hihi..
Bila wafiq baring tu..terpandang yaya ada benda merah dalam hidung..mula tu ingat hidung wafiq berdarah..bila tengok betul2 bukan darah tapi biji saga! Memang tak boleh ambik guna jari..memang cancel la gi kenduri..terus ajak mr.tmfs pergi klinik..harap vacuum doktor boleh sedut biji saga tu keluar..
Mr.tmfs dgn wafiq dah duk dalam kereta menunggu yaya pakai tudung..sementara tunggu yaya mr.tmfs lurut2 hidung wafiq..lurut macam manapun yaya tak tau tp biji saga tu keluar! Hoho.. lega sangat! Hilang gundah kat hati ibu wafiq oii..
Gambar atas tu tangan wafiq pegang biji saga... Yaya dh ingatkan dia..' wafiq...jangan letak biji saga, jangan letak apa- apa dalam hidung,dalam mulut pun tak boleh'.
Alang- alang tak jadi ke klinik terus pergi kenduri walau pun tak pakai baju kurung..tak ape la..asal sampai kan..rumah sedara mara pulak tu..masa kat tempat kenduri yaya dengar wafiq sembang dengan dua pupu dia yg sebaya dengan dia... 'Aleesya..tadi kan ada naga(saga) dalam hidung wafiq... Jangan letak dalam hidung dalam mulut lagi ye...'
Alhamdulillah..wafiq ingat apa yaya pesan dia.. mungkin kejadian baru berlaku so dia ingat lah..tapi harapnya ingat la sampai bila- bila..wafiq oh wafiq.....
Nota : ada kenangan biji saga hari nie..mentang-mentang ler hari nie cukup 2 tahun 8 bulan, cipta sejarah ye wahai anak?
Preparation For Picnic
All from Ikea.. foam cup n plate pun dah habis stok kat rumah nie.. ada baiknya pakai pinggan,mangkuk,set sudu dan cawan comel- comel nie.. boleh pakai banyak kali..lebih mesra alam kan..hmm..fingers puppet tu nak bawak pergi piknik juagak ke? Tak la..itu yaya yang main...main dgn wafiq la...
Hmm..bila nak set date for picnic ye.. kali nie ekslusif picnic..( hmm ekslusif sangat ler....) Tp tetap kena rancang betul2.. ermm..mana nak cari raga rotan yg kiut miut ye?
Wednesday, March 7, 2012
Tuesday, March 6, 2012
Puding Jagung Lapis Biskut
Bahan A :
1 1/2 cawan jagung krim
1 tin susu cair 400 ml
1 cawan air
1 cawan gula
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan marjerin
*jagung yaya guna setin sebab tak nak simpan baki.nanti tak tau la bila lagi nak guna..hihi
*susu cair 400 ml tu sama je dgn tin yg 400 gm
Bahan B :
Biskut keju tawar secukupnya
Buah-buahan koktel dalam tin
Cara Membuat :
1. Masukkan semua bahan A ke dlm periuk dan kacau rata.
2. Masak sehingga kelihatan pekat.
3. Masukkan marjerin dan kacau hingga berkilat
4. Susun biskut keju tawar ke dalam loyang.
5. Senduk puding ke atas biskut keju tawar. Ulang hingga adunan habis.
6. Sejukkan dan hias dgn buah-buahan koktel.
7. Sedia dihidang.
Selamat Mencuba ^_^
Monday, March 5, 2012
Mengenal Kaktus Di Fitra Flora
Puding Roti
Dah lama tak buat puding roti..kebetulan wafiq nak mkn roti spread dgn sekaya...balance roti putih boleh buat puding roti.kali nie ikut cara chef hanieliza dari buku 1 hari 1 resepi.
jom semak resepi!
Bahan A:
2 cawan susu segar
8 kpg roti putih
Bahan B:
4 sudu makan gula halus
2 sudu makan mentega
2 biji telur ayam
1 susdu teh esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung
Bahan C:
2 sudu makan kismis hitam
Cara membuat:
1. Hancurkan atau koyak roti dan rendam dlm susu selama 30 minit.
2. Kacau dan gaul rata bahan B
3. Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang.
4. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak.
Yaya rendam roti tu lama jugak..dekat sejam!gara-gara mencari kismis.kedai kat rumah nie tak de kismis.biasa yaya tengok banyak je kismis minda kat kaunter tu.time kita nk beli tak de pulak.mujur mr.tmfs rajin turutkan permintaan bini dia.dicarinya kismis sampai ke sabasun.Adapulak kismis yg kaler kuning .. jd tak meriah mana puding roti ahkak..
Untuk bahan B tu pulak semua yaya campak masuk blender.keje mudah..kihkih..time membakar macam biasa la..dekat sejam jugak..almaklum ler...oven antik....
puding roti nie sedap kalau makan dengan aiskrim..walaha rasa dia mmg ngam! Kalau rajin boleh makan dgn sos kastard. Tp yaya tak buat la...bkn sebab malas tp sayang stok susu cair ada setin je lagi..hihi...ingat nk buat puding pulak lain hari.demi korang yaya taip jugak cara nak buat sos kastard.tak susah pun nak membuatnya...
Bahan-bahan untuk buat sos kastard:
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan gula
Caranya:
Gaulkan semua bahan dan masakkan di atas api sederhana kecil.masakkan seketika dan siap!
Selamat mencuba ^_^
Thursday, March 1, 2012
Rindu Wafiq
Suka tengok wafiq bermain..sambil dia ralit main basikal atau kereta atau lego sambil tu jugak mulut dia berselawat selang seli dgn menyanyi lagu ABC or Alif Ba Ta..














































