Melaka - Dataran Pahlawan

Assalamualaikum,


Berchenta nak buat entri nie..gambar duk merata..over pro dah dahku nie guna banyak kamera..kamera cap ayam jer pun..kamera henpon, kamera tab, kamera sony zaman jepun..kihkih...

Tahun nie D' Imperial Group buat family day ke Melaka...duit poket untuk yaya anak sorang dapat la RM500..orang yang anak dua pun dapat jumlah yang sama..anak 3 dan ke atas dapat RM700..ok la buat belanja sikit-sikit...kami bertolak Khamis malam pada 6hb Disember..10.30 malam juga baru bertolak..kalau family day tahun lepas 3 buah bas..tahun nie 2 buah buas je.. 8 keluarga drive sendiri ..dan 10 orang staff di KT yang tak dapat join family day..

Subuh singgah di Masjid Sultan Mizan Putrajaya..mandi dan solat..Wafiq jangan cerita lah..tak mau mandi..sejuukk..tapi pujuk-pujuk ok lah..selesai semua haruslah cari sarapan..dalam jadual sepatutnya berhenti sarapan di R&R Seremban..tapi perut semua dah berkeroncong..kami isi perut dulu di R&R Dengkil..

Then, kami terus bertolak ke Bandar Hilir..habiskan masa dulu kat situ..hihi..sebabnya check in kul 4 petang..huh..tak ketahuan hala sungguh nak buat apa..tak apa la..kita pusing Dataran Pahlawan dulu...


Nie Di Menara Taming Sari.. ada jual cenderamata ...

dah 'panjat' menara ..tiket RM5 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk dewasa..boleh tahan Wafiq tak takut gayat..sebelah tu semua ahli family day..



sebelum naik Menara Taming Sari nie.. wajib bergambar family .. tapi harga boleh tahan RM 50.. tak kuasa nak membeli..gambar tak lawa mana pun...


Becaman !!!


Perjalanan standard RM 20 ..mau pusing lebih RM 30 .. lagi lebih lagi up harga..kami ambil yang RM30..


berat kami bertiga boleh tahan..tanahlah wahai abang beca..hihi









Wafiq, Aiman & Aisyah ..  Aiman &Aisyah tu kembar ..anak blogger Pena Rozie (PR)

topi baru beli tu..RM7..sedang menunggu ayah round A Famosa...


orang pergi Melaka mesti bergambar dekat kawasan nie kan..semua bangunan warna merah...






2 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. psong-posing buat Wafiq paling gembira kakak rasa sebab ada kedua org dicintai sepanjang masa.

    ReplyDelete
  2. sakan org jabat akak cuti2 malaysia.dpt duit belanja lagi tu..bestnya.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post