FB

Wednesday, November 28, 2012

Lebuhraya Kelantan Lebuhraya Akhirat


Assalamualaikum ....


Bismillah

Kelantan dan Lebuhraya


Rakyat Kelantan adalah antara mangsa yang dizalimi Kerajaan Pusat bernama BN. Rakyat Kelantan adalah pembayar cukai sama seperti rakyat di negeri-negeri yang maju dari aspek pembangunan materialnya namun tidak mendapat hak samarata dengan pembayar cukai di negeri-negeri lain. Keadaan di anaktirikan seperti ini saya saksikan sejak lebih suku abad. Itu saya!… yang belum sempat merasai usia separuh abad. Bagaimana dengan generasi ibubapa yang sudah melangkau usia separuh abad? Dan mereka yang lebih berusia lagi?

Setiap kali cuti sekolah atau cuti raya atau cuti umum yang lain, boleh dirasakan peritnya beratur di atas jalanraya bermula di Kuala Lipis atau Raub jika dari Kuala Lumpur. Memasuki Merapoh, para kereta sudah pun boleh berlumba dengan kura-kura. Kura-kura boleh menang berkali-kali dibandingkan berlumba dengan arnab. Mereka yang mengambil jalan melalui Perak pun boleh sampai dahulu ke Kota Bharu walhal jalan itu lebih jauh.

Akhirnya berkat fikiran dari pemimpin yang ‘jjuruh‘ dan rakyat sentiasa dihatinya, satu usaha ‘berdikari’ dilancarkan iaitu kutipan derma untuk membina lebuhraya secara sendirian berhad. Rakyat Kelantan yang matang dek latar belakang dan persekitaran universiti Islam yang ada segera menyahut dan memberi respon positif terhadap usaha ini. [Kecuali ada sesetengah yang berfikiran singkat dan busuk hati menyindir usaha ini. Lepas ini kita tengok, mereka akan pilih jalan mana bila lebuhraya sudah siap, insya Allah].

Entri penuh di SINI..








.

2 comments:

  1. harap2 dapat lah disiapkan lebuhraya tu kan.. kesian rakyat kelantan..

    tapi saya salute sungguh..sungguh pun jalan tu banyak lori balak lalu, tapi jalan tu jarang yang saya jumpa lopak sana sini..

    ReplyDelete
  2. Betapa gigih rakyat yg dipinggirkan tapi kakak percaya rakyat Kelantan punya jiwa yg kental. Percayalah pemimpin yg tidak adil akan mendapat pembalasan...

    N3 yaya yg lama pun kakak ada baca

    ReplyDelete

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...